You are on page 1of 5

Bincangkan prinsip etika yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan tinjauan

untuk mendapatkan data

Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap
kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan
reputasi penyelidikan sosial.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan
manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji.
Elemen penting dalam etika ini ialah:

Bahasa – penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami.
Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik.

Perasaan responden – beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan dan tidak
boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi atau
pengalaman yang tidak menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan
responden kepada tekanan mental atau fizikal.

Etika dalam semua peringkat kajian – penyelidik harus pentingkan etika pemilihan
permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penganalisisan data,
interpretasi dan melaporkan kajian.

Mengetahui tahap pendidikan responden – mengambil kira tahap pendidikan sampel yang
ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden.
Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatangkan
tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji.

Berterus-terang dengan responden – berikan penjelasan kepada responden tentang matlamat


dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam
kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan.

Utarakan data yang tepat – bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari
konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap
melanggar tatasusila penyelidikan.

Menjaga kerahsiaan responden – penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat
mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau maruah responden.
Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.

Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan mematuhi etika


berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan.
Ciri-ciri Penyelidikan Yang Baik:

Penjelasan (Explanation) & Ramalan (Prediciton)

Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk memajukan penjelasan dan
ramalan tentang sesuatu fenomena fizikal atau sosial. Dengan kata-kata lain, tujuan atau
pernyataan masalah penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau diramalkan mestilah
amat jelas. Angkubah-angkubah yang ingin dijelaskan serta hubungan antara satu sama lain
dalam suatu fenomena yang ingin dikaji mesti dinyatakan secara eksplicit. Justeru itu,
hipotesis sama ada dalam bentuk diskriptif atau causal mestilah spesifik, nyata dan boleh
diuji.

Fenomena Yang Bercorak Dan Berulang (Patterned and Repetitious Phenomena)

Sehubungan dengan ciri penjelasan dan ramalan, fenomena yang dikaji dalam sesuatu
penyelidikan haruslah mempunyai corak yang berulang-ulang. Jika sesuatu fenomena kajian
itu tidak berstruktur, tidak mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak mempunyai hubungan
yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak boleh dibuat dengan kepastian yang
tinggi. Peristiwa yang wujud hanya sekali sahaja tidak boleh dijelaskan dengan darjah
verifikasi yang kuat. Pendek kata, fenomena kajian yang baik mesti manpu dikaji oleh
pengkaji lain kerana fenomena berkenaan mempunyai corak yang boleh diramal dan
dijelaskan serta wujud dalam keadaan lain dan berulangan.

Replikasi (Replication)

Supaya sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti mampu direplikasikan oleh
pengkaji sendiri dan pengkaji lain. Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan berulang kali,
barulah kita menganggap kajian itu saintifik dan boleh dipercayai. Justeru itu, kajian yang
baik menetap dan menerangkan spesifikasi metodologinya agar dapat dijalankan semula oleh
pengkaji-pengkaji lain.

Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian sama ada metodologi atau
fenomena yang ingin dikaji boleh diulangi oleh pengkaji yang lain. Ini memastikan bahawa
penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak.

Kuantifikasi (Quantification)

Mengikut Forcese & Richer, ‘Quantification refers to the assignment of numerical values to
the phenomena under investigation’ (11973:10). Kajian yang baik mengkaji fenomena yang
dapat dihuraikan; apa yang boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh diukur. Lantaran itu,
fenomena kajian yang baik dapat kuantifikasikan melalui angkubah-angkubahnya. Semakin
halus ukuran angkubahnya, semakin tinggi kekuatan hubungan statistikal yang mampu
dibuktikan. Hipotesis yang dibentuk berasaskan angkubah-angkubah yang measureable lebih
mantap dan boleh dianalisa dengan pelbagai kaedah statistik.

Contohnya sekiranya pengkaji ingin menghuruai dan mengklasifikasikan motivasi pekerja,


maka mesti adanya instrumen untuk mengukur konstruk tersebut dan hasilnya dalam data
yang boleh diuji.

Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi

Selanjut daripada ciri kuantifikasi, konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud dalam
bentuk abstrak mestilah boleh dioperasikan secara validnya. Apabila kita operasikan sesuatu
konsep, kita menetapkan unsur-unsur konsep tersebut dalam bentuk yang boleh ditanggap
dan diukur atau angkubah-angkubahnya.

Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian yang
mempunyai keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubah-angkubah yang
dibentuk untuk mewakili konstruk betul-betul menepati had dan spesifikasi konstruk tersebut.

Mengikut Zetterberg, terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses pengoperasian


konstruk. Yang pertamanya, angkubah yang dipilih tidak merangkumi pengertian konstruk.
Contohnya jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan sebagai pendapatan bulanan dan
kesedaran seseorang tentang keanggotaannya dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang
dipilih untuk kelas sosial hanya mengambil kira pendapatan bulana sahaja. Kesilapan yang
kedua yang mungkin timbul ialah di mana pengoperasiannya mempunyai ruang lingkup yang
lebih luas daripada konstruknya. Contohnya angkubah-angkubah yang dipilih untuk
mengoperasikan kelas sosial tadi termasuk pendapatan, kesedaran dan tahap pendidikan.
Akhirnya, kesilapan ketiga ialah pengoperasian yang tidak menepati langsung konstruk yang
dimaksudkan. Contohnya angkubah untuk kelas sosial ialah warna kulit di mana orang
berkulit putih dianggap kelas tinggi manakala orang berkulit hitam dianggap kelas
bawahan.(Zetterberg, 1965:114-20)

Model, Hipotesis Dan Teori

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang baik biasanya menggunakan
pendekatan deduksi berdasarkan model, hipotesis dan teori. (Gay & Diehl, 1996: 77)
Penyelidikan yang memaju dan mencabar model, hipotesis dan teori yang sedia wujud akan
menganjakkan paradigma dan menghasilkan model, hipotesis dan teori baru.(Kuhn,1962)
Justeru itu, mengikut Newman, ‘There is no evidence… that a single scientific discovery ever
was made by induction as conceived by Bacon. On the contrary it is quite clear that to engage
in research without the stimulus and guidance of hypotheses, rules, preconceptions,
anticipations, control criteria and the like is a hopeless if not indeed frivolous activity
(Newman, 1961, Vol. 1, 91). Jelasnya, satu ciri penyelidikan yang baik ialah ianya
berasaskan paradigma teori dan model yang sedia ada.

Objektif

Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi oleh emosi atau prasangka
seseorang. Dalam pernyataan masalah, pengkaji mestilah memastikan bahawa fahamannya
terhadap masalah adalah sama dengan fahaman pengkaji-pengkaji lain. Begitu juga dalam
pemilihan kaedah, teori dan rujukan literaturnya. Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat
kaedah yang lebih baik daripada kaedah yang ingin dijalankannya, maka dia mesti sedia
menerimanya.

Supaya data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi, soalan-soalan atau item-item
dalam instrumen (soal selidik) mesti mempunyai objektifan yang tinngi. Ini bererti soalan itu
tidak berbentuk ambiguous tetapi memberi interpretasi yang sama kepada sesiapa sahaja yang
membacanya.

Bagi peringkat pungutan, analisa dan laporan data, emosi dan kepentingan pengkaji dan
sponsornya harus diketepikan agar laporan dapat dibuat dengan objektifnya. Begitu juga
dalam pemilihan sampel atau subjek kajian pengkaji mestilah mematuhi rancangan yang telah
ditetapkan dan tidak mengubahnya untuk menyesuaikan sampel agar dapat memenuhi
kepentingan diri.(Forcese & Richer, 1973:16) Untuk memastikan bahawa sampel yang
dipungut adalah objektif dan tidak biased, maka terdapat berbagai-bagai kaedah persampelan
seperti persampelan rawak, persampelan kluster, persampelan sistematik dan persampelan
rawak berstrata. (Gay & Diehl, 1996: 128)

Kebolehpercayaan & Kesahan Pengukuran

Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh berbentuk nominal, ordinal, interval
atau ratio. Penyelidikan yang baik akan seboleh-bolehnya menggunakan aras ukuran yang
tinggi iaitu data interval atau ratio. Ini adalah kerana analisa statistik seperti ujian paramatriks
yang lebih teliti dan rapi boleh dilakukan terhadap data interval atau ratio.

Justeru itu, sekiranya perhubungan causal dikaji, adalah pentingnya data interval atau ratio
dipungut.

Sehubungan dengan itu, ciri kebolehpercayaan dan keesahan pengukuran amat perlu diamati
oleh pengkaji. Semakin tinggi sifat kebolehanpercayaan dan keesahan sesuatu analisa dan
pungutan data, semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan. (Forcese & Richer, 1973:73)

Faktor Etika

Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod
etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira sesuatu kajian memenuhi
semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan
demikian dianggap kurang baik. Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau
cuba ‘play god’ seperti clone manusia dan sebagainya.

Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan
segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan dilaksanakan dengan
jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.

Rujukan:
Tuckman, B. W. (1999). Conducting educational research (5th ed.). Ft. Worth,
TX:HARCOURT
York, R. O. (1998). Conducting social work research: An experiential approach. Boston:
Allyn & Bacon.

You might also like