You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LIPIS

27200 KUALA LIPIS,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA KEMPEN GENERASI


HIDUP SIHAT SK SRI LIPIS 2017

Tempat:

Dewan Makmur
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LIPIS

7 APRIL 2017

ANJURAN BERSAMA:

Hospital Kuala Lipis, Pahang

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA
1.
Pengenalan
2. Rasional
3. Matlamat
4. Objektif
5. Cadangan Carta Organisasi
6. Cadangan Program
7. Anggaran Perbelanjaan
8. Sumber Kewangan
9. Penutup

2
1.0 PENGENALAN

Program Kempen Generasi Hidup Sihat merupakan satu platform bagi menyebar
informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama
agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah.
Program juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang
sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil
berat mengenai kesihatan. Para murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan
generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar
sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih
sihat. Oleh yang demekian, amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah


Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif
melalui amalan Generasi Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan
dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para murid serta masyarakat di
sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan
kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku
sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya
hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah lagi.

1.2 RASIONAL PROGRAM

Program Generasi Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru
dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui

3
program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para murid akan
dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.3 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi
fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.

1.4 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi


meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan


menerapkannya kepada para murid dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

• Membimbing para murid ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-
anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

4
2.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI

2.1 AJK INDUK PROGRAM JOM HIDUP SIHAT PENASIHAT

2.2 AJK PELAKSANA PROGRAM KEMPEN GENERASI HIDUP SIHAT

PENASIHAT
Tn Hj Zulkefli Bin Abu Bakar
Pengetua SK Sri Lipis

PENGERUSI
En. Busrah bin Jalil
Guru Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI
En Ismail bin Abdullah
GKMP Teknik & Voksional

SETIAUSAHA
En. Murali Mohan
Ketua Panitia PJK

BENDAHARI
Pn Norlia bte Selamat

AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN


En. Ghafar bin Yahya
Tn. Hj Ismail bin Abdullah

URUSETIA
En.Zali bin Mat Yassin
Pn Jamaliah Ab.Karim

HADIAH
Cik Nurul Wahidah
5
Cik Nur Mariamah
Mohd Dazuki

DOKUMENTASJ
Pn Siti Sabariah
Mat Shah Yusof
Cik. Seetha A/P Rajah

SIARAYA
En Tay Chin Sheng
Pengawas PA Sistem

PELANCARAN/ BANNER
En Nor Hisham bin Zainuddin
En.Saiful Fadzli bin Mohamad

JAMUAN
Pn Jamaliah bte Ab.Karim
Pn Salbiah Kamarudin

KUIZ KESIHATAN
En Koh Wei Yao
Pn. Lee Jia Min

PERSIAPAN TEMPAT
En. Abdul Munir Bin Musa

6
3.0 CADANGAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan 7hb April 2017. Upacara perasmian akan dijalankan pada
hari tersebut oleh Pengetua SK Sri Lipis. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan sepanjang program Kempen Generasi Hidup Sihat :

Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana


1. Pameran Kesihatan dan Anti Rokok Ceramah Unit promosi Pejabat
dan Sidang Vedio Anti Rokok Kesihatan Kuala Lipis
2. Kuiz Kesihatan Panitia PJK dan Unit
Kesihatan
3. Pertandingan Melukis dan Mewarna Unit Kesihatan dan Panitia
PSV
4. Pemeriksaan Kesihatan Percuma Hospital Kuala Lipis
5. Kempen Menderma Darah Hospital Kuala Lipis

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Hadiah

Pertandingan Melukis dan Mewarna (RM 5.00 x 20) RM 100.00

Pertandingan Kuiz Kesihatan Tahap Rendah (RM 4.00 x 10) RM 40.00

Pertandingan Kuiz kesihatan Tahap Tinggi (RM 4.00 x 10) RM 40.00

Cenderahati (RM30.00 x 2) RM 60.00

JUMLAH RM 240.00

7
4.2 Percetakan

Kertas Lukisan RM 20.00

Cetakan Bahan Pertandingan ( Lukisan ) RM 20.00

Banner Minggu Jom Hidup Sihat RM 150.00

JUMLAH RM 190.00

4.3 Jamuan

Jamuan untuk tetamu RM 100.00

JUMLAH RM 100.00

4.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil Perbelajaan Jumlah (RM)


1. Hadiah 240.00
2. Percetakan 190.00
3. Jamuan 100.00
JUMLAH BESAR 530.00

5.0 SUMBER KEWANGAN

Oleh kerana ini adalah program yang penting dan melibatkan murid-murid,maka adalah
dicadangkan sumber kewangan dipohon daripada :

1.Persatuan Ibu Bapa dan Guru

2.Mendapatkan tajaan daripada syarikat yang selalu berurusan dengan pihak sekolah
seperti Syarikat Ilmu Bakti.

8
3.Sumbangan ikhlas daripada warga sekolah.

6.0 PENUTUP

Diharapkan Program Kempen Generasi Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak
demi kesedaran untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-
murid khususnya.

Disediakan oleh, Tarikh : 7 Februari 2017


……………………………..........…
(EN. MURALI MOHAN)
KETUA PANITIA PJK, SK SRI LIPIS
KUALA LIPIS, PAHANG.

Disemak oleh, Tarikh :


…………………………………........
(EN. BUSRAH BIN JALIL)
GURU PENOLONG KANAN HEM

Disahkan oleh, Tarikh :


………………………………………...
(TN HJ ZULKEFLI BIN ABU BAKAR)
PENGETUA SK SRI LIPIS

You might also like