You are on page 1of 3

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab.

Adan yang berpunca


daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal
daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-
tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan
(Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu
(Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama
sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau
kepilatan sebutan.

Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di
pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh
angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu
dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat
hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar
bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal
daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari
bukit belakang bandar tersebut.

Muar

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan
awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman
silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora.
Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada
awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan
Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai
Muar.

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan
‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena
nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan
Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran
Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam
upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan
Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku
sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan
namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali
dengan nama Mersing.

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara
bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana
Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal
menantunya.

Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya
membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing
bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu
meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama
dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir
dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan
Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu.
Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-
pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu
cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah
mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai
pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama
Segamat.

Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu
ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para
pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat
perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau
bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah
tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing
Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha
hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada
tahun 1511.

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut
Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman
Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti
manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah
ditemui di Kota Tinggi.

Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni
tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh
bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di
kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus
kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan
buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain.
Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi
gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang
banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang
dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan
suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke
dusun penduduk kampung tersebut.

You might also like