You are on page 1of 45

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi, kerana masih diberi kesempatan untuk mengucapkan

sepatah dua kata di dalam sekalung penghargaan ini. Kajian penyelidikan ini adalah

untuk memenuhi salah satu syarat bagi mengukuti Program Pos Basik Kecemasan di

Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Memandangkan inilah kali pertama

saya didedahkan dengan kajian penyelidikan, maka sudah tentu saya terpaksa menempuh

pelbagai dugaan dan cabaran untuk menyiapkannya.

Namun berkat, sokongan dan dorongan dari keluarga terutamanya ibu, ayah,

kakak dan adik serta buat lupa buat rakan setugas di jabatan Kemalangan dan Kecemasan

Hospital Seri Manjung yang banyak memberikan sumbangan. Terima kasih yang tidak

terhingga di atas bantuan dan kerjasama anda semua.

Penghargaan terima kasih juga, diucapkan kepada rakan-rakan Pos Basik

Kecemasan di atas bantuan, dorongan dan kerjasama yang diberikan, juga jutaan terima

kasih kepada warga kerja di Hospital Seri Manjung, Hospital Ipoh, Wad Bersalin Hospital

Tapah, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara di atas keprihatinan dan

tunjukajar sepanjang kursus ini.

Terakhir sekali penghargaan terima kasih ini dirakamkan khas buat pengetua,

pengajar, penyelaras, Penyelia Cikgu Bong Suadi Hashim dan semua warga kerja Kolej

Pembantu Perubatan Ulu Kinta Perak, Darul Ridzuan, dalam memberi sumbangan dan
idea-idea sehingga terhasil kajian penyelidikan ini. Harapan saya gar kolej akan terus

menghasilkan produk-produk pembantu perubatan yang berilmu dan berdedikasi sejajar

dengan motto ‘Alway Go For The Best’ dan slogannya ‘Menggilap Dan Menjana Insan

Cemerlang’.

Sekian terima kasih...

Saya yang Benar:

........................................................

Jamiludin b. Samsudin

Pembantu Perubatan U29

Jabatan Kemalangan dan Kecemasan

Hospital Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.


ABSTRAK

Penyakit asma berlaku di seluruh dunia dan ia menyerang setiap golongan dan

lapisan penduduk dunia, tidak mengira umur, jantina dan bangsa. Dari masa ke semasa

peningkatan serangan yang asma yang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan

semakin meningkat dari tahun ke setahun.

Berdasarkan peningkatan kes asma ini, saya telah memilih faktor persekitaran

sebagai satu skop kajian untuk mengetahui bagaimana ia berlaku. Persekitaran yang

berpenyakit menjadi punca serangan asma. Selain dari itu untuk mengenalpasti langkah

pencegahan yang berkesan bagi mengurangkan serangan asma yang disebabkan oleh

faktor persekitaran dan seterusnya menilai sejauh mana faktor persekitaran juga di antara

punca utama peningkatan kes asma.

Dalam kajian ini penyelidik telah memilih Jabatan Kecemasan Hospital Seri

Manjung, Perak Darul Ridzuan sebagai tempat kajian. Responden atau sampel adalah di

kalangan pesakit atau penjaga pesakit asma iaitu seramai 20 orang telah dipilih secara

rawak, selepas mereka mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan tersebut. Kajian telah

dibuat dengan menggunakan kaedah mengedarkan borang soal selidik untuk diisi oleh

pesakit atau penjaga pesakit. Hasil kajian didapati hanya 25 % sahaja yang benar-benar

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai pesakit asma, manakala 75 % lagi

hanya mengetahui pada tahap yang amat sedikit.


Meskipun begitu kira-kira 75 % menunjukkan minat untuk meningkatkan

pengetahuan terhadap penyakit asma. Jesteru itu penyelidik berpendapat tahap

pengetahuan responden yang mewakilli sebahagian besar persekitaran dan masyarakat di

sekeliling keseluruhannya masih mempunyai tahap pengetahuan yang sangat rendah.

Namun begitu tahap pengetahuan mereka masih boleh dipertingkatkan, ini berdasarkan

minat mereka untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang penyakit asma. Kenyataan

ini amat penting untuk kita merangka atau merancang pelan tindakan bagi menjayakan

satu wawasan iaitu mewujudkan sebuah masyarakat atau individu yang sihat dari segi

fizikal dan mental.


3.0 PENGENALAN

Malaysia telah banyak membuat perubahan dari segi sosio ekonominya dari

negara pertanian kepada negara perindustrian (Mark. J. Rumbak 1993) ada menyatakan 5

– 10 % penduduk di negara industri akan mendapat insiden serangan asma dan kematian

yang berpunca darinya juga meningkat. Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) menganggarkan dalam tahun 2001 seramai 150 juta penduduk di seluruh

dunia mengidap asma dan lebih dari 260, 000 orang telah meninggal dunia kerananya.

Manakala di negara ini 4 -5 % daripada penduduk dewasa dan 13 % di kalangan kanak-

kanak menghidap asma ( Dr. N.K.S. Sathiaseelan, 2003).

Menurut Pararajasingam et.al (1999), statistik kemasukan pesakit asma dari tahun

1990 hingga 1995 adalah agak tinggi secara umumnya. Lebih kurang 1/3 pesakit ini

terdiri dari golongan kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun. Ini jelas

menunjukkan kes-kes asma merupakan satu keadaan yang biasa dalam bidang perubatan,

di mana kehadiran pesakit asma di jabatan pesakit luar, jabatan kecemasan dan pusat-

pusat kesihatan yang lain di Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Aberg. N. (1998). Ini

turut disokong oleh (Datuk Dr. Jayaindran) yang menyatakan 10 % daripada pesakit

yang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan di hospital-hopital kerajaan adalah

pesakit asma.
Dalam menangani masalah peningkatan serangan asma ini, punca-punca

peningkatan hendaklah dikenalpasti dan antaranya kerana kurangnya pengetahuan dan

kefahaman tentang penyakit asma di kalangan orang ramai amnya dan pesakit asma

khususnya. Pengetahuan dan kefahaman orang ramai tentang penyakit asma amatlah

penting bagi mewujudkan konsep ‘Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubati’. Ini

dikukuhkan lagi dengan kenyataan Smith (1996) iaitu ‘Pencegahan dapat mengurangkan

risiko kecederaan, kurang upaya atau fenomena yang tidak dikehendaki’.


4.0 KENYATAAN MASALAH

Berpandukan data yang ditunjukkan di bawah, jelas menyatakan permasalahan

yang hendak diutarakan oleh penyelidik iaitu faktor persekitaran adalah salah satu faktor

penggalak serangan asma. Berikut adalah jumlah pesakit yang datang ke Jabatan

Kecemasan Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan asma bagi tahun 1998,

1999, 2000 dan 2001.

Jadual 1: Jumlah pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Seri


Manjung, berdasarkan data tahun 1998.
Bulan Jumlah Kes Peratusan Ulasan
Januari 178 8.26 Penghujung
Februari 172 7.98 Musim Hujan
Mac 102 4.73 -
April 104 4.82 -
Mei 115 5.33 -
Jun 126 5.84 -
Julai 133 6.17 -
Ogos 275 12.76 Jerebu
September 206 9.55 Jerebu
Oktober 194 9.00 -
November 258 11.97 Bermula
Disember 293 13.59 Musim Hujan
Jumlah 2156 100.00 -
Sumber: Pejabat Rekod, Hospital Seri Manjung.

Jadual 2: Jumlah pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Seri


Manjung, berdasarkan data tahun 1999.
Bulan Jumlah Kes Peratusan Ulasan
Januari 269 10.06 Penghujung
Februari 298 11.14 Musim Hujan
Mac 132 4.93 -
April 114 4.26 -
Mei 141 5.27 -
Jun 122 4.56 -
Julai 127 4.75 -
Ogos 272 10.17 Jerebu
September 301 11.25 Jerebu
Oktober 219 8.19 -
November 358 13.38 Bermula
Disember 322 12.04 Musim Hujan
Jumlah 2675 100.00 -
Sumber: Pejabat Rekod, Hospital Seri Manjung.

Jadual 3: Jumlah pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Seri


Manjung, berdasarkan data tahun 2000
Bulan Jumlah Kes Peratusan Ulasan
Januari 369 9.45 Penghujung
Februari 398 10.20 Musim Hujan
Mac 332 8.51 -
April 214 5.48 -
Mei 241 6.17 -
Jun 222 5.69 -
Julai 237 6.07 -
Ogos 372 9.53 Jerebu
September 401 10.27 Jerebu
Oktober 257 6.58 -
November 438 11.22 Bermula
Disember 422 10.81 Musim Hujan
Jumlah 3903 100.00 -
Sumber: Pejabat Rekod, Hospital Seri Manjung.

Jadual 4: Jumlah pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Seri


Manjung, berdasarkan data tahun 2001.
Bulan Jumlah Kes Peratusan Ulasan
Januari 408 9.19
Februari 423 9.53
Mac 412 9.28
April 430 9.69 Musim Jerebu
Mei 422 9.51
Jun 388 8.74
Julai 365 8.22
Ogos 288 6.49 -
September 303 6.83 -
Oktober 316 7.12 -
November 349 7.86 Bermula
Disember 335 7.55 Musim Hujan
Jumlah 4439 100.00 -
Sumber: Pejabat Rekod, Hospital Seri Manjung

Jabatan kecemasan beroperasi 24 jam setiap hari dalam usaha mengatasi kes-kes

kecemasan dan kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat. Jabatan kecemasan

juga merupakan barisan hadapan dalam menerima kes-kes kritikal dan tidak kritikal.

Sekiranya perlu kes-kes tersebut akan dirujuk kepada unit-unit lain untuk tindakan

susulan.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif Am

Menilai setakat mana faktor persekitaran boleh menyebabkan peningkatan

penyakit asma.

Objektif Spesifik

i. untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pesakit asma mengenai punca

serangan asma yang disebabkan oleh faktor persekitaran

ii. untuk mengenalpasti faktor-faktor persekitaran yang menjadi punca utama

peningkatan kes penyakit asma

6.0 KAJIAN SEMULA (LITERATURE REVIEW)


Kajian peningkatan kes asma disebabkan faktor persekitaran adalah satu kajian

yang banyak menumpukan kepada masalah kurangnya pengetahuan masyarakat

mengenai penyakit ini. Kajian ini juga menumpukan kepada faktor persekitaran yang

menyebabkan kepada peningkatan kes asma dan membawa kepada pertambahan bilangan

pesakit yang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan. Untuk memudahkan kajian ini

maka beberapa kata kunci dalam kajian ini perlu diberi maksud atau definisinya.

Asma merupakan keadaan yang telah lama diketahui lebih dari 2000 tahun yang

lalu, perkataan asma itu sendiri adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud

tercungap-cungap. Menurut kamus perubatan Cyclopedia Treber’s asma merupakan satu

penyakit disebabkan oleh peningkatan tindakbalas cabang trakeobronkial kepada

berbagai ransangan, menyebabkan penyempitan salur bronkiol tersebut secara klinikalnya

berlaku kesusahan bernafas yang teruk dan pernafasan berbunyi siulan (wheezing).

Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 1991) pula asma adalah suatu penyakit

yang ditandai dengan serangan sesak nafas atau semput-semput yang berulang-ulang dari

masa ke semasa dengan mengakibatkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus

secara berbalik-balik.

Peningkatan kes bermaksud pertambahan bilangan pesakit yang ada hubungkait

dengan faktor penyebab sesuatu penyakit yang berlaku dari masa ke semasa (Ismail,

1992). Manakala faktor persekitaran dalam kejadian serangan asma bermaksud

pendedahan pesakit asma kepada allergen seperti bulu binatang, habuk/debu, bahan
kimia, asap/jerebu dan debunga yang biasa menjadi serangan asma serta cuaca dan suhu

sekellilingnya (Lancet, 1999).

Pencemaran udara yang kuat akan menyebabkan serangan yang teruk, menurut

pendapat (Timothy, 1990) kebelakangan ini banyak berlaku pencemaran udara dan

persekitaran ini ada hubungkait dengan industrilisasi serta sikap buruk yang tidak peka

akan akibatnya. Serangan asma tidak akan hilang berdasarkan pengenalan kepada bahan

kimia dalam industri-industri dari masa ke semasa yang menyebabkan pelbagai bentuk

pencemaran (Moira Chan Yeung, 1998). Kawalan penyakit asma ada kaitan dengan status

sosio ekonomi yang rendah contohnya pesakit yang tidak mampu mendapatkan ubat yang

bersesuaian, peningkatan kesan psikologi kebimbangan dan persekitaran yang tidak

selesa mendorong serangan asma (Postgraduate Medical, 1992). Kebanyakan pesakit

asma mengalami alahan, untuk mengenalpasti sumber atau punca alahan begitu penting

kerana ia akan meningkatkan kawalan serangan kepada lebih minima (Postgraduate,

1992).

Mengikut beberapa pendapat tadi, kita harus sedar bahawa pengetahuan tentang

penyakit asma begitu penting bagi menangani masalah peningkatan serangan asma, ini

turut disokong oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Chua Jui Meng pada ucapan

dasarnya dalam sambutan Hari Asma Sedunia 2000, di mana beliau menyatakan ‘Kita

mengakui bahawa pembelajaran adalah jalan paling baik untuk mencegah sesuatu

penyakit, kerana asma adalah penyakit yang boleh dicegah dari kematian disebabkan
oleh serangannya. Oleh itu pesakit mesti diajar untuk mengenal tanda-tanda awal

serangannya’.

Pendidikan kesihatan masyarakat ialah satu proses pembelajaran, di mana

penyampai maklumat pembelajaran bertindak untuk membantu meningkatkan minat

masyarakat untuk menambah pengatahuan ke arah penyelesaian masalah-masalah

kesihatan (Clair Turner, 1994). Mengajar pesakit juga boleh ditafsirkan sebagai proses

mempertingkatkan pengetahuan mengenai tahap kesihatan pesakit berkenaan rawatan dan

pemulihan dengan memberi maklumat spesifik dan terancang supaya ia berkesan (Jenifer,

1991).

Menyentuh mengenai pengetahuan mengenai asma, di sini hendaklah ditekankan

mengenai pengenalan kepada faktor penyebab serangan asma kepada pesakit supaya ia

boleh mengawal serangan asma dengan lebih berkesan. Kajian ke atas pesakit asma di

Kuantan (Lim et al1991 ) mendapati suhu jelas mempunyai kaitan dengan serangan asma,

suhu yang rendah didapati lebih banyak kes asma dirawat di hospital. Manakala kajian

seroloji menunjukkan hama, debu rumah, udang, kerang, ketam dan bulu kucing

merupakan allergen penting penyebab asma (Ho T. M.1995). Di bahagian Pediatrik

Hospital Universiti, ujian cucuk positif kerana allergen dermatophagoides pteronyssimus

dan dermatophagoides farinae dari sumber debu rumah dan bulu kucing di kalangan

kanak-kanak mengidap asma, 62 kes telah diuji 53 % berumur 7-9 tahun 87 % positif

terhadap dermatophagoides pteronyssimus, 85 % dermaphagoides farinae dan 12 % bulu

kucing (Marina A & Ho T. M. 1995).


Ini bermakna faktor alahan adalah penyebab terpenting, alahan atau alergik

bermaksud sesuatu keadaan di mana sistem pertahanan badan yang terdapat dalam darah,

tisu tubuh dalam nudus limfatik tidak dapat melawan terhadap benda-benda asing yang

merbahaya kepada seseorang itu (White ,1989). Bagi mencegah dari terdedah kepada

alahan seseorang itu haruslah menjaga kebersihan tempat tinggal daripada debu seperti

pada selimut dan bantal (Phelan,1995). Memakai topeng muka dapat menghalang

daripada menyedut udara berjerebu kerana jerebu mengandungi partikel-partikel

berterbangan yang membahayakan kesihatan sistem pernafasan kita (Ismail,1997).

‘Ocupational asthma’ atau bermaksud asma di persekitaran pekerjaan boleh terjadi

kerana pendedahan kepada beberapa bahan kimia yang mendatangkan alahan kepada 5-

10 % daripada populasi yang mengidap asma. Terdapat beberapa laporan yang

mentaksirkan nisbah pengidap asma di kalangan dewasa disebabkan faktor persekitaran

pekerjaan / tempat kerja adalah lebih besar jumlahnya (Moira Chan Yeung,2000)

Merokok juga boleh menyebabkan asma samada secara aktif atau pasif, menurut kajian

yang dijalankan pengidap asma yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan

serangan asma yang lebih kerap (Lim et al,1991).

Bagi menangani masalah peningkatan kes asma beberapa langkah boleh diambil

perhatian seperti pengambilan ubat-ubatanyang teratur dan dengan cara yang betul seperti

pengambilan inhaler kerana pengambilan inhaler yang betul boleh mencegah daripada

serangan asma yang lebih teruk (Jenifer,1991). Oleh itu penyelidik mendapati dalam

kajian ini tahap pengetahuan di kalangan pesakit perlu dititikberatkan selain daripada
penggunaan ubat-ubatan yang betul, pengetahuan tentang benda-benda dan gejala

penyakit asma juga tidak kurang pentingnya kerana jika pesakit telah mengetahuinya, ia

boleh mengambil langkah-langkah berjaga-jaga atau mendapatkan rawatan yang secepat

mungkin untuk mengelakkan daripada terkena serangan asma yang teruk. Penyakit asma

tidak boleh dikawal serangannya dan ia memerlukan sikap positif pesakit sendiri dan ahli

keluarganya (Phelan,1995).
7.0 METODOLOGI KAJIAN

Peningkatan kes asma disebabkan faktor persekitaran di Jabatan Kecemasan

Hospital Seri Manjung adalah satu kajian hipotesis yang dipilih untuk dikaji selidik.

Terlebih dahulu Lembaga Panel Kursus Pos Basik Kecemasan Kolej Pembantu Perubatan

Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan telah meluluskan borang cadangan ‘Health System

Research’ pada 20 Mac 2003 yang lalu, dengan persetujuan penyelianya En. Bong Suadi

Hashim. Kajian ini mendapat kebenaran Pengarah Hospital Seri Manjung dengan

kerjasama Pembantu Perubatan yang menjaga Jabatan Kecemasan Hospital Seri

Manjung.

Penyelidik memilih metodologi kajian secara ‘Questioneaire’ atau soal selidik

bertulis yang diedarkan kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pesakit atau

penjaga pesakit kanak-kanak yang telah mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan

tersebut selama tiga minggu. Sebelum borang soal selidik diedarkan ‘Pilot Study’ telah

dilakukan terhadap 5 orang responden yang terdiri daripada mereka yang tinggal di

sekitar tempat tinggal penyelidik dan mereka didapati dapat memahami soalan-soalan

yang telah dikemukakan.

Proses mendapatkan data adalah dengan mendapatkan kerjasama dari seorang

pembantu perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Seri Manjung untuk mengedarkan

borang soal selidik tersebut dalam masa 20 hari. Borang soal selidik yang telah siap diisi

atau dipenuhi oleh responden yang dipilih secara rawak itu dikembalikan kepada
penyelidik untuk dianalisa. Setelah segala maklumat dapat dikumpulkan dan analisa telah

dibuat maka faktor-faktor penyebab peningkatan kes asma disebabkan faktor persekitaran

dapat dikenalpasti serta tahap kefahaman dan pengetahuan pesakit dapat dikesan.

Kajian dengan menggunakan ‘Questioneaire’ didapati lebih berkesan dalam

pengumpulan maklumat dan data seperti ditegaskan oleh Clair Turner (1994). Lantas

penyelidik memikirkan kaedah soal selidik ini adalah amat bersesuaian untuk kajian ini.

Teknik mengumpul data secara mengajukan soalan borang soal selidik menjadi pilihan

penyelidik kerana ia dapat dijalankan dalam masa yang lebih singkat berbanding kaedah

lain seperti menemuduga dan secara pemerhatian. Pengumpulan data dibuat dengan lebih

seragam dan teratur kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah sama dan konsisten

berbanding menemuduga dan pemerhatian, ini turut disokong oleh Clair Turner (1994).

Kelebihan teknik soal selidik ini ialah penyelidik tidak memerlukan masa yang

panjang untuk mengumpul data, tiada bias dalam menyoal banyak soalan berlainan dan

responden tanpa nama akan menghasilkan jawapan-jawapan yang lebih ikhlas dan jujur.

Manakala kelemahannya pula penyelidik tidak boleh menyelidik di kalangan orang yang

buta huruf, kadar maklumbalas yang rendah dan kemungkinan soalan-soalan yang

dikemukakan tidak dapat difahami oleh responden.

Dalam dokumen soal selidik ini ia didahului dengan pengenalan penyelidik,

responden mengisi dokumen tanpa menulis nama bagi mendapatkan ketelusan dan
kejujuran semasa mengisinya. Dalam dokumen soal selidik penyelidik telah

membahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian A

Mengandungi maklumat mengenai latarbelakang responden seperti jantina, umur,

bangsa, pekerjaan, pendapatan dan jenis kediaman. Responden hanya perlu menandakan

jawapan yang difikirkan seseuai dengan diri sendiri.

Bahagian B

Bahagian ini lebih tertumpu kepada faktor kefahaman dan pengetahuan responden

tentang penyakit asma yang disebabkan oleh faktor persekitaran. Mengenalpasti setakat

mana tahap kefahaman dan pengetahuan mereka samada meluas atau sedikit dan

mengenalpasti faktor persekitaran yang menjadi punca penyakit asma. Selain itu, turut

mengenalpasti apakah mereka ingin meningkatkan pengetahuan mereka di masa akan

datang. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang mudah difahami dan memberi

ruang kepada responden menjawab dengan tepat dan cepat. Semua responden telah

memberikan kerjasama yang baik dan segala maklumat dan data yang diperolehi telah

dianalisa dan dibincangkan.


8.0 PENEMUAN KAJIAN

Kajian telah dijalankan ke atas 20 orang responden yang mana borang soal selidik

diedarkan di antara bulan April hingga Mei. Penyelidik juga telah membuat analisis

mengenai maklumbalas responden terhadap borang soal selidik seperti yang tersenarai di

bawah.

Analisis Soalan Bahagian A

Soalan 1 (Jantina Responden)

Penyelidik mendapati penyakit asma lebih kerap menyerang pesakit lelaki

berbanding pesakit perempuan. Ini kerana dari 20 orang responden 13 orang responden

adalah pesakit lelaki iaitu mewakili 65%. Manakala pesakit perempuan hanya 7 orang

iaitu bersamaan 35% (Sila rujuk Lampiran A dalam Rajah 1).

Soalan 2 (Umur Responden)

Dalam kajian yang telah dijalankan terhadap 20 orang responden dan didapati

mereka terdiri dari beberapa peringkat umur. 2 orang responden berumur berumur dalam

lingkungan 0-4 tahun (10%), 3 orang berumur 5-15 tahun (15%), 8 orang berumur 16-35

tahun (40%) dan 7 orang lagi berumur 36 tahun ke atas mewakili kadar 35%. (Sila rujuk

Lampiran A dalam Rajah 2).


Soalan 3 (Bangsa Responden)

Pelbagai bangsa telah didapati terpilih secara rawak. Bangsa Melayu adalah

paling ramai iaitu 10 orang dengan kadar 50%. Bagi bangsa Cina pula 3 orang dengan

kadar 15%, India seramai 5 orang dengan kadar 25%, manakala 2 orang berbangsa

Bangladesh untuk mewakili kadar 10% (Sila rujuk Lampiran A dalam Rajah 3).

Soalan 4 (Pekerjaan Responden)

Respoden didapati terdiri daripada pelbagai pekerjaan, paling ramai adalah

pekerja kilang seramai 8 orang dengan kadar 40%. Kedua tertinggi adalah dari kalangan

buruh kasar seramai 5 orang dengan kadar 25%, ketiga ialah di kalangan pekerja pejabat

seramai 3 orang dengan kadar 15% dan keempat masing-masing seramai 2 orang (10%)

adalah di kalangan petani dan lain-lain pekerjaan (Sila rujuk Lampiran A dalam Rajah 4).

Soalan 5 (Pendidikan Responden)

Mengenai tahap pendidikan responden didapati majoritinya di tahap sekolah

rendah iaitu seramai 7 orang (35%). Kedua teramai pula adalah mereka yang tidak

bersekolah iaitu seramai 6 orang (30%). Ketiga adalah mereka yang bersekolah

menengah iaitu seramai 5 orang (25%). Bagi mereka yang berpendidikan di tahap

universiti pula hanya terdiri dari 2 orang iaitu mewakili 10% (Sila rujuk Lampiran A

dalam Rajah 5).


Soalan 6 (Pendapatan Responden)

Dari kajian didapati pendapatan responden yang paling tinggi adalah mereka yang

berpendapatan antara RM 401 hingga RM 800 iaitu seramai 9 orang dan bersamaan

dengan 45% dari keseluruhan responden. Kedua adalah mereka yang berpendapatan dari

RM 450 ke bawah iaitu seramai 7 orang dengan kadar 35%, ketiga adalah dalam

lingkungan RM 801 hingga RM1200 iaitu seramai 2 orang dengan kadar 10%. Manakala

2 orang lagi berpendapatan dalam lingkungan RM 1201 ke atas dengan kadar 10% (Sila

rujuk Lampiran A dalam Rajah 6).

Soalan 7 (Jenis Kediaman Responden)

Di dalam kajian ini didapati responden paling ramai tinggal di kawasan setinggan

iaitu seramai 8 orang dengan kadar 40%, kedua pula responden yang tinggal di kawasan

taman perumahan iaitu seramai 6 orang dengan kadar 25%. Ketiga adalah mereka yang

tinggal di rumah pangsa dengan seramai 4 orang (15%). Paling sedikit pula responden

yang tinggal di rumah kampung iaitu seramai 2 orang dengan mewakili kadar 10% (Sila

rujuk Lampiran A dalam Rajah 7).

Analisis Untuk Soalan Bahagian B

Soalan 1 (Berapa lama telah mengidap asma)

Berpandukan kepada kajian didapati 10 orang daripada responden telah mengidap

penyakit asma antara 2 - 5 tahun iaitu bersamaan dengan 50%. 7 orang responden telah
mengidapnya lebih dari 6 tahun (35%) dan 3 orang pula telah mengidapnya kurang dari

setahun dengan kadar 15 % (Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 8).

Soalan 2 (Kekerapan Serangan Asma Sebulan)

10 orang daripada responden dengan kadar 50 % mendapat serangan asma

sebanyak 2 hingga 4 kali sebulan, 6 orang sekali sebulan dengan kadar 30 % manakala 4

orang (20%) melebihi 5 kali sebulan mendapat serangan asma (Sila rujuk Lampiran B

dalam Rajah 9).

Soalan 3 (Tahap pengetahuan responden tentang asma)

Dalam kajian ini didapati 14 orang dengan kadar 70 % mempunyai tahap

pengetahuan yang kurang mengenai penyakit asma, 4 orang (20 %) berada di tahap

sederhana dan hanya 2 orang dengan kadar 10 % mempunyai tahap pengetahuan yang

banyak (Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 10).

Soalan 4 (Sebab tahap pengetahuan kurang)

Didapati dari kajian ini majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang

sedikit mengenai penyakit asma. Antara puncanya 8 orang dengan kadar 40 %

menyatakan kurangnya maklumat dari anggota kesihatan, 6 orang dengan kadar 30 %

menyatakan mereka tiada masa, manakala 4 orang (20 %) pula menyatakan mereka tidak

tahu membaca / kurang faham terhadap bahan bacaan dan selebihnya 2 orang dengan

kadar 10 % menyatakan mereka sengaja tidak mahu ambil tahu (Sila rujuk Lampiran B

dalam Rajah 11).


Soalan 5 (Sumber pengetahuan tentang asma)

11 orang responden dengan kadar 55 % menyatakan doktor dan anggota kesihatan

yang memberikan sumber maklumat, 5 orang dengan kadar 25 % menyatakan datangnya

dari siri ceramah kesihatan, manakala 2 orang (10 %) pula menyatakan pengetahuan dari

sumber bacaan dan selebihnya 2 orang dengan kadar 10% mendapatkan sumber

pengetahuan dari media massa (Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 12).

Soalan 6 (Tanda dan gejala penyakit asma)

Mengenai soalan ini didapati kesemua responden 20 orang dengan kadar 100 %

mengalami nafas berbunyi, 13 orang dengan kadar 65 % mengalami sesak nafas, 9 orang

(45 %) pula mengalami penat, 5 orang dengan kadar 25 % mengalami batuk dan 2 orang

dengan kadar 10 % mengalami sakit dada (Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 13).

Soalan 7 (Faktor penggalak serangan asma)

Berpandukan hasil kajian didapati 15 orang dengan kadar 75 % menyatakan cuaca

sejuk / musim hujan faktor penyebab serangan asma, 11 orang dengan kadar 55 % pula

menyatakan asap rokok, manakala 9 orang (45 %) menyatakan jerebu penyebabnya, 7

orang dengan kadar 35 % menyatakan bahan kimia berbahaya, 5 orang (25 %) pula

menyatakan penghawa dingin sebagai puncanya dan 3 orang dengan kadar 15 %

menyatakan habuk dalam rumah penyebab tercetusnya serangan asma (Sila rujuk

Lampiran B dalam Rajah 14).


Soalan 8 (Langkah-langkah semasa serangan asma)

Responden hanya perlu menulis turutan angka 1 hingga 4 sahaja untuk langkah-

langkah yang diambil semasa serangan asma. Namun lebih separuh iaitu seramai 13

orang (65%) responden gagal menandakan jawapan dengan tepat. Hanya 5 orang (25%)

berjaya manjawab dengan tepat dan selebihnya iaitu 2 orang lagi (10%) gagal

memberikan sebarang jawapan (Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 15).

Soalan 9 (Langkah Berjaga-jaga Mengelak Serangan Asma)

Mengenai langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan serangan asma

didapati majoriti responden iaitu seramai 14 oarang (70%) hanya menyerahkan kepada

doktor. 3 orang responden (15%) pula mahu belajar memahami dan mengawalnya dengan

nasihat doktor, manakala 2 orang (10%) lagi tidak mahu ambil tahu mengenainya dan

selebihnya iaitu seorang responden (5%) menyatakan ia tidak pasti (Sila rujuk Lampiran

B dalam Rajah 16).

Soalan 10 (Keinginan Responden Meningkatkan Pengetahuan)

Berpandukan kajian ini didapati 15 orang (75%) menyatakan keinginan untuk

meningkatkan pengetahuan. Manakala hanya 5 orang (25%) lagi, tidak mahu meningkat

pengetahuan mereka (Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 17).

Soalan 11 (Cadangan Berkesan Meningkatkan Pengetahuan)

Menurut kajian ini didapati 12 orang dengan kadar 60% responden mencadangkan

agar ceramah kesihatan dibuat lebih kerap. 5 orang dengan kadar 25% mencadangkan
agar anggota kesihatan proaktif menyebarkan maklumat. Manakala 2 orang responden

(10%) mencadangkan banyakkan bahan bacaan dengan pelbagai bahasa dan selebihnya

iaitu seorang (5%) menggalakkan peranan media massa untuk menyebarkan informasi

(Sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 18).


9.0 PERBINCANGAN

Peningkatan kes asma di Jabatan Kecemasan boleh dipengaruhi oleh faktor

pertambahan penduduk, faktor kos sara hidup yang meningkat, faktor tekanan jiwa dan

sebagainya. Namun dalam kajian ini penyelidik ingin menilai setakat mana faktor

persekitaran yang terdedah kepada perkara-perkara yang mensensitifkan salur pernafasan

menjadi punca serangan asma seperti dalam laporan NHLBI / WHO (1995). Sebagai

contoh faktor yang mempengaruhi gejala tersebut termasuklah hama, debu atau pun

terdedah terhadap racun serangga di kalangan petani dan bahan-bahan kimia di kalangan

pekerja industri seperti yang dinyatakan oleh Turner KJ, et al (1988).

Hasil dari pengumpulan data dan analisa penyelidik berpendapat bahawa tahap

pengetahuan dan kefahaman pesakit tentang penyakit asma sangat rendah. Berpandukan

hasil kajian ini didapati 70% daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang

kurang, manakala 20% berada di tahap sederhana dan hanya 10% pesakit mempunyai

tahap pengetahuan yang banyak (sila rujuk Lampiran B dalam Rajahl 9). Ini mungkin

disebabkan oleh tahap pendidikan yang berbeza di mana 35% daripada responden hanya

bersekolah setakat sekolah rendah, manakala 30% lagi tidak pernah bersekolah

berbanding 25% mendapat pendidikan menengah dan hanya 10% lepasan universiti (sila

rujuk Lampiran A dalam Rajah 5).

Jesteru itu ada di kalangan responden yang buta huruf, ini boleh menyebabkan

kesukaran untuk memahami melalui pembacaan dan penyampaian maklumat tentang


penyakit asma daripada kakitangan kesihatan. Ini disokong oleh J. Bowsher (1991)

menyatakan pengetahuan secara formal dari institusi pendidikan tidak menjamin

peningkatan pemahaman tentang beberapa perkara secara khusus, inikan pula yang tidak

mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.

Faktor sosio ekonomi juga sedikit sebanyak mempengaruhi tentang kurangnya

pengetahuan responden mengenai penyakit asma. Penyelidik mendapati 80% daripada

responden berpendapatan antara RM400 hingga RM800, mereka ini terdiri dari golongan

pekerja kilang, buruh kasar, petani dan pekerja sendiri / peniaga (sila rujuk Lampiran A

dalam Rajah 4 dan 6). Ini membayangkan tentang kesibukan mereka menumpukan

perhatian kepada kerjaya mereka untuk menampung keperluan asas untuk hidup.

Lantaran itu timbulnya pendapat di kalangan responden yang menyatakan mereka tidak

mahu ambil tahu dan tiada masa untuk mempelajari serta menambahkan pengetahuan

mengenai penyakit asma (sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 11). Alasan-alasan ini

boleh dikaitkan dengan jumlah pendapatan responden tersebut, malah menurut kenyataan

Clair Turner (1994) penyakit sering kedapatan pada golongan yang mempunyai tahap

sosio ekonomi yang rendah.

Berkenaan dengan kurang maklumat dari anggota kesihatan, penyelidik

berpendapat kemungkinan mereka yang terlibat tinggal di kampung-kampung terpencil

dan kawasan setinggan amat kurang terdedah dengan siri program pendidikan kesihatan

(Sila rujuk Lampiran A Rajah 7). Berbalik kepada hasil kajian didapati 80% responden

menyatakan sumber pengetahuan mereka perolehi dari penerangan doktor dan anggota
kesihatan serta dari siri ceramah kesihatan (sila rujuk Lampiran B dalam Rajahl 12). Ini

jelas menunjukkan kurangnya pengetahuan dan kefahaman di kalangan pesakit asma

disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor sikap pesakit asma itu sendiri.

Faktor-faktor persekitaran yang menjadi penyebab serangan asma telah dinilai dan

dikenalpasti berpandukan hasil kajian ini. Begitu juga dengan tanda dan gejala yang

sering terdapat pada pesakit asma (Sila rujuk Lampiran B Rajah 13) Didapati

kebanyakkan responden mengatakan lebih daripada satu penyebab serangan asma

antaranya 15 orang atau 75% menyatakan cuaca sejuk / musim hujan punca serangan

asma, 11 orang pula atau 55% mengatakan asap rokok, 9 orang (45%) berpunca dari

jerebu, manakala 7 orang atau (35%) disebabkan oleh terdedah kepada bahan-bahan

kimia (sila rujuk Lampiran B dalam Rajah 14). Ini menguatkan lagi hipotisis bahawa

faktor persekitaran banyak mempengaruhi peningkatan kes asma yang mendapatkan

rawatan di jabatan kecemasan. Pendapat ini turut disokong oleh Lim et al (1991) yang

menyatakan kes asma sentiasa meningkat bila tibanya musim tengkujuh iaitu apabila

suhu rendah.

Berdasar data kajian 50% responden mendapat serangan asma antara 2 – 4 kali

sebulan dan telah mengidap penyakit asma selama 2 – 5 tahun (sila rujuk Lampiran B

dalam Jadual 8 dan 9). Ini menunjukkan kekerapan serangan asma ada kaitannya dengan

kurangnya pengetahuan tentang kawalan dan pencegahan penyakit asma secara berkesan.

Jika tidak dikawal kekerapan ini akan meningkatkan kos, terpaksa meluangkan lebih

masa untuk mendapatkan rawatan dan ini tentu membebankan, menjejaskan kerjaya serta
pendapatan mereka. Oleh itu didapati lebih dari 75% responden ingin meningkatkan

pengetahuan mereka tentang penyakit asma dan majoriti (60%) daripada mereka

mahukan ceramah atau penerangan mengenai peyakit asma diadakan lebih kerap,

manakala 25% mencadangkan agar anggota kesihatan proaktif menyebar maklumat, dan

10% lagi mencadangkan memperbanyakkan lagi bahan bacaan (sila rujuk Lampiran B

Rajah 17 dan 18).

Jesteru itu menjadi tanggungjawab anggota perubatan dan kesihatan untuk

memberikan maklumat dan pengetahuan serta pendidikan kesihatan kepada pesakit-

pesakit asma dengan lebih berkesan lagi di masa hadapan. Pendidikan kesihatan yang

berkesan adalah pendidikan yang berterusan, demikian menurut Jenifer (1991). Kata-

kata ini perlu difikirkan bersama.


10.0 KESIMPULAN

Di sepanjang kajian ini, data-data telah berjaya dikumpul dan dianalisis serta

telahpun dibincangkan. Data-data yang diperolehi banyak membantu penyelidik

membuat rumusan berkenaan masalah yang dibincangkan oleh penyelidik. Penyelidik

berjaya mengesan tahap pengetahuan dan kefahaman pesakit berkenaan dengan penyakit

asma, di mana 80% mempunyai tahap pengetahuan yang sedikit dan hanya 20%

mempunyai tahap pengetahuan yang banyak.

Penyelidik juga dapat mengesan punca kurangnya pengetahuan dan kefahaman

tentang penyakit asma dan pencegahannya dalam penyelidikan ini. Ia adalah disebabkan

oleh faktor sosio ekonomi yang mempengaruhi banyak perkara dan menimbulkan sikap

tidak ambil tahu di kalangan pesakit. Ini juga disebabkan oleh mereka tidak mempunyai

masa untuk berbuat demikian sebaliknya lebih menumpukan kepada kerjaya mereka bagi

menjamin keperluan asas dapat dipenuhi.

Faktor penyebab kepada serangan asma akibat dari faktor persekitaran juga dapat

dikenalpasti, di mana pesakit atau responden kebanyakkannya memberikan maklumbalas

yang lebih dari satu faktor penyebab. Antara faktor penyebab yang dikenalpasti adalah

faktor perubahan cuaca, asap rokok, jerebu, habuk dan terdedahnya kepada bahan kimia .

Semua ini dapat dikenalpasti dari soal-selidik yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Penyelidik merasakan kajian ini dapat menghasilkan sesuatu penemuan yang

dapat memberikan manfaat dalam bidang perubatan. Semoga dengan penemuan-

penemuan dari penyelidikan ini, akan dapat dijadikan panduan dalam membentuk pelan

tindakan bagi menangani masalah peningkatan serangan asma yang disebabkan oleh

faktor-faktor persekitaran. Penyelidik juga merasakan masih terdapat banyak kelemahan

dalam kajian ini, kerana faktor masa dan kos yang terhad. Namun begitu ia dapat

dijadikan sebagai panduan bagi kajian yang lebih terperinci oleh penyelidik-penyelidik

yang akan datang.


11.0 CADANGAN

Penyelidik memikirkan cadangan-cadangan berikut bagi

mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan dan kefahaman pesakit asma atau penjaganya.

Ia menjurus kepada langkah-langkah pengawalan dan pencegahan dari berlakunya

serangan asma yang teruk. Penyelidik turut menggunakan cadangan yang sediada dan

ditokoktambah bagi menjadikan lebih efektif. Cadangan-cadangan tersebut adalah:

1. Meneruskan sambutan Hari Asma Sedunia dengan mempergiatkan

lagi aktivitinya ke peringkat yang lebih meluas. Ia perlu meliputi kawasan

kampung-kampung bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya

pengetahuan tentang penyakit asma. Aktivitinya juga hendaklah

melibatkan masyarakat secara langsung seperti sesi dialog, pameran,

ceramah dan bengkel oleh anggota-anggota kesihatan. Penglibatan

masyarakat dalam proses penyampaian pendidikan kesihatan akan lebih

berkesan jika wujudnya interaksi di antara pesakit dengan anggota

kesihatan (Clair Turner, 1994).

2. Setiap pegawai dan paramedik perlu rajin untuk bertanya atau

memberitahu mengenai masalah penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya.

Ini perlu bagi membolehkan setiap permasalahan mengenai penyakit asma

dapat dibincangkan bersama bagi menyelesaikannya. Kadangkala mereka


juga perlu mencungkil rahsia orang lain bagi tujuan menyelesaikan

masalah bersama.

3. Menghasil dan mengedarkan risalah (pamplet) berkenaan penyakit

asma yang lebih menarik dan mudah difahami serta dicetak dalam

pelbagai bahasa. Ini membolehkan semua golongan dapat memahami

mesej yang ingin disampaikan seterusnya berusaha untuk mencegah

serangan penyakit tersebut. Selain itu tayangan video mengenai penyakit

asma serta bahayanya juga boleh dilaksanakan dalam setiap sesi rawatan

kepada pesakit asma.

4. Bekerjasama dengan pihak media massa bagi mengadakan satu

rancangan khas mengenai kesihatan dan perubatan. Ini boleh memberikan

kesedaran kepada masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Rancangan ini juga boleh menfokuskan kepada risiko sesuatu jenis

penyakit seperti asma dan cara-cara untuk mencegah dan merawatinya.


12.0 BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

Aziz. A (1990), Academy of Medicine, Lead Publisher Sdn. Bhd. Kuala Lumpur,

Malaysia.

Bloom S.R. ed (1994), Toohey’s Medicine A Textbook For Student In The Health

Care Profesional 15 Leith Walk, Edinberge p. 140 - 141.

Clair Turner (1994), Community Health Education, Aspen Publisher Inc.

Clark. T and Ress. J (1995), Practical Management of Asthma, Saffron Walden,

Essex.M.

Dr. Ismail (1992), Kawalan Penyakit Asma, Pelanduk Publisher, Kuala Lumpur,

Malaysia.

Edmond SD. Woodruff PG. 1 ee. EY et all (1999), Effect of Emergency

Department Asthma Program On Acute Asthma Care, vol 34 no 3. p. 321 – 323

Hahn. (1995), Acute Respiratory Illness, Aspen Publisher, United Stated.

http://www.ginasthma.com/prac.html

http://www.doctorjohn.com/asthma.html

Jenifer Wilson Berett (1991), Further Research For Nursing, Sentri Press, London.

Lim Kean Ghee (1996), A Review Of Disease In Malaysia, Pelanduk Publication.

Lobiodo – Wood G. Habber. J. 3rd edition (1994), Nursing Research: The CV

Mosby Company, Philadelphia.

Marina A & Ho TM (1995), Laporan Tahunan 1995 Institut of Medical Research,

Kuala Lumpur, Malaysia.

Muers. M and Hopkin. J (1995), Respiratory Disoerders, Vol 23:7, p. 265 – 312
Moira Chan Teung (2000), Medical Progress: Management Of Patien With

Asthma, Edinbergh.

NHLBI/WHO Workshop Report (1995), The National Consens ‘1’ Of Asthma To

The Global Strategy Of Asthma Management And Prevention, ACI News 1995:7:4

P.D Phelan (1989), Asthma Pathogenesis And Implication For Therapy In Adult,

Aspen Publisher, United Stated.

Polit. D. and Hunger. B, 3rd. Edition (1993), Essentials of Nursing Research, J. B

Uppincott Company, Philadelphia.

Smith (1996), Health Promotion Models An Values 2nd Edition, Oxford

University Press Inc. New York.

The Sun (2003), 13% of Children are asthmatic, Monday 19 May p. 20, Sun

Media Corporation Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Treber’s. (2002), Cyclopedic Medical Dictionary, Oxford University Press, UK.

London.

LAMPIRAN A
Lampiran A, Rajah 1:

Lampiran A, Rajah 2:
Lampiran A, Rajah 3:

Lampiran A, Rajah 4:
Lampiran A, Rajah 5:
Lampiran A, Rajah 6:

Lampiran A, Rajah 7:
Lampiran B, Rajah 8:

Lampiran B, Rajah 9:
Lampiran B, Rajah 10:
Lampiran B, Rajah 11:

Lampiran B, Rajah 12:


Lampiran B, Rajah 13:

Lampiran B, Rajah 14:


Lampiran B, Rajah 15:

Lampiran B, Rajah 16:


Lampiran B, Rajah 17:

Lampiran B, Rajah 18:

You might also like