You are on page 1of 1

TINGKATAN 2

KARANGAN BERGAMBAR 9
Kitar semula merupakan satu kempen yang dijalankan setiap tahun. Kempen
ini banyak memberikan faedah kepada kita.

Amalan mengitar semula dapat mengurangkan pencemaran. Hal ini dikatakan


demikian kerana kita dapat menggunakan semula sampah. Dengan ini,tahap
kesihatan rakyat dapat dijamin.

Selain itu, amalan ini dapat melindungi hutan. Hal ini dikatakan demikian
kerana kepupusan hutan sering dikaitkan dengan keengganan penduduk bumi
mengamalkan konsep mengitar semula. Oleh sebab itu, kita haruslah
menghargai alam semula jadi.

Di samping itu, amalan ini turut dapat mengurangkan kawasan pelupusan


sampah. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak sampah yang telah diguna
semula untuk menghasilkan barangan yang baharu. Oleh sebab itu, kita turut
dapat mengurangkan sumber alam dan menjimatkan tenaga.

Kesimpulannya, amalan ini mesti disuburkan dalam sanubari kita. Janganlah


kita menyesal selepas bumi musnah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.

You might also like