You are on page 1of 10

Pengenalan

Pensejarahan China tradisional mempunyai satu kitaran yang dikenali sebagai

pusingan wangsa yang bermula sejak dari zaman China Tradisional lagi. Setiap

wangsa akan melalui pelbagai peringkat kelahiran, perkembangan, kemerosotan dan

kejatuhan. 1 Menurut Abdul Rahman Haji Ismail yang mengatakan bahawa kitaran

sejarah adalah satu gagasan yang pernah mempengaruhi tanggapan ahli-ahli sejarah

tentang pola dan perjalanan sejarah. 2 Pandangan ahli-ahli sejarah Yunani seperti

Thucydides dan Polybius yang menganggap bahawa sesuatu keadaan itu berulang dan

setelah selesai satu pusingan sejarah akan bermula pula satu pusingan sejarah yang

baru.

Pada pemerintahan awal sesuatu wangsa akan diberi gambaran sebagai manusia yang

sempurna namun pemerintahan yang terakhir digambarkan sebagai manusia yang

kerdil dan tidak berkebolehan. Kegemilangan sesuatu wangsa juga dicirikan sebagai

sebuah wangsa yang mempunyai kawasan jajahan takluknya yang luas dan

mempunyai kekuatan dari segi jentera pentadbiran dan ketenteraan. Manakala puncak

kegemilangan dan kehebatan sesuatu wangsa merupakan petanda kepada permulaan

bagi kemerosotan sesuatu wangsa itu akibat daripada wujudnya pelbagai masalah

yang akan menyebabkan keruntuhan dan kehancuran wangsa tersebut.

Oleh yang demikian dalam penulisan esei ini, penulis akan membincangkan

berkenaan gagasan pusingan wangsa yang merupakan proses penting dalam

perkembangan sejarah China tradisional dan memilih wangsa Ch’in bagi menjelaskan

secara keseluruhan dari segi kemunculan, perkembangan sehingga keruntuhan wangsa

itu

1 Abdul Rahman Haji Ismail. China Pensejarahan Dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001,
hlm. 42.
2 Abdul Rahman Haji Ismail. China Tradisional Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Pulau Pinang, Penerbit

Universiti, 1983. Hlm.23.

1
Gagasan Pusingan Wangsa

Pusingan wangsa merupakan gagasan sejarah yang dilahirkan oleh pandangan alam

yang meyakini adanya keselarasan antara kitaran alam cakerawala dengan alam

manusia menurut pandangan Abdul Rahman Haji Ismail.3 Ini menunjukkan bahawa

berlakunya pola yang berulang bermula dari peringkat kelahiran, pertumbuhan,

kelayuan dan akhirnya kemusnahan yang akan digantikan semula dengan kerajaan

baru yang juga akan melalui proses perkembangan yang sama seperti wangsa-wangsa

lain sebelumnya. Menurut Wang Chung yang merupakan seorang cendekiawan

semasa zaman Han Kemudian juga mengatakan bahawa setiap zaman ada peringkat

kemakmuran dan peringkat keruntuhannya.4

Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Ismail lagi, setiap pusingan wangsa adalah

disebabkan oleh kepercayaan terhadap wujudnya suatu kuasa tertinggi yang

menentukan hayat pengaruh dan kedudukan bagi seseorang pemerintah mahupun

sesuatu wangsa tersebut. 5 Misalnya aliran Kungfutzuisme yang diamalkan sejak

zaman Han telah menentukan peranan manusia sebagai penentu hidup matinya

sesebuah dinasti dalam sejarah China tradisional di mana Raja berada di kedudukan

tertinggi dan penasihat-penasihat utama baginda menjadi faktor asas yang boleh

mempengaruhi tempoh hayat pemerintahan sesebuah wangsa tersebut.

Perubahan yang berlaku bagi setiap wangsa hanya melibatkan perubahan dari aspek

pemimpin yang memerintah sesuatu wangsa itu sahaja tanpa melibatkan perubahan

dalam aspek pemerintahan, corak pemikiran dan pendidikan kerana setiap pusingan

wangsa adalah sama dari segi aspek-aspek tersebut. Budaya politik China

menganggap bahawa raja merupakan Putera Tien atau Tien-tzu yang dianugerahi

3 Abdul Rahman Haji Ismail. China Pensejarahan Dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001,
hlm. 42.
4 Abdul Rahman Haji Ismail. China Tradisional Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Pulau Pinang, Penerbit

Universiti, 1983. Hlm.23.


5 Abdul Rahman Haji Ismail. China Pensejarahan Dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001,

hlm. 43.

2
mandat memerintah (tien-ming) oleh Tien yang menjadi kuasa teragung bagi

memimpin manusia dalam keadaan sentosa.6

Pemilihan Tien-tzu seharusnya merupakan seorang individu yang mempunyai

kesempurnaan dari segala aspek, seorang yang berwibawa dan berkebolehan, serta

dihormati oleh rakyat kerana mandat memerintah yang diberikan merupakan amanah

dan suatu anugerah.7 Sekiranya amanah yang diberikan tidak dipegang dengan sebaik

mungkin akan dirampas kembali dan dianugerahkan kepada Tien-tzu yang lebih

berkelayakan untuk memimpin wangsa seterusnya. Menurut Abdul Rahman Haji

Ismail, beliau menyatakan bahawa sejak awal lagi masyarakat China pada telah

merumuskan bahawa tiada wangsa yang akan dapat kekal selama-lamanya. Oleh

demikian dapat diakui bahawa wujudnya pusingan wangsa dalam pensejarahan China

tradisional.

Di samping itu, wujudnya Wu Hsing atau dikenali sebagai lima unsur utama alam

yang terdiri daripada tanah, air, api, logam dan kayu yang menjadi penggerak kepada

sesuatu wangsa dalam masyarakat China tradisional yang mempercayai bahawa

perubahan sesuatu kepimpinan berpunca daripada perubahan yang berlaku kepada

alam semesta. Para pendokong-pendokong Wu Hsing mempercayai bahawa unsur-

unsur penggerak ini tidak boleh wujud dalam masa yang sama dengan paras kekuatan

yang sama pada satu masa. 8 Oleh itu, unsur-unsur ini menguasai keadaan secara

bergilir-gilir dan ada yang beranggapan bahawa unsur-unsur tersebut saling kuasa

menguasai dengan aturan seperti tanah dikuasai oleh kayu, kayu dikuasai oleh logam,

logam dikuasai oleh api, api dikuasai oleh air, air dikuasai oleh logam dan begitulah

6 Abdul Rahman Haji Ismail. China Tradisional Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Pulau Pinang, Penerbit
Universiti, 1983. Hlm.24.
7 ibid. hlm.24.
8 ibid. hlm.26.

3
aturan seterusnya berulang semula. 9 Jelas bahawa masyarakat China tradisional

meyakini dan mempercayai akan unsur-unsur alam ini yang banyak mempengaruhi

pusingan wangsa kerana setiap unsur-unsur ini saling lahir melahirkan antara satu

sama lain mengikut suasana.

Kemunculan, Perkembangan dan Kehancuran Dinasti Ch’in

Pembentukan negeri Ch’in bermula dengan penganugerahan tanah oleh Raja Chou

kepada Fei-tzu bagi menternak kuda kepunyaan keluarga diraja Chou. Dari segi

kedudukan muka buminya, negeri Ch’in terletak di barat laut China iaitu di lembah

sungai Wei. Keunikan negeri Ch’in ialah penyatuan masyarakat China yang sebelum

ini berpecah belah kepada sebuah kerajaan atau negeri yang bersatu padu semula.

Kemunculan sebuah dinasti yang dikenali sebagai dinasti Ch’in bertitik tolak daripada

kejayaan penyatuan negeri-negeri di China pada tahun 221 SM. Perwatakan raja yang

baik, bersifat pemurah, bijak dalam kepimpinan akan dapat diyakini oleh semua

rakyat. Sistem kemaharajaan semasa dinasti Ch’in diguna pakai dengan gelaran

Maharaja ataupun Shih Huang Ti bagi memberikan gambaran bahawa baginda

merupakan raja yang terunggul dan teragung di dunia kerana baginda mahu dibezakan

dengan gelaran raja yang diguna pakai oleh raja-raja lain. 10 Misalnya Raja Cheng

telah menggunakan gelaran Maharaja dan telah mengisytiharkan unsur air sebagai

unsur penaungnya daripada lima unsur utama serta warna hitam sebagai warna rasmi

bagi kewangsaannya untuk membuktikan akan kekuasaan baginda.

Dari aspek perkembangan dinasti Ch’in, pemerintahan Maharaja Cheng merupakan

zaman keunggulan dan kegemilangan bagi dinasti tersebut. Maharaja Cheng telah

9 Abdul Rahman Haji Ismail. China Tradisional Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Pulau Pinang, Penerbit
Universiti, 1983. Hlm.26.
10 Anne Walthall, James Palais, Patricia Ebrey. East Asia A Cultural, Social And Political History, New York, Houghton Mifflin

Company, 2009, hlm. 37.

4
dilahirkan pada tahun 259 S.M. dan menaiki takhta sewaktu usia muda setalah
11
kemangkatan ayahanda baginda iaitu Raja Tzu-chu pada tahun 247 S.M.

Pemerintahan Maharaja Cheng dibantu oleh Han Feizi sebagai penasihat raja dan

penasihat raja semasa pemerintahan Maharaja Cheng yang terkenal ialah Li Ssu.

Sistem pemerintahan Maharaja Cheng pula mengamalkan sistem pemerintahan

bercorak autokrasi.

Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh dinasti Ch’in adalah dengan meletakkan

golongan tentera sebagai pentadbir kerajaan dengan mengetepikan golongan

bangsawan dalam pentadbiran kerajaaan.12 Berbeza dengan dinasti sebelumnya iaitu

dinasti Chou yang mengamalkan feudalisme yang telah membawa kepada perpecahan

kepada wangsa tersebut. Sistem kepegawaian yang bersepadu telah diwujudkan

melalui pemerintahan kemaharajaan berpusat di mana pegawai-pegawai dilantik terus

oleh kerajaan pusat. Melalui sistem ini pegawai-pegawai yang dilantik

bertanggungjawab terus kepada kerajaan pusat.

Laporan mengenai perkembangan di setiap wilayah akan dibuat oleh pegawai wilayah

dari semasa ke semasa kepada kerajaan pusat. Kawasan-kawasan daerah pula dikawal

dan diperintah oleh hakim bagi melancarkan urusan pentadbiran di kawasan daerah.

Peluang pendidikan juga disediakan berfokuskan hanya kepada golongan pegawai-

pegawai kerajaan dan bakal pegawai-pegawai kerajaan yang akan dilantik. Peristiwa

pembakaran buku terutamanya buku-buku konfucius telah berlaku pada tahun 214

S.M. kecuali buku berkaitan perubatan, pertanian, sihir dan istiadat tidak

dimusnahkan. Pembakaran buku-buku ini oleh kerana para cendekiawan

menggunakan rekod-rekod lepas untuk melakukan penghinaan. Kedegilan para

11
Sufian Mansor.Tamadun China. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 59.
12
Ibid. hlm.61.

5
cendekiawan telah dikenakan tindakan tegas dan diberikan hukuman supaya menjadi

pengajaran dan tauladan kepada rakyat supaya patuh akan perintah pemerintah.

Kekuatan ketenteraan amat penting bagi dinasti Ch’in yang menghadapi ancaman

daripada serangan pihak luar seperti orang gasar di bahagian utara China. Bagi

mengatasi serangan luar, Shih Huang Ti telah mengarahkan Jeneral Meng Tien bagi

membina sebuah tembok sebagai pertahanan tentera Ch’in daripada serangan orang

gasar. Sebuah tembok besar China sepanjang 1400 batu telah dibina dari barat daya

Kansu sehingga ke selatan Manchuria yang melibatkan sebanyak tiga ratus ribu orang

tentera dan lima ratus ribu rakyat biasa telah berkorban tenaga untuk menyiapkan

tembok ini. 13 Bagi menampung kos pembinaan tembok besar China, rakyat biasa

terpaksa membayar cukai kepala. Pembinaan tembok ini bukan sekadar hanya sebagai

tembok pertahanan sahaja namun lebih daripada itu seperti sebagai pelindung kepada

para pedagang yang menggunakan jalan raya yang menghubungkan kawasan utara

China dengan ibu negeri dinasti Ch’in.14

Aliran falsafah pemikiran yang diamalkan oleh dinasti Ch’in ialah falsafah pemikiran

Fa iaitu legalisme yang berlandaskan kekerasan dalam sistem pemerintahan.

Kekerasan yang diamalkan telah membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang

melakukan kesalahan dengan diberikan layanan kejam dan ketidakperikemanusiaan.

Rakyat biasa yang tidak melakukan kesalahan juga dikerah menjalankan

perkhidmatan buruh seperti perlu membina istana, terusan, kubur-kubur dan jalan.

Sistem pemerintahan yang mengamalkan kekerasan ini telah membawa kepada

penyatuan dalam sesebuah negara dan memperluaskan kuasa jajahan takhluk melalui

penaklukan ke atas wilayah sekitarnya. Sifat pemerintahan Shih Huang Ti yang

13
Sufian Mansor.Tamadun China. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 64.
14
Ibid. hlm.65

6
menyemai benih kekerasan dari atas dan bersifat kuku besi tidak dapat terus kekal

dalam tempoh jangka masa yang lama.15

Kemangkatan Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M. merupakan titik-titik kehancuran

pemerintahan dinasti Ch’in. Shih Huang Ti telah berkorban bermati-matian dalam

mencari penawar kepada ubat yang tidak akan mati walaupun hakikatnya baginda

mencapai kegagalan. Dalam wasiat Shih Huang Ti memerintahkan Fu Su menduduki

takhta bagi menggantikan baginda namun disebabkan oleh tindakan Li Ssu dan Chao

Kao yang beranggapan bahawa Fu Su tidak mempunyai sifat bersungguh-sungguh

dalam mengamalkan fahaman Fa menyebabkan mereka berdua telah bersubahat bagi

menjatuhkan Fu Su sebagai pengganti pemerintah yang sebenarnya. Mereka berdua

telah merancang untuk melakukan pembunuhan ke atas Fu Su dan penjaganya iaitu

Jeneral Meng Tien bagi membolehkan Hu Hai menaiki takhta sebagai maharaja

seterusnya.

Li Ssu dan Chao Kao telah memesongkan serta menghapuskan perintah Maharaja

Shih Huang Ti dengan menjadikan Fu Su dan Jeneral Meng Tien sebagai mangsa

yang perlu dikorbankan. Akhirnya Fu Su dengan sendiri telah membunuh diri dan

Jeneral Meng Tien telah meracuni dirinya di dalam penjara. Kelicikan Chao Kao telah

berjaya mengawal tindak tanduk Maharaja Hu Hai yang tidak mempunyai

pengalaman dalam pemerintahan dan mengasingkan baginda daripada golongan

pembesar agar beliau dapat mengawal keseluruhan istana. Semasa pemerintahan

Maharaja Hu Hai berlaku pelbagai pemberontakan dalam kalangan petani, rakyat

biasa dan tentera pada tahun 209 S.M. Tindakan Li Ssu yang telah mengkritik

15Abdul Rahman Haji Ismail.“Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah Di China”. Qasim Ahmad (pnyt). Kekerasan Dalam
Sejarah Masyarakat Dan Pemerintah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 243.

7
perbuatan yang dilakukan oleh Chao Kao yang keterlaluan di dalam istana telah

diseksa begitu kejam sehingga mati.16

Setelah kemangkatan Maharaja Hu Hai, Tzu-ying iaitu cucu Shih Huang Ti telah

menaiki takhta sebagai Maharaja bagi dinasti Ch’in. Namun pemerintahan baru ini

hanya berkekalan dalam tempoh yang singkat iaitu selama 43 hari sebelum

keruntuhan kerajaan Ch’in. Kebijaksanaan Chao Kao dengan memberikan Tzu-ying

hanya sekadar gelaran raja telah menyebabkan beliau telah dibunuh oleh Tzu-ying

atas perbuatan-perbuatan jahat dan jenayah yang telah dilakukan oleh beliau selama

ini. Pengakhiran kepada dinasti Ch’in setelah bertahan selama 15 tahun apabila Liu

Pang yang merupakan pemerintah bagi dinasti Han telah memusnahkannya dan tidak

dapat dipertahankan lagi.17

16
Mary M. Anderson. Hidden Power The Palace Eunuchs Of Imperial China. New York, Prometheus Books, 1990, hlm. 39.
17
Sufian Mansor.Tamadun China. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 71.

8
Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh penulis berdasarkan kepada penulisan ini ialah

pusingan wangsa merupakan satu kitaran yang amat penting kepada pensejarahan

China tradisional sehingga melahirkan pensejarahan China moden sekarang. Dapat

diperhatikan bahawa setiap zaman pemerintahan tersebut saling mempunyai

peristiwa-peristiwa yang berulang seperti mana yang diperkatakan oleh Abdul

Rahman Haji Ismail bahawa pusingan manusia merupakan satu peristiwa yang saling

berulang dengan memaparkan hubungan yang terjalin antara alam dan manusia. Oleh

itu, secara mudahnya untuk difahami bahawa konsep pusingan wangsa ini melibatkan

beberapa tahap merangkumi tahap kemunculan seterusnya tahap kegemilangan dan

diakhiri dengan keruntuhan sesebuah dinasti tersebut seperti yang telah berlaku

kepada dinasti Ch’in.

Aliran pemikiran kanun atau Fa yang bersifat kekerasan yang diamalkan oleh dinasti

Ch’in yang berlebihan dari atas telah memberikan tindak balas kepada kekerasan dari

bawah. Kekerasan telah membawa dinasti Ch’in sebuah dinasti yang agung namun

kekerasan juga telah memendekkan tempoh pemerintahannya hanya sekitar 15 tahun

sahaja dan telah digantikan oleh dinasti selepasnya iaitu dinasti Han. Walaupun dalam

tempoh yang singkat, dinasti Ch’in telah memberikan banyak sumbangan kepada

masyarakat ketika itu dengan menyatupatukan negeri-negeri China, penyeragaman

sistem tulisan serta pembinaan tembok besar China yang wujud sehingga sekarang.

Oleh demikian, penulis dapat menyimpulkan di sini bahawa pembinaan sesebuah

dinasti sehingga kukuh gemilang bukan sesuatu yang mudah namun bagi

meruntuhkan sesebuah dinasti tersebut sangat mudah.

9
Bibliografi

Abdul Rahman Haji Ismail.“Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah Di China”.

Qasim Ahmad (pnyt). Kekerasan Dalam Sejarah Masyarakat Dan Pemerintah. Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Abdul Rahman Haji Ismail. China Pensejarahan Dan Pembinaan Tamadun. Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

Abdul Rahman Haji Ismail. China Tradisional Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan

Proses Pencinaan. Pulau Pinang, Penerbit Universiti, 1983.

Anne Walthall, James Palais, Patricia Ebrey. East Asia A Cultural, Social And

Political History, New York, Houghton Mifflin Company, 2009.

Mary M. Anderson. Hidden Power The Palace Eunuchs Of Imperial China. New

York, Prometheus Books, 1990.

Sufian Mansor.Tamadun China. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.

10

You might also like