You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan

Sistem Khalifah iaitu Khulafa Ar-Rashideen bermula setelah kewafatan Nabi


Muhammad S.A.W pada hari isnin iaitu bersamaan dengan 12 Rabi’ul Awal tahun ke
11 hijrah.1 Saidina Abu Bakar r.a telah diberikan bai’ah dan dilantik sebagai Khalifah
islam di rumah Bani Saadah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. 2 Gejala
murtad telah berleluasa dalam kalangan umat Islam semasa pemerintahan Saidina
Abu Bakar r.a dan beliau telah berjaya mengatasi masalah tersebut. Pemerintahan
Saidina Abu Bakar r.a telah digantikan oleh Saidina Umar Al-Khatab r.a setelah
kewafatannya.
Semasa pentadbiran Saidina Umar Al-Khatab r.a telah berlaku banyak perubahan dan
pembaharuan yang dilaksanakan misalnya penciptaan Kalendar Islam bagi
membezakan antara umat Islam dengan umat bukan Islam sewaktu itu.3 Baitul Mal
juga telah diwujudkan semasa pemerintahan Saidina Umar dan dasar
pemerintahannya adalah dengan mewujudkan keadilan murni secara mutlak dalam
4
kalangan manusia. Setelah kewafatan Saidina Umar Al-Khatab r.a, tampuk
pemerintahan telah diteruskan oleh Saidina Uthman bin Affan r.a. dengan pelbagai
cabaran seperti perpecahan dalam kalangan umat Islam oleh kerana fitnah serta salah
faham sehingga mengganggu sistem pemerintahan dan pentadbiran. Sistem
pemerintahan telah diteruskan oleh Saidina Ali bin Abi Talib setelah kewafatan
Saidina Uthman r.a.
Oleh itu, dalam penulisan esei ini penulis akan mengkaji sejauh manakah fitnah al-
kubra iaitu finah besar menjadi punca perpecahan umat islam selepas era Khulafa Ar-
Rashideen. Penulis juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut isu fitnah yang telah
dilemparkan oleh musuh-musuh Islam dengan mengfokuskan era pemerintahan
Khalifah Uthman telah menjadi detik-detik perpecahan umat Islam.

1
Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Selangor: Jasmin Enterprise.Hlm. 129.
2
Ibid. hlm.129.
3
Ibid. hlm.175.
4
Taha Husain. Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 9.

1
2.0 Isu-Isu Sensitif Serta Fitnah Semasa Zaman Pemerintahan Khalifah Uthman
Bin Affan r.a

2.1 Penuduhan Mengabaikan Hukum Hudud


Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a pelbagai isu-isu serta fitnah
timbul sehingga mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam oleh kerana
musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Khalifah
Uthman r.a telah dituduh melanggar hukum hudud oleh sebab peristiwa Ubaidillah
bin Umar yang membuta tuli membunuh tiga orang iaitu Hurmuzan, Jufainah dan
anak perempuan Abu Lu’lu’ah. Kemarahan Ubaidullah semakin membuak-buak
apabila mendengar keterangan Abdul Rahman bin Abu Bakar yang memberi tahu
malam sebelum bapanya iaitu Saidina Umar dibunuh beliau terserempak dengan
Hurmuzan, Abu Lulu’ah dan Jufainah sedang berbisik disesuatu tempat dan terdapat
khanjar yang digunakan untuk membunuh Saidina Umar yang terjatuh akibat
kegugupan mereka kerana takut perancangan yang direncanakan oleh mereka
diketahui.5
Ubaidillah telah membunuh tiga orang yang telah membunuh bapanya iaitu
Hurmuzan, Jufainah dan anak perempuan Abu Lu’lu’ah. 6 Ubaidillah melakukan
pembunuhan bermula Hurmuzan dan selepas membunuh Hurmuzan, Ubaidillah
mencari Jufainah lalu membunuhnya. Setelah dibunuhnya Jufainah, Ubaidillah telah
pergi ke rumah Abu Lu’lu’ah dan membunuh anak perempuannya. Tindakan beliau
adalah bagi menuntut bela atas kematian bapanya. Sewajarnya Ubaidillah
memberitahu permasalahan ini kepada Khalifah Uthman terlebih dahulu supaya
diadili secara adil bukannya melakukan tindakan terburu-buru dengan mengambil
tindakan dan keputusan sendiri. Khalifah Uthman r.a telah berunding dengan
beberapa orang sahabat berkenaan tindakan yang dilakukan oleh Ubaidillah.
Akhirnya, Ubaidillah telah dijatuhi hukuman mati kerana tindakan beliau telah
melanggar batas-batas hukum Allah s.w.t setelah diusulkan oleh Para ahli agama dan
ahli fiqh, termasuk ‘Ali bin Abu Talib.7 Catatan yang ditulis oleh ahli sejarah berbeza-
beza ada yang mengatakan bahawa Khalifah Uthman r.a. menyerahkan Ubaidillah
kepada anak Hurmuzan untuk dibunuh sebagai tindakan pembalasan. Namun ada juga

5
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 61.
6
Mahmud Syakir. (2004). Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Selangor: Jasmin Enterprise. Hlm. 201.
7
Taha Husain. Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 84.

2
sebahagian besar yang mengatakan bahawa Khalifah Uthman telah memaafkan
Ubaidillah dengan membayar diah (tebusan) kepada Baitulmal. 8 Keputusan yang
dibuat oleh Khalifah Uthman tidak dapat diterima oleh kaum muslim kerana di dalam
Al-Quran jelas menyatakan bahawa bentuk hukum balas kepada mereka yang
melakukan pembunuhan. Khalifah Uthman tidak sepatutnya menggunakan
kedudukanya sebagai Khalifah dengan memberikan keampunan kepada mereka yang
membunuh orang lain. Oleh demikian, tindakan yang dilakukan oleh Khalifah
Uthman telah membuatkan musuh-musuh Islam beranggapan bahawa Khalifah
Uthman telah melakukan pengabaian terhadap hukum hudud dengan melepaskan
Ubaidillah daripada hukuman mati.

2.2 Khalifah Uthman r.a Melakukan Perkara Bid’ah iaitu Membakar Mushaf
Al-Quran Setelah Mengumpulnya.
Pengumpulan mushaf Al-Quran telah dilakukan sejak zaman pemerintahan Nabi
Muhammad S.A.W. dan pemimpin Khulafa Ar-Rashideen lagi. Kebanyakan ayat-
ayat Al-Qur’an dahulunya ditulis dimerata-rata seperti di tulang, kulit kayu,
pelepah tamar dan sebagainya.9 Khalifah Uthman r.a membakar mushaf Al-
Quran oleh kerana kebimbangan beliau akan perselisihan faham yang mungkin
berlaku antara tokoh-tokoh Al-Quran yang akan merosakkan agama Islam itu
sendiri. Tindakan ini dilakukan setelah Huzaifah r.a. menghadap Khalifah Uthman r.a
dan memohon untuk menyelamatkan umat Islam sebelum mereka lebih jauh
berselisih tentang al-Qur’an, seperti yang terjadi kepada orang Yahudi dan Nasrani10.
Khalifah Uthman r.a telah meminta mushaf asal yang lengkap yang terdapat dalam
simpanan Hafsah binti Umar al Khattab r.a untuk dijadikan panduan. 11 Zaid bin
Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-As, dan Abdul Rahman bin Harith bin
Hisyam telah diarahkan oleh Khalifah Uthman r.a untuk menulis semula dalam
bentuk mushaf yang asal iaitu dalam bentuk dan lidah Quraisy oleh kerana Al-Quran
telah diturunkan dalam bentuk dan lidah Quraisy juga sebelum ini. Tujuannya adalah
bagi mengelakkan berlakunya percanggahan. Setelah itu, Al-Quran diagih-agihkan
kepada semua daerah-daerah utama dan mushaf-mushaf lain yang wujud perlu

8
Taha Husain. Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 84.
9
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 68
10
Ibid., hlm. 68-69.
11
Marzuki Haji Mahmood. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 69.

3
dimusnahkan. Ketidakpuasan berlaku dalam masyarakat Islam setelah pembakaran
mushaf-mushaf ini kerana mereka berpendapat bahawa tindakan Khalifah Uthman r.a
membakar mushaf-mushaf ini adalah bersifat mengikut hawa nafsu. Walaupun
hakikatnya tanggapan mereka adalah tidak benar sama sekali kerana setiap tindakan
yang dilakukan oleh Khalifah Uthman telah mendapat persetujuan dan pendapat
daripada para sahabat terutamanya Saidina Ali r.a. Oleh itu, salah faham terhadap
tindakan baik yang dilakukan oleh Khalifah Uthman r.a telah dipertikaikan walaupun
tindakan tersebut adalah bagi menyelamatkan Al-Quran itu sendiri.

2.3 Tuduhan Khalifah Uthman r.a Mengamalkan Nepotisme Dalam


Melantik Pegawai Kerajaan
Khalifah Uthman r.a telah dituduh kerana mengamalkan nepotisme ataupun melantik
pegawai dan keluarganya sendiri misalnya seperti Mu’awiyah bin Abi Sufyan menjadi
gabenor Syam, Abdullah Amir bin Kuraiz menjadi gabenor Basrah dan lain-lain.12
Selain itu, Khalifah Uthman r.a. juga dikatakan telah melakukan pemilihan pegawai-
pegawai pentadbir yang tidak baik seperti Marwan bin al-Hakam dan al-Walid bin
Uqbah yang dituduh sebagai seorang yang fasiq. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan
ke atas Khalifah Uthman telah memepengaruhi penduduk negera Islam umumnya dan
penduduk luar bandar khasnya untuk mempercayai akan cerita tersebut.
Pelantikkan Mu’awiyah bin Abi Sufyan menjadi gabenor Syam jika diteliti sebetul-
betulnya tidak mempunyai kaitan dengan motif keturunan seperti yang diperkatakan.
Pelantikan beliau sebenarnya berdasarkan kepada kebolehan mentadbir, cekap dan
berwibawa bukannya disebabkan oleh kekeluargaan. Mu’awiyah sebelum ini pernah
ditugaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai pencatat dan setiausaha baginda.
Pelantikan Mu’awiyah juga adalah bagi meneruskan khidmatnya sahaja setelah
abangnya iaitu Yazid bin Abi Sufyan meninggal. Selain itu, perlantikan Walid bin
Uqbah sebagai penguasa di Kufah juga menimbulkan masalah apabila ramai
rakyat Kufah yang tidak berpuas hati kerana mereka mengatakan bahawa al-Walid
bin Uqbah sebagai seorang pemabuk dan kaki botol. Tambahan pula, Khalifah
Uthman r.a juga dikaitkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Walid bin
Uqbah di keturunan sebelah ibu.

12
Marzuki Haji Mahmood. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 74.

4
Pada tahun ke 12 Hijrah iaitu ketika berlakunya peperangan al-Mazar di mana Walid
bin Uqbah diamanahkan satu tugasan yang penting antara Khalifah Abu Bakar r.a dan
Khalid al-Walid r.a. menjadi pemegang amanah rahsia perang dan membawa pulang
harta rampasan 1/5 kepada Khalifah di ibu negara.13 Pada tahun ke 13 Hijrah, al-
Walid telah diberikan kepercayaan sebagai ketua pemungut hasil cukai kawasan
Qudha’ah. 14 Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a juga pada 15
Hjirah, al-Walid telah dilantik sebagai gabenor bagi negeri-negeri Bani Taghlib dan
Arab al-Jazirah. Fitnah serta tomahan yang dilemparkan kepada al-Walid jelas sekali
merupakan satu penuduhan yang tidak berasas kerana tidak mungkin seorang yang
fasiq seperti yang diperkatakan mendapat kepercayaan memegang tugasan-tugasan
penting semasa pemerintahan Khulafa’ ar-Rashidin.

2.4 Isu Khalifah Uthman r.a Tidak Menyertai Perang Uhud, Badar Dan
Bai’at Al-Ridhwan
Walaupun peristiwa peperangan Uhud, Badar dan Bai’at al-Ridhwan yang melibatkan
Khalifah Uthman r.a. itu telah pun berlalu, tetapi para penentang yang bermatlamat
menimbulkan kontroversi, berusaha menimbulkannya semula ketika Khalifah Uthman
r.a. menjadi Khalifah. 15 Semasa zaman Rasulullah S.A.W seseorang Islam secara
automatik akan menyertai anggota tentera jihad bagi mempertahankan Islam daripada
musuh-musuh Islam. Sekiranya seseorang individu Islam tersebut tidak menganggotai
dan menyertai jihad dikira bersalah. Isu peristiwa peperangan Uhud, Badar dan
Bai’at al-Ridhwan yang melibatkan Khalifah Uthman r.a. dibangkitkan semula adalah
untuk menentang pemerintahan Khalifah Uthman r.a semata-mata dan memecah
belahkan persaudaraan umat Islam sahaja. Hakikatnya perkara tersebut telahpun
diselesaikan sejak zaman Rasulullah lagi. Khalifah Uthman r.a mempunyai sebab
musabab yang kukuh yang menyebabkan beliau tidak boleh menyertai perkara-
perkara tersebut. Oleh itu, musuh-musuh Islam menggunakan modal isu-isu tersebut
bagi menghancurkan Islam dan demi kepentingan peribadi mereka sahaja.

13
Marzuki Haji Mahmood. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 77.
14
Ibid. hlm.77.
15
Marzuki Haji Mahmood. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 64.

5
2.5 Isu Khalifah Uthman r.a Yang Bersikap Cuai Sehingga Menyebabkan
Kehilangan Cincin Amanah Rasulullah S.A.W.
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman r.a timbul isu kehilangan cincin amanah milik
Rasulullah S.A.W. yang sangat berharga dan bernilai kepada masyarakat Islam.
Kehilangan cincin tersebut telah menyebabkan masyarakat Islam pada waktu itu telah
menyalahkan Khalifah Uthman r.a yang bersikap cuai dan tidak bertanggungjawab.
Kejadian kehilangan cincin ini berlaku sewaktu projek menggali perigi untuk sumber
air minum bagi penduduk Madinah yang dijalankan di kawasan Aris dan Khalifah
Uthman r.a. juga sama-sama hadir di tempat berkenaan.16 Kejadian itu berlaku dengan
kehendak Allah S.W.T secara tiba-tiba cincin yang sedang diusap-usap oleh Khalifah
Uthman r.a terjatuh ke dalam perigi yang digali itu. Cincin amanah ini juga telah
digunakan semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w dan sentiasa berada dijari
baginda.
Khalifah Uthman r.a berusaha sedaya upaya untuk mencari semula cincin itu sehingga
terpaksa mengeringkan perigi yang digalinya itu. Khalifah Uthman r.a juga
menawarkan ganjaran kepada individu yang menjumpai cincin itu semula. Walaupun
Khalifah Uthman r.a telah berusaha mencari cincin yang hilang itu namun cincin
amanah itu tetap juga tidak ditemui. Oleh yang demikian, Khalifah Uthman terpaksa
menggantikan replika cincin perak yang sama dengan cincin amanah yang telah
hilang itu. 17 Kehilangan cincin amanah tersebut telah mengakibatkan Khalifah
Uthman r.a telah dituduh sebagai seorang yang cuai, tidak amanah dan jujur serta
tidak prihatin terhadap barang yang diberikan kepadanya. Melalui isu inilah musuh-
musuh Islam telah memperbesarkan dan mengeruhkan keadaan dengan menuduh
bahawa Khalifah Uthman r.a merupakan seorang yang cuai. Tindakan menuduh
Khalifah Uthman r.a adalah bagi menarik perhatian umat Islam mengenai keburukkan
keperibadian Khalifah Uthman r.a. Kejadian kehilangan cincin amanah ini tidak boleh
dianggap sebagai satu kecuaian tetapi lebih kepada ketentuan oleh Allah S.W.T. yang
Maha Esa.

16
Marzuki Haji Mahmood. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 73.
17
Ibid. hlm.73

6
2.6 Tuduhan Khalifah Uthman r.a bertindak kejam

Isu Khalifah Uthman r.a telah menjatuhkan hukuman buang daerah ke atas Abu Zar
al-Ghifari telah diperbesarkan oleh musuh-musuh Islam bagi membangkitkan isu
tersebut yang dikatakan sebagai satu kezaliman. Hukuman ini dilakukan kerana
tindakan Abu Zar al-Ghifari yang mengkritik cara pelaksanaan pegawai kerajaan
dalam membelanjakan harta termasuklah Muawiyah bin Abi Sufyan.18 Pada pendapat
Abu Zar al-Ghifari, beliau menyatakan bahawa semua harta yang bukan milik
peribadi iaitu harta awam mestilah dibahagi-bahagikan dalam kalangan seluruh kaum
muslimin tanpa disimpan sedikit pun 19. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya
perbezaan pendapat antara kedua-kedua belah pihak iaitu Abu Zar al-Ghifari dengan
Mu’awiyah. Pada pandangan Mu’awiyah pula sesebuah negara dan masyarakat
memerlukan jumlah wang yang secukupnya untuk pembangunan seperti mana yang
telah dilakukan oleh Mu’awiyah sendiri iaitu amalan pentadbirannya yang
menyimpan beberapa kadar harta sebagai modal dan untuk pembiayaan pembangunan
bagi seluruh wilayah Syam sebagai menyahut tuntutan keperluan negara yang kian
membangun serta ke arah peningkatan tamadun 20.
Bagi mengatasi perbezaan pendapat antara Abu Zar al-Ghifari dengan Mu’awiyah,
Khalifah Uthman r.a telah mengambil keputusan dengan memanggil Abu Zar al-
Ghifari untuk duduk berbincang berkenaan isu tersebut. Dalam perbincangan tersebut
Abu Zar al-Ghifari sendiri telah mengambil keputusan untuk keluar dari Madinah
kerana beliau beranggapan bahawa situasi yang berlaku ke atas dirinya tidak sesuai
lagi untuknya tinggal di Madinah. Langkah ini juga diambil bagi melaksanakan
arahan Rasulullah s.a.w. yang mengarahkannya untuk keluar dari Madinah jika
pembangunan telah sampai ke Sai’. Walaupun Abu Zar al-Ghifari keluar dari Madinah
namun Khalifah Uthman tetap mempelawanya untuk selalu datang melawat Madinah.
Khalifah Uthman juga dituduh kejam ke atas Abu al-Darda’ yang merupakan seorang
sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang terkenal dengan sifat warak dan zuhudnya
yang tinggi.
Semasa Mu’awiyah bin Abi Sufiyan menjadi gabenor bagi Syam, Abu al-Darda’ pula
memegang jawatan sebagai seorang kadi di Syam. Perselisihan faham telah berlaku
antara Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Abu al-Darda’ dalam pentadbiran di Syam.

18
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 70.
19
Ibid. hlm. 70.
20
Ibid. hlm. 71.

7
Perselisihan ini berpunca daripada tindakan Abu al-Darda’ cuba melaksanakan cara
hidup zuhudnya dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira keadaan persekitaran.
Manakala berbeza pula dengan Muawiyah bin Abi Sufyan yang mengikuti
perkembangan masyarakat setempat. Perselisihan tersebut telah menyebabkan
berlakunya kekacauan dalam pentadbiran di Syam. Akhirnya Khalifah Uthman telah
mengambil tindakan dengan memecat Abu al-Darda’ bagi mengelakkan masalah
tersebut terus berpanjangan dan menjadi lebih kritikal. Tindakan memecat Abu al-
Darda’ telah dianggap sebagai tindakan yang buruk dan kejam serta pelbagai fitnah
dilemparkan kepada Khalifah Uthman r.a misalnya menggunakan kekuasaan yang ada
untuk menyingkirkan sahabat Nabi Muhammad S.A.W padahal tindakan tersebut
adalah bagi mengelakkan perselisihan faham terus berpanjangan dan seterusnya
membawa kesan buruk kepada umat Islam.

3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Perpecahan dalam kalangan umat Islam berlaku disebabkan
faktor fitnah yang dilakukan sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman r.a. Setiap
perkara yang dilakukan oleh Khalifah Uthman diputar belitkan menjadi sesuatu
perkara yang merumitkan. Fitnah oleh musuh-musuh Islam yang dilakukan ini ingin
melaga-lagakan umat Islam dan mereka lebih suka melihat umat Islam berpecah.
Fitnah ini juga dilakukan disebabkan mereka tidak menyukai Kekhalifahan Khalifah
Uthman r.a. dan disebabkan itulah mereka ingin menjatuhkan Khalifah Uthman r.a.
dengan menggunakan cara yang halus.
Oleh itu, pemerintahan Khalifah Uthman r.a merupakan pemerintahan yang
mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan fitnah yang terpaksa dihadapi. Selepas era
pemerintahan Khalifah Ar-Rashideen, perpecahan dalam kalangan umat Islam
menjadi semakin parah akibat daripada fitnah-fitnah yang membawa kepada
berlakunya perpecahan umat Islam yang terbahagi mengikut puak-puak penyokong
masing-masing.

8
Bibliografi

Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Selangor: Jasmin
Enterprise. 2004.

Marzuki Haji Mahmood. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’


Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.

Taha Husain. Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. 1990.

You might also like