You are on page 1of 6

SAMBUTAN HARI TERBUKA SKBP 2008

1. PENGENALAN

1.1 Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia sekolah dan masyarakat mempunyai
peranan yang saling berhubungan dalam membentuk generasi Malaysia yang bersatu padu
melalui sistem persekolahan yang wujud sekarang. Keadaan ini boleh dicapai sekiranya
hubungan guru dan ibu bapa dieratkan agar dapat meningkatkan kemajuan pendidikan,
kebajikan pelajar, pembangunan negara dan seterusnya pembinaan bangsa Malaysia.

1.2 Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkan
semua sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sehubungan
itu setiap ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah perlulah melibatkan diri dan bergerak
aktif dalam PIBG dan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Sebagaimana yang termaktub
dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, penubuhan PIBG
adalah untuk membantu sekolah dalam kebajikan dan kemajuan pendidikan pelajar bagi
meningkatkan imej sekolah.

1.3 Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan
masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat
merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu
bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001).
Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan
berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat.

1.4 Justeru itu, hasil dari mesyuarat PIBG pada 2 April 2008 , jawatankuasa telah sebulat
suara bersetuju untuk mengadakan Hari Terbuka SKBP 2008 bagi mengeratkan hubungan
yang mantap antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti demi memajukan sekolah
amnya.

2. RASIONAL
2.1 Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak boleh wujud bersendirian. Oleh itu
permuafakatan bersama masyarakat penting dalam membawa kejayaan. Sekolah sebagai
sebuah institusi sosial yang kompleks, perlu difahami oleh masyarakat dengan
menyertainya supaya tidak timbul keraguan dan salah faham.

2.2 Cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini, terutamanya aksi
globalisasi memerlukan keperihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan
komuniti dalam mengatasinya.

2.3 Mewujudkan satu dana PIBG agar segala program pendidikan sekolah untuk
murid-murid dapat dijayakan dengan mantap hasil dari tabung kewangan yang kukuh .

3. MATLAMAT

3.1 Mewujudkan permuafakatan , perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara
pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan
melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit.

4. OBJEKTIF SAMBUTAN

4.1 Objektif sambutan Hari Terbuka SKBP 2008 adalah seperti berikut:

(a) untuk memaparkan tanggungjawab serta peranan PIBG dan


komuniti bagi menjayakan pelaksanaan pendidikan dan juga membantu
dalam segala apa juga program yang sekolah adakan untuk kebaikan
semua.

(b) untuk memupuk, mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang


erat antara guru, ibu bapa dan komuniti yang boleh membantu dan
menaikkan imej sekolah.

(c) Untuk mendapatkan sumbangan kepada tabung PIBG bagi


melaksanakan program - program pendidikan sekolah yang akan
dianjurkan dari masa ke semasa.
5. TARIKH PELAKSANAAN

5.1 Hari Terbuka SKBP 2008 ini akan diadakan pada 18 Jun 2008 iaitu hari Rabu di
perkarangan Sekolah Kebangsaan Bunut Payong bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30
petang.

6. JAWATANKUASA PROGRAM

6.1 Jawatankuasa Program adalah sebagai mana berikut:

Penasihat : Sharifah Rahayah Syed Ahmad (Guru Besar)

Pengerusi : Abdul Karim bin Tahir (YDP PIBG)

Naib Pengerusi 1 : Siti Ruhanah Harun ( PK Pentadbiran )

Penyelaras Program : Wan Roslan Wan Hassan (PK KOKU)

Setiausaha : Yusnee Yusoff

Naib Setiausaha : Azizah Daud

Bendahari : Chandran A/L Karppaya

PK HEM

Ahli jawatankuasa :

1. Mohamad Din Salleh

2. Mohamad Nazeri Husin

3. Mashrin bin Mohamed Noor

4. Rosmarina Che Othman


5. Noraini Abdul Rahman

6. Norhayati Harun

7. KUMPULAN SASARAN

7.1 Kumpulan sasaran bagi Program Hari Terbuka SKBP 2008 ini adalah semua
guru , murid , ibu bapa dan komuniti terlibat bagi menjayakan program ini.

8. PENGISIAN PROGRAM

Di antara program dan aktiviti yang telah dikenalpasti dan sesuai diadakan sempena
dengan sambutan Hari Terbuka SKBP 2008 adalah:

8.1.1 Majlis Pelancaran

Upacara Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah


Pelajaran Kelantan dan jemputan terdiri daripada PPD, YDP PIBG, wakil agensi
luar , wakil ibu bapa dan wakil media.

8.1.2 Larian Mini

Larian Mini ini bermula sebaik saja majlis perasmian disempurnakan dan semua
murid dari Tahun 1- 6 terlibat.

8.1.3 Pameran Dadah dan Keselamatan Jalan Raya

Program ini akan melibatkan dua segmen utama iaitu, informatif dan interaktif di
mana aktiviti yang akan diadakan adalah termasuk pameran yang berbentuk
informatif dan memberi pengetahuan kepada semua pengunjung.

8.1.4 Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Kerjasama dari Pusat Kesihatan Kota Bharu akan memberikan Pemeriksaan


Kesihatan Percuma kepada semua pengunjung yang hadir bagi menjayakan Hari
Terbuka SKBP 2008 ini.
8.1.5 Pasaria

Kupon Pasaria akan diedarkan kepada setiap orang murid ,semua guru ,warga
sekolah , AJK PIBG , komuniti dan masyarakat setempat dengan harga
sebanyak RM 10.00. Semua guru atau orang perseorangan yang berniaga akan
mendermakan 20% hasil jualan kepada tabung PIBG sekolah.

8.1.6 Cabutan Bertuah

Slot acara cabutan bertuah akan diadakan pada sebelah petang dan nombor
bertuah terdapat pada kupon pasaria. Sumber untuk cabutan bertuah ini akan
diperolehi dari tajaan syarikat-syarikat, agensi-agensi luar ataupun orang
perseorangan bagi membantu kewangan sekolah.

8.1.7 Tayangan LCD

Tayangan LCD diadakan sepanjang masa dengan memaparkan video sekolah serta
segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah sepanjang tahun .

8.1.8 Persembahan Dikir Barat

Bagi acara ini, Kelab Dikir Barat SKBP yang akan membuat persembahan bagi
memeriahkan lagi Hari Terbuka SKBP.

8.1.9 Permintaan Ucapan “ Sampaikan Lagu”

Aktiviti ini merupakan satu kreativiti pihak sekolah untuk menarik orang ramai
melalui permintaan ucapan “ Sampaikan Lagu” dengan bayaran RM0.50 di
samping mendermakan wang tersebut untuk tabung PIBG.

9. ANGGARAN BELANJAWAN

Lihat (Lampiran )

10. PENUTUP

10.1.1 Boleh dikatakan konsep perkongsian bijak antara pihak sekolah dan komuniti luar
merupakan satu strategi untuk menzahirkan suasana mesra masyarakat dan sekolah.
Hubungan sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu mantap dan akrab jika mahu sistem
pendidikan di sekolah berjaya.
10.1.2 Adalah diharapkan semua pihak perlu ikhlas dan berusaha bagi menjayakan Hari
Terbuka SKBP dan konsep ini akan melangkah ke arah ‘school improvement’.
Memandangkan konsep pekongsian ini adalah selari dan seiring dengan budaya,
pemikiran dan agama masyarakat di Malaysia, penyertaan sekolah dan komuniti luar
sekolah dalam satu kontinium perkongsian akan menghasilkan ‘win-win situation’ .
Pandangan Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula sewaktu menjawat jawatan
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata :‘tidak ada usaha atau tindakan
yang diambil boleh berjaya jika tidak ada perpaduan, muafakat dan kerjasama di
kalangan rakyat’. Insyaallah, Hari Terbuka SKBP 2008 ini akan berlangsung dengan
jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh ,

(YUSNEE BINT YUSOFF) (SHARIFAH RAHAYAH SYED AHMAD)

Setiausaha Guru Besar

Hari Terbuka SKBP 2008 Sekolah Kebangsaan Bunut Payong

You might also like