You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAJU JAYA

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM. BIL 1/(2017)

Tarikh : 26 DISEMBER 2016

Masa : 3.00 petang - 3.45 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SKKMJ

Pengerusi : En. Yosnizaan Bin Jopri

Kehadiran(Bilangan) : 46/46

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah dan mengucapkan


terima kasih kepada semua guru yang hadir. Ucapan terima kasih juga kepada
semua guru-guru 2016 yang telah menjalankan tanggungjawab yang terbaik dan
diharap dapat diteruskan usaha-usaha sebelum ini ke tahun 2017.

2 CARTA ORGANISASI BAHARU

2.1. Bagi Organisasi Majlis Sukan Sekolah, Setiausaha Sukan yang lama iaitu En.
Nazri b Ab Rahim telah bertukar negeri, dan En. Muhammad Muzamir bin Mat Saad
telah dilantik sebagai SU Sukan yang baharu. Ketua-ketua unit juga telah dilantik
baharu dan guru-guru boleh merujuk tugasan masing-masing di dalam Buku
Pengurusan Sekolah.

2.2 Organisasi Kokurikulum Sekolah pula, majoriti jawatan dikekalkan dan hanya ada
beberapa perubahan bagi jawatan :
 Pengerusi Kelab BM diganti oleh Pn. Norsilawati Binti Ibrahim.
 Pengerusi Kelab Alam Sekitar diganti oleh Pn. Siti Aishah Binti Amid.
 Pengerusi Permainan Sepak Takraw diganti oleh En. Mohammad Iqbal
Zulkarnain.
 Jurulatih Bola Sepak diambil alih oleh En. Azizilfikri Bin Zahari
 Jurulatih Bola Tampar diambil alih oleh En. Ahmad Zakaria Bin Mazlan.

2.3 Tuan Pengerusi menekankan perlaksanaan tanggungjawab akan dipikul bersama


dan Pengerusi Unit masing-masing perlu membahagikan tugas dengan sebaiknya
agar perjalanan aktiviti 2017 akan lebih lancar.

2.4 Maklumat jawatankuasa terkini akan dimuat naik ke dalam email sekolah kelak.

Makluman: Semua guru

3 AKTIVITI DAN KEJOHANAN SUKAN 2017

3.1 Jurulatih untuk Kejohanan Olahraga peringkat zon ialah En Muzamir dan Pn.
Jamiza akan bekerjasama dengan semua guru-guru PJK.

Makluman: Semua guru


3.2 Pada awal tahun 2017, akan diadakan banyak sukan zon, semua jurulatih dan
pengurus diminta bersedia. Tarikh mesyuarat penyelarasan pertandingan akan
dimaklumkan kelak mengikut permainan dipertandingkan.

3.3 SKKMJ akan menghantar wakil bagi pertandingan Kawad Kaki memandangkan
Pakaian seragam untuk murid telah sedia ada. Aktiviti Kokurikulum akan dimulakan
dengan kawad kaki untuk mencungkil bakat murid.
Makluman: Semua guru

4 PERLAKSANAAN PAJSK DAN SEGAK

4.1 Guru kelas Tahun 4, 5 dan 6 sesi 2016 yang belum mengisi data online diminta
mengisi data sebelum 12 Januari 2017.

Tindakan: Guru Kelas 4M1 dan 5M1


4.2 Borang yang diisi oleh murid perlu dihantar dan diisi di dalam fail. Kedatangan
murid perlu ditandatangani oleh murid sendiri pada buku kehadiran

4.3 Perlaksanaan SEGAK sebanyak 2 kali setahun. Jawatan Kuasa perlu


melaksanakan ujian SEGAK mengikut masa ditetapkan.

4.4 Data online PAJSK yang telah siap perlu dicetak dan dapatkan pengesahan
Guru Besar. Markah murid Tahun 6 akan dibawa ke Tingkatan 1 nanti.

Makluman: Semua guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Perjumpaan Kokurikulum akan dimulakan pada minggu ke-2 persekolahan sesi
2017. Sebanyak 12 kali perjumpaan sepanjang tahun.

5.2 SU Sukan baharu, En. Muzamir mengucapkan terima kasih atas kepercayaan
melantik beliau. Beliau mencadangkan acara riadah guru-guru sebulan sekali
diadakan. Contoh diberi, berjoging beramai-ramai di Hutan Bandar.

5.3 En. Zakuan mengusulkan, guru bertanggungjawab membuat perancangan


tahunan, boleh mengambil cotoh perancangan di dalam email sekolah.

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengingatkan kepada guru yang mempunyai sebarang masalah, sila
berjumpa dan berbincang untuk kebaikan bersama. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi
Mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang

Disediakan oleh,

(Raimizam Bin Rosli )


Setiausaha Kokurikulum SKKMJ
Tarikh : (1 Januari 2017)

You might also like