You are on page 1of 18

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ST. JOSEPH,
93000 KUCHING, SARAWAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 5

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT


TEMA : CABARAN MASA DEPAN

TAJUK PROJEK : GEJALA RASUAH


ISI KANDUNGAN

1. Tema

2. Nama Projek : Gejala Rasuah

3. Tarikh Tempoh Pelaksanaan Projek

4. Objektif Projek

5. Rasuah

6. Pelaksanaan Projek

6.1Perancangan
6.2Refleksi

7. Cadangan

8.Penghargaan

9.Lampiran
1. Tema : Cabaran Masa Depan

2. Nama Projek : Gejala Rasuah

3. Tarikh Pelaksanaan : 26 Februari 2018

Tempat : PUSTAKA Negeri Sarawak

4. Objektif Projek
 Membanteras segala bentuk rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara
berterusan
 Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada rasuah
 Mengkaji pelaksanaan penguatkuasaan undang-
undang berhubung dengan rasuah di Malaysia.
GEJALA RASUAH
Antara punca berlakunya gejala rasuah termasuklah
kurangnya didikan agama dan moral. Semua agama di
dunia menyeru perkara yang sama , iaitu mementingkan
kebaikan dan melarang kemudaratan. Dididkan agama
dan moral merupakan pedoman dan panduan kita semasa
menempuh belantara kehidupan. Namun demikian,
seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat mudah
terpengaruh dengan dunia hedonistic yang
mementingkan aspek kebendaan semata-ata. Mereka akan
leka mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke dalam
lembah kejahatan dengan mengambil rasuahn untuk
memenuhi fatamorgana diri sendri. Individu sebegini
sudah kehilangan prinsip asa dan ibarat kapal tanda
nakhoda. Jelaslah bahawa anutan agam dan moral yang
kurang mantap akan menyebabkan seseorang melibatkan
diri dalam gejala rasuah.

Punca lain yang ketara ialah masalah ketelusan sistem


pentadbiran kerajaan Malaysia kita. Masyarakat
menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana
kerajaan tidak memilik satu sistem yang telus
terutamanya aspek pemberian tender, kontrak dan projek
lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil
kesempatan daripada kelemahan ini untuk mengaut
keuntungan dengan memberikan rasuah. Lagipun,
ketiadaan sistem pemantauan berkesan yang bak
melepaskan batuk di tangga menyebabkan ramai pekerja
awam yang terangsang untuk melakukan jenayah ini.
Maka, wabak social ini telah menular dalam masyarakat
kita sehngga dianggap sebagai asam garam kehidupan dan
merupakan kebiasaan di negara kita. Persepsi demikian
menyebabkan jumlah kes rasuah melambung tinggi dan
menjadi duri dalam daging dalam kalangan masyarakat
kita.
Seperkara lagi, penguatkuasaan undang-undang yang
lemah dalam sistem perundangan negara kita turu
menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam
negara kita. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan
hukuman ringan kepada pesalah-pesalah rasuah
berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh
mereka telah menimbulkan pandangan negative terhadap
keupayaan sistem kehakiman negara kita untuk
menangani isu ini. Hukuman ringan ini dikatakan menjadi
motivasi kepada pihak tertentu untuk mengambil risiko
melakukan rasuah kerana sedar bahawa mereka masih
mampu menikmati hasil rasuah yang diambil setelah
keluar dari penjara. Terdapat juga anggapan rakyat
bahawa masih ada pihak tertentu yang mengambil rasuah
tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan. Hal ini telah
mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap
keikhlasan kerajaan Malaysia.

Untuk menangani isu rasuah dari akar umbi, ibu bapa dan
barisan pendidik memainkan peranan yang signifikan
dalam menyemai nilai murni pada sanubari anak. Sejak
usia muda, anak-anak perlu dididik tentang keburukan
mengambil rasuah kerana bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa perlulah
menjadi entity mithali dan teladan baik dengan bersikap
jujur dan menjauhi amalan rasuah. Hali ini disebabkan ibu
bapa yang melakukan jenayah rasuah dan cuba menasihati
anak-anak mereka untuk menjauhi gejala rasuah tersebut
ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan dan nasihat
mereka akan bagai mencurah air ke daun keladi. Di
sekolah, pengajaran pendidikan agama dan moral perlu
diberikan tekanan. Barisan pendidik boleh berkongsi
maklumat terkini tentang gejala rasuah dengan anak
murid sebagai iktibar supaya tidak melakukan jenayah
rasuah dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, kerjasam
daripada ibu bapa dan barisan pendidik mampu
melahirkan anak bangsa yang berpegan kuat pada prinsip
mereka dan menjauhi amalan rasuah.

Pihak kerajaan boleh membuktikan kesungguhan mereka


dalam menangani kemelut social ini dengan
menguatkuasakan undang-undang negara kita. Sistem
kehakiman negara kita perlulah di perketat dan pesalah-
pesalah rasuah mestilah ditahan, didakwa dan dihukum
tanpa mengira kedudukan mereka. Hukuman tegas perlu
dijatuhkan pada pesalah rasuah sebagai amaran kepada
orang lain agar tidak melakukan jenayah tersebut kerana
bak kata pepatah, harimau ditakuti disebabkan giginya.
Kesungguhan kerajaan dalam membawa pesalah rasuah ke
muka pengadilan juga memberikan satu peringatan yang
kekal terpahat pada sanubari mereka selagi hayat
dikandung badan. Jelaslah bahawa tindakan tegas
terhadap semua pengamal rasuah tanpa memilih bulu akan
mendorong masyarakt kita supaya menjauhi jenayah
tersebut.

Di samping itu, media massa turut memainkan peranan


vital dalam menimbulkan kesedaran dalam lapisan
masyarakat tentang keburukan dan implikasi mengambil
rasuah. Pihak kerajaan seharusnya melancarkan kempen
iklan yang efektif dengan menggunakan media massa
secara holistic, iaitu akhbar hingga ke internet untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat didedahkan kepada
kempen tersebut. Kempen ini bertujuan untuk
memberikan amaran dan peringatan kepada setiap
individu tentan hukuman yang akan dihadapi jika
mengambil rasuah. Justeru, masyarakat akan berfikir dua
kali sebelum menerima rasuah dan scenario ini akan
mengurangkan kes rasuah dan signifikan. Sudah terang
lagi bersuluh, dalam menempuh arus globalisasi ini media
massa merupakan senjata yang efektif dalam membanteras
jenayah rasuahn di negara kita.

Konklusinya, rasuah merupakan wabak social yang


mestilah dibanteras hingga ke akar umbi. Semua pihak
tidak kira pangkat atau harta seharusnya menggembleng
tenaga dan berganding usaha untuk mengatasi gejala
rasuah di negara kita. Jika setiap individu memainkan
peranan dengan mengelakkan diri daripada mengambil
rasuah, pastilah masalah ini dapat ditanggani kerana bak
kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Maka, tindakan saksam yang dikenakan terhadap pesalah


rasuah tanpa mengira kedudukan juga dapat
meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas,
negara kita dapat terus maju dan muncul sebagai negara
kelas pertama di platform dunia.
KESAN-KESAN RASUAH

 Kesan Terhaadap Individu


~ Menghancurkan keharmonian hidup dalam rumah
tangga
- di masukkan dalam penjara
- memalukan nama keluarga
- membebankan keluarga

~ Menerima hukuman
- dipenjara
- denda bayaran

~ Kehilangan pekerjaan
- susah mencari pekerjaan baru
- diturunkan pangkat

~ Kejatuhan moral dan maruah


- memalukan diri sendiri
- susah untuk dipercayai orang lain
 Kesan Terhadap Masyarakat
~ memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-
sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin
diselewengkan
~ mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengetepikan
hak – hak orang tertentu
~ menggalakkan jenayah dan melindungi jenayah
~ membebankan golongan orang yang susah

 Kesan Terhadap Negara


~ kenaikan kos barang dan perkhidmatan
~ menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan
keselamatan
~ tumpuan pembangunan tidak seimbang
~ mengurangkan pendapatan negara
6 Pelaksanaan Projek
6.1 Perancangan
Perancangan ini telah di mulakan pada awal bulan Februari. Projek
“Gejala Rasuah” dipilih berdasarkan gejala rasuah dan penyelewengan
dalam kalangan masyarakat mahupun ahli politik di Malaysia yang semakin
berleluasa. Walaupun gejala ini semakin bertambah teruk tetapi tiada
mana-mana pihak cuba menbendungnya. Sekiranya aktiviti tidak berfaedah
ini dibiarkan berterusan, maka lebih ramai lagi masyarakat akan terjebak
dalam gejala rasuah di negara kita. Generasi muda pada masa akan datang
merupakan pelapis negara yang berharga. Mereka ini bakal menjadi
pemimpin pada suatu hari nanti. Cara mengatasi gejala rasuah perlu
diambil bagi menangani gejala kurang sihat ini.

Projek ini diberikan nama “Gejala Rasuah” bagi memberi gambaran yang
lebih jelas lagi bahawa berharganya masyarakat sekeliling membendung
gejala rasuah di Malaysia. Ketika usia yang muda inilah seseorang perlu
membina sahsiah diri yang cemerlang supaya boleh dicontohi oleh
golongan generasi muda untuk berbakti kepada negara menangani gejala
tersebut.

Projek ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada seluruh


masyarakat Malaysia mengenai keburukan melakukan rasuah. Projek ini
juga ingin mengajak masyarakat sekeliling supaya menjaga nama baik
negara di mata pendatang asing dari negara luar. Saya mengharapkan
projek ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan kepada masyarakat
untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Bagi memastikan objektif projek ini tercapai dan mendapat perhatian,


kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia amat
diperlukan. Mereka telah memberi sokongan pendapat dan ilmu yang
berguna untuk menjayakan projek ini.
6.2 Refleksi
Saya sebagai seorang yang bertanggungjawab ke atas hasil projek ini
yang telah dijalankan dari awal perancangan hinggalah pada akhir
projek ini dijalankan. Saya telah membuat refleksi diri dengan
meneliti keburukan,kekurangan dan kekuatan projek yang di
laksanakan.

Pada keseluruhannya, projek ini telah di jayakan oleh saya sendiri


iaitu Adib Aziman. Daripada refleksi yang saya dapat sendiri, saya
merumuskan bahawa banyak kebaikan yang telah kami peroleh
melalui projek khidmat masyarakat ini.

Antara faedah yang saya dapat :


 Mewujudkan persefahaman dengan masyarakat sekeliling.
 Membantu negara mengelakkan diri daripada terlibat dalam
gejala rasuah
 Mewujudkan hubungan yang erat dengan agensi kerajaan
seperti SPDRM
 Mewujudkan kerjasama, bertolak ansur dan prihatin sesama
sendiri dalam kalangan rakyat.
 Meningkatkan keyakinan diri dalam membantu
menyuarakan pendapat mengenai gejalaa rasuah yang
melibatkan nama baik negara terjejas.

Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti beberapa masalah


semasa menjalankan projek ini. Antaranya ialah :
 Kekurangan beberapa maklumat penting mengenai gejala
rasuah.
 Kesukaran bertemu ramah dengan pegawai yang
bertanggungjawab
 Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan
saya melaksanakan projek ini.
7. Cadangan
Saya mencadangkan bahawa kempen menangani gejala rasuah
ini perlu di perbanyakkan dan di perluaskan ke seluruh
Malaysia pada masa kini. Kita perlu mengetahui punca gejala
rasuah berlaku seperti penyelewengan kewangan dan orang
upahan tujuan untuk keburukan. Semua pihak perlu
membendung gejala ini dan menggembleng tenaga, masa dan
wang untuk menjayakan sesuatu kempen agar gejala rasuah
dalam kalangan masyarakat dapat di banteras. Selain itu,
kerajaan Malaysia perlu meningkatkan penguatkuasaan
undang – undang dan hukuman, siasatan dan penguatkuasaan
undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa
bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan di
bendung untuk keselamatan negara. Tambahan pula, para
pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba
melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal
diterima.

Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan, benci


kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar
dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang
dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang
lebih bertanggungjawab , amanah , ikhlas. Sistem pendidikan
hanya membentuk generasi akan datang bebas daripada gejala
rasuah.
8. Penghargaan
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Pengetua En. Henry Chai Yan Fui dan guru
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Pn.
Nurfadzilla Binti Reli, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan kedua-dua ibu bapa saya yang tidak putus
asa memberikan sokongan dan galakkan kepada saya.

Saya berharap projek khidmat masyarakat menjadi salah satu


aktiviti dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ini boleh mewujudkan hubungan yang baik
dengan masyarakat sekeliling di samping dapat membantu
masyarakat menangani gejala rasuah yang dihadapi

Sekian, Terima Kasih

Laporan di sediakan oleh :

___________________________
(ADIB AZIMAN BIN HOSSEN)
SMK ST. JOSEPH, Kuching,
Sarawak.
9. Lampiran

You might also like