You are on page 1of 6

Budaya Membaca di Jepun

Sejarah telah mencatatkan bahawa negara Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan
Jerman adalah antara negara dan bangsa yang maju kerana masyarakatnya sudah membina
budaya literasi. Kerana itu, amat wajar bila negara-negara tersebut maju dalam segala
bidang, jauh mengalahkan negara-negara lain. Selain menguasai perekonomian dunia,
negara-negara tersebut juga dikenali menguasai bidang teknologi. Geliat kehidupan
masyarakatnya juga begitu dinamik, di samping memiliki tingkat kedispilinan yang tinggi.
Dalam erti lain, budaya literasi memiliki peranan yang begitu penting dalam membangunkan
kemajuan sesebuah masyarakat dan negara.
Dengan membacalah kita menjadi tahu dan faham, sekaligus memperoleh wawasan
mahupun pengetahuan baru tentang pelbagai perkara yang menyebabkan kita termotivasi
untuk terus melakukan perubahan. Bukti tersebut dapat dilihat pada Jepun, sebuah negara
yang hancur lebur dalam Perang Dunia Kedua akibat dibom atom oleh Tentera Sekutu.
Jepun kemudiannya berupaya bangkit dan mengutamakan pendidikan bangsanya, dengan
mengirim mereka ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara
Eropah. Hasilnya Jepun berjaya membangunkan kembali negaranya dari kehancuran.
Kini, pelbagai teknologi mampu dibuat oleh masyarakat Jepun. Bahkan, Amerika Syarikat
yang selama ini menjadi adikuasa di segala bidang, dalam banyak hal mulai mengakui
kehebatan Jepun. Dan kejayaan Jepun menguasai ‘dunia’ tidak lain kerana budaya literasi
yang telah disuburkan sejak awal. Tidak mungkin Jepun mampu menghasilkan ramai
ilmuwan dengan penemuan-penemuan mutakhirnya dalam berbagai bidang, jika budaya
literasi di Negara Matahari Terbit itu tidak terbina. Justeru itu juga di Jepun kita tidak
mungkin akan menemui ahli masyarakatnya yang buta huruf. Mereka bahkan dikenali
sebagai masyarakat yang suka membaca, walau di mana mereka berada.
Lantaran suka membaca juga, media cetak di sana tumbuh begitu pesat. Bahkan, jumlah
pengedaran akhbar-akhbar di Jepun mengatasi jumlah pengedaran akhbar di seluruh dunia.
Menurut Cakram Fokus edisi April 2006, dari 10 akhbar terbesar di dunia, dari urutan satu
hingga lima dikuasai pengedaran akhbar-akhbar Jepun. Tempat pertama dipegang oleh
akhbar Yomiuri Shimbun dengan jumlah pengedaran 14 juta naskhah sehari. Kedua, akhbar
The Asahi Shimbun dengan jumlah pengedaran 12 juta naskhah sehari. Ketiga, akhbar
Mainchi Shimbun dengan jumlah pengedaran 5.5 juta naskhah sehari. Keempat, akhbar
Nihon Keizai Shimbun dengan jumlah pengedaran 4.6 juta naskhah sehari dan kelima,
akhbar Chunichi Shimbun dengan 4.5 juta naskhah sehari.
Di samping itu, umumnya akhbar di Jepun terbit dua kali sehari, pagi dan petang. Jika
dikira, dalam sehari, satu orang di Jepun membaca empat akhbar yang berbeza. Bayangkan!
Betapa tingginya daya baca orang-orang Jepun.
Singapura yang saiz negaranya jauh lebih kecil dari Malaysia juga memiliki semangat yang
sama dengan Jepun. Perekonomian, pendidikan, mahupun budaya membaca
masyarakatnya melebihi negara-negara di Asia Tenggara. Dengan jumlah penduduk sekitar
4.5 juta, terdapat tujuh surat khabar dengan jumlah pengedaran mencapai 1 juta naskhah
per hari.
Apabila kita masuk ke dalam kedai buku di negara Jepun, ada beberapa perkara yang
akan menarik perhatian kita. Antaranya ialah saiz buku seperti novel, bacaan umum dan
ilmiah dicetak dalam ukuran saiz saku supaya mudah dibawa ke sana sini. Pelbagai lapisan
orang tidak kira tua muda lelaki wanita membanjiri setiap sudut kedai buku.
Jika anda ke Jepun dan menaiki tren, anda akan melihat semua penumpang sama ada
akan melakukan kerja menggunakan telefon bimbit atau komputer riba ataupun mereka
akan memegang sebuah buku sambil membacanya dengan khusyuk. Budaya ini tidak
mengira umur dan di mana mereka berada. Dalam tren tersebut, sama ada budak kecil atau
orang tua akan membaca buku walaupun mereka terpaksa berdiri.
Budaya ini juga dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi dan anda juga akan dapat
lihat pelancong yang datang dari Jepun akan membaca buku di Malaysia. Tradisi ini sudah
menjadi kebiasaan rakyat mereka kerana mereka tahu tentang kepentingan ilmu dalam
memajukan diri sendiri. Buku-buku itu pula mempunyai kepelbagaian daripada komik
manga sehingga buku-buku ilmiah.
Disebabkan negara Jepun mahu membudayakan membaca dalam diri seseorang sejak
kecil lagi, ramai pengeluar manga yang bekerjasama dengan sekolah untuk menghasilkan
bahan bacaan kurikulum di sekolah bagi menambah minat mereka. Subjek seperti Sejarah,
Biologi dan sebagainya disampaikan dalam cara lebih menarik supaya ramai yang suka lebih
membaca.
Budaya membaca ini juga ditambah lagi proses menterjemah bahasa-bahasa asing ke
dalam bahasa Jepun. Penterjemahan ini telah berlaku sejak 1684 lagi dan ini juga salah satu
budaya yang hebat kerana rakyat negara Jepun sangat membanggakan bahasa mereka
sehingga banyak karya-karya hebat yang terhasil dalam bahasa Jepun.
Pada hari ini, budaya Tachiyomi semakin pesat di kalangan masyarakat Jepun. Tachiyomi
dapat diartikan sebagai membaca sambil berdiri. Membaca bahan-bahan bacaan sambil
berdiri di kedai buku tanpa membelkannya. Buku-buku baru yang disusunkan di atas rak
biasanya segel plastiknya sengaja dibiarkan terbuka agar pengunjung mudah melakukan
Tachiyomi.
Apa yang menarik ialah isi buku yang diulas dijadikan sebagai bahan visual untuk
tontonan di skrin televisyen. Masyarakat dapat memahami isi buku dengan lebih baik
apabila melihatnya secara visual. Orang ramai yang berminat dengan buku tersebut
bolehlah memesan melalui telefon. Ini sebenarnya membantu orang ramai yang sibuk
dengan pelbagai aktiviti harian untuk membeli buku tanpa berkunjung ke kedai buku.
Terdapat banyak kedai buku yang menjual buku terbitan di Jepun. Menurut sebuah
majalah Jepun, jumlah kedai buku di negara Jepun adalah sama banyak dibandingkan
dengan negara Amerika Syarikat. Ini sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Jepun
sangat menghargai budaya membaca dengan jumlah kedai buku yang begitu banyak untuk
menampung permintaan peminat buku.
Di samping kedai buku yang menjual buku-buku terbitan terkini, terdapat juga kedai
buku yang menjual buku-buku terpakai. Kedai buku yang menjual buku-buku terpakai
membantu peminat buku mendapatkan buku-buku yang mereka inginkan dengan harga
yang lebih murah berbanding buku baru. Kadang-kala, buku lama yang tiada di pasaran
boleh didapati di kedai ini.
Walaupun merupakan kedai buku terpakai, namun buku-buku yang dijual dimasukkan
dalam bekas plastik dan dijaga dengan rapi seperti buku baru. Kedai buku ini dibuka
sehingga waktu tengah malam kerana kehadiran peminat buku tanpa mengira waktu. Ada
yang sanggup berdiri berjam-jam membaca buku melepaskan kebosanan yang melanda diri
pada waktu malam.
Budaya Membaca di Australia
Di negeri kangaroo ini, sejak anak-anak belajar pada tahap Pra-sekolah (tadika), mereka
sudah dibiasakan dan terpapar dengan kegiatan-kegiatan pembelajaran yang praktis-
menyenangkan, maka dapat memacu semangat dan budaya literasi.
Selain itu, setiap hari pulang sekolah, anak-anak diwajibkan membawa pulang 1 buah
buku bacaan. Ini sebagai kerja rumah untuk setiap anak. Dalam hal ini ibu bapa bertugas
membimbing anak-anak mereka membaca buku tersebut.
Terdapat juga motto yang berbunyi “membaca bukan sekedar ABC”. Motto ini
merupakan salah satu motto di sekolah untuk program Hari Perpustakaan, yang berlaku
setiap hari Khamis. Pada hari itu, anak-anak dibenarkan meminjam 1 buku bacaan untuk
waktu seminggu ke minggu depan. Selanjutnya, selain buku yang dibaca, anak-anak diberi
tugasan untuk mencari kosa kata baru, membuat kalimat, dan membuat rumusan buku
tersebut dengan menggunakan bahasa sendiri.
Semangat literasi sangat didukung dan diupayakan dalam muatan kurikulum pendidikan
di Australia. Ini terbukti dari 7 fokus kurikulum pendidikan di Australia, kemampuan literasi
(baca-tulis) berada di tempat pertama. Tentulah situasi ini sangat baik kerana gerakan
literasi yang dimulai dari generasi terdidik dapat mempengaruhi banyak pihak lainnya.
Demikian juga bagi orang dewasa, tidak membajirkan sesaat semasa berada di kendaraan
awam atau di tempat awam, mereka sibuk dengan membaca buku, termaksuklah buku
cetak mahupun buku elektronik (e–book) di gadget mereka.
Melalui Maternal and Child Health Centre, ibu yang memantau perkembangan bayi
mereka diberi hadiah dalam bentuk buku dan meminta mereka membacakannya kepada
bayi-bayi mereka. Mungkin hadiah buku di posyandu ini biasa menjadi alternatif ide di
posyandu-posyandu di negara kita. Berbanding dengan menghadiahi balon yang mungkin
akan terbang atau meletus dalam sehari, buku mempunyai lebih banyak manfaat yang
jangka panjang.
Terdapat perpustakaan umum yang menyediakan banyak koleksi buku, majalah, surat
kabar, CD dan DVD dan ada juga perpustakaan mainan. Sehingga para orang tua, tidak perlu
memikirkan untuk membeli buku atau mainan, karena semuanya bisa didapat hanya dengan
meminjam. Para orang tua bisa meminjam berbagai koleksi buku dengan maksimum 50
buku dan selama 3 pekan. Terdapat banyak acara-acara yang dapat diikuti di perpustakaan,
misal program mendongeng untuk anak-anak, program bahasa sampai program kerajinan
tangan. Program kegiatan untuk anak semakin banyak ketika adanya liburan sekolah.
Selain itu, program Australian Reading Hour dianjurkan setiap tahun dan mengajak
untuk rakyat meluangkan waktu satu jam pada Tarikh 14 September untuk membaca,
ataupun membacakan buku kepada anak-anak.
Rakyat Australia menghargai dan suka membaca dan ingin melakukannya lebih banyak.
95% orang Australia menikmati membaca buku untuk kesenangan atau minat; 68% ingin
membaca lebih lanjut, dengan melepaskan tekanan melepaskan merupakan sebab yang
paling biasa untuk membaca; dan hampir tiga perempat percaya buku memberi sumbangan
kepada kehidupan mereka yang melampaui kos mereka. Lebih 80% orang Australia dengan
kanak-kanak mendorong mereka untuk membaca.
Kendatipun begitu, di negara kita, pada masa ini kita masih bergelut dengan kelembapan
budaya membaca di kalangan masyarakat. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil
lagi bagi melahirkan masyarakat yang suka membaca. Untuk membudayakan amalan
membaca, semua pihak termasuk kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang
ramai perlu memainkan peranan masing-masing khususnya dalam mengaplikasikan ilmu
yang telah dibaca dalam kehidupan seharian. Serapkanlah budaya membaca masyarakat
Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Australia ke dalam masyarakat kita agar kita mampu
menjadi bangsa yang berjaya.
https://desfortinmenulis.wordpress.com/2017/03/07/menengok-budaya-membaca-buku-
di-beberapa-negara/
http://mte3012-nurafifahbintisaadun.blogspot.com/2014/11/budaya-membaca-
masyarakat-jepun.html
https://rumahnunnan.wordpress.com/2017/11/29/inilah-cara-australia-menumbuhkan-
minat-baca-anak/
https://iluminasi.com/bm/mengapa-rakyat-negara-jepun-begitu-hebat-1.html
http://samuraininjado.blogspot.com/2007/03/mengenal-budaya-membaca-dan-
menulis.html
http://www.australiacouncil.gov.au/news/media-centre/media-releases/revealing-reading-
a-survey-of-australian-reading-habits/

You might also like