You are on page 1of 2

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana

dengan limpah perkenan dan izinNya, dapat kita bersama-sama pada


hari ini berkumpul dan meraikan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri SK
Batu Maung 2018.

2. Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf


zahir dan batin kepada semua yang hadir terutamanya
wargaSKBM. Saya amat gembira melihat saudara saudari semua di
sini dalam keadaan sihat dan ceria selepas kembali daripada cuti
menyambut Aidilfitri yang lalu. Saya berharap cuti rehat sempena Hari
Raya lalu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara saudari.

3. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai kemenangan bagi mereka


mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan
ini bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari di bulan Ramadan, tetapi
kemenangan menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang
dilarang.

4. Besarlah harapan saya agar majlis hari ini secara tidak langsung terus
memekarkan semangat kerja berpasukan di organisasi kita ini. Kerja
berpasukan mempunyai banyak kelebihan kerana ia saling bergantung
dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta
komitmen terhadap prestasi pasukan dan bersedia melaksanakan
tugasan secara bersama. Nilai kerja ini seharusnya kita kekalkan bagi
memberi manfaat kepada Kraftangan Malaysia serta menjadi budaya
kerja kita.

5. Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan


semua perselisihan dan persengketaan seterusnya mengukuhkan
kerjasama di antara individu dan bahagian. Ambillah peluang ini untuk
kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang
sedia terjalin.

6. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan


ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan
batin kepada seluruh warga Kraftangan Malaysia
7. Sekian dari saya dengan serangkap pantun ;

Lemah gemalai tuan puteri


Berkain cindai cantik sekali
Pohon kemaafan di Aidilfitri
Moga ukhuwah kekal abadi

Wabillahitafik Walhidayah Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like