You are on page 1of 12

Amir Saifudin

Laporan Amali 1
Fisiologi Dan Epidemiologi
Puan Khalidah Ahmad
9 Julai 2018

Ujian Biomolekul Organik- Karbohidrat, Lipid, Protein Dan Selulosa

1.0 Objektif

Eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui dan mengkaji kehadiran


karbohidrat, lipid, protein dan selulosa dalam 7 sampel makanan yang disediakan yang terdiri
daripada pelbagai jenis biomolekul organik. Hal ini kerana, kita tidak dapat menentukan jenis
biomolekul organik yang terkandung dalam setiap sampel makanan tersebut. Oleh itu,
eksperimen ini dijalankan untuk menentukan jenis biomolekul organik yang terdapat dalam
setiap sampel.

1.1 Pengenalan

Makanan wujud dalam berbagai variasi, dan fungsinya tersendiri. Makanan yang kita
makan dapat dikategorikan kepada kelas makanan yang tersendiri. Kelas makanan terbahagi
kepada 7 kelas makanan, iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Serat dan Air.
Karbohidrat, protein, lipid dan selulosa adalah polimer iaitu satu molekul panjang yang
mengandungi blok binaan yang sama iaitu monomer. Monomer membentuk molekul yang
besar atau polimer melalui tindak balas kondensasi yang disebut tindak balas dehidrasi
manakala pemecahan polimer kepada monomer berlaku melalui tindak balas hidrolisis.
Karbohidrat, protein, lipid dan selulosa dalam suatu sampel makanan boleh diuji dengan
menggunakan ujian-ujian yang tertentu.

karbohidrat merupakan satu kumpulan sebatian organik yang mengandungi unsur-


unsur seperti karbon, hidrogen dan oksigen. Sebatian organik adalah molekul kompleks yang
terdapat sebagai larutan koloid dalam sitoplasma. Sebatian organik adalah makromolekul
yang mengandungi atom kabon, hydrogen dan oksigen. Kandungan sebatian organik adalah
20% daripada juzuk sel. Dalam setiap sebatian organik, atom karbon membentuk empat
ikatan kovalen dan boleh membina molekul organik rantai panjang yang beraneka dan
kompleks. Setiap molekul organik yang besar terdiri daripada subunit kecil yang dinamakan
monomer. Contoh molekul organik ialah karbohidrat, protein, lipid dan selulosa karbohidrat,
protein, lipid dan selulosa.

Tiga jenis karborhidrat iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.


Monosakarida adalah unit asas binaan yang dikenali sebagai gula ringkas contohnya glukosa,
fruktosa, galaktosa dan merupakan gula penurun. Manakala disakarida pula dikenali gula
kompleks yang terdiri daripada dua monosakarida yang bergabung secara kondensasi dan
diurai kepada dua monosakarida secara hidrolisis. Polisakarida pula terdiri daripada banyak
monosakarida yang tediri daripada kanji yang terdapat dalam sel tumbuhan, glikogen dalam
sel haiwan dan selulosa dinding sel

protein adalah molekul kompleks yang besar yang terdiri daripada unsur karbon,
hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi sulfur dan fosforus.
Asid amino adalah monomer bagi protein. Protein terbentuk melalui kondensasi dan diuraikan
melalui hidrolisis. Dua molekul asid amino bergabung untuk membentuk satu dipeptida.
Pergabungan banyak molekul asid amino membentuk satu polipeptida. Dua jenis asid amino
iaitu asid amino perlu yang tidak boleh disintesis oleh badan (protein haiwan) yang
merupakan protein kelas pertama dan satu lagi ialah asid amino tak perlu yang boleh
disintesis oleh badan (protein tumbuhan) protein kelas kedua. Dalam protein ada struktur
primer, sekunder, tertier dan kuarternar.

Lipid pula mengandungi unsur seperti karbon, hidrogen dan oksigen. Contoh lipid
adalah lemak, lilin, fosfolipid, minyak, steroid seperti kolesterol, testosteron, estrogen dan
progesterone. Lemak dan minyak adalah trigliserida. yang setiap molekulnya terdiri daripada
satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak. Dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak
tak tepu.

1.2 Alat dan Radas

Berdasarkan eksperimen ini, bahan dan radas yang digunakan ialah 7 jenis larutan
sampel makanan yang dilabel dengan huruf A,B,C,D,E,F dan G, penunu bunsen, pemegang
tabung uji, kertas turas, piring petri, larutan benedict, larutan iodin, natrium bikarbonat ,
𝑁𝑎𝐻𝐶𝑂3 (Pepejal), asid hidroklorik cair, asid hidroklorik (HCL) pekat, larutan milon, larutan
Naoh dan 𝐶𝑢𝑆𝑂4, spatula, bikar 250𝑐𝑚3 ,larutan sudan III , etanol, penitis, kasa dawai, tungku
kaki tiga.
1.3 Prosedur

Eksperimen dimulakan dengan mengkaji kehadiran karbohidrat dalam ketujuh-tujuh


sampel. Terdapat 3 ujian yang dilakukan untuk karbohidrat iaitu ujian gula penurun, gula
bukan penurun dan kanji. Bagi ujian gula penurun, 2ml larutan benedict dicampurkan dengan
2ml sampel ke dalam tabung uji. Kemudian campuran telah dididihkan selama 2-3 minit di
dalam bikar yang berisi air. Pemerhatian telah dicatatkan. Selain itu, bagi ujian gula bukan
penurun 2ml HCL ditambahkan kepada 2𝑐𝑚3 sampel makanan. Kemudian campuran
dididihkan selama 1 minit di dalam bikar yang berisi air dan kemudian disejukkan.
𝑁𝑎𝐻𝐶𝑂3 (𝑃𝑒𝑝𝑒𝑗𝑎𝑙) ditambahkan sehingga tidak larut. Sampel diuji menggunakan larutan
benedict. Pemerhatian dicatatkan. Akhir sekali bagi kanji beberapa titik larutan iodin dititiskan
ke atas sampel makanan. Pemerhatian dilakukan dan keputusan dicatatkan .

Eksperimen diteruskan dengan ujian menguji kehadiran protein. Dua ujian telah
dilakukan dengan menggunakan larutan milon dan biuret. Bagi ujian larutan milon beberapa
titik larutan millon ditambahkan ke dalam 3 𝑐𝑚3 sampel makanan. Seterusnya campuran
dididihkan selama 2-3 minit di dalam bikar yang berisi air. Pemerhatian dicatatkan.
Seterusnya, bagi ujian larutan biuret 2 ml larutan NaOH dan 2-3 titik larutan 𝐶𝑢𝑆𝑂4
ditambahkan kepada 2 ml sampel makanan. Campuran digoncangkan dan pemerhatian
direkodkan.

Disamping itu, 3 ujian telah dilakukan utuk menguji kehadiran lipid iaitu tompok gris,
larutan sudan III dan ujian emulsi. Bagi tompok gris, 1 titik bahan dititiskan dengan setitik air
kepada dua hujung kertas turas yang sama. Kertas turas ditayangkan kepada cahaya
matahari.Kedua-dua titik itu dibandingkan dan pemerhatian direkodkan.Selain itu ,bagi ujian
yang menggunakan larutan sudan IIII, beberapa titis larutan sudan IIII ditambahkan kepada 2
ml bahan yang diuji ke dalam tabung uji. Kemudian , campuran digoncang sehingga emulsi
tebentuk. Tabung uji dibiarkan selama 5 minit. Bagi ujian emulsi, 3 titik larutan dititikkan ke
dalam 2 ml etanol di dalam tabung uji. Campuran digoncang sehingga larutan menjadi jernih.
Larutan jernih tersebut dititikkan titis dalam tabung uji kedua yang mengandungi 3 ml air.
Pemerhatian diperhatikan dan keputusan direkodkan.

Akhir sekali, bagi menguji selulosa, 2 titis asid sulfurik pekat ditambahkan ke atas
beberapa sampel makanan. Beberapa titik larutan iodin ditambahkan 5 minit kemudian.
Perubahan warna diperhatikan dan keputusan direkodkan.
1.4 Keputusan

a) Ujian Karbohidrat

Sampel Makanan Ujian Gula Penurun Ujian Gula Bukan Ujian Kanji
Penurun
A Warna biru berubah Larutan hijau Warna kuning
menjadi merah bata terbentuk berubah kepada biru
muda
B Warna biru berubah Larutan biru Tiada perubahan
menjadi kuning kehijauan terbentuk
C Warna biru berubah Larutan kuning Tiada perubahan
menjadi kuning terbentuk
keperangan
D Warna biru berubah Larutan biru Tiada perubahan
menjadi kuning kehijauan terbentuk
E Tiada perubahan Larutan hijau Tiada perubahan
terbentuk
F Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan
G Warna biru berubah Larutan biru berubah warna
menjadi hijau kehijauan terbentuk daripada keruh
kepada biru gelap

Berdasarkan ujian gula penurun yang telah dilakukan, keputusan mendapati bahawa
warna biru larutan benedict berubah kepada merah bata dalam sampel A manakala berubah
kepada kuning dalam sampel makanan B dan D. Selain itu, bagi sampel C warna biru benedict
berubah kepada warna coklat dan bagi sampel makanan G warna biru benedict berubah
kepada hijau. Bagi sampel makanan E dan F tiada perubahan yang berlaku.

Seterusnya bagi ujian gula bukan penurun, sampel makanan A,C,E dan G
menunjukkan ada perubahan warna iaitu daripada warna biru larutan benedict kepada
beberapa warna iaitu sampel makanan A menunjukkan perubahan warna biru kepada hijau
mankala bagi C,E dan G menunjukkan perubahan warna biru benedict menjadi larutan
berwarna kuning, hijau dan biru kehijauan. Bagi sampel makanan B dan D menunjukkan
perubahan warna larutan biru kepada biru kehijauan dan F tidak menunjukkan perubahan.
Bagi ujian untuk kanji pula hanya sampel makanan A dan G sahaja yang memberi kesan.
b) Ujian Protein

Sampel makanan Ujian Milon Ujian biuret


A Tiada perubahan Tiada perubahan
B Mendakan merah bata Larutan ungu terbentuk
terbentuk
C Mendakan merah bata Larutan ungu terbentuk
terbentuk
D Tiada perubahan Lapisan minyak terbentuk
E Tiada perubahan Larutan kuning keperangan
F Mendakan merah bata Mendakan ungu tepu
terbentuk
G Mendakan merah bata Mendakan ungu terhasil
terbentuk

Bagi menguji kehadiran protein pula, sampel makanan B,C,F dan G menunjukkan
perubahan dimana mendakan merah bata terbentuk manakala tiada perubahan yang berlaku
pada sampel-sampel makanan yang lain apabila diuji dengan larutan millon. Selain itu, bagi
ujian menggunakan larutan biuret pula, sampel makanan B,C,F dan G juga menujukkan
bahawa mendakan ungu terhasil.

c) Ujian Lipid

Sampel Makanan Ujian Tompok Gris Ujian Larutan Ujian Emulsi.


Sudan III
A Tiada tompokan Tiada perubahan Tiada perubahan
minyak terbentuk
B tompokan minyak Larutan bercampur Lapisan emulsi
terbentuk jingga degan susu terbentuk
terbentuk
C Tiada tompokan Tiada perubahan Tiada perubahan
minyak terbentuk
D tompokan minyak Warna jingga di atas Larutan keruh
terbentuk dan warna keruh di terbentuk di atas
bawah terhasil larutan
E Tiada tompokan Tiada perubahan Tiada perubahan
minyak terbentuk
F Tiada tompokan Tiada perubahan Tiada perubahan
minyak terbentuk
G Tiada tompokan Tiada perubahan Tiada perubahan
minyak terbentuk
Berdasarkan eksperimen yang dijalankan untuk menguji kehadiran lipid, hanya sampel
makanan B dan D menunjukkan perubahan dalam ketiga-tiga ujian. Dalam ujian tompok gris,
sampel B dan D menunjukkan ada tompok minyak terbentuk manakala bagi ujian larutan
sudan III berubah kepada warna jingga. Bagi ujian emulsi juga menunjukkan ada perubahan
di mana bagi sampel makanan B jelas terbentuk lapisan emulsi manakala bagi sampel
makanan D larutan keruh seolah-olah ada emulsi yang terbentuk.

d) Ujian Selulosa

Sampel Makanan Ujian Selulosa


A Kuning keperangan bertukar menjadi biru
gelap
B Tiada perubahan
C Larutan kuning menjadi tidak berwarna
D Warna jingga cerah terhasil
E Tiada perubahan
F Mendakan putih susu terbentuk
G Larutan biru gelap terbentuk

Sampel makanan C menjadi tidak bewarna dan sampel A dan G berubah daripada
warna kuning keperangan menjadi biru gelap. Selain itu, tiada perubahan berlaku pada B dan
E. bagi D dan F warna perang iodin berubah kepada warna jingga pada D dan mendakan
putih terbentuk pada F.

1.5 Perbincangan

Berdasarkan eksperimen di atas, dapat kita simpulkan bahawa dalam setiap sampel
makanan yang berbeza mempunyai biomolekul organik yang berbeza setelah beberapa ujian
makanan yang telah dilakukan ke atas sampel-sampel makanan yang telah disediakan.

Dalam ujian karbohidrat, tiga ujian telah dilakukan iaitu ujian ke atas gula penurun,
gula bukan penurun dan kanji. kehadiran gula penurun boleh dikesan dengan larutan Benedict
untuk menurunkan ion kuprum (ii) kepada ion kuprum (i) oksida dengan membentuk
mendakan merah bata. Gula penurun ialah istilah kimia untuk gula yang boleh bertindak
sebagai agen penurun dan boleh menderma elektron kepada molekul lain terutamanya gula
penurun ialah sejenis karbohidrat atau gula semula jadi yang mengandungi kumpulan aldehid
dan ketone yang bebas Gula penurun boleh bertindak balas dengan bahagian lain pada
makanan seperti asid amino untuk menukarkan warna dan rasa makanan tersebut.
Berdasarkan eksperimen di atas, warna yang diperoleh adalah berbeza-beza bukan berubah
kepada merah bata seperti teori. Hal ini kerana, perbezaan warna tersebut adalah
disebababkan kandungan gula penurun dalam makanan tersebut. Warna berubah mengikut
peratus kandungan gula penurun dalam sampel makanan tersebut contohnya sampel
makanan G menunjukkan kandungan gula penurun paling sedikit kerana hanya menukarkan
warna biru kepada hijau manakala sampel makanan A adalah paling tinggi kandungan gula
penurun kerana boleh menukarkan warna biru larutan benedict kepada merah bata. Bagi
sampel makanan yang berubah kepada kuning menunjukkan kandungan gula yang sedikit
manakala yang menukarkan warna larutan benedict kepada jingga mempunyai kandungan
gula penurun yang sekata dengan bahan-bahan lain.

Seterusnya, bagi gula bukan penurun, HCL ditambahkan kepada sampel makanan.
Kemudian campuran dididihkan selama 1 minit di dalam bikar yang berisi air dan kemudian
disejukkan dan 𝑁𝑎𝐻𝐶𝑂3 (𝑃𝑒𝑝𝑒𝑗𝑎𝑙) ditambahkan sehingga tidak larut sebelum di uji dengan
larutan benedict. Perkara ini dilakukan sebenarnya adalah untuk memecahkan molekul gula
bukan penurun iaitu sukrosa yang merupakan disakrida yang tidak dapat diuji dengan larutan
benedict. Hal ini kerana apabila sukrosa di uji dengan larutan benedict tiada perubahan
sepatutnya berlaku. Oleh itu, sukrosa harus dihididrolisis kepada fruktosa dan glukosa yang
mampu menurunkan ion kuprum (ii) kepada ion kuprum (i) oksida dalam larutan benedict.
Namun begitu, berdasarkan eksperimen di atas, sampel yang berkemungkinan mempunyai
gula bukan penurun ialah sampel makanan E dan F yang tidak memberi perubahan ke atas
larutan benedict semasa ujian gula penurun di lakukan ke atas sampel tersebut. Sampel
makanan E menunjukkan kehadiran gula bukan penurun yang kurang kandungannya kerana
mengubah warna biru benedict kepada warna hijau tetapi sampel tersebut juga tidak memberi
kesan kepada ujian gula bukan penurun. Pada pendapat saya, hal ini berkemungkinan kerana
hidrolisis sukrosa kepada fruktosa dan glukosa tidak berlaku atau tidak lengkap. Kemungkinan
lain juga berlaku di mana asid hidrolkorik tidak dineutralkan dengan 𝑁𝑎𝐻𝐶𝑂3 (𝑃𝑒𝑝𝑒𝑗𝑎𝑙)
dengan betul kerana ion kuprum (ii) tidak dapat diturunkan kepada ion kuprum (i) dalam
keadaan berasid menunjukkan tiada perubahan warna.

Seterusnya, bagi ujian untuk kanji pula hanya sampel makanan A dan G sahaja yang
menunjukkan perubahan. Oleh itu sampel makanan A dan G sahaja yang mempunyai kanji.
Hal ini kerana kanji ialah karbohidrat yang dijumpai dalam tumbuhan. Ia mengandungi dua
jenis polisakarida yang dibina dari unit-unit glukosa yang diikat dalam bentuk yang berbeza
iaitu amilose yang diikat secara linear dan amylopectin yang bercabang seperti gambar di
bawah.

Amilose adalah sebatian yang menyebabkan warna biru terhasil. Rantaian nya
membentuk heliks dan iodin akan melekat dalam rantaian tersebut. Oleh itu warna biru
terbentuk.

Seterusnya bagi ujian protein, pula sampel makanan B, C, F dan G menunjukkan


bahawa dalam kedua dua ujian iaitu ujian millon dan biuret menunjukkan permerhatian yang
positif. Hal ini jelas bahawa dalam keempat-empat sampel tersebut mempunyai protein atau
asid amino. ujian millon adalah reagen bertujuan untuk mengesan protein larut manakala ujian
biuret adalah bertujuan untuk mengesan ikatan peptida yang merupakan perkara asas dalam
membina protein. Kehadiran protein dapat disahkan jika mendakan merah bata dihasilkan
semasa ujian millon manakala larutan ungu akan terbentuk menadakan ikatan peptida wujud
semasa ujian biuret. Reagent yang digunakan dalam ujian biuret ialah kuprum sulfat dan
natrium hiroksida. Apabila ikatan peptide berada dalam larutan yang beralkali, iou kuprum(ii)
akan membentuk koordinasi lengkap dengan 4 atom nitrogen daripada ikatan peptida
menyebabkan warna bertukar dari biru kepada ungu. Perubahan warna ini bergantung
kepada bilangan ikatan petida. Oleh itu, semakin banyak protein semakin banyak perubahan
warna.

Seterusnya bagi lipid, 3 ujian telah dilakukan iaitu ujian tompok gris, ujian larutan
sudan III dan ujian emulsi. Berdasarkan eksperimen sampel makanan yang mengandungi lipid
berdasarkan ketiga-tiga eksperimen ialah sampel makanan B dan D. ujian tompok gris
menunjukkan bahawa kedua-dua sampel ini menjadikan kertas turas menjadi lutsinar yang
menunjukkan kehadiran lipid. Bagi ujian sudan III pula , larutan sudan III bertindak sebagai
pewarna lemak yang larut yang boleh mengesan kehadiran lipid, trigliserida dan lipoprotein.
Sudan III akan bertindak balas untuk mewarnakan lipid atau trigliserida. Emulsi pula adalah
pembentukan larutan apabila lipid diarutkan dalam etanol. Bila ditambahkan dengan air titisan
air terbentuk. Ini berlaku kerana apabila air ditambahkan, trigliserida akan tersusun bersama
ekor hidrofobik membentuk titisan air.

Selulosa ialah polisakarida yang merupakan komponen penting untuk membina sel
dinding tumbuhan hijau. Berdasarkan eksperimen yang telah dilakukan asid sulfurik
digunakan untuk menghidrolisis selulosa kepada molekul glukosa. Berdasarkan eksperimen
A dan G menukarkan warna perang iodin bertukar kepada biru tua menunjukkan bahawa
selulosa berjaya dihidrolisis kepada glukosa atau sampel makanan tersebut mengandungi
glukosa. Namun begitu, bagi sampel makanan C menunjukkan warna perang iodin bertukar
kepada tidak berwarna menunjukkan bahawa selulosa tidak berjaya di hidrolisis oleh asid
sulfurik dengan baik menunjukkan tiada kehadiran glukosa. Oleh itu, iodin tidak dapat
mengesan kehadiran glukosa. Selain itu, berkemungkinan juga, sampel makanan yang
digunakan mempunyai ikatan glikosidik yang kuat.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Kandungan nutrient di dalam makanan boleh ditentukan dengan


menjalankan ujian makanan. Berdasrkan eksperimen ini dapat kita simpulkan bahawa setiap
makanan membunyai nutrient yang berbeza-beza. Kita boleh menetukan kelas bimolekul
organik yang terdapat dalam setiap makanan tersebut melalui eksperimen ni. Namun begitu,
beberapa ralat yang telah dilakukan haruslah dibaiki untuk mendapatkan keputusan yang
lebih tepat. Selain itu, persediaan awal haruslah dilakukan untuk memastikan perjalanan
eksperimen yang lancar.

6.0 Soalan Dan Jawapan


1. Mengapakah asid hidroklorik dicampurkan untuk ujian gula bukan penurun ?

Asid hidroklorik dicampurkan untuk menghidrolisis disakarida atau sukrosa kepada


monomernya iaitu fruktosa atau glukosa

2. Mengapakah serbuk natrium bikarbonat dicampurkan ke dalam larutan bagi ujian


gula bukan penurun?

Serbuk natrium bikarbonat dicampurkan ke dalam larutan bagi ujian gula bukan penurun untuk
meneutralkan kembali larutan kerana ion Kuprum (II) tidak dapat diturunkan kepada ion
kuprum (I) dalam keadaan berasid. Jika ion kuprum(II) tidak diturunkan, mendakan merah
bata tidak akan terhasil.

3. Jelaskan mengapa ujian karbohidrat dan protein menggunakan rendaman air untuk
tujuan pemanasan?

4. Nyatakan bahan-bahan yang terdapat dalam reagen Benedict dan fungsi bahan-
bahan tersebut.

Kuprum (II) sulfat - diturunkan menjadi kuprum(i) bertukar dari biru kepada merah

natrium karbonat- menyediakan persekitaran yang beralkali untuk tindak balas redoks

natrium sitrat- menstabilkan ion kuprum(ii) supaya tidak diturunkam kepada ion kuprum(i)
semasa penyimpanan

5.Bagaimanakah reagen Biuret berfungsi dalam ujian protein?

Reagent yang digunakan dalam ujian biuret ialah kuprum sulfat dan natrium hiroksida. Apabila
ikatan peptide berada dalam larutan yang beralkali, ion kuprum(II) akan membentuk
koordinasi lengkap dengan 4 atom nitrogen daripada ikatan peptida menyebabkan warna
bertukar dari biru kepada ungu. Perubahan warna ini bergantung kepada bilangan ikatan
petida.

Rujukan
Lee C. dan J.Arunassalam, (2014). Pre-U Text STPM Biology second term. Kuala Lumpur.
Terbitan Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Liew.S.L, Sudani Sudin, Kamaludin A.Rashid,Lee.S.C,Jacqualine.R.S dan Azlina abd Aziz,
(2014). Biology for Matriculation Semester 1, 4th Edition. Shah Alam Selangor Darul
Ehsan.
Mader, S. S. (2007). Biology 9th. New York: McGraw Hill
Prasertsung, I., Chutinate, P., Watthanaphanit, A., Saito, N., & Damrongsakkul, S. (2017).
Conversion of cellulose into reducing sugar by solution plasma process (SPP).
Carbohydrate polymers, 172, 230-236.
Chan, Y. K., Budgett, S. C., MacGibbon, A. K., Quek, S. Y., Kindleysides, S., & Poppitt, S. D.
(2017). Small particle size lipid emulsions, satiety and energy intake in lean men.
Physiology & behavior, 169, 98-105.
NAMA AMIR SAIFUDIN BIN MAT ARIFFIN

NO.KAD PENGENALAN 980228-03-5725

ANGKA GILIRAN 20018122340054

KUMPULAN 1 PISMP SAINS 1

KOD & NAMA KURSUS (SCES 3013) FISIOLOGI & EPIDEMIOLOGI

NAMA PENSYARAH PUAN KHALIDAH AHMAD

TUGASAN AMALI 1

TARIKH HANTAR 16 JULAI 2018

You might also like