You are on page 1of 32

Bahagian A:

Latar Belakang

Sekolah saya adalah SJK Chung Hua Roban, Sarawak. Ia wujud pada 22 Ogos
1947. Ia berdekatan dengan pasar Roban. Ia merupakan sebuah sekolah di luar bandar.
Roban terletak di Muara Sungai Krian. Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari Pekan
Saratok yang merupakan sebuah daerah dalam Bahagian Betong. Kabong merupakan
sebuah perkampungan nelayan yang mana penduduknya bergantung penuh pada hasil
tangkap laut sebagai rezeki mereka. Kaum Iban merupakan penduduk majority di
Kabong manakala kaum Cina dan Melayu adalah minority. Kira-kira 3 kilometer dari
pekan Roban.

Penubuhan sekolah Cina

Sebelum wujud sekolah ini, kebanyakan menghadapi masalah untuk


menghantar anak-anak bagi menerima pendidikan di sekolah cina. Mereka terpaksa
menghantar anak-anak menerima didikan di Kuching semata-mata supaya anak-anak
menerima didikan pelajaran awal di sekolah. Dalam pada itu, terdapat pelbagai
masalah dan kekangan dalam menghantar anak-anak menerima pendidikan awal,
maka penduduk setempat bercadang dan mencari inisiatif untuk mendirikan sebuah
sekolah cina untuk memudahkan anak-anak mereka menerima pendidikan awal.

Memandangkan pelbagai masalah pendidikan awal wujud pada masa itu,


Kapitan Lee Chi Yin mengumpul semua kaum Cina di Roban bagi membincangkan
pembukaan sekolah Cina di Roban. Hasil daripada itu, akhirnya Lembaga Pengurus
Sekolah yang terdiri daripada 9 orang ahli yang dipengerusikan oleh Kapitan Lee Chi
Yin diwujudkan bagi memastikan penubuhan sekolah yang menjadi hasrat dan impian
dapat dicapai serta berjalan dengan lancar.

Atas sekolah sokongan padu masyarakat cina setempat, pada tahun 1947
sekolah aliran Bahasa Cina berjaya ditubuhkan dengan nama pada masa itu Chung
Hua School Kabong. Semasa penubuhannya, seramai hanya 18 orang pelajar dan 2
orang guru. Guru Besar yang pertama ialah Encik Lim Yong San. Lembaga Pengurus
Sekolah berperanan penuh dalam urustadbir dan pengendalian sekolah. Segala
perbenlanjaan pentadbiran termasuk gaji guru diurus oleh Pihak Lembaga Pengurus
Sekolah. Penduduk setempat begitu perihatin dengan penubuhan sekolah ini

1
menyumbangkan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah yang diurustadbir
sepenuhnya oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

Selepas sebelas tahun diurus oleh Lembaga Pengurus Sekolah, pihak Lembaga
Pengurus Sekolah telah memohon dengan kerajaan untuk mengiktirafkan sekolah ini
sebagai sekolah separa bantuan kerajaan. Pada Tahun 1963 Roban Chung Hua School
telah diiktirafkan sebagai sebuah sekolah separa bantuan kerajaan dengan nama
barunya SRB Chung Hua Roban. Encik Chan Ping Shin, berkelulusan dari China
University Peking, China menjadi Guru Besar ketika itu.

Pada 2017, pelajar kebanyakan adalah kaum Iban, iaitu 178 orang dan kaum
Melayu dan Cina adalah sebahagian sahaja. Kemahiran menulis di kalangan murid
adalah sangat lemah di aspek karangan Bahasa Melayu. Mereka tidak dapat menulis
ayat yang betul dan kadang-kala menulis ayat yang tidak memenuhi isi kandungan
karangan.

2
Masalah Murid

Masalah menulis di kalangan murid di sekolah saya merupakan sebahagian


murid sahaja. Setiap kelas hanya mempunyai seorang hingga dua orang murid yang
menghadapi masalah menulis. Masalah ini akan menjejaskan pembelajaran mereka.

Ciri-ciri murid ADHD yang telah dikenalpasti mengganggu aktiviti pengajaran


dan pembelajaran ialah tidak dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran,
bergerak atau merayau-rayau tanpa tujuan di dalam kelas, berusaha mendominasi
perhatian guru, mudah bertindak agresif, sukar mematuhi arahan, dan sukar
menyelesaikan tugasan dengan baik.

Murid ADHD akan mengamuk jika ditegur oleh guru atau kawan-kawan.
Emosi yang tidak stabil menyebabkan murid AHDH tidak dapat memberi tumpuan
dan tidak turut serta dalam aktiviti yang dirancang oleh cikgu. Namun apabila diberi
masa bertenang dan cikgu menggunakan bahan bantu belajar yang menarik
perhatiannya, cikgu mendapati murid AHDH ingin turut serta dalam aktiviti yang
dijalankan pada waktu itu.

Murid ADHD ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain
dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun
seketika di dalam bilik darjah atau di luar. Selalunya murid gagal memberikan
tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran. Murid AHDH juga mudah hilang
tumpuan semasa belajar. Murid ini hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran
dan aktiviti pada waktu yang seketika sahaja dan beberapa minit kemudiannya akan
mengalihkan tumpuan kepada sesuatu yang lain yang dapat menghiburkan hatinya.
Tumpuan perhatian murid AHDH dengan melihat dan mendengar berulang kali
semasa pengajaran guru tidak berkekalan dan bertahan lama. Biasanya murid ini tidak
dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya, menghuraikan tentang apa
yang dilihat dan didengar. Murid ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan
persekitaran dari saiz, jarak dan keadaan ruang. Tingkahlaku yang aktif dan
melampau kerap dipamerkan di dalam bilik darjah. Murid ADHD ini kadangkala
akan bertindak dengan agresif yang boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan
kecil dengan rakan –rakannya di dalam bilik darjah. Murid AHDH akan
memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang. Seterusnya apabila murid
ADHD ini mendapat sesuatu bahan atau barang murid akan cuba menggunakan

3
pelbagai cara bagi memanipulasikan bahan tersebut. Murid AHDH akan bertindak
dengan menghentak, memukul, membaling, melontar dan sebagainya terhadap bahan
atau barang tersebut. Lebih-lebih lagi jika terdapat orang di sekitar murid ADHD ini,
dia mugkin akan menjadi sasarannya untuk bertindak secara agresif.

Masalah yang dihadapi oleh murid itu ialah tulisannya seperti cakar ayam,
buruk, tidak kemas, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan dan saiz
antara perkataan tidak sama. Murid tersebut menulis tidak di atas baris garisan yang
terdapat di dalam buku tulis yang disediakan. Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca.
Antara kesilapan gaya penulisan yang sering di dapati dalam kalangan murid ini ialah
cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul,
saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat
dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.

Terdapat tiga masalah ketara yang dihadapi oleh murid iaitu masalah ejaan
dalam setiap aktiviti pada lembaran kerja yang diberikan, didapati satu daripada dua
barisan ayat mempunyai masalah ejaan, dalam penggunaan baris, murid AHDH tidak
tahu bila menggunakan baris yang sepatutnya iaitu menulis di atas garisan dan akhir
sekali masalah ruang dalam penulisan. Ruang pada ayat yang disalin atau dibina iaitu
jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk dibezakan. Ini menunjukkan
tulisan tangan murid AHDH. Hasil pemerhatian daripada lembaran kerja
menunjukkan berapa kelemahan yang diperolehi. Huruf tidak seragam, ruang yang
tidak baik serta mempunyai beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak
lengkap.

Murid AHDH menghadapi masalah yang amat ketara dalam aspek tulisan.
Tulisan yang kerap ditulis adalah menulis di atas garisan di dalam buku tulis atau
dalam lembaran kerja. Melalui pemerhatian dan perbandingan ciri-ciri yang terdapat
pada murid iaitu menulis dengan bentuk huruf dan tulisan yang tidak konsisten
menunjukkan masalah yang perlu dibaik pulih dan dibantu oleh cikgu. Penggunaan
huruf besar dan huruf kecil masih bercampur, begitu juga penggunaan huruf besar
pada ayat. Saiz dan bentuk huruf tidak seragam ditulis oleh murid AHDH.
Perkataan yang ditulis tidak lengkap dan huruf hilang, contohnya (paku) ditulis
sebagai (pku). Murid juga menulis perkataan dan ayat secara menurun dan menaik
Tiada penjarakkan antara huruf dan antara perkataan semasa menulis di dalam buku

4
latihan. Perkataan-perkataan yang ditulis bersambung dan rapat di antara satu sama
lain, menyebabkan tulisan amat sukar dibaca. Posisi badan yang tidak betul semasa
menulis iaitu postur badan sangat bongkok semasa menulis dan kedudukan kepala
sangat tertunduk dan rapat dengan buku menyebabkan huruf yang ditulis sukar dibaca.
Murid ini mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah terutamanya apabila
diminta menulis di khalayak ramai Murid mengelak apabila diminta menulis di papan
putih dan sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan. Murid mengambil masa
yang lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi, meskipun dengan
menggunakan kaedah menyalin semula ayat atau perkataan. Murid ini juga mudah
penat apabila menulis. Murid kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita dengan
rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi.
Berdasarkan lembaran kerja yang telah diberikan kepada murid, cikgu melihat dengan
lebih dekat masalah yang dihadapi murid dari segi penulisan.

5
Kesan-kesan

Murid ADHD. bertingkahlaku gelisah, berkhayal dan kurang tumpuan. Murid


AHDH kerap melakukan kesalahan semasa menulis. Masalah tingkahlaku yang sukar
di kawal ini telah melambatkan proses pembelajaran murid AHDH di dalam bilik
darjah. Gangguan yang dilakukan semasa pengajaran guru mengganggu tumpuan
murid AHDH dan juga mengganggu murid lain semasa pembelajaran. Situasi ini
membangkitkan emosi kemarahan guru dan murid lain menyebabkan keadaan bilik
darjah menjadi tidak terkawal. Masalah penulisan yang ketara ini merangkumi
masalah ejaan, penggunaan baris yang tidak betul serta penggunaan ruang pada setiap
ayat yang tidak sesuai iaitu jarak antara setiap ayat amat dekat.

Pada bahagian ini akan dibincangkan permasalahan menulis dalam kalangan


murid di sekolah rendah. Pendidikan di sekolah rendah merupakan peringkat paling
penting untuk pembinaan asas-asas kemahiran berbahasa. Realitinya, semua murid
mula belajar menulis ketika mereka memasuki alam persekolahan, iaitu di sekolah
rendah. Tampaknya, tempoh pembelajaran murid di sekolah rendah selama enam
tahun sangat tidak mencukupi untuk memantapkan kemahiran menulis. Keputusan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada
tahap penguasaan kemahiran menulis murid semata. Kajian harus dilakukan agar
faktor utama penyebab masalah ini mampu diketahui dan seterusnya langkah proaktif
boleh diambil.

Kegagalan murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran


menulis pada peringkat sekolah rendah akan memberi kesan kepada peringkat yang
lebih tinggi lagi. Pemerhatian menunjukkan bahawa ramai murid di sekolah rendah
belum menguasai kemahiran menulis. Antara masalah yang paling ketara ialah murid
sekolah rendah tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil semasa menulis.

Selain itu, pada peringkat sekolah rendah murid juga tidak mampu menulis tanpa
merujuk kepada lambang yang konkrit misalnya tulisan pada papan hitam atau buku
teks. Masalah ini juga dapat dibuktikan lagi dengan prestasi bahasa Melayu –
Penulisan Kertas 2 dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi gred A
menurun dari tahun 2011. Penurunan prestasi murid tersebut memberi impak negatif
kepada masa depan pendidikan negara.

6
Punca-punca

Masalah menulis merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya
boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini
merupakan masalah yang umum bagi murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan
mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah
pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas sering
terikat dengan masalah Penguasaan Kemahiran Asas iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul. Menurut Zuhayati Yazid (2010), AHDH Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 43 peratus kanak-
kanak mengalami masalah hiperaktif. Kanak-kanak tersebut merupakan golongan
murid Attention Deficit Hyperactif Disorder (ADHD) yang mengalami
ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak yang menjadikan mereka sukar
mengawal diri.

Menerusi pengubahsuaian dalam proses dan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang dilaksanakan adalah diharapkan dapat mengembangkan
kemampuan murid ADHD dalam program bermasalah pembelajaran sehingga
mencapai tahap maksimum. Perkembangan ini bermatlamat supaya mereka dapat
menikmati hidup yang setanding dengan murid normal. Namun begitu
pengubahsuaian tersebut perlu mengambil kira kekuatan dan kekurangan yang
dimiliki murid ADHD dan perkara ini ada kaitannya dengan aspek gaya pembelajaran
mereka yang berbeza-beza. Bermasalah pembelajaran merangkumi pelbagai
ketidakupayaan yang menyebabkan murid bermasalah pembelajaran yang juga terdiri
daripada murid ADHD adalah lambat berkembang bagi mencapai perkembangan
yang normal. Walaupun dunia pendidikan barat bertelagah tentang kategori murid
ADHD yang tidak dikategori sebagai murid bermasalah pembelajaran, namun
terdapat banyak pendapat menyatakan bahawa murid ADHD turut mengalami
masalah dalam pembelajaran.

Turkington dan Harris (2003), menyatakan kebanyakan murid ADHD


mengalami masalah dalam pembelajaran. Di samping itu, murid ADHD juga
mempamerkan simptom -simptom ketidakupayaan seperti sukar memberi tumpuan
dalam tempoh tertentu, gagal mematuhi arahan, bertindak tanpa berfikir, bergerak
secara keterlaluan dan sukar duduk di satu-satu tempat dalam tempoh yang panjang.

7
Merujuk kepada ketidakupayaan tersebut yang menjadi halangan kepada pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran,

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan
atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika
zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan dan terlalu
aktif berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat
perkembangan yang normal. Murid ini memerlukan kurikulum yang khusus dan
kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Permasalahan ini
pastinya dapat diatasi dengan cara mengenalpasti dan memberi penekanan kepada
gaya pembelajaran murid-murid tersebut. Di samping itu, murid ADHD juga dapat
memahami kecenderungan kekuatan dan kelemahan sendiri dalam gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh mereka. Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, (2011)
menyatakan kebanyakan murid yang mengalami masalah ADHD lemah dalam
pencapaian akademik. Hal ini ada kaitannya dengan ketidakupayaan yang mereka
alami seperti sukar memberi tumpuan, kurang kawalan diri, kesukaran menjalani
aktiviti peralihan, mudah terangsang dengan tingkahlaku agresif, pelupa dan
mengalami perasaan mudah kecewa. Di samping itu, murid ADHD juga memiliki
sifat yang positif seperti bersifat kata hati, sifat ingin tahu dan mempunyai bakat
tertentu. Langkah mengintegrasikan gaya pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid ADHD dijangkakan dapat membantu mereka menangani masalah
yang dihadapi dan membantu perkembangan tingkah laku pembelajaran seterusnya
meningkatkan prestasi akademik murid. Secara tidak langsung, integrasi atau
kesepaduan gaya pembelajaran menjadi sebagai salah satu langkah psikoterapi yang
berkesan bagi mengurangkan permasalahan murid ADHD. Gaya pembelajaran
terbentuk kerana proses pembelajaran adalah proses yang kompleks. Menurut Mohd
Sharani Ahmad (2004), proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks
kerana banyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama.
Pembelajaran lebih merujuk kepada perubahan tingkah laku (Hergenhahn dan Olson,
2001). Kanak-kanak berkeperluan khas sering dikaitkan dengan permasalahan
tingkah laku. Tahap kefungsian mereka yang rendah mendorong timbulnya
permasalahan tingkah laku dalam kalangan mereka. Pelbagai masalah ditimbulkan
sama ada semasa berada di dalam kelas, di luar kelas mahupun di rumah.

8
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid bermasalah pembelajaran. Kemahiran menulis juga merupakan kemahiran
kognitif yang kompleks dan mencabar bagi murid yang mengalami masalah menulis.
Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis
ataupun tulisan mentalis. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu
daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah
bin Yusof, 2006).

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang


betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-
otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan. Kemahiran
menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-
kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan Tahap Satu sekolah rendah iaitu Tahun Satu
hingga Tahun Tiga. Murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran biasanya
menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah.
Mereka didapati sukar menulis huruf-huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf
yang salah (Yasmin Hussain, 2013).

Kemahiran menulis secara mentalis pula adalah kemahiran menulis untuk


pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita dan sebagainya. Kemahiran ini
melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan
sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara
mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka
menguasai kemahiran menulis secara mekanis (Kamaruddin Hj. Husin, 2010).

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah
penggunaan bahan bantu belajar yang tidak menarik minat murid AHDH. Apabila
murid AHDH dalam emosi yang tidak baik, penggunaan buku tulis dan pensel tidak
menarik minatnya untuk menulis, akibatnya murid AHDH akan menangis, mengamuk
dan menulis sambil lewa. Murid AHDH tidak memberi kerjasama dalam situasi ini
dan hasil tulisannya tidak kemas. Pemilihan bahan bantu belajar yang menarik perlu
diberi perhatian oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kepada murid pendidikan khas. Murid ADHD cepat merasa jemu dengan gaya
pembelajaran yang sama pada setiap hari.

9
Murid AHDH juga sering menjerit di dalam bilik darjah apabila diusik oleh
murid lain. Perkara yang kecil sekalipun seperti memanggil namanya sahaja oleh
murid lain, boleh menyebabkan murid AHDH mengamuk dan menangis. Situasi ini
menyebabkan aktiviti pengajaran guru kerap terganggu dan tumpuan murid itu akan
hilang fokusnya. Inilah di antaranya penyebab cara menulis murid AHDH yang
buruk dan tidak kemas dihasilkan.

Tumpuan murid AHDH yang singkat pada pengajaran guru menjadi penyebab
kepada masalah menulis yang dihadapi. Murid AHDH ADHD yang sukar
memberikan tumpuan pada pengajaran guru. Murid AHDH mudah bosan dengan
gaya pembelajaran yang kurang menarik dan tidak menarik minatnya. Ini
menyebabkan murid kerap ingin ke bilik air, keluar dari bilik darjah, kerap berjalan
dan kerap mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, melalui penulisan ini saya dapat merumuskan bahawa


kemahiran menulis ialah merupakan satu kemahiran yang penting yang perlu
diajarkan kepada murid-murid untuk memahirkan diri mereka dalam kemahiran
berbahasa. Hal ini kerana ianya dapat membantu murid dalam menyampaikan
maklumat, perasaan dan idea mereka dengan baik melalui penulisan. Pelbagai kaedah
dan teknik dapat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Oleh itu, guru harus bijak dalam memilih teknik yang bersesuaian dengan
tahap kebolehan penulisan murid yang berbeza antara satu sama lain. Penggunaan
kaedah yang bersesuaian akan membantu guru-guru dalam menghadapi pelbagai
cabaran dalam mengajarkan kemahiran menulis kepada murid-murid di masa akan
datang dan mampu menjadikan mereka lebih bersedia di dalam bilik darjah.

10
Cara Mengatasi

Murid masalah pembelajaran kategori hiperaktif sering mengalami masalah


menulis. Hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih
mempunyai tumpuan yang pendek dan lemah. (Jamilah, 2005). Gangguan hiperaktif
dan kurang tumpuan murid ADHD merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang
berlaku pada zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan,
keadaan hiperaktif yang kerap dan teruk berbanding biasa (Azizi Yahaya, 2006).
Menyedari kepentingan kemahiran menulis walaupun dalam kalangan murid
pendidikan khas, cikgu rasa bertanggungjawab dan berminat untuk membantu seorang
murid ADHD agar dapat menguasai kemahiran menulis huruf dengan betul, kemas
dan teratur. Cikgu telah melaksanakan ansur maju semasa menjalankan pengajaran
dan pembelajaran dan menggunakan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju untuk
mengatasi masalah menulis murid. Kit Ansur Maju ini dibina sendiri oleh cikgu
untuk merawat masalah yang dihadapi oleh murid ADHD.

Lina Ping Madang (2010), telah menggunakan kaedah latih tubi dalam
membantu murid memantapkan kemahiran menulis huruf. Beliau telah menerapkan
salah satu prinsip pembelajaran yang diperkenalkan oleh Thorndike (1911) iaitu
hukum latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa hubungan rangsangan dan gerak
balas akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak.

Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd.Nor (2005). menjalankan AHDH ke


atas seorang murid AHDH yang mengalami masalah dalam menulis iaitu menulis
suku kata dan abjad secara terbalik. M e l a l u i AHDH yang dilakukan, beliau telah
menggunakan b e b e r a p a kaedah, pendekatan d a n teknik yang sesuai bagi
mengatasi masalah itu. Teknik yang digunakan ialah teknik latih tubi secara ansur
untuk merawat permasalahan yang berlaku.

Hukum Latihan Thorndike (Mok Soon Sang, 2008), menyatakan bahawa


pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan latih
tubi, aplikasi serta aktiviti pengukuhan yang berterusan diberikan kepada murid.
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (2001), teknik latih tubi merupakan aktiviti
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Menurut beliau lagi, kaedah
pengulangan ialah proses mengingati sesuatu perkara secara berulang kali ataupun

11
berterusan. Kaedah pengulangan ini dapat menajamkan ingatan dan menambahkan
kefahaman murid apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebaikan menggunakan pengajaran secara ansur maju antara lainnya ialah


guru dapat mengajar secara berperingkat dan menegaskan butiran mengajar secara
terperinci bagi setiap peringkat. Guru juga dapat mengenal pasti kesalahan yang
dilakukan pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan segera dan guru dapat
memberi tunjuk cara bagi setiap langkah serta menjelaskan kaitan antara setiap
peringkat dan langkah. Murid pula dapat mengenalpasti setiap langkah aktiviti dengan
jelas, mengetahui kesilapan yang dilakukan dan dapat melihat pertalian antara satu
langkah dengan langkah yang lain.

Cara ansur maju diperkenalkan dengan mengajar murid mempelajari


kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas
dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai
kemahiran menulis. Tiga instrumen seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI), Kit
Ansur Maju, Pemerhatian, dan rakaman gambar telah digunakan untuk mengumpul
data AHDH. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan graf peningkatan di
dalam senarai semak yang dilakukan terhadap murid AHDH. Cikgu berpendapat
pengajaran secara ansur maju mempunyai kesan dalam membaiki tulisan murid.
Kebanyakan guru Pendidikan Khas berpandangan pengajaran melalui ansur maju
yang dipilih sesuai dalam membaiki tulisan tulisan murid ini agar menjadi kemas dan
teratur. Pengajaran melalui ansur maju menekankan cara menguasai sesuatu
kemahiran itu secara beransur-ansur.dalam tempoh waktu yang diinginkan oleh cikgu.
Ini merupakan satu cara murid mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari
langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya
sehinggalah mereka dapat menguasainya.

Penggunaan alat bantu belajar (ABM) dalam pengajaran, membolehkan murid


bukan sahaja boleh melihat pergerakan yang dilakukan tetapi murid juga dapat
membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti penulisan. Keadaan
ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bertenaga dan dapat
menarik minat murid untuk belajar (Mohd.Aris, Siti Fatihah dan Asmah, 2004).
Melihat kepada pentingnya penggunaan bahan bantu belajar, cikgu telah membina
sebuah Kit Ansur Maju dan diguna oleh murid AHDH untuk membentuk huruf kecil

12
dan besar, membaiki ruang antara huruf dan menulis di atas garisan dalam kemahiran
menulis. Kit Ansur Maju ini juga dapat mengurangkan masalah tingkah laku murid
ADHD semasa mengikuti aktiviti menulis.

Kemahiran menulis amat penting diberi perhatian sekiranya murid-murid mula


menguasai kemahiran pra tulisan. Pembentukan huruf perlu diberi perhatian dari
seawalnya supaya tidak menjadi kebiasaan membentuk huruf dengan cara yang salah.
Guru perlu memperbetulkan dengan segera jika melihat kesilapan dilakukan.
Disamping itu penggunaan bahan bantu belajar juga boleh menarik tumpuan dan
sesuai dengan kemampuan murid ADHD semasa mengikuti aktiviti yang dirancang
oleh guru. Cikgu melaksanakan intervensi melalui Kit Ansur Maju untuk
memperbaiki cara menulis murid kajian yang mengalami masalah menulis jarak huruf
secara rapat dan tidak mempunyai ruang sesuai antara huruf. Murid diberikan kertas
white board yang boleh di padam kesalahan dan pen marker yang boleh dibersihkan
apabila tersilap sewaktu menulis. Murid dapat menulis dengan baik di atas kertas
plastik white board itu dengan jarak huruf yang sesuai. Murid juga tidak lagi menulis
huruf dengan rapat dan sukar dibaca. Murid yakin dan seronok dengan hasil tulisan
yang diakukan itu. Ini menambahkan keseronokan dan keyakinan diri murid apabila
aktiviti menulis ini berlangsung. Peneguhan diberikan dengan kata-kata pujian
kepada murid tersebut. Murid kajian yang diberikan intervensi secara ansur maju
dapat memperbaiki lagi cara penulisannya di dalam buku dan lembaran kerja yang
guru sediakan. Hasil tulisan murid kajian dapat dibuktikan melalui gambar yang
disertakan sebagai bukti keberhasilan penggunaan kit ansur maju.

Murid ADHD merupakan kelompok murid bermasalah pembelajaran yang


memerlukan metodologi pengajaran untuk menggalakkan mereka belajar dengan lebih
baik dan ini bergantung pada keupayaan guru mengenal pasti gaya pembelajaran
mereka. Adalah penting memahami bagaimana tingkah laku, kurang tumpuan dan
impulsif mempengaruhi tingkah laku pembelajaran murid ADHD agar guru dapat
memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Murid
diajar dengan pembelajaran yang seronok tanpa memaksa menyebabkan mereka
mudah memperoleh dan memahami maklumat pembelajaran dengan lebih berkesan.
Jika guru memahami bagaimana murid ADHD belajar dengan lebih baik, mereka
akan dapat merekabentuk pengajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan.
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh murid-murid secara berperingkat-peringkat

13
mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Kemahiran menulis adalah berkait rapat
dengan kemahiran membaca. Tulisan yang tidak kemas dan teratur sukar untuk
dibaca. Masalah untuk menguasai kemahiran menulis di peringkat tulisan mekanis
perlu diberi perhatian walaupun kepada murid masalah pembelajaran.

Semua individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, yang


mempengaruhi pemikiran, sikap dan pendekatan seseorang individu terhadap
pembelajaran dan cara memproses maklumat (Reif, 2007). Menurut Shahabuddin
Hashim dan Rohizani Yaakub (2003), gaya pembelajaran adalah penting untuk dikaji
kerana gaya pembelajaran dimiliki oleh murid secara individu adalah tidak sama..
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang harus dieksploitasi
sepenuhnya bagi meningkatkan pencapaian semua murid. Kepentingan AHDH
kepada murid berpendidikan khas supaya murid menguasai kemahiran menulis huruf
dengan cara yang betul dan boleh menghasilkan tulisan yang kemas dengan
menggunakan Kit Ansur Maju. Disamping itu, pengajaran secara ansur maju juga
digunakan kerana murid ADHD mengalami masalah untuk memberi tumpuan yang
lama maka dengan kaedah itu murid akan diberi masa untuk menyiapkan kerja dan
murid tidak merasa bosan, tetapi sekiranya berjaya menyiapkan kerja yang diberi
dengan cepat merupakan satu kejayaan bagi diri mereka. Pengajaran secara ansur
maju dengan menggunakan Kit Ansur Maju boleh diguna oleh guru-guru mata
pelajaran lain dalam pengajaran dan pembelajaran kerana bahan dalam Kit Ansur
Maju boleh ditukar ganti mengikut keperluan murid.

Diharapkan dengan melaksanakan kaedah latih tubi dan penggunaan Kit


Ansur Maju boleh membantu menambahbaik mutu tulisan murid kajian. Dapatan
kajian ini menunjukkan murid kajian menguasai ansur maju yang diperkenalkan oleh
cikgu. Murid dapat mengikuti pembelajaran yang diajarkan oleh cikgu. Murid
ADHD memerlukan satu gaya pembelajaran yang menarik minat mereka untuk
belajar. Gaya pengajaran guru yang kreatif dan berinovasi dapat menarik fokus
mereka untuk memberikan tumpuan dalam bilik darjah.

. Guru dapat menggunakan Kit Ansur maju dalam pengajarannya dan


mempelbagaikan teknik pengajaran menulis dan seterusnya menarik minat murid
untuk memberikan perhatian dan tumpuan di dalam bilik darjah. Murid dapat belajar

14
cara yang mudah secara ansur maju memperbaiki masalah tulisan yang dihadapi oleh
mereka.

Ini bersesuaian dengan pendapat Sasson (1990) yang mengatakan kemahiran


menulis memerlukan pendekatan pengajaran yang sistematik kerana pendekatan
pengajaran yang sistematik bukan sahaja memudahkan pengajaran tetapi juga
memudahkan pembelajaran. Kanak-kanak yang diajar menulis dengan cara yang betul
akan merasa selesa dan seronok untuk menulis. Kajian tindakan ini telah dijalankan
kerana kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid
bermasalah pembelajaran terutamanya murid ADHD. Kemahiran tulisan mekanis
tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh
murid-murid semakin tidak cantik dan sukar dibaca. Walaupun banyak kajian telah
dijalankan tentang murid sekolah, namun kajian yang lebih meluas perlu di lakukan
tentang murid berkeperluan khas seperti kanak-kanak autistik, hiperaktif, sindrom
down, lembam dan sebagainya. Dengan adanya kajian ini, maka pengkaji berupaya
melihat senario sebenar dalam masalah tulisan mekanis dan cuba mencari satu kaedah
yang sesuai untuk digunakan oleh murid pendidikan khas agar mereka mendapat satu
hasil yang sempurna dalam kemahiran tulisan mekanis. Tindakan pada peringkat
awal dapat membantu murid terutamanya dalam teknik latihan menulis.

Guru yang prihatin tentang muridnya pasti akan cuba membantu muridnya
agar sentiasa memperbaiki cara penulisan masing-masing. Proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi tanggunjawab guru untuk membantu muridnya.

Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah


sangat banyak mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting
sebenarnya ialah semua pihak perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam
mengatasi setiap cabaran semasa mengajar kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari
dan pasif perlu dielakkan kerana impaknya lebih banyak negatif dari positif.
Sebaliknya, ambillah langkah proaktif seperti berdiskusi antara satu sama lain bagi
menghadapi apa jua cabaran. Sesungguhnya cara ini adalah lebih afdal dan memberi
manfaat untuk setiap pihak yang terlibat

15
Bahagian B:

Pengenalan:

Tatabahasa dalam Bahasa Malaysia terbahagi kepada dua bidang utama iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang membicarakan struktur,
pembentukan kata dan golongan kata serta cara perkataan diwujudka daripda bunyi
bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Unit terkecil yang mempunyai makna
dan tugas nahu dikenali sebagai morfem. Jika kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yng lebih kecil, maka kata-kata itu terdiri daripada satu morfem.
Sebagai contoh perkataan ‘makan’. ‘Makan’ tidak akan berfungsi dan memberikan
makna jika dipecahkan kepada ‘ma’ dan ‘kan’. Namun, kata ‘dimakan’ boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu ‘di’ dan ‘makan’. Morfem terbahagi kepada
morfem bebas dan morfem terikat (imbuhan). Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri
daripada beberapa morfem.

Sintaksis pula merupakan bidang ilmu yang mengkaji aspek bentuk, struktur
dam binaan ayat. Oleh itu, sintaksis ditakrif sebagai satu kajian terhadap rumus atau
hukum tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan
atau kelompok untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang sering diberi tumpua
adalah seperti berikut:

a. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya
serta pembahagian subjek dan predikat.
b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
d. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan dan proses penerbitan ayat.
f. Ayat dasar.
g. Ayat tunggal
h. Ayat terbitan atau ayat majmuk.
Wacana merupakan kajian unit dan penggunaan bahasa yang mengandungi
lebih dari satu ayat tetapi dihubungkan antara satu ayat dengan yang lain menerusi
sistem tajuk yang berkaitan (Nik Safiah et al., 2004). Harimurti (1982) menjelaskan
wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batasan ayat. Unit bahasa ini mengandungi
satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada

16
dua atau beberapa ayat yang digabungkan, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau
satu siri buku. Secara amnya, wacana terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup.
Menurut Harimurti (1982:204), wacana (discourse) merupakan kesatuan gramatikal
tertinggi dan direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku siri
ensaiklopedia dan sebagainya, perenggan, kalimat atau ayat yang membawa amanat
yang lengkap. Wacana yang utuh dan mempunyai unsur pertautan dapat disediakan
dengan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian.

Kajian Terhadap Penulisan Karangan dan Pembetulan Terhadapnya

Saya telah memberikan sebuah karangan yang bertajuk “bergotong-royong


membersihkan halaman rumah.” kepada murid tahun 5 yang seramai 14 orang murid.
Di kalangan mereka, terdapat 4 orang murid yang baik, 5 orang murid yang sederhana
dan 5 orang murid yang lemah. Saya akan menunjukkan karangan setiap orang murid
dan mengenalpastikan masalah dari aspek morfologi, sintaksis dan penggunaan
penanda wacana dan cara untuk memperbetulkan. Di sini, saya akan menunjukkan
masalah murid dengan menggunakan warna yang berlainan (biru = morfologi, merah
= sintaksis, dan hijau = penanda wacana).

Karangan Murid A yang Baik

Pada hari Ahad, saya dan keluarga mengadakan gotong-royong membersihkan


halaman rumah. Saya akan menjadi rutin dengan aktiviti itu.

Kami bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami memakai pakaian


yang sesuai untuk kita. Ibu dan adik perempuan menanam pokok bunga. Adik
perempuan membuburkan baja dan siramnya, ia hidup subur dan cantik sekali.

Pada masa itu, saya dan abang mencuci longkang dan mencatas pokok. Masa
itu, saya dan abang sudah mandi peluh. Bapa pula mengecat rumah dengan
menggunakan warna biru muda kerana biru muda ialah warna kesukaan abang.

Semasa hari sudah petang, kakak menyapu rumah dengan bersih. Selepas
menyapu rumah, kaka pun pergi ke halaman mencabut rumput dengan pantas.

Saya dan keluarga berasa gembira kerana halaman rumah kami sudah menjadi
ceria dan bersih.

17
Kesalahan Morfologi Pembetulan
1. membuburkan baja membubuhkan baja
2. mencatas pokok mencantas pokok

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. Saya akan menjadi rutin dengan Aktiviti itu telah menjadi rutin bagi
aktiviti itu. keluarga kami.
2. Kami memakai pakaian yang sesuai Kami memakai pakain yang sesuai.
untuk kita.
3. Masa itu, saya dan abang sudah Saya dan abang mandi peluh.
mandi peluh.
4. Semasa hari sudah petang, Semasa hari menjelang petang

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. siramnya, ia hidup subur dan cantik siram bunga supaya ia hidup subur dan
sekali. cantik sekali.
Karangan Murid B yang Baik

Saya dan keluarga mengadakan gotong-royong membersihkan halaman rumah


setiap minggu kerana ialah sudah menjadi rutin kami.

Kami bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami memakai pakaian


yang sesuai supaya dapat bergerak dengan mudah dan selesa seperti baju-T dan seluar
panjang.

Ibu dan adik perempuan saya menanam dan meyusun pokok bunga. Selain itu,
mereka juga membubuh baja dan menyiram pokok bunga agar hidup subur dan cantik.
Saya dan abang pula mencuci longkang dan mencantas pokok. Kami semua mandi
peluh.

Bapa saya mengecat rumah kami dengan warna biru muda. Kakak saya pula
menyapu sampah dan mencabut rumput.

Kami gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih.

18
Kesalahan Sintaksis Pembetulan
1. kerana ialah sudah menjadi rutin kerana ia telah menjadi perkara rutin bagi
kami. kami.
Karangan Murid C yang Baik

Pada hujung minggu, saya dan keluarga mengadakan gotong-toyong


membersihkan halaman rumah. Gotong-royong menjadi rutin bagi kami pada hujung
minggu.

Kami bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami memakai pakaian


yang sesuai untuk digunakan bergotong-royong.

Ibu dan adik perempuan saya menanam pokok bunga dan memberi baja dan
siram. Pokok bunga hidup subur dan cantik.

Saya dan abang mencuci longkang supaya tidak tersumbat, tidak berbau dan
tidak didiami nyamuk aedes. Saya dan abang juga mencantas. Kami mandi peluh.

Bapa saya mengecat rumah menggunakan berus cat warna biru muda supaya
kelihatan cantik. Kakak saya menyapu sampah dan mencabut rumput.

Kami sekeluarga gembira kerana rumah kami menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. Ibu dan adik perempuan saya Ibu dan adik perempuan saya menanam
menanam pokok bunga dan memberi pokok bunga. Mereka memberi baja dan
baja dan siram. Pokok bunga hidup siram pokok bunga supaya hidup subur
subur dan cantik. dan cantik.
2. Saya dan abang juga mencantas. Saya dan abang juga mencantas rumput.
3. Bapa saya mengecat rumah Bapa saya mengecat rumah menggunakan
menggunakan berus cat warna biru berus cat. Dia mengecat rumah dengan
muda supaya kelihatan cantik. warna biru muda supaya kelihatan cantik.
Karangan Murid D yang Baik

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga mengadakan gotong-royong
membersihkan halaman rumah. Aktiviti ini sudah rutin kerana kami selalu membuat
aktiviti ini.

19
Kami bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami memakai pakaian
yang sesuai untuk bergotong-royong membersihkan halaman rumah supaya selesa
semasa bekerja.

Aktiviti ibu dan adik perempuan ialah menanam atau menyusun pokok-pokok
dan bunga-bunga. Mereka memberi baja dan siram pokok bunga agar pokok bunga
hidup subur dan cantik.

Selain itu, aktiviti abang dan saya iatu mencuci longkang dan mencatas pokok-
pokok. Selepas selesai aktiviti, saya dan abang mandi peluh supaya bersih.

Oleh itu, aktiviti bapa ialah mengecat dinding atau pintu rumah. Bapa
mengecat dinding dan pintu menggunakan warna biru muda dan kuning yang cantik.

Akhir sekali, aktiviti kakak ialah menyapu sampah di luar atau dalam rumah
supaya bersih dan cantik. Aktiviti kedua kakak ialah cabut rumput supay tidak
terhuyung-huyang.

Kesimpulannya, saya dan keluarga amat gembira kerana halaman rumahnya


menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. Iatu Ialah

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. pokok-pokok dan bunga-bunga pokok bunga
2. Akhir sekali, aktiviti kakak ialah Kakak saya pula menyapu sampah di luar
menyapu sampah di luar atau dalam atau dalam rumah supaya bersih dan
rumah supaya bersih dan cantik. cantik. Kakak juga mencabut rumput
Aktiviti kedua kakak ialah cabut supaya halaman rumah kelihatan kemas
rumput supay tidak terhuyung- dan ceria.
huyang.
3. Kesimpulannya, Setelah habis pelaksanaan gotong-
royong,

20
Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan
1. saya dan abang mandi peluh supaya saya dan abang mandi peluh kerana letih.
bersih..
2. Oleh itu, aktiviti bapa ialah mengecat Bapa pula mengecat dinding atau pintu
dinding atau pintu rumah. rumah.
3. kerana halaman rumahnya Kerana halaman rumah kami
Karangan Murid A yang Sederhana

Pada hari Sabtu, saya dan keluarga telah mengadakan gotong-royong


membersihkan halaman rumah. Kami menjadi rutin.

Kami bersarapan sebelum memulakan gotong-royong dan memakai pakaian


yang kemas dan sesuai.

Jan dan adiknya menanam dan menyusun pokok bunga dan membaja dan
menyiram pokok supaya hidup subur dan cantik.

Saya dan abang mencuci longkang dan mencatas pokok. Kami sekeluarga
bermandi peluh.

Bapa mengecat rumah. Bapa menggunakan warna biru muda untuk mengecat
rumah. Kakak menyapu sampah dan mencabut rumput.

Kami gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. mencatas pokok mencantas pokok

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. Kami menjadi rutin. Aktiviti ini ialah menjadi rutin bagi
keluarga kami.
2. memakai pakaian yang kemas dan Memakai pakaian yang sesuai.
sesuai.

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. Jan dan adiknya menanam dan Ibu dan adik saya menanam dan

21
menyusun pokok bunga dan membaja menyusun pokok bunga. Mereka
dan menyiram pokok supaya hidup membaja dan menyiram pokok supaya
subur dan cantik. hidup subur dan cantik.
Karangan Murid B yang Sederhana

Hari ini, saya bangun pagi kerana keluarga saya mengadakan gotong-royong
membersihkan halaman rumah. Saya menjadi seorang rutin yang menolong keluarga.

Saya pun bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami memakai


pakaian yang sesuai untuk bekerja.

Gotong-royong pun mula, ibu dan adik perempuan saya yang menanam pokok
bunga. Dan memberi baja dan siram bunga. Selain itu, bunga itu pun hidup subur dan
cantik.

Saya dan abang pun mencuci longkang dan mencantas pokok. Abang pun
mandi peluh dengan berusah bekerja.

Di samping itu, bapa saya pun mengecat rumah menggunakan warna biru
muda.

Kakak pun di halaman rumah menyapu sampah dan cabut rumput.

Kami berasa sangat gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. bangun pagi bangun awal
2. Saya menjadi seorang rutin yang Aktiviti ini telah menjadi rutin bagi
menolong keluarga. keluarga kami.
3. Abang pun mandi peluh dengan Abang pun mandi peluh kerana letih
berusah bekerja. bekerja.
4. Kakak pun di halaman rumah Kakak menyapu dan mencabut rumput di
menyapu sampah dan cabut rumput. halaman rumah.

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. Gotong-royong pun mula, ibu dan Gotong-royong pun mula, ibu dan adik
adik perempuan saya yang menanam perempuan saya menanam pokok bunga.

22
pokok bunga. Dan memberi baja dan Mereka berdua memberi baja dan siram
siram bunga. Selain itu, bunga itu pun pokok supaya bunga itu subur dan cantik
hidup subur dan cantik.
2. Di samping itu, bapa saya pun Bapa saya pula mengecat rumah
mengecat rumah menggunakan warna menggunakan warna biru muda.
biru muda.
Karangan Murid C yang Sederhana

Hari ini, saya bangun pagi kerana keluarga mengadakan gotong-royong


membersihkan halaman rumah. Saya menjadi seorang rutin yang menolong keluarga.

Saya pun bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami pun memakai


pakaian yang sesuai untuk bekerja gotong-royong.

Gotong-royong pun mula, ibu dan adik perempuan saya yang menanam pokok
bunga dan memberi baja dan siram bunga. Selain itu, Bunga itu pun hidup subur dan
catik.

Saya dan abang pun mencuci lonkang dan mencantus pokok. Abang pun
mandi peluh dengan berusaha bekeja.

Di samping itu, bapa saya pun mengecat rumah menggunakan warna biru
muda.

Kakak pun di halaman rumah menyapu sampah cabut ruput.

Kami berasa sangat gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. mencuci lonkang dan mencantus Mencuci longkang dan mencantas pokok.
pokok

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. bangun pagi bangun awal
2. Saya menjadi seorang rutin yang Aktiviti ini telah menjadi rutin bagi
menolong keluarga. keluarga kami.
3. Kakak pun di halaman rumah Kakak menyapu dan mencabut rumput di

23
menyapu sampah dan cabut ruput. halaman rumah.

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. Gotong-royong pun mula, ibu dan Gotong-royong pun mula, ibu dan adik
adik perempuan saya yang menanam perempuan saya menanam pokok bunga.
pokok bunga. Dan memberi baja dan Mereka berdua memberi baja dan siram
siram bunga. Selain itu, bunga itu pun pokok supaya bunga itu subur dan cantik
hidup subur dan cantik.
2. Abang pun mandi peluh dengan Abang pun mandi peluh kerana berusaha
berusaha bekeja bekerja.
3. Di samping itu, bapa saya pun Bapa saya pula mengecat rumah
mengecat rumah menggunakan warna menggunakan warna biru muda.
biru muda.
Karangan Murid D yang Sederhana

Saya dan keluarga mengadakan gotong-royong membersihkan hamalan rumah.


Gotong-royong membersihkan halaman rumah sudah menjadi rutin.

Saya dan keluarga bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami


memakai pakaian yang sesuai untuk gotong-royong itu.

Ibu dan adik perepuan sedang menanam pokok bunga. Dan menabur baja dan
siram supaya pokok bunga hidup dan cantik.

Saya dan abang sedang mencuci longkang hingga mencantas pokok. Saya dan
abang mandi peluh.

Bapa sedang mengecat rumah dengan warna biru muda yang cantk dan kakak
sedang menyapu samapah dan cabut rumput.

Kami sekeluarga berasa gembira dengan halaman rumah yang akan menjadi
ceria dan bersih selama-lamanya.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. adik perepuan adik perempuan
2. cabut rumput mencabut rumput

24
Kesalahan Sintaksis Pembetulan
1. Gotong-royong membersihkan Gotong-royong membersihakan halaman
halaman rumah sudah menjadi rutin. rumah sudah menjadi rutin bagi keluarga
kami.
2. Dan menabur baja dan siram supaya Mereka juga menabur baja dan menyiram
pokok bunga hidup dan cantik. pokok bunga supaya pokok bunga hidup
dan cantik.
3. Kami sekeluarga berasa gembira Kami sekeluarga berasa gembira dengan
dengan halaman rumah yang akan halaman rumah yang telah menjadi ceria
menjadi ceria dan bersih selama- dan bersih setelah bergotong-royong
lamanya.

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. Saya dan abang sedang mencuci Saya dan abang mencuci longkang dan
longkang hingga mencantas pokok. mencantas pokok
Karangan Murid E yang Sederhana

Papada hari mingu, saya dan keluarga mengadakan gotong-royong


membersihkan halaman rumah. Rumah kita menjadi rutin.

Kami sekeluarga bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kita


mestilah memakai pakaian yang sesuai untuk dipakai.

Selain itu, ibu dan adik perempuan sedang menanam menyusun pokok bunga.
Dan membaja dan siram dan hidup subur dan cantik. Semasa pengujung dating ke
rumah kita.

Selepas itu, saya dan abang sedang mencuci longkang dan mencantas pokok.
Kerana kami mandi peluh.

Soon Kiet dan bapanya sedang mengecat rumah dengan warna biru muda yang
cantik.

Anisa dan kakak sedang menyapu sampah dan cabut rumput.

25
Kami seluarga berasa gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih
dan cantik.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. Papada hari mingu Pada hari minggu yang lepas
2. Kami seluarga berasa gembira Kami sekeluarga berasa gembira

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. Rumah kita menjadi rutin. Aktiviti ini telah menjadi perkara ruin di
keluarga kami.
2. Kita mestilah memakai pakaian yang Kami memakai pakaian yang sesuai
sesuai untuk dipakai. sebelum gotong-royong.
3. Dan membaja dan siram dan hidup Mereka juga membaja dan menyiram
subur dan cantik. Semasa pengujung pokok bunga agar tumbuhan hidup subur
dating ke rumah kita. dan cantik.

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. Selain itu, ibu dan adik perempuan Ibu dan adik perempuan menanam dan
sedang menanam menyusun pokok menyusun pokok bunga.
bunga.
2. Selepas itu, saya dan abang sedang Saya dan abang pula mencuci dan
mencuci longkang dan mencantas mencantas pokok. Kami mandi peluh.
pokok. Kerana kami mandi peluh
3. Soon Kiet dan bapanya Bapa saya
4. kerana halaman rumah menjadi ceria Kerana halaman rumah menjadi ceria,
dan bersih dan cantik. bersih dan cantik.
Karangan Murid A yang Lemah

Hari ini, saya bangun pagi kerana keluarga saya mengadakan gotong-royong
membersihakan halaman rumah. Saya menjadi seorag rutin yang menolong keluarga.

Saya bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami pun memakai


pakaian yang sesuai untuk bekerja gotong-royong.

26
Gotong-royong pun mula. Ibu dan adik perempuan menanam pokok bunga
dan memberi baja dan siram bunga. Selain itu, bunga itu pun hidup subur dan cantik.

Saya dan abang mencuci longkang dan mencantas pokok. Abang pun mandi
pakah dengan berusaha bekerja.

Di samping itu, bapa saya mengecat rumah. menggunakan warna biru muda

Kakak pun di halaman menyapu sampah dan cabut rumput.

Kami berasa sangat gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. Saya menjadi seorag rutin yang Aktiviti ini telah menjadi rutin bagi
menolong keluarga. keluarga kami.
2. Kakak pun di halaman menyapu Kakak pula menyapu sampah dan
sampah dan cabut rumput. mencabut rumput di halaman rumah.

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Pembetulan


1. Ibu dan adik perempuan yang Ibu dan adik perempuan menanam pokok
menanam pokok bunga dan memberi bunga. Mereka memberi baja dan
baja dan siram bunga. Selain itu, menyiram bunga supaya bunga itu dapat
bunga itu pun hidup subur dan cantik. hidup subur dan cantik.
2. Abang pun mandi pakah dengan Abang pun mandi peluh kerana berusaha
berusaha bekerja. bekerja.
Karangan Murid B yang Lemah

Pada hari Sabtu, saya dan keluarga mengadakan gotong-royong membersihkan


halaman rumah. saya sudah menjadi rutin tentang gotong-royong.

Kami bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami memakai pakaian


yang sesuai untuk gotong-royong.

Ibu adan adik perempuan saya menanam pokok bunga, baja dan siram supaya
hidup subur dan cantik.

Saya dan abang mencuci longkang dan mencantas pokok sambil mandi peluh.

27
Bapa saya mengecat rumah dengan warna biru muda.

Kakak saya pula menyapu sampah dan mencabut rumput.

Saya berasa gembira kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. , baja dan siram Membaja dan menyiram pokok bunga

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. saya sudah menjadi rutin tentang Perkara ini telah menjadi rutin bagi
gotong-royong. keluarga saya.
Karangan Murid C yang Lemah

Saya dan keluarga mengadakan gotong-royong membersihkan halaman rumah


kerana iaiah sudah menjadi rutin kami.

Kami bersarapan sebelum memulakan dan memakai pakaian yang sesuai


supaya dapat bergerak dengan mudah dan aktif.

Ibu dan adik perempuan saya menanam dan menyemaskan pokok bunga. Saya
dan abang pula mencuci longkang dan mencantas pokok. Kami semua mandi peluh.

Manakala, bapa mengecat rumah dengan menggunakan warna biru muda.

Kakak saya pula menyapu sampah dan memcabut rumput.

Kami amat gembira kerana halama kami bersih.

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. menyemaskan Mengemaskan
2. memcabut rumput Mencabut rumput

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. Saya dan keluarga mengadakan Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan
gotong-royong membersihkan keluarga mengadakan gotong-royong
halaman rumah kerana iaiah sudah membersihkan halaman rumah. aktiviti

28
menjadi rutin kami.. ini sudah menjadi rutin bagi keluarga
kami.
2. Kami bersarapan sebelum memulakan Kami bersarapan sebelum memulakan
dan memakai pakaian yang sesuai gotong-royong. Kami memakai pakaian
yang sesuai
3. Kami amat gembira kerana halama Setelah siap bergotong-royong,kami amat
kami bersih. gembira kerana halaman rumah kami
bersih dan ceria.
Karangan Murid D yang Lemah

Saya dan keluarga gotong-royong membersihkan halaman rumah untuk


menjadi rutin. Saya bersarapan sebelum memulakan gotong-royong untuk memakai
pakaian yang sesuai untuk rumah. Selain itu, ibu dan adik perempuan sedang di
belakang rumah untuk menanam pokok dan Bunga dengan mempagi baja dan siram
untuk hidup subur dan cantik untuk pokok bunga. Akhirnya, saya dan abang sedang
mencuci longkang untuk mencantas pokok dan boleh mandi peluh. Akhir sekali,
kakak dan bapa mengecat rumah memakai warna biru muda dengan cantik. Akhirnya,
kakak menyapuh sampah dengan cabut rumput. Saya dan keluarga sedang gembira
kerana halaman rumah menjadi ceria dan bersih dengan kemas.

Pembetulan:

Saya dan keluarga mengadakan gotong-royong membersihkan halaman rumah.


Aktiviti ini telah menjadi rutin bagi keluarga kami. Saya bersarapan sebelum
memulakan gotong-royong. Kami memakai pakaian yang sesuai untuk gotong-royong.
Ibu dan adik perempuan saya menanam pokok dan bunga di belakang rumah. mereka
juga membaja dan menyiram bunga supaya hidup subur dan cantik. Saya dan abang
pula mencuci longkang dan mencantas pokok. Kami mandi peluh. Kakak dan bapa
mengecat rumah menggunakan warna biru muda yang cantik. Kakak pula menyapu
sampah dan mencabut rumput. Saya dan keluarga sangat gembira kerana halaman
rumah menjadi ceria, bersih dan kemas.

Karangan Murid E yang Lemah

Pada hari ahad yang lalu, saya dan keluarga mengadakan gotong-royong di
rumah. kami menjadi rutin.

29
Saya dan keluarga bersarapan sebelum memulakan gotong-royong. Kami
memakai pakaian yang sesuai semasa gotong-royong.

Pada pukul 8 pagi, kami pun mula gotong-royong. Ibu dan adik perempuan
menanam pokok bunga. Ibu dan adik perempuan menaburkan baja dan siram pokok
bunga supaya hidup subur dan cantik.

(Karangan tidak siap!)

Kesalahan Morfologi Pembetulan


1. ahad Ahad

Kesalahan Sintaksis Pembetulan


1. kami menjadi rutin. Aktiviti ini telah menjadi rutin bagi
keluarga kami.

30
Rujukan:

Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala


Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd

Ahmad Khair, dll. (2012). Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa
Melayu Malaysia (2012:522)

Bagavathy, A. C. (2005). Mengatasi kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa


Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa, Prosiding Seminar
Penyelidikan IPBA

Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus Linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia


Kamarudin Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn
Bhd
Leman Ahmad. (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: DewanBahasa
dan Pustaka.
Lim Siew Feng (2011). Karangan SPM 2011 “Disiplin Asas Kejayaan”,
http://cikgutancl.blogspot.com/2011/02/karangan-spm-2011-disiplin-asas.html

Marohaini Yusoff. (1996). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan di Sekolah


Menengah: Fokus dan Halatuju Pengajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Pendidikan.
17 (3), 25-27

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
(2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Penanda wacana (t.t). Dari laman web: http://nasa76.tripod.com/wacana.htm


Penanda Wacana (2010). Dari laman web:
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0331&pub=DuniaPendid
ikan&sec=Munsyi_Bahasa&pg=mb_01.htm

31
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn Bhd

32

You might also like