You are on page 1of 2

Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan

Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK
berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna
untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara
online.

Biro Pengaduan Awam (BPA)


Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk
membuat aduan terhadap agensi kerajaan.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)


TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan
pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan
dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan
maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang
isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi
telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier
dan pensijilan digital.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk
pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh
Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah
dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna
dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan
saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di
Malaysia.

AGENSI LAIN
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan
pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah
undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam
industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)


Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang
ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan
penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.
BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk
anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian
melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan
perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful .

You might also like