You are on page 1of 4

Berdasarkan kaji selidik ya ng telah kami jalankan di dalam kampus Universiti Malaya, kami

telah memperoleh beberapa output mengenai keprihatinan mahasiswa UM terhadap warga

OKU. Kami telah mendapat kerjasama daripada 100 responden untuk memberikan pendapat

mereka melalui borang kaji selidik yang kami sediakan. Berikut adalah graf-graf untuk

memaparkan hasil kajian yang kami peroleh.

Graf di atas menunjukkan peratusan mahasiswa yang pernah terlibat sebagai reader.

Keputusan yang kami peroleh agak mengecewakan apabila hanya 5.21% sahaja daripada

keseluruhan responden yang pernah terlibat sebagai reader. Selain itu, sebanyak 17.7%

mahasiswa pula masih ragu-ragu dalam penglibatan mereka untuk membantu warga OKU.

Peratusan ini diwakili oleh 10.4% mahasiswa dan 7.3% mahasiswi. Selebihnya, iaitu

sebanyak 77.1% mahasiswa langsung tidak melibatkan diri program READER.


Graf seterusnya adalah berkenanaan peratusan mahasiswa yang tahu tentang PERMIUM.

Untuk pengetahun semua, PERMUIM adalah merupakan singkatan kepada Persatuan

Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya. Melalui responden-responden yang kami dapatkan,

sebanyak 34.38% daripada keseluruhan responden mengakui bahawa mereka mengetahui

tentang persatuan ini manakala selebihnya pula, iaitu hampir 2/3 masih tidak mengetahui dan

tidak pasti.
Seterusnya, kami menyelidik dari skop yang lebih umum iaitu dengan
bertanyakan mengenai kewujudan penempatan khas yang disediakan untuk
warga mahasiswa OKU. Namun demikian, masih terdapat sebahagian mahasiswa
yang langsung tidak tahu akan kolej tertentu yang menyediakan tempat tinggal
untuk warga OKU.
Graf yang terakhir ini adalah mengenai reaksi para mahasiswa apabila
terserempak dengan warga OKU yang memerlukan bantuan. Keputusan yang
kami peroleh agak memberangsangkan apabila sebanyak 60% mahasiswa
sanggup menghulurkan bantuan serta-merta diikuti pula dengan 30% yang
masih ingin membantu namun hanya sekiranya tiada orang lain yang berbuat
demikian. Selebihnya pula mewakili mahasiswa yang menyuruh orang lain
membantu, sekadar bersimpati sahaja serta mengelakkan diri daripada situasi
tersebut.