You are on page 1of 9

PENGERTIAN DAN KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM

1. Pengertian Aqidah

Aqidah secara bahasa berasal dari kata ( ‫ )عقد‬yang berarti ikatan. Secara istilah adalah keyakinan
hati atas sesuatu. Kata ‘aqidah’ tersebut dapat digunakan untuk ajaran yang terdapat dalam
Islam, dan dapat pula digunakan untuk ajaran lain di luar Islam. Sehingga ada istilah aqidah
Islam, aqidah nasrani; ada aqidah yang benar atau lurus dan ada aqidah yang sesat atau
menyimpang.

Dalam ajaran Islam, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyah) merupakan keyakinan atas sesuatu
yang terdapat dalam apa yang disebut dengan rukun iman, yaitu keyakinan kepada Allah,
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, serta taqdir baik dan buruk. Hal ini
didasarkan kepada Hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Shahabat Umar bin
Khathab radiyallahu anha yang dikenal dengan ‘Hadits Jibril’.

Pengertian AQidah Akidah menurut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang
muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada
akidah yang betul atau sebaliknya

Pengertian AQidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah dengan menyakini
tentang :

1. Iman kepada Allah


2. Iman Kepada Malaikat
3. Iman Kepada Kitab-Kitab
4. Iman Kepada Rasul-Rasul
5. Iman Kepada hari Akhirat
6. Iman Kepada Qadar Baik Dan Buruk

Percaya Kepada Allah Swt

Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-
perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:

 Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah


 Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam
dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
 Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari
segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa

(Surah Al-Baqarah:21)

Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit
dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt

Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain
kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

1. Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt


2. Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah,
memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain
sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
3. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia
hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai
Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan
disembah.
4. Mempelajari dan memahami ajaran Allah
5. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang
datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud
beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga
segala apa yang datang daripada Allah swt

Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah swt


Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada
Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil dan kamil
serta terbaik

Percaya kepada Malaikat

Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak
boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah
Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda
Rasulullah saw (terjemahanya):

”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap &
dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat
Muslim)

Nama dan Tugas Malaikat

1. Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk
disampaikan kepada manusia
2. Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan
lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
3. Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang
dikehendaki oleh Allah
4. Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
5. Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
6. Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
7. Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
8. Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
9. Ridhwan – Mengawal syurga
10. Malik – Mengawal neraka

Antara tugas-tugas Malaikat seperti:

1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul


2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
3. Memikut Arsy
4. Berdoa untuk orang-orang beriman

Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan
seumpamanya

Hikmat Beriman Kepada Malaikat

1. Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa
menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
2. Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari
setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
3. Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang
dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan
ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur

Percaya Kepada Kitab

Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab
kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran
mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan
manusia di dunia

Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:

1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)


2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
4. Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

Firman Allah swt yang bermaksud:


”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi
akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai
pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan
pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan
bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk
menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”

(Surah Al-Baqarah: 213)

Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-
kitab yang terdahulu

Percaya Kepada Rasul

Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul
yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia
kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:

1. Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan


2. Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
3. Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
4. Fathonah- Bijaksana

Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada
orang lain

Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang
wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan
diredhai Allah

Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh
manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli

Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-
tempoh tertentu sahaja

Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa
digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia

Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab

Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang
terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke
semasa sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang
berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada
Allah

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku.
Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti
dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan
perkara pokok yang lain semuanya sama

Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana
juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.

Percaya Kepada Hari Akhirat

Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah
dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah
memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti
penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan
adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini
hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.

Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:

1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-
gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit
bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama
ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang
Mahsyar
3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada
yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi
keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di
sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak
amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di
neraka

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat

1. Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat
manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
2. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah
dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi
kandungannya
3. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
4. Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan

Beriman Kepada Qada Dan Qadar'


Maksud Takdir

1. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan
kepada dua:
2. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
3. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah

1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan
tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada
manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu
hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan
demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita.
Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan
kepada kita

Tujuan Mempelajari Akidah Islam

1. Untuk mengetahui petunjuk hidup yang benar dan dapat membedakan mana yang benar
dan mana yang salah sehingga hidup untuk mencari keridhaan Allah SWT.
2. Untuk menghindarkan diri dari pengaruh kehidupan yang sesat atau jauh dari petunjuk
hidup yang benar.
3. Dapat Meningkatkan ibadah kepada Allah
4. Dapat Membersihkan akal dan pikiran untuk ketenangan jiwa
5. Dapat mengikuti para rasul akan tujuan dan perbuatannya.
6. Dapat beramal baik hanya semata-maya karna ALLAH SWT
7. Dapat Ikhlas Dan Selalu menegakkan agamanya serta memperkuat tiang penyanggahnya.
8. Mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah
dan rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa
mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujurat 15)

Nabi Muhammad Bersabda: "Orang Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada masing-masing terdapat kebaikan.
Bersemangatlah terhadap sesuatu yang berguna bagimu serta mohonlah pertolongan dari Allah
dan jangan lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau katakan: Seandainya
aku kerjakan begini dan begitu. Akan tetapi katakanlah: Itu takdir Allah dan apa yang Dia
kehendaki Dia lakukan. Sesungguhnya mengandai-andai itu membuka perbuatan setan."
(Muslim)

Pengertian Dan Tujuan Akidah. islam selalu menganjurkan untuk selalu meyakini dan
mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Alquran Dan Sesungguhnya orang
yang mengikuti sebuah jalan kehidupan yang penuh kesesatan adalah karna kurangnya
pemahaman tentang Akidah.

1. Kedudukan Aqidah dalam Islam

Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting. Ibarat suatu bangunan,
aqidah adalah pondasinya, sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti ibadah dan akhlaq, adalah
sesuatu yang dibangun di atasnya. Rumah yang dibangun tanpa pondasi adalah suatu bangunan
yang sangat rapuh. Tidak usah ada gempa bumi atau badai, bahkan untuk sekedar menahan atau
menanggung beban atap saja, bangunan tersebut akan runtuh dan hancur berantakan.

Maka, aqidah yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din) dan diterimanya
suatu amal. Allah subahanahu wata`ala berfirman,

َ ً‫فَ َم ْن َكانَ َي ْر ُجوا ِلقَآ َء َر ِِّب ِه فَ ْل َي ْع َم ْل َع َمال‬


.‫صا ِل ًحا َوالَيُ ْش ِركُ ِب ِع َبادَ ِة َر ِِّب ِه أَ َحدًا‬

Artinya: “Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (di akhirat), maka
hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada
Tuhannya.” (Q.S. al-Kahfi: 110)

Allah subahanahu wata`ala juga berfirman,

. َ‫ط َّن َع َملُكَ َولَت َ ُكون ََّن ِ ِّمنَ ْالخَا ِس ِرين‬


َ َ‫ى ِإلَيْكَ َو ِإلَى الَّذِينَ ِمن قَ ْبلِكَ لَئِ ْن أَ ْش َر ْكتَ لَيَحْ ب‬ ِ ُ ‫َولَقَدْ أ‬
َ ‫وح‬

Artinya: “Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi sebelummu, bahwa
jika engkau betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh amalmu akan hancur, dan kamu
benar-benar akan termasuk orang-orang yang merugi.” (Q.S. az-Zumar: 65)

Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan Rasul mendahulukan
dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah, sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah
salallahu `alaihi wasalam berdakwah dan mengajarkan Islam pertama kali di kota Makkah
dengan menanamkan nilai-nilai aqidah atau keimanan, dalam rentang waktu yang cukup
panjang, yaitu selama kurang lebih tiga belas tahun. Dalam rentang waktu tersebut, kaum
muslimin yang merupakan minoritas di Makkah mendapatkan ujian keimanan yang sangat berat.
Ujian berat itu kemudian terbukti menjadikan keimanan mereka sangat kuat, sehingga menjadi
basis atau landasan yang kokoh bagi perjalanan perjuangan Islam selanjutnya. Sedangkan
pengajaran dan penegakan hukum-hukum syariat dilakukan di Madinah, dalam rentang waktu
yang lebih singkat, yaitu kurang lebih selama sepuluh tahun. Hal ini menjadi pelajaran bagi kita
mengenai betapa penting dan teramat pokoknya aqidah atau keimanan dalam ajaran Islam.

SUMBER, METODE DAN CARA PENGAMBILAN AQIDAH ISLAM

1. Sumber-sumber Aqidah Islam

Aqidah Islam adalah sesuatu yang bersifat tauqifi, artinya suatu ajaran yang hanya dapat
ditetapkan dengan adanya dalil dari Allah dan Rasul-Nya. Maka, sumber ajaran aqidah Islam
adalah terbatas pada al-Quran dan Sunnah saja. Karena, tidak ada yang lebih tahu tentang Allah
kecuali Allah itu sendiri, dan tidak ada yang lebih tahu tentang Allah, setelah Allah sendiri,
kecuali Rasulullah salallahu `alaihi wasalam.

1. Metode Memahami Aqidah Islam dari Sumber-sumbernya Menurut Para Shahabat

Generasi para shahabat adalah generasi yang dinyatakan oleh Rasululah sebagai generasi terbaik
kaum muslimin. Kebaikan mereka terletak pada pemahaman dan sekaligus pengamalannya atas
ajaran-ajaran Islam secara benar dan kaffah. Hal ini tidak mengherankan, karena mereka adalah
generasi awal yang menyaksikan langsung turunnya wahyu, dan mereka mendapat pengajaran
dan pendidikan langsung dari Rasulullah salallahu `alaihi wasalam. Setelah generasi shahabat,
kualifikasi atau derajat kebaikan itu diikuti secara berurutan oleh generasi berikutnya dari
kalangan tabi’in, dan selanjutnya diikuti oleh generasi tabi’ut tabi’in. Tiga generasi inilah yang
secara umum disebut sebagai generasi salaf. Rasulullah bersabda tentang mereka,

…‫اس قَ ْرنِي ث ُ َّم الَّ ِذيْنَ َيلُ ْونَ ُه ْم ث ُ َّم الَّ ِذيْنَ َيلُ ْونَ ُه ْم‬
ِ َّ‫َخي ُْر الن‬

Artinya: “Sebaik-baik manusia adalah generasi pada masaku, lalu generasi berikutnya, lalu
generasi berikutnya…” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Generasi salaf yang shalih (al-salaf al-shalih) mengambil pemahaman aqidah dari al-Quran dan
sunnah dengan metode mengimani atau meyakini semua yang diinformasikan (ditunjukkan) oleh
kedua sumber tersebut. Dan apa saja yang tidak terdapat dapat dalam kedua sumber itu, mereka
meniadakan dan menolaknya. Mereka mencukupkan diri dengan kedua sumber tersebut dalam
menetapkan atau meniadakan suatu pemahaman yang menjadi dasar aqidah atau keyakinan.

Dengan metode di atas, maka para shahabat, dan generasi berikutnya yang mengikuti mereka
dangan baik (ihsan), mereka beraqidah dengan aqidah yang sama. Di kalangan mereka tidak
terjadi perselisihan dalam masalah aqidah. Kalau pun ada perbedaan, maka perbedaan di
kalangan mereka hanyalah dalam masalah hukum yang bersifat cabang (furu’iyyah) saja, bukan
dalam masalah-masalah yang pokok (ushuliyyah). Seperti ini pula keadaan yang terjadi di
kalangan para imam madzhab yang empat, yaitu Imam Abu Hanifah (th. 699-767 M), Imam
Malik (tahun 712-797), Imam Syafi’i (tahun 767-820), dan Imam Ahmad (tahun 780-855 M).

Karena itulah, maka mereka dipersaksikan oleh Rasulullah saw sebagai golongan yang selamat,
sebagaimana sabda beliau,
ْ َ‫ َما أَنَا َعلَ ْي ِه َوأ‬: ‫قَا َل‬
‫ص َحا ِبى‬

Artinya: “Mereka (golongan yang selamat) adalah orang-orang yang berada di atas suatu
prinsip seperti halnya saya dan para shahabat saya telah berjalan di atasnya.” (H.R. Tirmidzi)

https://www.facebook.com/notes/dhony-salindra/pengertian-dan-kedudukan-aqidah-dalam-
islam/649128465101581/

http://www.islamgrid.gov.my/ilmu-islam/12-aqidah/12-pengenalan-akidah

http://seputarpengertian.blogspot.co.id/2014/08/pengertian-dan-tujuan-akidah.html

You might also like