You are on page 1of 4

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT QUOIN

Perjalanan sekolah yang tersergam indah di bumi peladang ini bermula

sekitar tahun 1962. Pada ketika itu, kawasan ini tidak mempunyai satu

pun sekolah yang membekalkan perkhidmatan pendidikan. Walau

bagaimanapun, atas inisiatif sebuah Syarikat Inggeris yang membuka

Ladang Koko di kawasan Bukit Quoin, sekolah SK Bukit Quoin dibuka

pada 01 Mac 1962. Syarikat Inggeris yang dimaksudkan ialah Syarikat

North Borneo Timbers Sdn Bhd atau nama Inggerisnya North Borneo

Timbers (NBT).

Gambar 1: Syarikat North Borneo Timbers Sdn Bhd


Pada awal penubuhan sekolah ini, nama sekolah ini bukanlah SK

Bukit Quoin tetapi Sekolah Rendah Sukarela Rakyat Bukit Quoin yang

kemudiannya ditukar kepada SK Bukit Quoin setelah diambil alih oleh

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Kementerian Pelajaran Malaysia)

pada tahun 1977. Sidang pertamanya hanya bermula dari darjah satu

hingga darjah lima sahaja. Ketika ianya diambil alih oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia, barulah kelas darjah 6 diwujudkan.

Gambar 2: Bangunan Lama yang pernah menjadi kelas dan rumah guru
sebelum dirobohkan.

Gambar 3: Rumah Guru 1962 yang telah dirobohkan.


Gambar 4: Bangunan Lama yang menjadi telah yang telah dirobohkan.

Memasuki era selepas Sabah merdeka sepenuhnya dan mampu

berdiri sendiri, barulah sekolah ini dibaik pulih dengan menambah

beberapa bangunan baharu dan kemudahan-kemudahan asas yang

mantap yang diperlukan oleh sekolah. Kini, sekolah SK Bukit Quoin

mempunyai 12 kelas, bilik guru yang besar dan selesa, dewan pusat

sumber, bilik tayang, bilik muzik, stor sukan, surau, bilik j-QAF, satu

bangunan Prasekolah dan padang yang luas untuk aktiviti sukan dan

riadah.

Gambar 5: Bangunan Pentadbiran yang menempatkan bilik guru dan


kelas.
Gambar 6: Bangunan Prasekolah

Gambar 7: Pemancar Vsat

You might also like