You are on page 1of 11

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

SISWA GURU 2018

AGENDA TEKS CATATAN

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan


dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.
SEBELUM
MAJLIS
Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak
BERMULA
majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan
supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya
kepada mod senyap.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


PERARAKAN
ENCIK ALIYAS BIN SAID Pengarah Institut
MASUK VIP
Pendidikan Guru Kampus Tawau

Memulakan majlis, dijemput Al-Fadhil ustaz ANAS


BACAAN DOA
FAHMI BIN ZULKEFLI untuk memimpin bacaan doa
MAKAN
makan.

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Hadirin dijemput


untuk menjamu selera.

**makan 20 minit
SEBELUM
MAJLIS
Tuan-tuan dan puan-puan,
RASMI
Majlis rasmi kita akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

**lepas umum akan dimulakan, tunggu 3-5 minit baru


umum majlis rasmi akan dimulakan
Baiklah hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis rasmi akan dimulakan sekarang.

*KJ dan VIP dipakaikan Jubah

1. Dipersilakan para ketua jabatan untuk naik ke


atas pentas. Mendahului senarai...
MAJLIS
RASMI
**RUJUK SENARAI KETUA JABATAN
BERMULA

2. Seterusnya dijemput dengan segala hormatnya


ENCIK ALIYAS BIN SAID Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau diiringi oleh
DR NAJAMUDDIN BIN HJ BACHORA
Timbalan Pengarah dan DR MOHD ASRI BIN
ISPAL Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk
naik ke atas pentas.

Memulakan majlis, marilah sama-sama kita


menyanyikan tiga buah lagu iaitu:
• Sabah Tanah Air ku
NYANYIAN 3
• Kami Guru Malaysia
BUAH LAGU
• Institut Pendidikan Guru Malaysia

Hadirin diminta bersedia.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia
ENCIK ALIYAS BIN SAID
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
KATA ALU-
ALUAN
Yang Berusaha,
DR NAJAMUDDIN BIN HJ BACHORA
Timbalan Pengarah

Yang Turut Berusaha


DR MOHD ASRI BIN ISPAL
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah,
staf-staf pengurusan, barisan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar seterusnya hadirin dan hadirat
sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam IPG


Kampus Tawau Peneraju Perkongsian Transformasi
Sekolah

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan


Siswa Guru Peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Tawau bagi tahun 2018.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memuliakan majlis kita pada hari ini, marilah kita


BACAAN DOA bersama-sama menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan al-fadhil ustaz

ANAS FAHMI BIN ZULKEFLI

untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan hormat diberi,
UCAPAN
Mohon rasmikan majlis kami.
PERASMIAN
OLEH
PENGARAH
Meneruskan majlis pada malam ini, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia
ENCIK ALIYAS BIN SAID Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau bagi menyampaikan
ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada malam
ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia ENCIK ALIYAS BIN SAID atas ucapan
perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah sudah
Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa Guru Peringkat
IPG Kampus Tawau bagi tahun 2018.

PERSEMBAH Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


AN
PEMBUKAAN
Meneruskan atur cara majlis kita pada malam ini,
(NYANYIAN
IRAMA
marilah kita bersama-sama menyaksikan
MALAYSIA) persembahan pembukaan iaitu nyanyian irama
Malaysia dengan diiringi tarian zapin yang akan
menampilkan gabungan mantap Saudara Muhamaad
Sabfil bin Sabri, Encik Amir Kassan dan Encik Mazania
Kasimin dengan lagu mereka ‘Satu’.

Dipersilakan.

Begitulah persembahan pembukaan yang begitu


mengasyikkan sebentar tadi. Terima Kasih diucapkan.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah


yang pertama pada malam ini iaitu Anugerah
Akademik: Purata Mata Gred Terkumpul 3.70 dan
ke Atas. Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian,
anugerah ini diberikan kepada siswa guru yang
menunjukkan prestasi terbaik dalam akademik.
PENYAMPAIA
N ANUGERAH
Oleh itu, tanpa membuang masa dijemput DR MOHD
PMGT 3.70
ASRI BIN ISPAL Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
DAN KE ATAS
(1) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Mendahului senarai...
**RUJUK LAMPIRAN SLOT 1
Terima kasih diucapkan kepada DR MOHD ASRI BIN
ISPAL atas penyampaian anugerah tadi.
PERSEMBAH
AN 2
Majlis kita pada malam ini akan diserikan lagi dengan
(ENSEMBOL
KERONCONG persembahan Ensembel Keroncong yang akan
) dipersembahkan oleh pasukan Ensembol Keroncong
IPG Kampus Tawau.

Untuk makluman, Pasukan Ensembel Keroncong itu


tadi terdiri daripada gabungan opsyen PISMP JUN
2016 dengan bimbingan daripada Pn Rozita Ibrahim.

Syabas dan terima kasih diucapkan.


PENYAMPAIA
N ANUGERAH Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah
PMGT 3.70 Akademik: Purata Mata Gred Terkumpul 3.70 dan
DAN KE ATAS ke Atas kepada penerima anugerah yang seterusnya.
(2)
Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan DR NAJAMUDDIN BIN HJ
BACHORA Timbalan Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tawau untuk menyampaikan anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berusaha DR NAJAMUDDIN BIN HJ BACHORA atas
kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian


PERSEMBAH
AN 3:
Kita tumpukan perhatian kita sekarang ini kepada
NYANYIAN
KUMPULAN
persembahan nyanyian kumpulan iaitu Bro Selawat
dengan judul lagu mereka “Aku mahu bebas:

Untuk itu, terimalah Bro Selawat.


Demikianlah tadi persembahan nyanyian kumpulan
yang disampaikan oleh kumpulan Bro Selawat yang
terdiri daripada gabungan pelajar PISMP JUN 2015
dan 2016.

Terima kasih diucapkan.

Majlis kita pada malam ini diteruskan lagi dengan sesi


penyampaian anugerah yang seterusnya iaitu
anugerah Kecemerlangan Siswa Guru bukan
Akademik.

Untuk itu dipersilakan sekali lagi DR MOHD ASRI BIN


ISPAL Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

ANUGERAH KOLEJ KEDIAMAN


Anugerah yang pertama ialah anugerah kolej
kediaman. Bagi kategori,
PENYAMPAIA
N ANUGERAH 1. Bilik Terbaik Keseluruhan, anugerah ini B
SLOT 2 dimenangi oleh... ALI AKMAL ISAMUDDIN BIN ALI
HASSAN daripada PISMP PAI JUN 2015
2. Bilik Khas Kondusif, pemenang bagi kategori ini
ialah WISMA DAHLIA
3. Aktiviti Terbaik Kolej Kediaman, anugerah ini
disandang oleh... WISMA MAWAR
4. Pemenang bagi kategori Blok Idaman, anugerah
ini jatuh kepada.. WISMA MAWAR

ANUGERAH SISWA DEDIKASI


Anugerah siswa dedikasi merupakan anugerah yang
diberikan kepada siswa guru yang telah
menyelesaikan pengajian dan menunjukkan
keterampilan dan dedikasi semasa melaksanakan
praktikum.

Dipersilakan...
**RUJUK LAMPIRAN SLOT 2
ANUGERAH SISWA CITRA BUDI
Anugerah seterusnya ialah anugerah siswa citra budi.
Anugerah ini diberikan kepada siswa guru yang
menunjukkan sahsiah dan budi pekerti yang tinggi
serta mematuhi peraturan kolej kediaman tanpa gagal.

Anugerah ini diberikan kepada...


**RUJUK LAMPIRAN SLOT 2

ANUGERAH KOKURIKULUM
Seterusnya ialah anugerah kokurikulum. Siswa guru
yang telah mempamerkan kecemerlangan dari aspek
guna pakai kemahiran dan sahsiah mengikut bidang
masing-masing semasa melaksanakan aktiviti
kokurikulum menerima anugerah ini.

Bagi kategori Unit beruniform...


**RUJUK LAMPIRAN SLOT 2
ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN
OLAHRAGAWATI
Anugerah selanjutnya ialah anugerah olahragawan
dan olahragawati. Bagi anugerah olahragawan, siswa
guru ini telah dinobatkan sebagai olahragawan bagi
tahun 2018 dalam Kejohanan Olahraga IPGM Zon
Sabah. Siswa guru ini juga telah berjaya memperoleh
pingat emas dalam acara lompat jauh dalam
Kejohanan Olahraga IPGM bagi tahun 2018. Anugerah
olahragawan diberikan kepada DEE HARRYDAS
KUDONG daripada PISMP SEJARAH JUN 2016.

Bagi anugerah olahragawati pula, siswa guru ini telah


menjadi olahragawati bagi tahun 2018 dalam
Kejohanan Olahraga IPGM Zon Sabah. Siswa guru ini
turut mendapat gelaran olahragawati bagi tahun 2018
dalam
Kejohanan Olahraga IPGM. Bukan itu sahaja, siswa
guru ini juga berjaya mendapat pingat emas dalam
acara lompat jauh dalam Kejohanan Olahraga IPGM
bagi tahun 2018. Anugerah olahragawan diberikan
kepada YOUSHA NASYUHA BINTI YUSRI daripada
PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING JUN 2016.
ANUGERAH SISWA BESTARI
Seterusnya, anugerah siswa bestari. Anugerah siswa
bestari diberikan kepada siswa guru yang cerdas,
berilmu, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang
baik. Dua orang daripada setiap ambilan iaitu lelaki dan
perempuan dipilih untuk menerima anugerah ini.

**RUJUK LAMPIRAN SLOT 2

Terima kasih diucapkan kepada DR MOHD ASRI BIN


ISPAL atas penyampaian anugerah tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


PERSEMBAH Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa Guru pada kali
AN 4: ini diteruskan lagi dengan sebuah persembahan
Nasyid yang akan disampaikan oleh HALIJA SHARIR
dan MUHAMMAD SYAZWAN BIN RAMLI.

Mari sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi persembahan nasyid yang telah


disampaikan oleh Saudari Halija dan Saudara
Muhammad Syazwan. Terima kasih diucapkan.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


anugerah yang seterusnya.

Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha DR


NAJAMUDDIN BIN HJ BACHORA untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
PENYAMPAIA
N ANUGERAH
ANUGERAH SISWA INOVATIF
SLOT 3
Anugerah siswa inovatif merupakan anugerah yang
dianugerahkan kepada siswa guru yang
mempamerkan kebolehan mencipta sesuatu yang
baharu atau mengubahsuai untuk menjadikannya lebih
berkualiti berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi kategori kumpulan, anugerah ini diberikan


kepada:
**RUJUK LAMPIRAN SLOT 3
ANUGERAH SISWA INTELEK
Seterusnya merupakan anugerah siswa intelek.
Anugerah ini diberikan kepada siswa guru yang
menunjukkan kemampuan daya berfikir dan mudah
memahami arahan, patuh dan berbudi bahasa yang
baik. Untuk makluman, pemilihan penerima anugerah
dipilih hanya seorang mengikut opsyen masing-
masing.

Pelajar yang menerima anugerah ini ialah...

**RUJUK LAMPIRAN SLOT 3

ANUGERAH TIMBALAN PENGARAH


Anugerah seterusnya merupakan anugerah Timbalan
Pengarah. Siswa guru yang menunjukkan daya usaha
meningkatkan akademik dan mempamerkan potensi
bakat yang ketara diberikan anugerah ini.

**RUJUK BIODATA – Andi Noraniesa

Ribuan terima kasih diucapkan kepada DR


NAJAMUDDIN BIN HJ BACHORA Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihomati sekalian,

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan


menyaksikan persembahan Nyanyian solo oleh
PERSEMBAH Saudari HALIJA dengan lagunya Memori tercipta.
AN 5:
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Saudari HALIJA atas
persembahan yang begitu hebat sebentar tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


Kita beralih kepada penyampaian dua anugerah yang
terakhir pada malam ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan ENCIK ALIYAS BIN SAID untuk
berada di tengah pentas bagi menyampaikan
anugerah kemuncak kita pada hari ini. dipersilakan.

ANUGERAH AKADEMIK TERTINGGI


PENYAMPAIA Anugerah akademik tertinggi diberikan kepada siswa
N ANUGERAH guru yang memperoleh Purata Mata Gred Terkumpul
SLOT 4 yang tertinggi mengikut opsyen. Dipersilakan penerima
anugerah akademik tertinggi yang pertama...

**RUJUK LAMPIRAN SLOT 4

ANUGERAH PENGARAH
Baiklah hadirin dan hadirat sekalian, kita beralih
kepada penyampaian anugerah yang kemuncak pada
malam ini iaitu anugerah pengarah. Anugerah ini
diberikan kepada siswa guru yang menunjukkan
kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

**RUJUK BIODATA – Ariesebert Jemol

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Yang Berbahagia ENCIK ALIYAS BIN SAID
atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


NYANYIAN
LAGU
Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Untuk itu,
NEGARAKU
marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negara ku.

Hadirin diminta bersedia.


Dengan berakhirnya lagu Negara ku itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis anugerah kecemerlangan
siswa guru kita pada kali ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak


MAJLIS terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
BERSURAI menjayakan majlis ini.

Kami sudahi majlis dengan lafaz yang


mulia...Wabillah...

You might also like