You are on page 1of 28

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.

Shimah Page | 1
T4B1
Maksud Tamadun, Ciri Tamadun & Lokasi Tamadun :

Tamadun berasal perkataan bahasa Arab iaitu :


 Madana, Madain & Mudun (MaMaMu),
T  Bahasa Inggeris (Civilazation),
 Bahasa Greek (Civitas- Bandar)
 Bahasa Melayu (Peradaban).

A
Agama & kepercayaan :Sembah banyak tuhan (politisme) & kuasa ghaib (animisme).

M
Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

Antara ciri utama tamadun:


 Petempatan kekal

A
 Bahasa & tulisan
 Pengkhususan pekerjaan
 Sistem pemerintahan
 Berorganisasi.
Di tepi sungai utama tamadun bermula kerana :
 Kesuburan tanah untuk pertanian

D
 Bekalan air untuk memasak
 Bekalan makanan untuk sumber protein iaitu ikan
 Kemudahan pelabuhan
 Pengangkutan & perhubungan.

U
Undang-undang : Pandangan sarjana Barat : Kemajuan lahiriah. Manakala menurut sarjana Islam
: Pembangunan lahiriah & rohaniah

N
Nama empat tamadun awal dunia iaitu Mesir Purba (Sg. Nil, Mesopotamia (Sg. Tigris & Sg.
Euphrates), Indus (Sg. Indus) & Hwang Ho ( Sg. Hwang Ho/ Sg. Kuning).

Ciri-ciri Tamadun

Pemerintahan dan pentadbiran- Raja mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan dan menggunakan
P kuasa magis untuk memerintah. Maka wujud sistem perundangan untuk memelihara keamanan dan
kemakmuran negara.
Organisasi sosial- sistem masyarakat berbentuk piramid.
Terdapat susun lapis masyarakat.
 Raja paling atas
O  Lapisan kedua pembesar
 Rakyat biasa
 Lapisan paling bawah ialah hamba.

T
Tulisan – digunakan untuk tujuan menyimpan rekod, menulis undang-undang dan sebagai
penyebaran ilmu. Contoh tulisan ialah Hieroglif, Ideogram, Piktograf dan Cuneiform

A
Agama dan kepercayaan- kepercayaan kepada kuasa ghaib

Petempatan Kekal – tinggal menetap. Maka wujudnya bandar seperti Mohenjo Daro dan Anyang
K Pengkhususan Kerja – berlakunya peningkatan dalam ekonomi. Wujudnya lebihan barangan dan
bermulanya aktiviti perdagangan.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 2
Mengapakah proses pembentukan tamadun utama dunia bermula di lembangan sungai?

S
Sumber makanan mudah diperolehi contohnya ikan sebagai bekalan protein.

U
Usaha membina pelabuhan untuk membolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dan sebagai
jalan pengangkutan serta perhubungan.

N
Nomad tidak lagi diamalkan kerana petempatan kekal dibuka di atas tanah yang rata.

G
Giat menjalankan aktiviti pertanian kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam seperti
menanam padi.

A
Air yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian seperti memasak.

I
Iklim iaitu cuaca sejuk sesuai untuk didiami oleh manusia.

TAMADUN HWANG HO :
Proses Pembentukan, Ciri-ciri & Sumbangan.

H
Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah di Sg. Hwang Ho (Sg. Kuning).

W
Wilayah Szechwandibina terusan untuk elak banjir dan mengairi kawasan pertanian.

Antara sumbangan

A
Politik :Sistem monarki, Gelaran maharaja, Putaran dinasti dan Mandat dari syurga.
Sosial :Tulisan ideogram, Sistem kalender, Yin & Yang, The Art of War, Amalan pemujaan.

N
Negara kotaAnyang terdapat kuil, istana & tembok (K.I.T).

Golongan bomoh terlibat dalam upacara penyembahan & penilikan. Kepercayaan lain termasuk
G animisme dan politeisme.

Hwang Ho menyumbang kepada bidang ekonomi : Sistem pengairan, teknologi pembajakan,


H Pembinaan batas tanaman, penciptaan cangkul dan sabit

Organisasi sosial membawa pengkhususan pekerjaan :


O -Lapisan atas seperti raja dan bangsawan.
-Lapisan bawahan seperti petani dan hamba.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 3
Tamadun Mesopotamia :
Maksud, Proses pembentukan, Ciri-ciri & Sumbangan

M
Mesopotamia daripada perkataan bahasa Yunani bermakna tanah di antara dua sungai.

E
Epik Gilgameshhasil sastera tertua di dunia dan menceritakan hal pemerintahan, percintaan,
kesaktian & kehidupan kekal abadi.

S
Sg. Tigris dan Sg. Euphrates adalah lokasi kemunculan tamadun.

O
Orang Parsi menguasai wilayah Mesoporamia membawa keruntuhan tamadun.

P
Pintu gerbang dibina sebagai lambang kekayaan danpusat ibadat di Zigurat.

O
Organisasi sosial:
 Golongan pemerintah (raja, ketua pendeta, ketua tentera & bangsawan)
 Golongan rakyat (rakyat & hamba).

T
Tulisan adalah cunieform untuk merekod maklumat, perundangan, perniagaan, perdagangan &
pentadbiran.

A
Akkad, Babylon, Ur (ABU) antara negara kota danmembentuk petempatan kekal.

M
Menciptaroda untuk kereta kuda (peperangan) dan kincir air.

I
Institusi pemerintahan beraja berbentuk teokrasi.

A
Antara sumbangan :Kod Undang2 Hammurabi, sistem pendidikan melahirkan jurutulis, ilmu
perubatan herba & ramuan dikatalog, disampelkan.

TAMADUN INDUS :
Proses pembentukan, ciri-ciri & sumbangan.

Indus terbentuk di lembah Sungai Indus yang disaliri oleh Sg. Indus, India.
I Tamadun ini hancur kerana serangan orang Aryan&bencana alam seperti banjir, kemarau dan
gempa bumi.
Nama bandar terancang adalah Mohenjo-Daro & Harappa. Ciri-ciri istimewa : Jalan raya lurus,
N Blok berbentuk segi empat, dikelilingi tembok, ada tandas, sistem kumbahan dan juga tempat
mandi awam.
Dapat dikenali melalui ciri-ciri : Sistem tulisan adalah piktograf. Jumpaan arkeologi menunjukkan

D
bukti wujud golongan atasan dan golongan bawahan, Cap mohor bukti aktiviti perdagangan,
kepercayaan kepada Tuhan Ibu, Pengkhususan pekerjaan seperti perdagangan, pertanian,
pertukangan dan pembuatan.

U
Untuk memajukan perdagangan dibina bandar Lothal & Sutkagken Dor berfungsi sebagai bandar
pelabuhan.
Sumbangan penting : Perancangan bandar kerana kemajuan bidang matematik, seni bina dan

S
geometri, Pengeringan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu tinggi, Sifat
keterbukaan melalui hubungan dengan Mesopotamia dan Mesir Purba, Mementingkan keamanan
agar mencapai kemajuan, Bijak mengeksploitasi Sg. Indus untuk memajukan kehidupan.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 4
MESIR PURBA :
Proses pembentukan, ciri-ciri & sumbangan.

M
Memumiakan mayat melambangkan kemajuan bidang perubatan & pembedahan.

E
Elak bencana banjir menggunakan ilmu matematik seperti algebra, geometri & astronomi

S
Sistem pengairan berjaya menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.

I
Imhotep seorang saintis, ahli fizik, arkitek & penasihat Firaun Djoser. Memperkenalkan teknik bina
bangunan (piramid) menggunakan batu bata.

R
Raja Firaun sebagai ketua pendeta, ketua hakim, ketua pahlawan & pemilik tanah. Dibantu oleh
golongan bangsawan.

P
Pokok papyrus tumbuh subur di Lembah Nil. Dileperkan batang pokok menjadi kepingan. (kertas).

U
Utamakan pendidikan kanak-kanak keluarga atasan. Pendidikan bertujuan melahirkan pegawai
kerajaan khasnya jurutulis.

R
Rekod aktiviti pertanian, kutipan cukai, keagamaan & menceritakan keagungan Mesir Purba
merupakan tugas jurutulis.

B
Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan & pentadbiran, tempat kediaman firaun serta
pelabuhan. Contoh bandar ialah Giza, Sakkara & Thinis (GST).

A
Alat tulisan adalah Hieroglif iaitu kombinasi gambar & simbol berasaskan bunyi.

Sumbangan Tamadun Mesir Purba.

P
Piramid sumbangan dari aspek seni bina yang menggunakan batu-bata.

I
Imhotep seorang saintis memberi ilham pembinaan piramid iaitu piramid Sakkara.

Rumah ibadat menguruskan institut pendidikan bertujuan melahirkan jurutulis yang sempurna
R dan terlatih.

A
Algebra, geometri dan astronomi adalah sumbangan dari aspek ilmu matematik.

M
Memumiakan mayat bukti kemajuan dalam bidang perubatan.

Ilmu astonomi dan matematik menghasilkan ciptaan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12
I bulan setahun.

D
Dileperkan batang pokok papyrus menjadi kepingan, diproses dan dikeringkan menjadi kertas.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 5
T4B2
Bentuk Pemerintahan dan Pentadbiran

D
Demokrasi adalah kerajaan ditadbir oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

A
Aristokrasi adalah pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya

N
Negara yang ditadbir oleh pemerintah yang zalim iaitu tirani.

N
Negara yang ditadbir oleh pemerintah berkuasa mutlak iaitu diktator.

Y
Yunani, Rom, China dan India wujud peningkatan dalam pemerintahan dan pentadbiran.

YUNANI

 Yunani iaitu di Athens mengamalkan sistem beraja dan raja dibantu oleh konsul.
 Sistem pemerintahan dikuasai oleh konsul dinamai oligarki.
 Pemerintahan aristokrasi dikuasai oleh bangsawan yang kaya.
 Pemerintah berbentuk tirani oleh diktator namun rakyat tidak berpuas hati.

Y
 Lahir sistem demokrasi di Athens iaitu pemerintahan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh
rakyat.
 Ada dewan perhimpunan berperanan mencadang dan membuat keputusan dasar kerajaan dan
Majlis berperanan melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
 Di Sparta pula pemerintahan tentera dan sistem pertahanan diberi keutamaan.

 Untuk melahirkan tentera sempurna, gagah dan setia kepada negara mendapat
pendidikan di Sparta.
U  Untuk melahirkan manusia seimbang dan cemerlang dari aspek rohani dan jasmani
menerima pendidikan di Athens.

Nama tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa adalah Philip II dan Alexander the Great dan

N
kesannya penyebaran kebudayaan Hellenistik, menyatukan seluruh Macedonia dan Yunani serta
menakluki Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand.

Ahli falsafah Yunani ialah :


 Socrates berunsurkan masyarakat bahagia,
A  Plato mengasaskan akademik falsafah di Athens dan Republic adalah hasil karyanya,
 Aristotle falsafahnya untuk baiki dunia dan karya utamanya Politics.

Nama seni bina terkenal ialah :


 Acropolis sebagai pusat pentadbiran,
N  Parthenon rumah berhala Dewi Athena dan
 Partheon tempat pemujaan.

Istimewa sistem sosial Yunani adalah :

I  Athens ada warganegara, bukan warganegara dan hamba.


 Sparta pula ada warganegara Sparta tulen, artisan, pedagang dan helot (pengusaha tanah).

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 6
ROM

Rom membentuk sistem republik iaitu kuasa tertinggi pada dua orang konsul, dilantik oleh Dewan

R
Senat dan konsul dibantu oleh Dewan Senat.
Selain itu pemerintahan bercorak empayar iaitu pemerintahan berpusat kesan penyatuan wilayah
kecil yang ditakluki.
Orang Rom berjaya membina bangunan terkenal seperti

O
- Aqueduct untuk membekalkan air
- Colloseum tempat pertarungan pahlawan Rom dan teater serta
- Aqua Claudia di Timur Rom.
Masyarakat Rom memberi sumbangan dalam pendidikan iaitu ilmu pelayaran, aplikasi ilmu
M praktikal, tokoh matematik, kesusasteraan Rom iaitu Augustus Caesar, jurutera dan ahli falsafah
serta pusat pendidikan.

CHINA

China disatukan seluruh wilayah kecil oleh Maharaja Shih Huang Ti. Memerintah secara
C autokratik, hapuskan kuasa golongan bangsawan, dan membina Tembok Besar China untuk halang
serangan orang gasar.

H
Hala tujumatlamat pendidikan China adalah lulus peperiksaan awam kerajaan, pendidikan untuk
pentadbiran, ada tiga tahap pendidikan iaitu rendah, menengah dan tinggi.
Ilmu falsafah China adalah :

I
 Confucianisme tekankan perikemanusiaan,
 Mo Tzu berpendapat akhlak baik pengaruh alam sekitar dan
 Falsafah legalisme percaya undang-undang tegas dapat disiplinkan masyarakat.
Nilai sains dan teknologi ialah konsep Yin (pasif) dan Yang (aktif) saling melengkapi dan asas
N perubatan tradisional, cipta kertas dari pulpa, cipta tenggala untuk buat batas dan tanaman giliran
dapat suburkan tanah.
Antara ciri-ciri seni bina adalah Tembok Besar China dibina semasa Dinasti Chou, tembok dibuat
A daripada tanah liat dan batu bata, setiap tembok ada pintu gerbang, dikeliling oleh parit besar dan
menara.

INDIA

Individu tersohor dalam perluasan kuasa adalah Chandragupta Maurya, Bindusara dan Asoka.
I Menggunakan ketenteraan semasa Dinasti Maurya, terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 tentera
berkuda dan 10,000 orang infantri.
Nadi sistem pendidikan Zaman Vedik adalah agama Hindu teras pendidikan, didominasi oleh kaum
N lelaki, pembelajaran kitab Veda, bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaran dan menggunakan
kaedah hafalan.

D
Dunia sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik, pengetahuan astronomi
daripada Rig Veda, perkembangan ilmu perubatan dan ilmu pelayaran.
India menggunakan kitab Dharma Sastra iaitu kitab undang-undang tertua, raja memelihara
I kesucian dan kesalahan akan didenda. Zaman Dinasti Maurya pula titah raja diukir pada tiang batu,
dikenali sebagai Tiang Asoka dan raja umpama seorang bapa.

A
Antara sumbangan seni bina adalah Stupa Besar Sanchi untuk tujuan ritual keagamaan, Komplek
Kuil Ajanta dan Komplek Kuil Ellora.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 7
T4B3

Jelaskan ciri-ciri kerajaan Agraria.

A
Agraria merujuk kepada kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti
pertanian, penternakan & pemungutan hasil hutan dan sungai.

G
Gunung berapi (lereng tanah), kawasan berbukit dan lembah sungai membawa kepada
terbentuknya kerajaan agraria.

R
Raja Indravarman I merupakan pengasas bagi kerajaan Angkor.

A
Angkor dan Funan adalah dua contoh kerajaan agraria.

R
Raja Suryavarman II membina Angkor Wat.

I
Iklim yang sesuai yakni panas dan lembah sepanjang tahun memboleh tanah subur untuk aktiviti
pertanian khasnya padi sawah.

A
Air yang banyak membantu kegiatan pertanian dijalankan dengan amat berjaya.

Nyatakan ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Angkor.

A
Angkor Wat sebagai bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha.

N
Nadi utama bekalan air adalah dari Sungai Mekong.

G
Gaharu, tanduk, damar & kapur barus dipungut dari hasil hutan.

K
Kawasanpertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap.

O
Orde kosmos bermaksud raja dan ibu kota sebagai pusat alam semesta dan pusat pentadbiran.

R
Raja Suryavarman I terlibat dalam pembinaan Baray iaitu takungan air.

Nyatakan ciri & kegiatan ekonomi masyarakat Funan.

F
Fan Shih-Man ialah jeneral yang termahsyur dan raja pertama ialah Raja Kaundinya.

U
Utamakan aktiviti pertanian iaitu menanam padi sawah.

N
Nadi pelabuhan utama ialah Oc-Eo.

A
Air dibekalkan dari Sungai Mekong juga sebagai jalan perhubungan perdagangan.

N
Natijah kemajuan pelabuhan, Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 8
Kepentingan Tasik Tonle Sap.

T
Tanah subur kerana mendapan lumpur sesuai untuk aktiviti pertanian

A
Air yang banyak sebagai sumber minuman.

S
Sumber protein yang banyak seperti ikan.

I
Iklim panas dan lembap sesuai untuk petempatan manusia.

K
Kegiatan sawah padi dapat diusahakan kerana punca air utama mencukupi.

Jelaskan Ciri-ciri Kerajaan Maritim.

M
Mahir membuat dan membaiki kapal.
Kesannya mampu belayar jauh untuk berdagang.

A
Aktiviti ekonomi menjalankan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai
pelabuhan iaitu pelabuhan pembekal, kerajaan dan entreport.

R
Rakyatnya terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.

I
India dan China membawa barangan mewah seperti tembikar, tekstil, manik dan gelas.

T
Terletak di persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.

I
Ikan, sotong, udang dan ketam merupakan hasil utama kegiatan perikanan.

M
Mahir membaca arah laut iaitu berpandukan bintang dan langit.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 9
Perkembangan pelabuhan kerajaan maritime (4P)

Perkampungan nelayan.
PN
Pelabuhan pembekal berperanan membekalkan hasil tempatan seperti hasil logam, hasil laut,
PP
hasil hutan dan bahan-bahan makanan kepada pedagang yang singgah. Contoh pelabuhan
pembekal ialah Kuala Berang, Terengganu.
Pelabuhan kerajaan merujuk kepada kawasan petempatan yang berkembang menjadi sebuah
PK
negeri dan membentuk kerajaan. Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat
berdagang. Contoh pelabuhan kerajaan adalah Champa.
Pelabuhan entrepot berperanan untuk membekalkan hasil jajahan takluk dan hasil tempatan
kepada pedagang asing. Membekalkan emas, timah, hasil hutan dan hasil kerajaan lain. Membeli
barang-barang daripada pedagang asing dan mengedarkannya kepada perdagang tempatan dan
PE jajahan takluk. Turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan China dan kerajaan
India. Contoh pelabuhan entrepot adalah Kedah Tua dan Srivijaya.

Bagaimanakah Srivijaya berjaya sebagai pelabuhan entreport?

S
Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa dikuasai untuk mengawal perdagangan maritim di
Kepulauan Melayu.

R
Ramai pedagang luar singgah untuk berdagang.

I
Istimewa kerana mahir membuat dan membaiki kapal layar.

V
Vanda@Parvanda dan Bhupati adalah golongan Datu yang berperanan sebagai pentadbir daerah.

I
India,China dan Barat datang membuat pertukaran barang dagangan.

J
Jajahantakluk membekalkan barang dagangan.

A
Angkatan tentera yang besar dan kuat.

Y
Yang menjadi bahasa perdagangan adalah bahasa Melayu.

A
Ada pelbagai kemudahan disediakan seperti bekalan air dan gudang.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 10
Apakah faktor yang menyumbang kepada kemajuan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport?

K
Kedudukan strategik iaitu di laluan Selat Melaka.

E
Entreport sebagai pelabuhan antarabangsa dengan bukti jumpaan tembikar China, pelita tembaga
dari Timur Tengah dan manik dari India.

D
Dikunjungi pedagang dari China, India, Burma dan Sri Lanka.

A
Adanya Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar masuk di pelabuhan Sg. Mas dan
Lembah Bujang.

H
Hasil hutan seperti rotan & hasil bumi seperti bijih timah yang banyak.

T
Terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.

U
Urusan perdagangan mudah kerana menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan.

A
Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan.

Kerajaan Agraria dengan Kerajaan Maritim saling bergantungan.Buktikan.

S
Sutera antara barangan mewah yang dibekalkan oleh maritim kepada agraria.

A
Agraria membekalkan bekalan makanan seperti beras dan hasil pertanian kepada maritim.

L
Lelakiyang mahir bertukang kayu dibawa dari agraria ke maritim untuk membuat perahu & kapal.

I
India membawa tekstil ke maritim dan menjual kepada agraria.

N
Nasi sumber makanan iaitu beras dibekalkan oleh agraria kepada maritim.

G
Gajah dari agraria dibawa ke maritim sebagai kenderaan raja.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 11
T4B4

Kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum menjadi rasul.

N
Nama penuh baginda ialah MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

A
Ayah baginda adalah ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB & ibunya AMINAH BINTI WAHAB.

B
Bangsa QURAISY dan dari keturunan BANI HASHIM, Qusaib bin Kilab iaitu penjaga kota Makkah.

I
Isteri pertama baginda adalah KHADIJAH BINTI KHUWAILID

M
Mengembala kambing milik Abu Talib, berniaga ke Syam dan menguruskan perniagaan Khadijah.

U
Umur 6 tahun menjadi yatim piatu setelah ibu baginda meninggal dunia.

H
HALIMATUS SAADIYAH adalah ibu susuan baginda.

A
ABDUL MUTTALIB ialah datuk baginda dan ABU TALIB adalah bapa saudaranya.

M
Muhammad bermaksud yang terpuji.

M
Menerima wahyu pertama surah al Alaq & wahyu kedua surah al-Muddasir.

A
Anak-anak nabi ada 7 orang iaitu 3 lelaki & 4 perempuan.

D
Diputerakan pada 12 Rabiulawal tahun gajah, 20 April 570 masihi di rumah datuknya di Makkah.

Keperibadian Nabi Muhammad SAW [4 sifat terpuji]

F Fatanah bermaksud bijaksana. Contoh peristiwa Nabi Muhammad menyelesaikan permasalahan


perletakan batu Hajar aswad.
A Amanah dalam perniagaan.

S Siddiq bererti berkata benar. Nabi Muhammad setiap perbuatan dan perlakuannya dipercayai.
Baginda di gelar Al-Amin.
T Tabligh ialah bersifat menyampaikan.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 12
T4B5 :
Perjanjian Aqabah Pertama dan Aqabah Kedua.

Aqabah pertama dan isi perjanjian adalah :


 suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah & Rasul,
A  bantu perjuangan Rasulullah dan
 tinggalkan amalan jahiliah.
Qaum/ pihak yang terlibat dalam perjanjian Aqabah pertama & Aqabah kedua ialah Nabi
Q Muhammad SAW, suku Aus dan suku Khazraj.
Aqabah Kedua dan isi perjanjian adalah :
 memeluk Islam,
 taat setia kepada Rasulullah,
A  jemput Nabi & orang Islam hijrah ke Madinah,
 sediakan tempat tinggal,
 jaminan keselamatan dan
 sedia pertahankan Islam.

B
Berkembang pesat agama Islam di Madinah yang dilakukan oleh Mus'ab bin Umair.

A
Aus dan Khazraj bertambah taat dan setia kepada Nabi Muhammad SAW.

H
Hijrah umat Islam dari kota Makkah ke kota Madinah.

HIJRAH

Hijrah berasal daripada perkataan Arab bermaksud berpindah iaitu perpindahan Nabi Muhammad
H SAW dan umat Islam dari kota Makkah ke kota Madinah sebagai strategi memperkukuhkan dan
menyebarkan Islam.

I
Istilahhijrah juga merujuk kepada perjuangan menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukan
dan semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan.
Jawapanhijrah bukan suatu pelarian ialah disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah,
J disediakan tempat tinggal, dijemput oleh penduduk Madinah, jaminan keselamatan dan Nabi
Muhammad SAW dilantik sebagai pemimpin Madinah.
Rasionaliaitu sebab peristiwa hijrah adalah perintah Allah menerusi wahyu dari surah al-Anfal,

R
strategi menyebarkan Islam dengan aman, jemputan penduduk Madinah, pakatan untuk
membunuh Nabi Muhammad SAW, penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi dan suasana di
Madinah kurang aman.
Antara kesan/ kepentingan peristiwa hijrah adalah dakwah Islamiyah secara aman dan terbuka,
A suku Aus dan Khazraj didamaikan, persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin, pengenalan kalendar
hijrah, perubahan nama Yathrib kepada Madinah dan pengharaman amalan riba.
Hijrah menjadi asas kepada pembentukan negara Islam Madinah iaitu kota Madinah aman dan
H damai, kebebasan beragama, konsep ummah untuk seluruh penduduk Madinah, penggubalan
Piagam Madinah dan Islam mudah diterima.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 13
T4B6
Maksud, syarat dan tugas seorang khalifah.

K
Khalifah dalam perkataan Arab bermaksud pengganti yakni gelaran yang diberikan kepada
pemerintah negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

H
Harmoni, jaga kestabilan dan memelihara kemurnian agama Islam merupakan antara
tanggungjawab seorang khalifah.

A
Al Qurandan as Sunnah digunakan oleh khalifah untuk memelihara kedudukan dan kesucian
agama Islam dan mentadbir negara mengikut hukum syariah.

L
Lelaki yang merdeka, beragama Islam, mematuhi perintah Allah, bersifat adil, akhlak mulia dan
berfikiran cerdas antara syarat menjadi seorang khalifah.

I
Islamditadbir berpandukan al Quran dan Sunnah, memelihara kedudukan negara Islam, menjaga
kebajikan rakyat, melicinkan pentadbiran negara dan kekalkan perpaduan ummah antara tugas
seorang khalifah.

F
Faham agama, berwibawa, bertoleransi, bermusyawarah, berpandangan jauh dan berfikiran kritis,
kreatif dan inovatif antara ciri kepimpinan khalifah Islam yang wajar dicontohi.

A
Abu Bakar al-Siddiq dilantik secara musyawarah, Umar al-Khattab cadangan satu nama, Uthman
bin Affan cadangan lebih seorang calon dan Ali bin Abu Talib pencalonan oleh sekelompok
masyarakat.

H
Hubungan diplomatik, kesejahteraan rakyat, keharmonian negara, keamanan negara,
keselamatan rakyat dan kestabilan politik merupakan antara kelebihan diperolehi pempimpin
negara mengamalkan kepimpinan Khulafa al Rasyidin.

T4B7
Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

T
Teori dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al- Attas.

A
Agama Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi perdagangan.

N
Nilai kejujuran, berhemah tinggi dan menjaga kebersihan oleh pedagang Arab menarik minat
masyarakat tempatan kepada Islam.

A
Adapedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan utama di Selat Melaka.

H
Hasil kesusasteraan di Asia Tenggara wujud persamaan dengan Semenanjung Tanah Arab.

A
Adat resam orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab.

R
Ramai pedagang Arab menetap beberapa bulan. Ada yang membina perkampungan dan
berkahwin dengan orang tempatan.

A
Ada perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.

B
Bukti catatan China bahawa orang Arab dan Parsi mempunyai pusat petempatan di Canton dan
Amoy sejak 300 M.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 14
CHINA

C
Canton (Khan Fo) menjadi pusat perniagaan dalam kalangan peniaga Arab yang beragama Islam.

H
Hubungan antara peniaga membolehkan Islam berkembang dalam peniaga China di negara China.

I
Islam dari China adalah teori yang dikemukakan oleh Emanual Gadinho Eredia dan disokong oleh
S.Q. Fatimi.

N
Nilai seni bina di China wujud persamaan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti masjid
di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.

A
Ada penemuanBatu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat, Terengganu.

INDIA

I
Islam dari India teori yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.

N
Negara India dan Asia Tenggara telah wujud hubungan perdagangan membolehkan pedagang
India Islam menyebarkan Islam.

D
Di Gugerat terdapat pelabuhan penting yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia
Tenggara.

I
India dan masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan rapat dari segi budaya.

A
Ada batu mamar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gersik, Jawa.

T4B8
Kesan pengaruh Islam dari aspek ekonomi di Asia Tenggara dan Tanah Melayu.

M
Melahirkan saudagar Melayu yang rajin dan aktif berdagang seperti hubungan dengan saudagar
Arab dan memenuhi tuntuan agama mencari sumber rezeki yang halal.

A
Amalan berjimat ceramat iaitu berbelanja bila perlu dan elak berbelanja melebihi pendapatan.

T
Terdapat urusniaga halal seperti sistem timbang dan sukat untuk elak penipuan dan rasa tidak
puas hati pelanggan.

A
Amalan riba diharamkan seperti yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun
Pahang.

W
Wujud pelabuhan-pelabuhan utama seperti Melaka kerana kedudukan strategik, ramai saudagar
singgah, pentadbiran yang licin, sistem timbang dan sukat serta Undang-undang Laut Melaka.

A
Amalan mengeluarkan zakat iaitu zakat harta yang dikenakan ke atas orang kaya.

N
Nama institusi ekonomi dan kewangan Islam diperkenalkan seperti Baitulmal yang diwujudkan di
Melaka dan Acheh.

G
Guna mata wang seperti emas iaitu Johor dan Kedah (kupang), dan Kelantan (kijang). Ciri-cirinya
adalah tulisan Jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-AdilTarikh Islam, dicatat gelaran Sultan
seperti Khalifatul Mukminin di bahagian belakang mata wang, tertera nama dan pangkat sultan
yang memerintah.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 15
T4B9
Maksud dan ciri-ciri Zaman Gelap.

Zaman Gelap bermaksud Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti
Z ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Berlaku selepas kejatuhan tamadun
Rom.

A
Awal zaman pertengahan berlaku zaman gelap yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
peringkat awal, peringkat kemuncak dan peringkat akhir.

M
Munculnya golongan baron (tuan tanah), runtuhnya kuasa pusat, penggunaan mata wang terhad
dan kemerosotan hidup di bandar antara ciri zaman gelap.

A
Antara lain ciri zaman gelap ialah terdapat golongan hamba, pembentukan sistem feudal, gereja
katolik amat berkuasa dan memiliki banyak harta.
Nasihatuntuk mengelakkan zaman gelap berlaku di �� ialah pelihara perpaduan kaum, kuatkan
N pegangan agama, patuhi undang-undang negara, berilmu pengetahuan tinggi, jati diri yang kukuh,
cinta akan negara dan memilih pemimpin berwibawa.

Faktor dan kesan Renaissance di Eropah.

R
Renaissance bermaksud kelahiran semula, renisciment (bahasa Itali), bermula di Itali dan
penghargaan semula ilmu tamadun Rom dan Yunani.

E
Eropah bermulanya Renaissance kerana peranan pedagang kaya iaitu patron seperti keluarga
Medici.

N
Niccolo Machiavelli, Francesco (Bapa humanisme) dan Giovanni Bocaccio antara faktor
kemunculan Renaissance di Eropah.

A
Agama,budaya dan bahasa yang bertembung membawa kepada percambahan idea.

I
Itali dikelilingi laut Mediterranean dan pusat persimpangan perdagangan antarabangsa membawa
kepada kemunculan Renaissance di Eropah.

S
Semangat inkuiri iaitu sifat ingin tahu bagi mengatasi masalah dan berani mencuba sesuatu yang
baharu.

S
Semangat individualisme para cendikiawan, seniman dan saintis seperti Leonardo da Vinci.

A
Antara kesan Renaissance adalah kemajuan ilmu pelayaran seperti matematik dan kegiatan
penjelajahan iaitu orang Eropah ke Asia Tenggara.

N
Nilai ilmu sains berkembang pesat contohnya biologi, fizik dan kimia.

C
Cuba dan yakin diri untuk menjelajah. Malah muncul manusia renaissance guna akal bagi atasi
masalah.

E
Ekonomi sara diri semakin pupus kerana perkembangan pesat sistem perdagangan tempatan dan
antarabangsa.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 16
Reformation :Maksud, Sebab dan Kesan

R
Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melakukan perubahan terhadap
sesuatu yang lebih baik.

E
Eropah tempat berlakunya gerakan Reformation kerana pengaruh agama kristian terhadap gereja
katolik.

F
Faktor Reformation adalah :
 kelemahan institusi gereja contohnya gejala rasuah,
 gaya hidup paderi yang mewah seperti bangsawan,
 penjualan sijil indulgences iaitu sijil pengampunan dosa.

O
Old Testement dikenali sebagai kitab bible.

R
Ramai tokoh ilmuan fahaman protestan berperanan membantu mengembangkan Reformation.

M
Martin Luther, Huldreich, Zwingli dan John Calvin merupakan tokoh agama protestan.

A
Antara kesan Reformation adalah kewujudan mazhab kristian seperti Protestan dan Katolik.

T
Tempat lahirnya kumpulan counter Reformation seperti Jesuit St Francis Xavier.

I
Institusi gereja katolik merosot misalnya Raja Henry ke-8 putus hubungan dengan gereja Katolik di
Rom.

O
Orang Perancis, Sepanyol, Jerman, Denmark dan Sweden terlibat dalam perang keagamaan.

N
Nilai toleransi sesama mazhab Protestan telah terjalin seperti bidang pendidikan dan penyebaran
agama.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 17
T4B10
Faktor perkembangan tanaman getah di Tanah Melayu menjelang abad ke-20 dan iktibar.

G
Gigihnya usaha yang dimainkan oleh H.N. Ridely seperti mengadakan pameran dan edar benih
getah secara percuma.

E
Empat peratus dividen diberikan kepada pengusaha getah tahun 1905 dan pengecualian cukai
eksport getah diberi selama 50 tahun.

T
Tulang ikan kering atau cara torehan Ibidem tidak merosakkan pokok, tarif cukai yang rendah dan
perkembangan industri kereta di Eropah.

A
Atas dasar British seperti galakan pemodal dari Eropah dan membawa buruh dari India.

H
Harus bersedia mengumpul modal, memiliki ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran,
bertindak proaktif serta bersedia merebut segala peluang yang ada dalam industri perusahaan
getah negara.

Faktor perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dan iktibar.

T
Teknologi kapal korek yang diperkenalkan oleh orang Eropah dan pam kerikil oleh orang Cina.

I
Industri pengetinan makanan semasa Revolusi Perindustrian di Eropah dan infrastruktur yang
lengkap disediakan seperti rangkaian jalan raya dan kereta api.

M
Membawa masuk buruh yang ramai iaitu dari negara selatan China kerana berpengalaman
melombong bijih timah.

A
Atas dasar British iaitu memansuhkan sistem pajakan tanah kepada orang Cina dan galakkan dari
pemodal Eropah.

H
Harus bersedia mengumpul modal, memiliki ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran,
bertindak proaktif serta bersedia merebut segala peluang yang ada dalam industri perlombongan
bijih timah negara.

Faktor perkembangan bandar di Tanah Melayu.

B
Bandar menjadi pusat kegiatan orang Cina menjalakan aktiviti jual beli dan perniagaan.

A
Angka penduduk kian bertambah kerana penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.

N
Nadi perkembangan ekonomi moden seperti perusahaan bijih timah dan getah.

D
Di bandar segala urusan pentadbiran dijalakan seperti ibu negeri, jabatan kerajaan dan pejabat
swasta.

A
Ada banyak peluang pekerjaan disediakan dan membaiki taraf hidup.

R
Rangkaian jalan raya, kereta api, hospital dan kemudahan lain yang disediakan di bandar.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 18
Faktor kemasukan imigran dan buruh asing di Tanah Melayu.

I
Imigran dari China masuk dengan cara Sistem Tiket Kredit, sistem pengambilan rumah kongsi dan
sistem pengambilan kakitangan.

M
Masuk ke Tanah Melayu kerana kestabilan politik iaitu suasana aman dan damai.

I
Imigran dari India dibawa masuk dengan cara sistem kontrak, sistem buruh paksa dan sistem
kangani.

G
Galakkan British agar datang secara beramai-ramai.

R
Ramai imigran Cina dan India miskin kerana di negara asal sukar mencari pekerjaan dan penduduk
yang terlalu padat.

A
Ada yang datang ke Tanah Melayu kerana hubungan tradisi dengan India dan China.

N
Negeri Tanah Melayu kaya dan makmur kerana tanah subur dan kaya hasil bumi seperti bijih
timah.

Faktor perkembangan bandar di Tanah Melayu.

M
Maksud masyarakat majmuk adalah tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi mereka hidup
secara berasingan dan tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada agama, budaya, bahasa
dan cara hidup masing-masing.

A
Antara faktor kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu kerana kemakmuran
ekonomi Tanah Melayu iaitu banyak peluang pekerjaan, galakan pihak British, masalah di negara
asal seperti bencana alam, dan tidak mendapat tentangan orang Melayu.

J
Jenis pekerjaan berbeza kerana dasar buruh British iaitu pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi. Contoh orang Melayu sebagai petani.

M
Masalah perpaduan antara kaum kerana setiap kaum cenderung mengamalkan bahasa, budaya
dan adat resam masing-masing.

U
Unsur budaya negatif menular, kadar jenayah meningkat dan membawa penyakit berjangkit.

K
Kemajuan sosiaekonomi tidak seimbang kerana orang Cina bertumpu di kawasan bandar dan
menguasai ekonomi dengan aktiviti perniagaan. Orang Melayu pula tinggal di luar bandar dan
mengerjakan aktiviti bercucuk tanam dan pendapatan adalah rendah dan tidak tetap.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 19
T5B1
Maksud imperialisme, keistimewaan Asia Tenggara, faktor dan kesan imperialisme, sistem birokrasi Barat dan
reaksi penduduk Asia Tenggara.

Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan wilayah dan pengaruh untuk
I kepentingan tertentu seperti bijih timah yang diperlukan semasa revolusi perindustrian di Eropah.
Imprealisme mula berlaku sejak zaman Rom dan Yunani.
Menjadi sasaran imperalis barat kerana Asia Tenggara memilik keistimewaan seperti
 Lokasi strategik iaitu laluan antara China dan India,
M  Penduduk ramai menjamin pasaran luas,
 Tanah subur untuk pertanian dan
 Kekayaan bahan mentah untuk perindustrian contohnya bijih timah.
Pelbagai faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara iaitu :
 Faktor kekayaan (gold) seperti rempah ratus,
 Faktor keagamaan (gospel) iaitu menyebarkan agama kristian,
 Faktor kebanggaan (glory) iaitu ingin sanjungan dan galakkan pemerintah seperti Ratu
P Isabella.
 Faktor revolusi perindustrian,
 Sistem pengangkutan dan perhubungan,
 Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun serta
 Persaingan kuasa-kuasa barat.
Enam sebab imperialis Barat mudah menguasai Asia Tenggara kerana :
 Kemajuan sains dan teknologi,
 Menggunakan senjata moden seperti meriam,
E  Kekuatan tentera laut,
 Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan,
 Kelemahan sistem pertahanan Asia Tenggara dan
 Orang tempatan menggunakan senjata tradisional seperti tombak.
Kesan Imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara :
 Raja dan pembesar kehilangan kuasa,

R
 Pengenalan undang-undang Barat,
 Kemasukan kaum imigran,
 Muncul bandar baharu,
 Sistem politik dan ekonomi Barat diperkenalkan
Antara cara untuk mengekang imperialisme pada masa hadapan adalah :
 Kukuhkan jati diri,
 Jauhi gejala negatif,
A  Amalkan gaya hidup sihat,
 Pelihara keamanan negara,
 Kuasai ilmu dan kemahiran dan
 Sayangi Malaysiaku selalu.
Lenyapkan pentadbiran tradisional, kuasai sumber ekonomi, pecahbelahkan perpaduan rakyat,
L kukuhkan kuasa di tanah jajahan dan kurangkan pengaruh pemerintah adalah alasan imperialis
barat perkenalkan sistem birokrasi barat di Asia Tenggara.
Imperialis Barat memperkenalkan sistem birokrasi Barat dan ciri umumnya adalah
 Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah,
I  Pengenalan undang-undang Barat,
 Gabenor jeneral sebagai ketua pentadbir,
 Pegawai barat sebagai ketua biro dan

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 20
 Pentadbiran melalui biro.
Sistem birokrasi Barat mendapat tentangan dan reaksi penduduk tempatan kerana:
 Pemerintah hilang kuasa,
 Rakyat tempatan ditindas,
S  Cukai yang tinggi,
 Agama tempatan terancam,
 Pengaruh golongan agama merosot dan
 Kesulitan hidup kerana pengenalan undang-undang barat.

NASIONALISME

N
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara membawa gerakan
membebaskan negara, kuasa politik dan cengkaman ekonomi serta budaya asing.

A
Agama membawa kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. Contohnya gerakan islah di Tanah
Melayu dan Indonesia serta persatuan belia buddha di Burma.

S
Sistem pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati kerana amalan pilih kasih. Contohnya di
Indonesia anak priyayi diberikan pendidikan tersendiri.

I
Intelek yang cemerlang memberi peluang belajar di barat dan asia barat. Malah menjadi
pemimpin gerakan nasionalisme.

O
Orang Belanda perkenalkan sistem tanaman paksa di Indonesia dan orang Sepanyol perkenalkan
sistem polo di Filipina.

N
Nasionalisme tahap pertama antara cirinya bersifat setempat, tidak berorganisasi, menekankan
kesedaran politik dan menuntut hak dikembalikan.

A
Antara ciri tahap kedua adalah lebih radikal, kegagalan tahap pertama, menuntut berkerajaan
sendiri, mencapai kemerdekaan dan dipimpin oleh golongan berpendidikan barat.

L
Liga Filipina ditubuhkan oleh Jose Rizal pada 1892 bertujuan untuk mendesak kerajaan Sepanyol
melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
Indonesia tahap pertama fokus isu pendidikan, Raden Adjeng Kartini dedahkan kemunduran

I
rakyat Indonesia dan Muhammadiyah sebar Islam yang sebenar dan jauhi ancaman sekularisme.
Tahap kedua fokus perjuangan parti radikal seperti Sarekat Islam, Soekarno berjuang tuntut
kemerdekaan Indonesia dan Belanda mengharamkan Parti Nasional Indonesia.
Siam yakni Thailand tahap pertama menentang raja berkuasa mutlak, terdedah dengan sistem

S
demokrasi dan rakyat tidak puas hati sikap boros raja. Tahap kedua tidak puas hati dengan
monopoli ekonomi oleh kapitalis barat, diluluskan undang-undang sekat penguasaan ekonomi
orang Cina dan Thailand berjaya ambil semula Tanah Melayu dengan bantuan Jepun.

M
Mengambil iktibar perjuangan nasionalis Asia Tenggara antaranya perpaduan kaum, setia kepada
negara, berilmu pengetahuan, semangat waja, sanggup berkorban dan kemantapan strategi.
Etika memperkukuhkan semangat nasionalisme generasi muda ialah kibar bendera, lawatan ke
E tempat bersejarah, hayati sejarah perjuangan kemerdekaan, bulan patriotik di sekolah dan
anggotai persatuan sejarah.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 21
T5B2

Gerakan Islah

I
Islah bermaksud gerakan pembaharuan, mendorong orang Melayu membetulkan pandangan
terhadap Islam dan dipelopori oleh Kaum Muda di Tanah Melayu.

S
Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy merupakan antara
tokoh Gerakan Islah.
Langkah menjayakan Gerakan Islah dengan saranan agar menjana ajaran Islam dari sudut

L
kemajuan dunia, menggesa orang Melayu maju dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik dan
sosial serta berani mengkritik penjajah dan mengkritik raja juga pembesar Melayu yang tidak
membantu kemajuan orang Melayu.
Antara halangan Gerakan Islah di Tanah Melayu adalah tentangan daripada Kaum Tua, sekatan

A
undang-undang dikeluarkan di negeri-negeri Melayu, dakwah tidak dibenarkan tanpa perkenan
sultan, risalah tidak diberikan masuk ke negeri-negeri Melayu dan British menyekat bergerak
secara bebas.
Hargai perjuangan dengan menyokong Gerakan Islah kerana mementingkan pendidikan fardu ain,

H
ilmu hisab dan bahasa Inggeris, mendirikan madrasah bagi menyampaikan ajaran Islam, sistem
pendidikan Islam mencakupi ilmu dunia dan akhirat serta menggesa orang Melayu memajukan diri
berpandukan ajaran Islam.

T5B4
MALAYAN UNION

Muslihat/ Sebab/ Faktor/ Alasan/ Punca/ Tujuan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu
pada tahun 1946.

M
Mengawal kuasa politik orang Melayu.

A
Akan menjimatkan kos pentadbiran.

L
Licinkan urusan sistem pentadbiran.

A
Akan memastikan bekalan bahan mentah berterusan.

Y
Yakin untuk membantu Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

A
Akan memastikan golongan imigran taat setia menetap di Tanah Melayu

N
Negara & bangsa Malayan Union akan dibentuk.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 22
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union.
[Akronim - Si PJ JuGa]

Si
Singapura diasingkan.

PJ
Pesuruhjaya negeri dilantik.

Ju
Jus soli diperkenalkan.

Ga
Gabenor British mengetuai Malayan Union.

Sebab/ Faktor/ Reaksi orang Melayu bersatu menentang Malayan Union.

H
Hapus kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.

I
Islam tercabar kerana pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British.

J
Jus soli mengancam hak istimewa orang Melayu kerana kerakyatan terbuka

A
Angka orang Melayumengecil kerana kemasukan golongan imigran.

B
Bahasa Melayu dan tulisan jawi akan terancam.

Cara/ Tindakan/ Usaha orang Melayu menentang rancangan Malayan Union.

U
Utus surat bantahan dan telegram ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

N
Naikkan maklumat tentang kesan buruk Malayan Union di akhbar seperti Majlis.

I
Ingatkan orang Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan gabenor British.

O
Onn Jaafar menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan parti UMNO.

N
Negeri Kelantan & Kedah diadakan demonstrasi secara aman dengan membawa sepanduk &
poster.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 23
T5B5
SISTEM AHLI : Latar belakang, ciri-ciri, faktor, manfaat, kebaikan dan iktibar.

S
Sistem Ahli dicadangkan oleh Dato' Onn Ja'afar setelah berbincang dengan Sir Henry Gurney.

I
Idea Sistem Ahli mencontohi model negara Kenya dan Rhodesia Utara.

S
Selaras dengan hasrat British melaksanakan dasar dekolonisasi, elak pengaruh PKM, ke arah
berkerajaan sendiri dan perpaduan kaum faktor British memperkenalkan Sistem Ahli.

T
Tempoh pelaksanaan Sistem Ahli dari Januari 1951 hingga Jun 1955.

E.E.C. Thuraisingam mewakili orang India, Dato' Onn Ja'afar Yang Dipertua UMNO, Dr. Lee Tiang
E Keng mewakili kaum Cina dan Dato' Hamzah Abdullah Menteri Besar Selangor.

M
Merupakan sistem yang melatih penduduk Tanah Melayu dan kaum lain menerajui pentadbiran
Tanah Melayu.

A
Antara ciri Sistem Ahli ialah sistem kabinet bayangan, memegang jawatan yang dibentuk, dikenali
sebagai Ahli, dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British atas pesetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
Hak dan maruah bangsa dipertahankan melalui Sistem Ahli dengan menjaga portfolio tertentu,

H
mencadangkan Islam sebagai agama rasmi, tolak ansur pembinaan bangsa Malaysia dan
mengsyorkan bahasa Melayu diguna dalam urusan rasmi.

Latihan pentadbiran, latihan amalan demokrasi, latihan mengurus jabatan dan portfolio, perintis
L sistem jemaah menteri dan lahirkan pakatan murni adalah kebaikan pelaksana Sistem Ahli.

Ikhtibar pelaksanaan Sistem Ahli adalah semangat bekerjasama, toleransi, cinta akan negara, rela
I berkorban untuk negara dan bermuafakat.

Isu-isu dalam Suruhanjaya Reid

P
Pembentukan kerajaan pusat yang kuat

N
Pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan Negeri dalam bidang tertentu

B
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

A
Agama islam sebagai agama rasmi Persekutuan

K
Kerakyatan secara Jus Soli kepada orang bukan Melayu

R
Raja-raja Melayu

I
Hak Istimewa kepada orang Melayu

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 24
T5B6

Faktor-faktor pembentukan Malaysia.

Politik iaitu bimbang pengaruh Barisan Sosialis, ancaman komunis mendorong Tunku Abdul

P
Rahman membentuk Malaysia, mempercepat kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Singapura dan
Brunei serta proses dekolonisasi British dan menstabilkan politik di Asia Tenggara.

Ekonomi iaitu mewujudkan pasaran lebih luas, menggalakkan pelaburan asing, memajukan

E
industri pertanian, Tanah Melayu kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti bijih timah dan
menikmati pembangunan sosioekonomi dan politik.

Sosial iaitu untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan penduduk, semangat setia kawan,

S
mewujudkan kata sepakat dan memajukan anggota seperti Sabah dan Sarawak yang belum
membangun.

T5B8

Pembangunan dan Perpaduan Bangsa – RUKUN NEGARA

Rukun Negara digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Penggubalan Rukun Negara

R
dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada rusuhan kaum dan
mengancam keselamatan negara.

U
Untuk mengembalikan keharmonian kaum dan melicinkan pentadbiran negara
ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Kukuhkan perpaduan, lahirkan masyarakat yang adil, membina masyarakat progresif dan
K memelihara corak hidup demokratik merupakan matlamat penggubalan Rukun Negara.

Ugama/agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia, rakyat beragama mudah


U diurus dan menjadi warganegara yang berakhlak mulia dijadikan prinsip pertama Rukun
Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.
Nilai prinsip Rukun Negara dapat diamalkan dengan cara setia kepada raja dan negara,

N
berbudi pekerti mulia, hidup bersatu padu, mematuhi undang-undang, sikap toleransi dan
mentaati suruhan agama.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 25
Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu.

B
Bulan Bahasa dan Minggu Bahasa

A
Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Hasrat menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai bahasa ilmu tercapai
H pada tahun 1977.

A
Alam Shah, Seri Puteri dan Sultan Abdul Halim ditubuhkan sebagai sekolah menengah
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

S
Slogan Bahasa Jiwa Bangsa dilancarkan pada tahun 1960.

A
Ada termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sukan Mampu Mencapai Matlamat Perpaduan.

Sukan Malaysia (SUKMA) dapat mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara
S negeri.

U
Untuk aktiviti sukan melibatkan penyertaan pelbagai kaum.

K
Kokurikulum di sekolah sukan merupakan aktiviti yang sangat digalakkan.

A
Alat perpaduan tanpa mengira ideologi.

N
Nilai patriotik disemarakkan dalam kalangan lapisan masyarakat.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 26
T5B9
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.

D
Dasar luar bermaksud dasar yang merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil
oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain.
Antara matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk
 Memelihara kepentingan nasional,
 Menjamin keselamatan rakyat,
A  Mengekalkan kedaulatan negara,
 Pembangunan,
 Ekonomi dan
 Mengekalkan keamanan sejagat.
Sebab yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia adalah:
 Faktor sejarah iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam bentuk perdagangan.
S Contohnya dengan negara China.
 Faktor ekonomi kerana Malaysia mengamalkan pasaran bebas.
 Faktor demografi kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.
Ada dua bentuk hubungan luar Malaysia iaitu hubungan
 Bilateral iaitu hubungan secara langsung dengan sesebuah negara seperti Singapura

A dengan Indonesia.
 Multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk pertubuhan seperti ASEAN, OIC dan
PBB.

Rasional hubungan luar Malaysia dengan negara lain adalah


 Mengekalkan kedaulatan negara,
 Menjalin keselamatan rakyat,

R  Mengukuhkan sistem pertahanan,


 Meluaskan pasaran,
 Memajukan sistem pendidikan,
 Menggalakkan pelaburan asing

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 27
Jelaskan maksud globalisasi.

G
Globalisasi bermaksud perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan.

L
Ledakan teknologi maklumat berkembang dengan sangat pantas.

Operasi ekonomi dan sosial menyeberangi sempadan dalam masa yang amat singkat. Contohnya
O tenaga manusia.

B
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi adalah contoh kemajuan teknologi.

Antara faedah globalisasi adalah :


 Mewujudkan inovasi,
 Melahirkan modal intelek dan perkongsian pintar,
A  Penemuan baharu,
 Kunci kemajuan ekonomi dunia dan
 Membangunkan negara dari aspek sosio ekonomi.

Langkah kerajaan Malaysia menghadapi cabaran globalisasi adalah :


 Melancarkan projek MSC,
 Menggalakkan inovasi,
 Menjayakan k-ekonomi,

L
 Membanyakkan R & D,
 Menubuhkan sekolah bestari dan sekolah wawasan,
 Mentranformasi kurikulum,
 Menyediakan prasarana yang canggih dan
 Melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran tinggi.

En.Aziz/Pn.Hanita/Pn.Shimah Page | 28

You might also like