You are on page 1of 5

1

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2018


SKRIP PENGACARA MAJLIS

A : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia PUAN NORAIDAH BINTI NORDIN


, GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN USJ20 SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN diiringi oleh Yang berusaha Barisan penolong kanan
SKUSJ20

Q : Nyanyian lagu negaraku, lagu Negeri Selangor.

A : Terima kasih atas nyanyian penuh semangat sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

1. Yang Berbahagia
PUAN NORAIDAH BINTI NORDIN
Guru besar SKUSJ20

2. Yang Berusaha
ENCIK RAZALI BIN HASHIM
Penolong Kanan Pentadbiran

3. Yang Berusaha
En. Mohd Hazni bin Abd Karim
Penolng Kanan Kokurikulum

4. Yang berusaha,
Puan Norzuliyanti binti Kassim
Penolong Kanan Hal ehwal murid

5. Yang dihormati
6. Guru-guru dan AJK Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018 dan
seterusnya

7. Para Pelajar yang dirai sekalian

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, majlis
hari anugerah kecemerlangan kokurikulum 2018 ini dapat diadakan pada
hari ini.

Untuk makluman semua, hari anugerah ini bertujuan menghargai murid-


murid yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan sukan dan
kokurikulum di semua peringkat.
2

Q :
Diatur kata penuh bermakna
Impian Insan disusun semua
Dilafaz hajat kepadaMu jua
Kabulkan impian seindah doa

Majlis diteruskan lg dengan menjemput Al Fadhil Ustaz Hakim untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

***doa

B : Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Mari singgah di desa nan indah


Berseri bunga mekar menawan
Nyanyi sudah doa pun sudah
Mari kita mendengar ucapan

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Hazni bin Abd Karim gru
penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

UCAPAN ALUAN

B : Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yg Berusaha Puan Noraidah binti


Nordin Guru Besar SKUSJ20 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum 2018. Dipersilakan.

UCAPAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih ats ucapan itu td.Semoga ucapan
yang sarat dengan harapan dan pesanan itu melonjakkan semangat
warga syp untuk terus memacu daya usaha ke mercu kecemerlangan
kokurikulum.
3

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seloka bukan sebarang seloka


Seloka pantun kiasan diri
Majlis kini berehat seketika
Saksikan wadah istimewa ini

Dengan ini terimalah HAKKA yang akan dipersembahan oleh murid-murid


lelaki sekolah ini. Dipersilakan

Persembahan

Untuk makluman semua, persembahan HAKKA ini dipersembahkan oleh


__________ dengan bimbingan guru ___________________

C : Murid-murid sekalian,
Kelangsungan dan kelancaran sesebuah organisasi adalah disebabkan
kepimpinan dan kerjasama jawatankuasa pelaksana. Tanpa jawatankuasa,
sesuatu organisasi tidak akan mampu ditadbir dengan baik.

Oleh sebab itu, untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada


jawatankuasa unit beruniform, majlis menjemput Yang Berbahagia, Puan
Norzuliyanti binti Kassim untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil.
Dipersilakan.
Dijemput penerima penerima sijil penghargaan Jawatankuasa Unit
C : beruniform :
Rujuk lampiran

Terima kasih kepada Puan Zuliyanti di atas kesudian menyampaikan sijil


penghargaan.

Tahniah kepada jawatankuasa unit beruniform sesi 2018.

D Kini, majlis kita akan diserikan lagi oleh persembahan pendakwah cilik. Majlis
mempersilakan.

Wah, sungguh menarik dan menghiburkan persembahan yang


dipersembahkan tadi. Berikan tepukan yang gemuruh.

Q : Seterusnya, majlis menjemput Encik Hazni bin Abd Karim selaku guru
penolong kanan SKUSJ0 untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis.

Untuk menerima sijil penghargaan jawatankuasa sukan dan permianan,


dipersilakan :
4

RUJUK LAMPIRAN

Syabas dan tahniah buat penerima sijil. Teruskan berbakti di masa hadapan.
Terima kasih kepada Encik Hazni atas penyampaian sijil/.

Hadirin sekalian,

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Setiap kejayaan pasti ada pahit manisnya pasti ada pengorbanannya.
Setiap kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan.

Kini kita beralih ke agenda penyampaian anugerah sumbangsih peringkat


negeri dan kebangsaan.

Untuk menyampaikan penghargaan sumbangsih ini, majlis menjemput


sekali lagi Encik Hazni bin Abd Karim naik ke atas pentas.dipersilakan.

Penerima penghargaan ini ialah :

_______________________ peringkat ____________ (RUJUK LAMPIRAN)

Tahniah kepada penerima sijil. Semoga kejayaan terus menjadi milik kita.
Kejayaan!

Terima kasih kepada Encik Hazni atas kesudian menyampaikan sijil.

Kini kita akan beralih kepada persembahan terakhir dan persembahan


penutup Majlis Anugerah Kokurikulum 2018 iaitu persembahan Multimedia.
Saksikanlah.

Terima kasih atas tayangan multimedia yang begitu hebat sebentar tadi.

Akhirnya inilah masa yang ditunggu-tunggu. Penyampaian Anugerah Khas


Sukan. Untuk makluman, penerima Anugerah Khas Sukan dipilih
berdasarkan sumbangan dan kecemerlangan atlet ini dalam
menyumbang kejayaan serta komitednya untuk mengharumkan nama
sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum itu, majlis menjemput Puan Guru besar Puan Noraidah binti Nordin
untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan anugerah khas ini.

(baca biodata dan sumbangan)


5

Bagi penerima Anugerah Khas Kokurikulum 2018 kategori lelaki/perempuan


dianugerahkan kepada ________________________________________.
Dipersilakan.

Tahniah..Tahniah..Tahniah.. Majlis mendoakan agar kejaayan seperti ini


terus dikecapi.

Terima kasih kepada Puan guru besar.

dan kini......masa untuk bersurai.Kepada penerima sijil. Teruskan sumbangan


dan kejayaan. Bagi murid-murid lain, belajar dari rakan anda dan cubalah
menjadi pemimpin. Pemimpin tidak dilahirkan tetapi dibentuk..Sekian terima
kasih. Wassalam.