You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/46480625

Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran

Article · January 2010


Source: OAI

CITATION READS

1 14,848

2 authors, including:

Azizi Yahaya
Universiti Brunei Darussalam
119 PUBLICATIONS   383 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Technological Immersion in Brunei View project

Goh S. Y.'s Master of Educ. (Educ. Psychology) dissertation View project

All content following this page was uploaded by Azizi Yahaya on 21 April 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TEORI BERKAITAN GAYA PEMBELAJARAN DAN KAEDAH
PENGAJARAN

Azizi Yahaya Dan Syazwani Binti Abdul Razak

Bahagian ini membincangkan tentang teori berkaitan gaya pembelajaran dan kaedah
pengajaran. Perbincangan ditumpukan kepada pembentangan konsep, teori dan model yang
berkaitan dengan kajian ini.

2.1.1 Teori Gaya Pembelajaran

Menurut Davis (1993), tiada satu pun gaya pembelajaran yang mempamerkan cara
terbaik daripada yang lain, dan tidak ada juga mana-mana gaya pembelajaran yang dapat
meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Beliau seterusnya menekankan kepentingan
memahami gaya pembelajaran untuk; menerangkan perbezaan strategi pembelajaran pelajar,
membentuk strategi pengajaran supaya mudah difaham pelajar dan membimbing pelajar
meneroka strategi pembelajaran yang lebih berkesan.

Curry (1987) cuba menjelaskan gaya pembelajaran melalui “model bawang merah”
(the onion model). Ia terdiri daripada empat lapis iaitu model sahsiah, model pemprosesan
maklumat, model interaksi sosial dan model medium pembelajaran yang disukai. Model
sahsiah merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan sahsiah seseorang
pelajar, seperti ekstrovet (belajar dalam kumpulan) atau introvert (belajar bersendirian).
Model pemprosesan maklumat pula merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang
sesuai dengan cara seseorang pelajar menerima dan memproses maklumat, seperti cara
holistik (memahami secara keseluruhan) atau cara bersiri (memahami secara langkah demi
langkah). Model interaksi sosial pula merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang
sesuai dengan amalan interaksi sosial pelajar, seperti pembelajaran berorientasikan sosial atau
pembelajaran berorientasikan gred. Kategori keempat ialah model medium pembelajaran
yang disukai merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai melalui medium
yang mana pembelajaran boleh berlaku, seperti mendengar, membaca atau pengalaman terus.

Seterusnya Messick (1976) dan Grasha (1984) menekankan bahawa kefahaman


tentang gaya pembelajaran dan orientasinya membantu keberkesanan pengajaran, sementara
pelajar pula lebih berpuas hati dan lebih produktif jika mereka belajar dengan kaedah yang
sesuai dengan gaya mereka sendiri. Sementara Claxton dan Murrell (1987) pula mengenal
pasti sekurang-kurangnya enam belas model gaya pembelajaran yang disenaraikan menurut
kategori “model bawang merah”, sebagaimana yang dikemukakan Curry (1987). Jadual 2.1
menunjukkan pengkelasan gaya pembelajaran tersebut. Perbincangan seterusnya berkisar
kepada model gaya pembelajaran yang dipilih. Model yang tidak disenaraikan dalam contoh
tersebut, tetapi berfaedah dalam kajian ini dibincangkan juga.

Jadual 2.1 : Pembahagian Model Gaya Pembelajaran


Model Sahsiah Model Pemprosesan Maklumat

 Myers-Biggs Type Indicator  Felder


 Witkin  Kolb

Model Interaksi Sosial Model Medium Pembelajaran yang


Disukai
 Reichman dan Grasha
 Perry  Canfield
 Belenky  Dunn dan Dunn
 VAK

2.1.1.1 Model Sahsiah

Model sahsiah menerangkan bagaimana pelajar berinteraksi di bilik kuliah. Model ini
menilai pengaruh sahsiah dalam pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan
maklumat tersebut. Model paling popular ialah model Myers-Briggs Type Indicator yang
teruji kesahan dan kebolehpercayaan.

(a) Model Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

Model ini dikenali ramai untuk mengukur sahsiah, yang dipelopori Isabel Myers dan
Katherine Briggs. Sempena dengan nama mereka inventori ini dinamakan Myers-Briggs Type
Indicator (Myers 1978) berdasarkan teori jenis psikologi Carl Jung, yang menghuraikan
empat pasangan kategori sahsiah untuk memerihal pelajar, iaitu extraversion-introversion,
sensing-intuition, thinking-feeling, dan judging-perceiving (Hatcher 1999). Setiap jenis
sahsiah ini mempunyai orientasi berlainan dalam mempengaruhi kebolehan dalam
pembelajaran dan cara menjalankan tugas pembelajaran.

(b) Model Herman Witkin Field Independence-Dependence

Siasatan gaya kognitif yang melibatkan pembelajaran bermula dengan ahli falsafah,
tetapi minat dalam topik ini dicetus hasil daripada penyelidikan Witkin (1954). Pengujian
penyelidikan tersebut bermula pada akhir tahun 1940’an, yang dapat mengenal pasti dua gaya
pembelajaran utama, iaitu field dependence dan field independence. Inventori Herman Witkin
(Field Independence-Dependence) merupakan indikator gaya kognitif yang paling terkenal
ketika itu. Dalam teori di sebalik indikator ini, pelajar yang bersifat bergantung kepada orang
lain, lebih memerlukan bimbingan guru dan juga sokongan rakan sebaya. Manakala pelajar
yang berdikari, lebih cenderung memiliki sifat analitikal dan kurang menghiraukan tekanan
rakan sebaya atau pun arahan semasa pengajaran. Untuk merumuskan model ini, Witkin
(CTL Learning Styles Site 1999) mengenal pasti bahawa kebolehan pelajar untuk menghalusi
perkara-perkara secara terperinci daripada konteks pengetahuan, merupakan indikator penting
tentang bagaimana pelajar itu mendekati dan mentafsir kehidupan harian.

2.1.1.2 Model Pemprosesan Maklumat


Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh
individu untuk percambahan maklumat. Kategori model gaya pembelajaran ini menghuraikan
proses bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan.

(a) Model Kolb “Learning Style Inventory”

“Learning Style Inventory” (LSI) yang dipelopori Kolb (1976, 1984) serta Kolb dan
Whishaw (1985) berasaskan Teori Pembelajaran Pengalaman Kolb (Experiential Learning
Theory) dan teori Kurt Lewin dan Carl Jung (Kolb 1984). David Kolb membentuk dan
membina semula teori ini dan menghasilkan LSI semenjak tahun 1970’an. Model ini
menekankan kepada bagaimana individu menanggap atau mengamati dalam proses
pembelajaran. Ia juga menekankan kepada bagaimana maklumat itu diproses. LSI terdiri
daripada tret kognitif, yang dikelaskan sebagai gaya pembelajaran kerana diterbitkan
daripada teori pembelajaran. Selain Lewin, asal usul LSI ini telah dikaitkan dengan pengaruh
John Dewey dan Jean Piaget (Kolb 1984).

(b) Model Gaya Pembelajaran Felder

Felder merupakan penyelidik utama yang mengkaji gaya pembelajaran, pertama


bersama Solomon (Felder & Solomon 1970) dan kajian yang sama diteruskan lagi bersama
dengan Silverman (Felder & Silverman 1988) dengan sedikit perubahan. Model Index of
Learning Style Questionnaire Felder dan Solomon (1970) mengenal pasti empat dimensi
gaya pembelajaran yang diterbitkan daripada Index of Learning Style Questionnaire. Empat
dimensi itu ialah input (visual atau verbal), pemprosesan (aktif atau reflektif), pengamatan
(kepekaan atau intuisi) dan kefahaman (sequential atau global). Jadual 2.2 meringkaskan
maksud dimensi tersebut.

Jadual 2.2 : Indeks soal selidik gaya pembelajaran


Visual Verbal
Input Lebih suka membaca, melihat Lebih suka mendengar apa yang
imej, carta, gambarajah dan diucapkan termasuk membaca perkataan
animasi. bertulis dan mendengar suara hati.

Aktif Reflektif
Pemprosesan Lebih suka belajar dengan Lebih suka belajar secara mendengar,
melakukan aktiviti dengan menonton dan memikir.
sendiri. Dengan ini proses
belajar adalah secara langsung.

Kepekaan Intuisi
Pengamatan Membina pandangan daripada Lebih suka kepada teori, model dan
data dan eksperimen. pentafsiran.

Sequential Global
Kefahaman Perlukan maklumat bahagian Pelajar ini memerlukan gambaran
yang kecil untuk memahami keseluruhan sebelum dipersembahkan
gambaran secara keseluruhan. bahagian yang kecil. Perlukan maklumat
dalam konteks sebenar dan gambaran
keseluruhan memperlihatkan kejelasan
bahagian kecil.

2.1.1.3 Model Interaksi Sosial

Model interaksi sosial menjelaskan bagaimana pelajar bertingkah laku dalam bilik
kuliah. Di antara model-modelnya adalah Grasha dan Reichmann (1974), Perry dan Belenky
dan Magolda (O’Connor 1999). Perry menunjukkan bagaimana pelajar kolej/universiti maju
melalui kematangan intelek yang berlainan. Belenky pula mengkaji wanita yang memilih
pendekatan gaya pembelajaran dari aspek sosial. Magolda menghuraikan strategi
epistemologi yang digunakan pelajar adalah berbeza, berdasarkan gabungan model Perry dan
Belenky (CTL Learning Styles Site 1999). Inventori Grasha dan Reichmann bertujuan untuk
memberi tumpuan kepada cara pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan dalam
suasana pembelajaran.

(a) Grasha dan Reichmann : Learning Styles Scales

Grasha dan Reichmann (1974) membina Learning Style Scales (GRLSS) untuk
menilai perbezaan dalam gaya pembelajaran di kalangan pelajar, selepas tamat sekolah
menengah yang ditumpukan kepada mahasiswa universiti. Tujuan inventori ini untuk
memberi tumpuan kepada cara pelajar berinteraksi dengan guru dan rakan dalam suasana
pembelajaran. Oleh itu, inventori ini dikategorikan sebagai indikator sosial dan bukan untuk
gaya kognitif atau pun untuk peringkatan perkembangan (Hatcher 1999). Mereka
membahagikan gaya pembelajaran kepada enam, iaitu elakan (avoidant), peserta
(participant), bebas (independent), bergantung (dependent), kerjasama (collaborative) dan
bersaing (competitive). Kajian tersebut ditumpukan pula kepada tiga pasangan dwikutub,
pertama ialah elakan atau peserta, kedua ialah bebas atau bergantung dan ketiga ialah
kerjasama dan bersaing.

Model Grasha dan Reichmann (1974) ini menumpukan perhatian kepada sikap pelajar
terhadap pembelajaran, aktiviti bilik kuliah, guru dan rakan sebaya. Inventori ini memfokus
terhadap tabiat interaksi. Terdapat dua versi GRLSS, iaitu “General Class Form” dan
“Specific Class Form”. Kedua-dua bentuk borang inventori ini mengandungi 90 item yang
menggunakan skala Likert lima mata, yang meliputi keenam-enam dimensi dengan
menggunakan 15 item setiap satu.

(b) Model Perry

William Perry (CTL Learning Styles Site 1999) menyatakan bahawa individu melalui
empat peringkat perkembangan semasa di kolej. Peringkat pertama, dikenali sebagai
Dualisme, iaitu pelajar cenderung untuk membahagikan perkara-perkara kepada yang salah
atau betul, palsu atau asli, baik atau buruk. Pelajar memandang pensyarah sebagai yang betul
dan peranan pelajar ialah untuk mengungkapkan semula (merujuk kepada ilmu) apa yang
telah diterima. Mereka merasa hampa apabila disuruh mendengar pandangan pelajar lain,
kerana menurut mereka, pandangan yang diberikan rakan mereka lebih cenderung kepada
yang salah. Pelajar ini merasa lega apabila pensyarah jelas dan selesa menyampaikan kuliah.

Peringkat kedua dinamakan Multiplicity kerana pelajar sedar bahawa ilmu juga adalah
pandangan dan mana-mana pandangan juga merupakan ilmu. Peranan pelajar ialah untuk
menawarkan idea mereka sendiri. Mereka merasa hampa apabila mendapati bahawa
keperluan kriteria tertentu menghadkan penglibatan mereka dan merasa lega apabila
dibenarkan meluahkan isi hati mereka. Peringkat ketiga dinamakan Contextual Relativism.
Dalam peringkat ini pelajar sedar bahawa terdapat panduan tertib apabila memilih pendapat
tertentu. Mereka menerima bahawa peranan pelajar adalah untuk mengaplikasikan kemahiran
dan ilmu berdasarkan bidang akademik. Peringkat keempat, dinamakan Commitment within
Contextual Relativism. Pelajar mengaitkan kemahiran disiplin ke dalam keadaan baru dan
dapat menerima bahawa mereka perlu mengaplikasikan ilmu dalam suasana luar daripada
bilik kuliah. Mereka berasa hampa apabila aktiviti pelajaran tidak dikaitkan dengan
penggunaan yang relevan dengannya dan merasa lega apabila mereka dibenarkan
mengaplikasi idea dalam kehidupan harian.

(c) Model Belenky

Selepas mengkaji pelajar wanita, Belenky (CTL Learning Style Site 1999)
menghuraikan beberapa strategi yang pelajar harus gunakan, mengikut set sosial dan
pedagogi. Langkah-langkah tersebut telah dikenal pasti, iaitu pertama, ilmu yang diterima
ialah strategi apabila pelajar mendengar dan menerima autoriti luar. Mereka tidak sedar
bagaimana mereka membentuk ilmu secara sendiri dan lebih gemar memberikan semula apa
yang mereka tahu kepada pensyarah. Ilmu subjektif ialah strategi yang mana pelajar
mengenal pasti keupayaan mereka sendiri untuk membina ilmu, tetapi lebih suka menyimpan
idea sendiri dan pemikiran dalam dirinya. Kepada mereka, ilmu adalah hak sendiri dan lebih
bersifat peribadi. Mereka tidak mempercayai penyampaian pakar bidang tentang sesuatu ilmu
itu. Ilmu prosedur menghuraikan strategi untuk menyusul rutin berdisiplin untuk
menganalisis dan menterjemah pengalaman dan peristiwa. Pelajar ini mahu mencuba
memahami perspektif orang lain. Ilmu terbina ialah strategi untuk mengaplikasi ilmu dalam
konteks tertentu. Pelajar menyedari bahawa mereka sendiri boleh membentuk ilmu secara
mahir dengan bertindak balas dengan kualiti objektif dan subjektif semasa dalam proses itu.

2.1.1.4 Model Medium Pembelajaran Yang Disukai

Model ini menumpukan kepada medium pembelajaran yang dipilih pelajar. Model ini
digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan. Terdapat beberapa model
yang dibincangkan. Model yang paling popular ialah model VAK yang banyak digunakan
dalam kajian ini.

(a ) Model VAK

Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan
kinestetik. Ketiga-tiga gaya pembelajaran ini akan digunakan dalam kajian ini.

i) Gaya Pembelajaran Visual

Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks
berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih
mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks
berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi
mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota
syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center,
1984).

ii) Gaya Pembelajaran Auditori

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “auditori” belajar dengan mendengar perkataan
yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan
kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang
baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio,
mengajar murid lain dan berbincang dengan guru (Murdoch Teacher Center, 1984).

iii) Gaya Pembelajaran Kinestetik

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui
pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat
mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on.
(Murdoch Teacher Center, 1984).

(b) Model Dunn dan Dunn

Usaha untuk memberikan koleksi integratif dalam menilai pelbagai perbezaan gaya
pembelajaran telah dipelopori Rita Dunn daripada St John’s University, New York dan
Kenneth Dunn daripada Queen’s College, New York (Whitefield 1995). Terdapat dua
inventori yang menggunakan model ini, iaitu Inventori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
(1978) dan Productivity Environmental Preference Survey (Dunn, Dunn & Price 1982).
Inventori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) digunakan untuk mengaplikasikan gaya
pembelajaran dalam proses kaunseling, kerana ia adalah model pelbagai dimensi yang boleh
dipercayai dan mempunyai kesahan dan juga asas penyelidikan yang kukuh. Seterusnya
Dunn, Dunn dan Price (1985) menghasilkan Learning Style Inventory untuk menilai gaya
pembelajaran remaja gred tiga hingga gred dua belas (bersamaan Tahun 3 hingga Tingkatan
6). Inventori ini berbentuk soal selidik yang terdiri daripada 104 item, bertujuan untuk
mengenal pasti 22 unsur berhubung dengan persekitaran, emosi, sosiologikal, fizikal dan
psikologi.

Inventori Productivity Environmental Preference Survey (Dunn, Dunn & Price 1982)
digunakan untuk orang dewasa, yang terdiri daripada 100 item, bertujuan untuk mengenal
pasti kesukaan orang dewasa individu tentang suasana kerja dan persekitaran pembelajaran.
Gaya pembelajaran jenis ini direka khusus untuk kegunaan kaunseling. Menterjemah gaya
pembelajaran memberikan data tentang bagaimana individu mengamat atau menanggap,
berinteraksi dan bergerak balas kepada persekitaran pembelajaran. Mengetahui gaya
pembelajaran sendiri, menjadikan seseorang pelajar sedar jenis bantuan kaunseling yang
lebih sesuai dan disukai dengan mengaplikasikan teknik yang bergerak balas dengan pelbagai
ragam pelajar.

(c) Canfield Learning Style Inventory

Inventori gaya pembelajaran Canfield (CLSI) merupakan satu inventori yang dikupas
daripada hasil kerja Joseph Hill, yang menumpukan kepada dimensi sikap dan afektif dan
bukannya kognitif (Claxton & Murrell 1987). CLSI menilai pembelajaran yang lebih
digemari. Inventori ini mengandungi 30 item yang menentukan gaya pembelajaran yang lebih
digemari dan jawapan setiap item berdasarkan empat pemilihan. Empat kategori yang diuji
ialah syarat (conditions), kandungan (content), mod (mode) dan jangkaan (expectancy).
Markat bagi setiap kategori boleh ditafsirkan berdasarkan kriteria; rakan sebaya, organisasi,
menentukan matlamat (goal setting), saingan (competition), pengajar (instructor), terperinci
(detail), bebas (independence), autoriti, numerik, kualitatif, tidak bergerak (inanimate),
people, listening, reading, pengalaman langsung dan jangkaan.

2.1.2 Teori Kaedah Pengajaran

Child (1983) menekankan bahawa sistem pendidikan harus disediakan untuk


memenuhi keperluan individu. Model pengajaran ini menekankan bahawa pengajar
mempunyai peranan yang berbeza, iaitu pengajar sebagai pengurus perubahan. Pengajar
dalam model ini, perlu mengubah kaedah pengajaran supaya sesuai dengan setiap pelajar.
Masalah yang timbul untuk menjayakan kaedah ini ialah saiz kelas yang besar dan
kekurangan kemudahan untuk pengajaran secara individu. Ini meliputi kemudahan komputer
mikro dan buku teks serta penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka.

Selain itu penekanan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mengambil cara dan
teknik menjawab soalan peperiksaan. Menurut Selmes (1987), cara ini sering
menggambarkan bagaimana pelajar mempelajari sesuatu mata pelajaran. Katanya lagi,
kaedah belajar yang dikemukakan dalam banyak penulisan tentang kaedah pembelajaran
mencerminkan kaedah yang terpencil, iaitu kaedah yang tidak didukung mana-mana
pembuktian penyelidikan. Kebanyakan kaedah pembelajaran tersebut merupakan kaedah
belajar umum yang disesuaikan mengikut atribut pelajar ‘ideal’, tanpa memberi penekanan
kepada perbezaan individu yang terdapat pada diri pelajar.

Kecenderungan pendidik di Amerika Syarikat dan Britain dalam menyalurkan


teknologi dalam bidang pendidikan, mempunyai impak ke seluruh dunia. Tujuan utama
penggunaan teknologi ini ialah untuk menjadikan pendidikan lebih produktif dan bersifat
individu; iaitu dengan memberi pengajaran yang lebih saintifik (Clark & Salomon 1986).

Rujukan

Adams, D.M & Hamm, M. (1994). New Designs For Teaching and Learning : Promoting
Active Learning In Tomorrow's Schools. San Francisco, CA : Jossey-Bass.
Allen, W.H. (1975). Intellectual Abilities and Instructional Media. AV Communication
Review, 23 (Summer): 139-170.
Azizi Yahaya, et, al ( 2007 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur :
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd .
Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Halimah Ma’alip, Baharudin Arus, Zahari Hamidon (2013)
Contributing Factor of Using Information Technology in Teaching and Learning among
Engineering Teachers. European Journal of Scientific Research ISSN: 1450-216X
/202X, Volume 114, Issue 4
Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Halimah Ma’alip, Baharudin Arus, Zahari Hamidon (2013)
Behavioural Sciences on Learning Style and Teaching Technique Induces the Force of
Intelligent of Civil Engineering Programme in Technical School, European Journal of
Social Science
Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Halimah Maalip, Zahari Hamidon, Baharudin Arus1,Gan Lui
Nam (2013} Practice And Level of Reflectivity Amongst Student Teachers Of
Universiti Sains Malaysia, European Journal of Scientific Research

Berg, E.V. (1988). The Method and Technique of Teaching. London : Oxford University
Press.
Choy, Sau Kam (1999). Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik. (atas talian)
http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_choy.pdf
Child, Dennis. (1983). Applications of Psychology for The Teacher. London : Cassell
Educational.
Curry, Lynn. (1987). Integrating Concepts of Cognitive or Learning Style: A Review With
Attention to Psychometric Standards. Ottawa, Ontario: Canadian College of Health
Service Executives.
Davis, B.G. (1993). Tools for Teaching. San Francisco: Josey-Bass Inc.
De Bono, Edward (1997). Pemikiran Lateral. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.
De Vaus, D. A. (1996). Surveys in social research. London : George Allen & Unwin.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1995). Kamus Dewan. Kuala Lumpur.
Dunn, R. (1981). Learn How To Study. Shpre Book Limited.
Dunn, R and Dunn, K. (1982). Teaching Students through Their Individual Learning Styles:
A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.
Dunn, R., Dunn, K. & Price, G. (1982). Manual: Productivity Environmental Preference
Survey. Lawrence, Kansas: Price Systems.
Grasha, A.F & Reichmann, S.W. (1974). A Rational Approach to Developing and Assessing
the Construct Validity of a Student Learning Style Scale Instrument. Journal of
Psychology 87:213-223.
Joyce, B.R. & Weil, M. (1980). Models of Teaching, Second Edition. Englewood Cliffs, New
Jersey 07632: Prentice Hall.
Krejeje.R.V., Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research, educatioanal &
psychological measurement. (607-610)
Linbeck, J. (1986). Effective Teaching : A GuideTo General Method. Don Mills, Ontario :
Myers, I. (1978). Myers-Briggs Type Indicator. Palo Alto, CA: Consulting Pyschologists
Press.
Neerink, M. & Palmer, P. J. (1977). Challenge. South Melbourne : Macmillan.
Nik Asmah (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas : Teori dan Prakti. Kajang :
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.
Norihan Abu Hassan & Madihah Khalid (1992). Pembelajaran Matematik: Faktor
Kelemahan Pelajar. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains dan Matematik Ke V
(1992), 207-228.
Norihan Abu Hassan (1997). Analisis Penilaian Pengajaran Oleh Pelajar : Kajian Kes.
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Norihan Abu Hassan (2001). Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran, Keupayaan Awal,
Kesukaran Subjek dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Matematik Pelajar
Diploma Kejuruteraan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
O'Connor, T. (1999). Using Learning Styles to Adapt Technology for Higher Education..
Indiana State University : CTL Learning Styles Site.

Poh, Swee Hiang (1999). Pedagogi Sains 5 : Penilaian dan Pengurusan Kurikulum Sains.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Selmes, I.P (1987). Improving Study Skills. London : Holder and Stoughton.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1990). Ilmu Pendidikan Psikologi. Kuala Lumpur: Heinemann
Education Book (ASIA) Ltd.
Sharin Mohd Yasin (1993). Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Daerah Alor
Gajah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaugnessy, M.F. (1998). An Interview with Rita Dunn About Learning Styles. Clearing
House. 71 (3), 141-145.
Siti Hawa Munji. (1987). Strategi Belajar: Lulus Peperiksaan. Kuala Lumpur: Golden Books
Centre Sdn.Bhd.
Stovall, I., Kelly, M. & Liebermann, J. (1998). Learning Styles and the online environment.
http://illinoi.online.uillinois.edu
Suhana Subahir (1992). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Mata
Pelajaran Teknologi Elektrik Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah
Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Master.
The National Center for Research In Vocational Education (1978). University of California,
Berkeley. (atas talian)
http://vocserve.berkeley.edu/
Wagener, U.E. (1991). Changing The Culture of Teaching Mathematics at Indiana. Change –
The Magazine of Higher Learning. Jilid 23 No. 4, 29-37.
Wallace, R. G. (1985). Introducing Technical and Vocational Education. Basingstoke :
Macmillan.
Wan Zuraida Wan Hamid (2002). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Webster, J.G. (1985). The measurement, instrumentation, and sensors : handbook. Boca
Raton, Fla.: CRC Press.
Whitefield, D. (1995). Learning Styles: Great Minds Don’t Think Alike! A Focus on
Learning. Proceeding of the 4th Annual Teaching Learning Forum, hlm 271-275.
Winkel, W.S (1998). Psikologi Pengajaran. Jakarta: Pt Grademia Widiasarana.
Witkin, H.A. (1954). Personality Through Perception: An Experimental And Clinical Study.
Wesport, CT: Greenwood Press.

Wolf, M.B. (1988). Instrument development in the affective domain : measuring attitudes and
values in corporate and school settings. Boston : Kluwer Acad Pr.
Yahya Emat (1993). Teknologi dan Amalan Pemasangan Elektrik. Petaling Jaya : Eastern
Universities Pr.

Yong et. Al (1996). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Teknik dan Vokasional. Kuala
Lumpur : DBP.

View publication stats

You might also like