You are on page 1of 10

EAR/CPR

E=ELEVATION (MENINGGIKAN)
A=AIRWAY (LALUAN UDARA
R=RESUSCITATION (PEMULIHAN PERNAFASAN)

CPR= CARDIOPULMONARY RESUSCITATION


Prosedur EAR

Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan


leher. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk
membuang sebarang kotoran (contohnya darah,
muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)

1. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan.


Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi
mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin
2. Menggunakan tangan yang berada pada
dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas
sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan
lekapkan pada mulut mangsa, kemudian
hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut dipaksa
memasuki paru-paru.
3. Tunggu sehingga dada mangsa menurun,
kemudian ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-
menerus dengan cepat.
4. Apabila mangsa telah boleh bernafas
dengan sendiri, letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat CPR)
5. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang
neutral tanpa mendongakkan atau
mengangkat dagu dengan banyak kerana ini
boleh memburukkan lagi kecederaan pada
leher.
6. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa
boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau
sehingga keadaan mangsa menjadi semakin
merosot dengan terhentinya jantung, dan pada
masa ini penyelamat perlu melakukan
resusitasi kardiopulmonari (CPR).

You might also like