You are on page 1of 4

Kata Kerja

* Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan yang


dilakukan oleh manusia, benda atau binatang.

* Kata kerja terbahagi kepada:

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif


- kata kerja tak transitif
- Kata kerja transitif menerangkan perbuatan menerangkan perbuatan yang
yang dilakukan oleh pelaku dilakukan oleh pelaku (subjek)
(subjek) ke atas sesuatu benda (objek). terhadap diri sendiri serta tidak
memerlukan objek sesudahnya.
- Kata kerja ini tidak boleh berdiri sendiri.
- kata kerja ini boleh berdiri sendiri.

Contoh: Contoh:

Adik sedang melukis potret. Aminah suka termenung.

subjek objek subjek

Murid-murid sedang tekun membaca buku. Ayah sedang berbaring.

subjek objek subjek

Mereka menonton televisyen selepas makan Kanak-kanak itu berlari.


malam.
subjek objek subjek

Kakak sedang membuat hadiah untuk Gadis itu ketawa.


kawannya.
subjek objek subjek

Sourced from internet. Not for sales 1


Latihan

Pilih kata kerja yang sesuai bagi soalan di bawah.

1. Zarina _________ sejambak bunga kepada Fitri.


A. menghadiahkan
B. menanam
C. menerima

2. Zainal sering ___________ ibunya pergi ke pasar.


A. menemani
B. mengelilingi
C. mendampingi

3. Pada setiap pagi, Siew Ching akan ____________ tempat tidurnya.


A. membungkus
B. mengemas
C. meletak

4. Mereka ____________ tin-tin kosong untuk mengelakkan pembiakan


nyamuk Aedes.
A. menabur
B. menanam
C. menyiram

5. Pemain itu terjatuh semasa ___________ bola di tengah padang.


A. mengejar
B. menolak
C. memegang

6. Guru besar sedang ____________ tetamu yang datang ke majlis itu.


A. meraikan
B. menjemput
C. menyuruh

Sourced from internet. Not for sales 2


8. Puan Aishah _____________ sepasang anting-anting mutiara.

A. memakai
B. mengikat
C. menarik

9. Ayah sedang ___________ rumput di belakang rumah.

A. menebas
B. membelah
C. menebang

10. Kamalia ___________ Internet untuk mencari maklumat tentang planet.

A. menerima
B. menghulur
C. menyampaikan

11. Pegawai Pendidikan itu ____________ hadiah kepada murid-murid


yang cemerlang.

A. menerima
B. menghulur
C. menyampaikan

12. Kakak mahu _____________ hadiah itu kepada rakannya di Sabah.

A. membalut
B. mengirim
C. membeli

13. Penduduk kampung bergotong-royong membantu Aki Jalil _________semula


rumahnya yang ranap dihempap pokok.

A. membina
B. mencipta
C. mereka

Sourced from internet. Not for sales 3


14. Encik Harris mengajar anak sulungnya ___________ di pantai.

A. berenang
B. berkayak
C. berkayuh

15. Adik _________ hadiah untuk guru kelasnya sempena sambutan Hari Guru pada
hari esok.

A. menerima
B. membalut
C. mengirim

Sourced from internet. Not for sales 4

You might also like