You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirahim.

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis.

Yang Berbahagia,

Puan Hajah Masni binti Madat,

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Yang Berusaha,

Tuan Haji Mohd Zain bin Badui,

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Yang Berusaha,

Cik Naima binti Kadir,

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah, staf-staf pengurusan seterusnya hadirin dan hadirat
sekalian.

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Alhamdulillahirabil Alamin, Wassolatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin Wa Ala Aalihi
Wasohbihi Ajmain.

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah mengizinkan kita untuk sama-sama
berhimpun dalam Majlis Penutupan Semarak Bahasa Lestari Budaya bagi tahun 2015. Marilah kita
panjatkan kesyukuran dengan limpah kurnia dan nikmat yang begitu mendalam dan bermakna untuk kita
semua.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada Kelab Orator Institut Pendidikan Guru Kampus
Tawau kerana terus berdiri teguh dalam usaha menyemarakkan bahasa dan melestarikan budaya di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau. Sesungguhnya, usaha berterusan daripada ahli Kelab Orator ini akan
menjadi penyuntik semangat para guru untuk meningkatkan komitmen dan kecemerlangan mereka dalam
usaha untuk melahirkan guru yang mahir dalam kemahiran berbahasa. Jika hasrat ini tercapai, maka akan
lahirlah warga pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang akhirnya akan merealisasikan hasrat
negara untuk melestarikan bahasa dan membudayakan budaya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Jutaan terima kasih juga saya ajukan buat semua pihak yang memberikan sokongan dan sumbangan yang
tidak ternilai khususnya Pengarah/Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau kerana
telah memberikan kebenaran kepada Kelab Orator untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan
Semarak Bahasa Lestari Budaya ini dijalankan. Sokongan daripada pihak Institut Pnedidikan Guru Kampus
Tawau ini akan membolehkan para guru untuk terus mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah
pendidik Malaysia yang berkemahiran dalam bidang bahasa.

Untuk makluman hadirin sekalian, matlamat utama program Semarak Bahasa Lestari Budaya dianjurkan
adalah untuk mencungkil bakat para guru pelatih dalam bidang bahasa. Penguasaan guru pelatih dalam
bidang bahasa adalah penting kerana bidang tersebut mampu membangunkan kemahiran insaniah dalam
kalangan guru pelatih.

Akhir kalam, saya berharap agar semua pihak khususnya guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Tawau melibatkan diri secara proaktif dalam program seperti ini. Penglibatan ini adalah penting
untuk memperkembangkan potensi diri guru-guru pelatih dalam bidang bahasa di samping meningkatkan
keyakinan diri. Marilah kita sama-sama menyemarakkan bahasa dan melestarikan budaya.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

Burung tempua terbangnya rendah,

Hinggap sebentar di dahan sena,

Bahasa Melayu bahasa yang indah,

Terungkap kata seribu makna.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like