You are on page 1of 14

TERHAD PTKPN A145

PALUAN BERUNDUR

1. Pendahuluan

Majlis Perbarisan Paluan Berundur ataupun beating the retreat merupakan


satu tradisi yang berasal dari Eropah sejak kurun ke 16. Dalam upacara ini gendang
(drum) dipalu bersama tetuang (bugle) ditiup bagi memberi isyarat untuk sesuatu
pasukan itu untuk berundur. Berundur membawa maksud tamatnya persengketaan
(hostilities) pada hari tersebut atau tamatnya tempoh persengketaan. Pada masa
kini, upacara ini dibuat diwaktu terbenam matahari menandakan tamatnya hari
bekerja terakhir pegawai yang diraikan sempena persaraan wajib. Bendera pasukan
diturunkan serentak dengan tiupan tetuang last post.

Dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia Majlis Perbarisan Paluan Berundur


merupakan satu upacara tradisi bagi meraikan persaraan kepada seorang pegawai
polis yang layak menerimanya. Majlis ini diadakan di Pusat Latihan Polis Kuala
Lumpur sebagai simbolik kerana disini jugalah mereka telah memulakan kerjaya
sebagai seorang pegawai polis.

2. Objektif

2.1 Memberi pengiktirafan kepada pegawai yang diraikan;


2.2 Mengekalkan tradisi dan budaya;
2.3 Menghargai dan mengingati perkhidmatan; dan
2.4 Sebagai garis panduan supaya majlis dapat diseragamkan dan dipatuhi di
semua peringkat.

3. Kuasa – Kuasa

3.1 Pengarah Jabatan Pengurusan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Polis


Negara atau Timbalan Ketua Polis mana-mana pegawai polis yang bersara
wajib layak diberi penghormatan Majlis Perbarisan Paluan Berundur.
Disamping memberi cadangan tarikh, masa dan tempat untuk pertimbangan
Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis;

1
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
3.2 Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara boleh mengarahkan
diadakan Majlis Perbarisan Paluan Berundur;
3.3 Majlis Perbarisan Paluan Berundur hendaklah diadakan pada hari terakhir
berkerja (persaraan). Walaubagaimanapun sekiranya hari terakhir berkerja
jatuh pada cuti am maka Majlis Perbarisan Paluan Berundurhendaklah
diawalkan atau mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara
atau Timbalan Ketua Polis Negara;
3.4 Sekiranya terdapat pertindihan tarikh upacara melibatkan dua pegawai atau
lebih yang layak, Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara akan
menentukan upacara diadakan serentak atau berasingan; dan
3.5 Sebarang keraian rasmi persaraan peringkat PDRM hendaklah diadakan
sebelum Majlis Perbarisan Paluan Berundur seperti Majlis Malam Mes atau
Majlis Bacaan Doa Selamat.

4. Kelayakan Jawatan Untuk Upacara Paluan Berundur

4.1 Ketua Polis Negara;


4.2 Timbalan Ketua Polis Negara; dan
4.3 Pengarah-Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia.

5. Prosedur Kerja

Semua prosedur kerja Majlis Perbarisan Paluan Berundur tertakluk kepada


peraturan semasa yang diguna pakai.

5.1 Ketibaan Pegawai Kanan dan Tetamu Jemputan

Penyambut Tetamu/Pegawai Istiadat menentukan kedudukan (seating)


mengikut susunan kekananan.

5.2 Ketibaan Pengarah – Pengarah PDRM Dan Pasangan

Penyambut Tetamu/Pegawai Istiadat menentukan kedudukan (seating)


mengikut susunan kekananan.

2
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
5.3 Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara Dan Pasangan

Penyambut tetamu/ Pegawai Istiadat bertanggungjawab menentukan


kedudukan Timbalan Ketua Polis Negara dan pasangan. Seiring dengan
ketibaan, juruacara mengumumkan ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara
dan pasangan. Pancaragam PDRM bersedia memberi Hormat Panglima
kepada Timbalan Ketua Polis Negara.

5.4 Ketibaan Ketua Polis Negara Dan Pasangan

Penyambut tetamu/ Pegawai Istiadat bertanggungjawab menentukan


kedudukan Ketua Polis Negara dan pasangan. Seiring dengan ketibaan,
juruacara mengumumkan ketibaan Ketua Polis Negara dan pasangan.
Pancaragam PDRM bersedia memberi Hormat Panglima kepada Ketua Polis
Negara.

5.5 Bendera Peribadi Ketua Polis Negara

Bendera Peribadi Ketua Polis Negara hendaklah digulung di puncak tiang


bendera dan dirungkaikan (unfurled) apabila Ketua Polis Negara menerima
Hormat Panglima.

5.6 Ketibaan Pegawai Kanan Yang Diraikan

Penyambut tetamu/Pegawai Istiadat bertanggungjawab menentukan


kedudukan Pegawai Kanan Yang Diraikan dan pasangan. Seiring dengan
ketibaan, juruacara mengumumkan ketibaan Pegawai Polis Yang Diraikan
dan pasangan. Hamparan karpet merah hendaklah diletakkan di laluan
pegawai diraikan daripada mula turun kenderaan rasmi pasukan hingga
pentas utama. Ketua Polis Negara dan pasangan, Timbalan Ketua Polis
Negara dan pasangan, Pengarah Pengurusan dan pasangan mengiringi
pegawai diraikan serta pasangan ke pentas utama. Pancaragam PDRM
memberikan lagu Hormat Panglima. Seterusnya Pengarah Muzik PDRM
mohon majlis dimulakan.

3
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
5.7 Turun Bendera Rasmi Polis Diraja Malaysia

Acara menurunkan bendera, gendang (drum) dipalu bersama tetuang (bugle)


ditiup seiring dengan anggota Kem Komandan menurunkan Bendera Rasmi
Polis Diraja Malaysia. Tiada tabik hormat kepada Bendera Rasmi Polis Diraja
Malaysia semasa diturunkan. Selesai acara menurunkan bendera Pegawai
Kanan Yang Diraikan menaiki Kenderaan Istiadat bersama pasangan ke Bilik
Pengawal Pulapol Kuala Lumpur. Setibanya di Bilik Pengawal Pulapol Kuala
Lumpur Pegawai Kanan Yang Diraikan menandatangani Buku Melawat dan
seterusnya menaiki kenderaan rasmi pasukan bersama pasangan
meninggalkan majlis.

6. Tempat

Akan diputuskan oleh Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua PolisNegara.

7. Tempoh Masa

Semua Majlis Perbarisan Paluan Berundur hendaklah berakhir pada jam 1800
dengan tiupan tetuang Last Post dan upacara menurunkan Bendera Rasmi Polis
Diraja Malaysia. Tiada pengwal akan melakukan ‘Pengawal Keluar’ selepas jam
1830 melainkan arahan sebaliknya.

8. Format Perlaksanaan

8.1 Ketua Polis Negara

8.1.1 Kawalan Kehormatan penuh; dan

8.1.2 Panji Utama Pasukan dan semua panji-panji Pasukan Unit didalam
PDRM.

4
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
8.2 Timbalan Ketua Polis Negara

8.2.1 Kawalan Kehormatan penuh; dan


8.2.2 Bendera Pasukan Polis (diarak sebagai panji) dan semua panji-panji
Pasukan Unit didalam PDRM.

8.3 Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM

8.3.1 Tiada Kawalan Kehormatan, tiada Panji Utama Pasukan dan tiada
Panji-panji Pasukan Unit kecuali Pengarah KDNKA panji-panji
Pasukan Unit dibawah Jabatan KDNKA.

8.4 Pakaian

8.4.1 Pegawai Kanan

8.4.1.1 Pakaian seragam kerja No. 10 (lelaki - peak capdan


tongkat); dan
8.4.1.2 Pakaian seragam kerja No. 10 (wanita – bowler hatdan beg
tangan).

8.4.2 Anggota Pangkat Rendah

8.4.2.1 Pakaian seragam kerja No. 7 (lelaki -peak cap dan tongkat
bagi Sub Inspektor danSarjan Mejar);
8.4.2.2 Pakaian seragam kerja No. 6 (lelaki - peak
cap) bagi Sarjan dan ke bawah;
8.4.2.3 Pakaian seragam kerja No. 6 (wanita – bowler
hatdan beg tangan ) bagi Sub Inspektor dan ke bawah; dan
8.4.2.4 Anggota menaikkan dan menurunkan
Bendera Peribadi Ketua Polis Negara - Pakaian Istiadat
No.1 atau No.2 sepertimana yang diarahkan.

8.4.3 Pegawai Awam

5
TERHAD
TERHAD PTKPN A145

8.4.3.1 Pakaian kemeja lengan panjangbertali leher - lelaki; dan


8.4.3.2 Pakaian kemas dan sopan – wanita.

8.4.4 PERKEP

8.4.4.1 Pakaian rasmi PERKEP bagi ahli PERKEP.

8.4.5 Tetamu Jemputan

8.4.5.1 Lounge suit/batik bagi lelaki; dan


8.4.5.2 Kemas dan bersesuaian bagi wanita.

8.4.6Pancaragam

8.4.6.1 Kekuatan penuh;


8.4.6.2 Pakaian Istiadat No. 2 (Pakaian Pancaragam dark blue –
Upacara Padang);
8.4.6.3 Persembahan; dan
8.4.6.4 Guest Conductor.

8.4.7 Pengawal Medan


8.4.7.1 Terdiri daripada 60 orang anggota pangkat rendah dari
semua jabatan dalam PDRM;
8.4.7.2 Memakai pakaian kerja unit masing-masing; dan
8.4.7.3 Pegawal Medan hendaklah memegang Bendera
Kebangsaan dan Bendera Pasukan Polis secara berselang
seli.

8.4.8 Perbarisan Pegawai Polis Dan Pegawai Awam Di Kiri Dan Kanan Jalan.

Komandan Pusat Latihan Polis bertanggung jawab menentukan barisan


pegawai polis dan pegawai awam di kiri dan kanan jalan bermula
daripada pentas utama hingga ke bilik pengawal semasa kenderaan
istiadat diarak ke bilik pengawal.

9. Pelan Kontinjensi

6
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
9.1 Sekiranya cuaca tidak mengizinkan atau terdapat halangan diluar
jangka, upacara boleh diteruskan ditempat yang bersesuaian;

9.2 Acara-acara lain boleh dikecualikan melainkan upacara ‘Last Post’ dan
menurunkan Bendera Rasmi Polis Diraja Malaysia hendaklah
disempurnakan; dan

9.3 Sekiranya Majlis Perbarisan Paluan Berundur diadakan pada hari


berkabung Bendera Rasmi Polis Diraja Malaysia hendaklah dikibarkan
separuh tiang. Ketika upacara menurunkan bendera Bendera Rasmi
Polis Diraja Malaysia hendaklah dinaikan terlebih dahulu sebelum
diturunkan sepenuhnya.

10. Kenderaan Istiadat

10.1 Kenderaan istiadat ialah kenderaan yang dikhaskan kepada pegawai


yang diraikan;

10.2 Nombor di Kenderaan Istiadat hendaklah mengikut nombor


perkhidmatan pegawai yang diraikan; dan

10.3 Kumpulan pegawai penarik tali Kenderaan Istiadat hendaklah terdiri


daripada wakil-wakil dari setiap jabatan PDRM seperti berikut :-

10.3.1 Ketua Polis Negara


10.3.1.1 Dua (2) orang pegawai berpangkat DCP;
10.3.1.2 Dua (2) orang pegawai berpangkat SAC;
10.3.1.3 Dua (2) orang pegawai berpangkat ACP;
10.3.1.4 Dua (2) orang pegawai berpangkat Supt;
10.3.1.5 Empat (4) orang pegawai berpangkat DSP;
10.3.1.6 Empat (4) orang pegawai berpangkat ASP;
10.3.1.7 Empat (4) orang pegawai berpangkat Insp; dan
10.3.1.8 Empat (4) orang APR berpangkat SI/SM.
10.3.2 Timbalan Ketua Polis Negara
10.3.2.1 Dua (2) orang pegawai berpangkat SAC;

7
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
10.3.2.2 Dua (2) orang pegawai berpangkat ACP;
10.3.2.3 Dua (2) orang pegawai berpangkat Supt;
10.3.2.4 Empat (4) orang pegawai berpangkat DSP;
10.3.2.5 Empat (4) orang pegawai berpangkat ASP;
10.3.2.6 Empat (4) orang pegawai berpangkat Insp; dan
10.3.2.7 Empat (4) orang APR berpangkat SI / SM.

10.3.3 Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM


10.3.3.1 Dua (2) orang pegawai berpangkat ACP;
10.3.3.2 Dua (2) orang pegawai berpangkat Supt;
10.3.3.3 Empat (4) orang pegawai berpangkat DSP;
10.3.3.4 Empat (4) orang pegawai berpangkat ASP;
10.3.3.5 Empat (4) orang pegawai berpangkat Insp; dan
10.3.3.6 Empat (4) orang APR berpangkat SI / SM.

11. Buku Melawat

Sebuah buku melawat hendaklah disediakan untuk ditandatangani oleh


pegawai yang diraikan di lokasi yang sesuai sebelum beredar.

12. Peruntukan Am

Untuk Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara Kawalan
Kehormatan hendaklah diadakan. Pameran kenderaan dan aset polis
termasuk lintas hormat pesawat Unit Udara boleh diadakan. Arahan – arahan
dalam perintah ini adalah terpakai selagi tidak bertentangan dengan
undang – undang atau perintah yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara
sedang berkuatkuasa.

8
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
LAMPIRAN 1

CONTOH ATURCARA PALUAN BERUNDUR


KETUA POLIS NEGARA

1630 hrs : Ketibaan Pegawai Awam, Pengawai Rendah Polis, Pegawai Kanan
dan jemputan

1635 hrs : Pancaragam dan detachment mengambil tempat

1640 hrs : Panji Utama PDRM diarak masuk ke Medan Perbarisan

1645 hrs : Ketibaan Pengarah-Pengarah PDRM dan Isteri

1650 hrs : Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Isteri

: Hormat Panglima oleh Pancaragam PDRM

1655 hrs : Ketibaan dif – dif kenamaan

1700 hrs : Ketibaan Ketua Setiausaha Negara

1705 hrs : Ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan isteri


(Tetamu yang diraikan)

: Hormat Panglima oleh Pegawai Kawalan Kehormatan dan Pancaragam /


Ucapara Pecah Bendera Peribadi Ketua Polis Negara

: Pegawai Kawalan Kehormatan melapor dan mohon izin untuk memulakan


majlis

: Pemeriksaan Kawalan Kehormatan

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Panji Utama PDRM dan Kawalan Kehormatan berarak keluar dari Medan
Perbarisan

: Persembahan Pancaragam PDRM

: Persembahan Gurindam Puisi/Sajak

: Panji Utama PDRM dan Kawalan Kehormatan berarak masuk ke Medan


Perbarisan

: Kenderaan/ aset termasuk lintas hormat pesawat Unit Udara

: Nyanyian lagu “Sang Saka Biru” dan “Sedia Berkhidmat”

: Panji Utama PDRM berarak keluar dari Medan Perbarisan

1800 hrs : „Beating The Retreat‟ – Turun Bendera

9
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
: Tetamu yang diraikan menaiki Kenderaan Istiadat bersama pasangan ke
Balai Pengawal Pulapol KL

: Tetamu yang diraikan menandatangani Buku Pelawat di Balai Pengawal


Pulapol KL

: Tetamu yang diraikan dan isteri menaiki kenderaan dan meninggalkan majlis

: Majlis bersurai

10
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
LAMPIRAN 2

CONTOH ATURCARA PALUAN BERUNDUR


TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

1630 hrs : Ketibaan Pegawai Awam, Pengawai Rendah Polis, Pegawai Kanan
dan jemputan

1635 hrs : Pancaragam dan detachment mengambil tempat

1640 hrs : Panji Utama PDRM diarak masuk ke Medan Perbarisan

1645 hrs : Ketibaan Pengarah-Pengarah PDRM dan Isteri

1650 hrs : Ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan Isteri

: Hormat Panglima oleh Pancaragam PDRM / Ucapara Pecah Bendera Peribadi


Ketua Polis Negara

1655 hrs : Ketibaan dif – dif kenamaan

1700 hrs : Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri
(Tetamu yang diraikan)

: Hormat Panglima oleh Pegawai Kawalan Kehormatan dan Pancaragam

: Pegawai Kawalan Kehormatan melapor dan mohon izin untuk memulakan


majlis

: Pemeriksaan Kawalan Kehormatan

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Panji Utama PDRM dan Kawalan Kehormatan berarak keluar dari Medan
Perbarisan

: Persembahan Pancaragam PDRM

: Persembahan Gurindam Puisi/Sajak

: Panji Utama PDRM dan Kawalan Kehormatan berarak masuk ke Medan


Perbarisan

: Kenderaan/ aset termasuk lintas hormat pesawat Unit Udara

: Nyanyian lagu “Sang Saka Biru” dan “Sedia Berkhidmat”

: Panji Utama PDRM berarak keluar dari Medan Perbarisan

1800 hrs : „Beating The Retreat‟ – Turun Bendera

11
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
: Tetamu yang diraikan menaiki Kenderaan Istiadat bersama pasangan ke
Balai Pengawal Pulapol KL

: Tetamu yang diraikan menandatangani Buku Pelawat di Balai Pengawal


Pulapol KL

: Tetamu yang diraikan dan isteri menaiki kenderaan dan meninggalkan majlis

: Majlis bersurai

12
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
LAMPIRAN 3

CONTOH ATURCARA PALUAN BERUNDUR


PENGARAH – PENGARAH PDRM

1630 hrs : Ketibaan Pegawai Pegawai Kanan dan jemputan

1635 hrs : Pancaragam dan detachment mengambil tempat

1645 hrs : Ketibaan Pengarah-Pengarah dan pasangan

1650 hrs : Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri

: Hormat Panglima oleh Pancaragam PDRM

1655 hrs : Ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan pasangan

: Hormat Panglima oleh Pancaragam PDRM / Ucapara Pecah Bendera


Peribadi Ketua Polis Negara

1700 hrs : Ketibaan Pengarah Jabatan PDRM dan pasangan (tetamu yang
diraikan)

: Ketua Pengarah Pancaragam PDRM melapor dan mohon izin untuk


memulakan majlis

: Bacaan Biodata Tetamu yang diraikan dengan iringan Pancaragam


PDRM/ Deklamasi puisi dengan iringan Pancaragam PDRM

: Persembahan Pancaragam PDRM

: Nyanyian lagu “Sang Saka Biru” dan “Sedia Berkhidmat”

1800 hrs : „Beating The Retreat‟ – Turun Bendera

: Tetamu yang diraikan menaiki Kenderaan Istiadat bersama pasangan


ke Balai Pengawal Pulapol KL

: Tetamu yang diraikan menandatangani Buku Pelawat di Balai


Pengawal Pulapol KL

: Tetamu yang diraikan dan isteri menaiki kenderaan dan meninggalkan


majlis

: Majlis bersurai

13
TERHAD
TERHAD PTKPN A145
LAMPIRAN 4

PELAN MEDAN KAWAD PULAPOL BAGI


MAJLIS PERBARISAN PALUAN BERUNDUR

14
TERHAD

You might also like