You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA WARISAN

PERSIARAN WARISAN PERMAI, KOTA WARISAN


43900 SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-87068799FAKS : 03-87068597

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN
SURAU AL-HIDAYAH SK KOTA WARISAN
KE PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI
DISEDIAKAN OLEH :
PUAN SITI ROBEAH BINTI MD DESA
SETIAUSAHA SURAU AL-HIDAYAH
SK KOTA WARISAN
1.0 PENGENALAN

Surau Al-Hidayah yang berkeluasan 35 x 50 kaki persegi merupakan surau


pertama yang didirikan di Kota Warisan iaitu pada tahun 2003. Surau ini telah
digunakan oleh masyarakat sekitar Kota warisan untuk menunaikan solat lima waktu
secara berjemaah sebelum sekolah SK Kota Warisan dibuka pada tahun 2004.
Namun begitu pada tahun 2005, aktiviti solat jemaah masyarakat Kota Warisan ini
telah berpindah ke surau Al-Hijrah Kota Warisan setelah ia siap dibina pada tahun
2005. Oleh itu, surau Al-Hidayah SK Kota Warisan digunakan sepenuhnya oleh pihak
sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah.

2.0 RASIONAL

Program Keceriaan Surau al-Hidayah SK kota Warisan 2017 dirancang untuk tujuan
melengkapkan surau dan menceriakan surau agar lebih selesa dan kondusif untuk
kegunaan murid-murid sepanjang tahun. Masih terdapat banyak kelengkapan asas
yang perlu disediakan oleh pihak jawatankuasa surau sekolah.

3.0 TEMA

Pada tahun ini, Surau Al-Hidayah telah memilih tema “Al-Quran, rujukan panduan
sepanjang zaman’ yang membawa maksud Al-Quran sebagai asas rujukan didalam
kehidupan seharian. Tema ini juga yang akan dibawa oleh pihak surau untuk ke
pertandingan peringkat negeri pada bulan April nanti.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Program Surau Al-Hidayah SK Kota Warisan 2017,


2017 dijalankan berdasarkan
objektif berikut:

4.1 Membuat penambahbaikan kelengkapan dan keceriaan alatan surau bagi


kemudahan aktiviti ibadah dan dakwah dijalankan.
4.2 Memudahkan pelaksanaan program-program yang dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Islam.
4.3 Menyuburkan semangat cintakan surau di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.
4.4 Meningkatkan keceriaan dan keindahan surau sebagai salah satu tanda syiar
Islam yang agung.
4.5 Melahirkan murid yang sayang dan cinta kepada surau seterusnya menjadikan
surau dekat di hati murid-murid

4.6 Membina semangat kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, guru, para pelajar
dan masyarakat dalam usaha mengimarahkan surau sekolah.

50 TARIKH
Sepanjang bulan Februari hingga pertengahan April

6.0 TEMPAT
Sekitar kawasan Surau Al-Hidayah SK Kota Warisan

7.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN :

a) Projek tanda arah kiblat, nama alatan di dalam dan luar surau

b) Menghias sudut pameran Pendidikan Islam, Sains, Matematik dan Sejarah

c) Mengindahkan kawasan luar dan dalam surau dengan pelbagai hiasan

d) Mengindahkan Taman Herba dihadapan surau.

e) Mengecat tiang dan dinding surau

f) Menampal banner dan ayat Al-Quran

h) Menghias bilik imam dan mini library

i) Menambah mural dan khat Al-Quran


8.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

8.1 PEMBANGUNAN FIZIKAL


ANGGARAN
BIL PERANCANGAN
PERBELANJAAN
Mengecat dinding dan tiang surau
1. RM 1500
Menempah banner untuk sudut pameran
2. RM 1000
(10 saiz besar X RM100)
Menempah banner untuk ayat-Al-Quran
3. RM 1000
(20 saiz kecil x RM 50)
Menempah peralatan hiasan untuk 4 sudut Pendidikan
4. RM 2000
Islam, Sains
Menempah banner untuk carta-carta organisasi surau,
5. RM 1000
tanda nama surau,tanda arah dan maklumat surau.
Menghias 2 pondok khas di sekolah dengan maklumat
6. yang berguna untuk murid. RM 300
(2 pondok x RM 150)
Menempah banner serta menambah keperluan asas
7. RM 2000
untuk Pusat Sumber Sekolah.
Menambah pokok-pokok hiasan untuk Taman Herba dan
8. RM 1000
sekitar surau .
Menambah corong aliran air hujan di pintu depan surau
9. RM 200
10. Menambah 2 papan kenyataan untuk sudut informasi RM 600
JUMLAH RM11,600

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek menceriakan persekitaran surau Al-
Hidayah untuk ke pertandingan peringkat negeri adalah RM 11,600.

10.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang digariskan dalam menjadikan surau sebagai pusat kegiatan di sekolah ini
dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Moga, segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT. Sekian,
terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

……………………………………………… …………………………………………………….
(SITI ROBEAH BINTI MD DESA) (EN. KAMSANI BIN SAHLAN)
ha Surau Al-Hidayah Guru Besar
Sk Kota Warisan Sk Kota Warisan

You might also like