You are on page 1of 3

Nama Pelajar : NOR AMANINA SYAMIMI BINTI MOHAMMAD JOHARI

No Kad Pengenalan : 950120115400


Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2015/PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah : SK TUANKU FATIMAH
Minggu Praktikum :1
Tarikh : 06-08-2018
Tajuk : Murid Semakin Hilang Fokus dalam PdPc selepas tempoh 15 Minit
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah : JAMALUDDIN BIN ADAM
Pembimbing
Guru Pembimbing : ISYAH BINTI ROSLI

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3 Adnin. Saya mendapati ketika set
induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan, dan mereka sangat seronok memberi idea dan pendapat
berkenaan bahan rangsangan yang saya paparkan kepada mereka. Namun begitu, saya mendapati bahawa
tumpuan dan fokus murid semakin berkurangan apabila melewati tempoh 15 minit ke atas. Saya dapat melihat
tanda-tanda sudah hilang tumpuan dan kebosanan apabila saya dapat perhatikan gelagat segelintir murid seramai
lebih kurang 12 orang yang menguap, meletakkan kepala di atas meja, mula bercakap-cakap dengan rakan di
sebelah dan tidak memberi responds kepada pertanyaan saya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya mendapati punca utama murid-murid hilang tumpuan dan fokus adalah kerana saya kurang menggunakan
teknologi dan bahan-bahan komputer semasa PdPc. Hal ini kerana, atas beberapa faktor teknikal, saya terpaksa
mengajar menggunakan papan putih berbanding perancangan awal iaitu saya mahu menggunakan 'slide projecter'
untuk menayangkan video tokoh, memperdengarkan lagu dan juga tayangan 'powerpoint'. Saya dapat melihat
keterujaan daripada wajah setiap murid apabila saya membawa 'projecter' ke dalam kelas. Namun, atas faktor-
faktor yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat menggunakan 'projector' tersebut. Pada waktu ini, saya dapat
melihat keterujaan di wajah murid-murid pada awalnya yang begitu semangat untuk meneruskan PdPc telah hilang
sedikit demi sedikit. Kesan daripada kegagalan murid untuk fokus semasa Pd{c akan menyebabkan mereka sukar
untuk memahami topik yang dipelajari dan seterusnya akan menyebabkan mereka ssedikit sukar untuk menjawab
soalan ketika peperiksaan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Becta (2010) telah menyenaraikan kefahaman dan


pengetahuan yang diperlukan guru untuk menggunakan teknologi secara efektif
menggunakan teknologi antaranya adalah:

1) mempamerkan kebolehan menggunakan


internet dalam konteks profesional,

2) memahami fungsi teknologi dalam PdP yang efektif,


3) mempunyai pengetahuan dalam ICT, 4) memahami bagaimana mengenal pasti dan
membina kebolehan ICT murid, dan 5) memahami tanggungjawab untuk melindungi
murid dan data mereka.
NCREL & Meitri Group(2003) pula telah mengemukakan kerangka enGauge 21st century skills untuk
menggalakkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid, guru dan pentadbir. NCREL
& Meitri Group telah membangunkan enGauge 21st century skills yang terdiri daripada
empat bidang utama iaitu (a) literasi era digital, (b) pemikiran inventif, (c) komunikasi
berkesan dan (d) produktiviti tinggi.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

1. Memeriksa dahulu 'projector' yang digunakan untuk memastikan sebarang kekurangan teknikal yang terjadi tidak
mengganggu Pdpc

2. Membuat beberapa aktiviti atau 'game energizer' untuk mengelakkan murid bosan,

3. Membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mampu menarik minat murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pencegahan dengan mewujudkan iklim positif dalam bilik darjah bagi merangsang
dan menggalakkan tingkah laku yang baik dalam kalagan murid-murid termasuk menumpukan perhatian semasa
PdPc. Oleh itu, saya perlu menjalankan PdPc dalam keadaan aspek-aspek yang diperlukan mengikut kriteria yang
sepatutnya. Saya mencipta beberapa cheers yang mampu memberi kembali semangat kepada murid-murid semasa
PdPc.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

8.8.2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal
pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang
memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu, didapati seramai 90% murid
dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan. Selain itu, hampir 99% murid terlibat
secara aktif sepanjang sesi PdPc berlangsung.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini
mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

Rujukan :

Becta. (2010). 21st century teacher: Are you ready to meet the challenge?
www.becta.org.uk

NCREL & Metiri Group. (2003). enGauge 21st Century Skills: Literacy in the Digital Age.
www.ncrel.org/engauge

You might also like