You are on page 1of 4

BAB 3: BUDAYA MELAYU MERENTAS ZAMAN

Bab ini akan tentang zaman prasejarah di Malaysia serta budaya kerajaan Melayu lama
daripada aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi.

3.1 ZAMAN PRASEJARAH

Menurut Wikipedia, Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat


zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam.
Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat
lain. Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat tersebut.
Namun, penyelidikan dahulu mengatakan bahawa wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan
kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun,
penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia telah
membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.

Zaman prasejarah bermaksud zaman sebelum sejarah iaitu merujuk kepada


sebuah zaman yang wujud sebelum wujudnya tulisan. Cara hidup masyarakat zaman
prasejarah dapat diketahui melalui peninggalan artifak atau tinggalan purba. Artifak purba
terdiri daripada alatan batu,serpihan tulang serta barangan tembikar. Antara tiga zaman
yang wujud di Malaysia ialah Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

i) Zaman Paleolitik

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Manusia pada Zaman Paleolitik berusaha menyesuaikan kehidupan dengan alam
sekeliling mereka. Faktor ini penting kerana alam sekeliling merupakan sumber utama
kepada mereka mendapatkan makanan (Siti Aisyah, 2017). Manusia menggunakan alat
batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Manusia pada Zaman Paleolitik ini
juga tinggal di dalam dan di sekitar gua yang berhampiran. Mereka hidup berpindah-
randah, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan. Mereka sudah tahu
menggunakan api untuk memanaskan badan dan melindungi diri daripada binatang buas.
Contoh lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia ialah Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit
Bunuh di Lenggong, Perak, Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu, Sabah.
ii) Zaman Neolitik

Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu. Manusia pada zaman ini
memiliki tahap teknologi dan corak kehidupan semakin baik dan ia merupakan zaman
batu akhir yang menunjukkan peningkatan dalam kehidupan manusia. Pada Zaman
Neolitik telah wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat
pembahagian kerja. Mereka mula mencipta tembikar untuk kegunaan harian seperti bekas
air. Manusia Zaman Neolitik masih tinggal di dalam gua serta berhampiran sungai dan
kegiatan harian mereka adalah bercucuk tanam, mencipta tembikar, menternak binatang
dan sebagainya. Contoh lokasi Zaman Neolitik di Malaysia ialah di Gua Cha, Kelantan,
Bukit Tengkorak Sabah dan Gua Badak, Perak.

iii) Zaman Logam

Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Zaman Logam ialah
zaman manusia telah mencipta alat-alat menggunakan logam. Manusia pada Zaman
Logam masih menggunakan sistem Barter. Mereka menggunakan peralatan besi seperti
kapak, tulang mawas dan beliung dan kehidupan seharian. Manusia Zaman Logam masih
tinggal di dalam gua dan ada yang tinggal di kawasan lapang. Rumah yang mereka bina
lebih baik daripada berbanding dengan Zaman Neolitik. Manusia zaman ini mempunyai
adab resam dan mempunyai kepercayaan serta pegangan hidup yang tertentu. Mayat
manusia akan dikebumikan menggunakan kubur batu kepingan. Contoh lokasi Zaman
Logam di Malaysia ialah Sungai Tembeling, Pahang, Gua Harimau, Perak, Changkat
Menteri, Perak dan Lambah Bernam, Selangor.

Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan


Manusia.

Secara keseluruhannya, manusia yang lahir pada zaman prasejarah banyak mewariskan
penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun manusia pada masa kini. Warisan
manusia pada zaman prasejarah yang masih kekal dan diubahsuai mengikut peredaran
masa dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Rajah 1 di bawah menunjukkan aspek-aspek
yang masih kekal daripada zaman prasejarah tetapi diubahsuai mengikut peredaran
zaman.
RAJAH 1

Memburu Aktiviti Menternak


Binatang Pertanian Binatang

Pembinaan
Penciptaan Pembutan
Monumen dan
Alatan Tembikar
Seni Bina

Ideofak (hasil
tinggalan
berkaitan
kepercayaan)

3.2 KERAJAAN MELAYU LAMA

3.2.1 SOSIOPOLITIK

3.2.2 SOSIOBUDAYA
3.2.3 SOSIOEKNOMI

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih
kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk
keperluan ahli keluarga sahaja, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan
sendiri akan diperoleh melalui pertukaran barangan dengan orang luar iaitu menggunakan
sistem barter. Contoh kegiatan ekonomi sara diri adalah bercucuk tanam, melombong,
memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan dengan negara
luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.

Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan


antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan
aristokrat (kaum bangsawan) memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan
dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yang singgah
di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Dalam konteks ini, rakyat hanyalah
menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik golongan aristokrat.

You might also like