You are on page 1of 17

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi oleh murid –
murid Tahun 5BIJAK di dalam menyelesaikan soalan – soalan yang melibatkan operasi
darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati
sifir darab yang dipelajari. Seramai 22 oang murid Tahun 5BIJAK Sekolah Kebangsaan
Gedangsa dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan
kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab empat nombor
dengan dua nombor kerana mereka amat lemah dalam mengingati sifir dan kesilapan
juga berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab.
Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan
menggunakan KAEDAH MAYAN iaitu menggunakan garisan sebagai ganti kepada
nombor. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid – murid
dalam menyelesaikan masalah operasi darab. Dapatan soal selidik pula menunjukkan
murid – murid bertambah yakin dalam menyelesaikan operasi darab yang panjang........
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Murid Tahun 5BIJAK keseluruhannya agak lemah dalam menguasai pembelajaran
semasa proses P&P dijalankan di kelas. Kebanyakan daripada mereka agak kurang
motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang nampaknya ada minat
dan ada potensi untuk maju dalam pelajaran Matematik.
Semasa murid – murid mempelajari topik – topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi
Tambah dan Operasi Tolak proses pembelajaran agak memberangsangkan. Begitu juga
dengan keputusan ujian sumatif agak memuaskan sesuai dengan tahap murid. Namun
demikian, setelah masuk ke tajuk Operasi Darab momentum murid - murid merudum.
Murid gagal menguasai kemahiran operasi darab yang diajar. Keputusan ujian pra amat
mendukacitakan. 45.45% murid mendapat markah di bawah 40%.
Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses P&P gagal untuk menarik
minat murid menghafal sifir. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tiada rangsangan
positif yang boleh menggerakkan murid – murid menghafal sifir.
Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan dari awal, akan mendatangkan masalah
kepada murid – murid ini untuk meneruskan pembelajaran di dalam topic – topik lain
yang melibatkan operasi darab.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah menyelesaikan masalah mendarab lebih
dua digit dengan dua digit.
Setelah diselidik, didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah
mendarab lebih dua digit dengan dua digit adalah kerana, mereka gagal menghafal sifir
dan melakukan kesilapan dalam menyusun nombor.
Berpandukan soal selidik ini kami cuba mengatasi masalah ini dengan cara
menggunakan KAEDAH MAYAN dan MUZIK BIJAK SIFIR. Dua kaedah ini diguna pakai
kerana secara psikologi, muzik dan lukisan dapat merangsang fikiran kreatif murid dan
dua bidang ini adalah bidang yang disukai oleh murid – murid.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan diharap murid – murid akan mencapai objektif
berikut:
Objektif umum
Meningkatkan peratus kelulusan Matematik Tahun 5B
Objektif Khusus
Murid dapat menguasai operasi darab dengan menggunakan KAEDAH MAYAN dan
KAEDAH MUZIK BIJAK SIFIR;- murid dapat menyelesaikan semua soalah lembaran
kerja yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Murid lulus ujian pos yang
melibatkan operasi darab panjang.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 22 orang murid Tahun 5BIJAK yang terdiri daripada 19 orang murid
Melayu dan 3 orang murid India.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian,
soal selidik awal, ujian pra, ujian pos, soal selidik akhir dan memberi bintang dan
ganjaran.
5.1.1 Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid – murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan murid – murid kurang memberi perhatian kepada soalan yang dikemukakan
dan tidak berminat untuk menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh –
sungguh terutama murid – murid yang agak lemah. Sebaliknya setelah melaksanakan
kajian murid- murid lebih berminat dan berusaha menjawab soalan latihan yang
diberikan.
5.1.2 Soal – selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid – murid untuk
mendapatkan maklumbalas daripada murid – murid berkenaan pandangan mereka
terhadap subjek matematik, kemahiran operasi darab dan sifir darab. Borang soal selidik
ini diedarkan sebanyak 2 kali iaitu pada awal kajian dan di akhir kajian.
5.1.3 Ujian Pra dan Pos
Set ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran pada awal kajian untuk mengesan
sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran penyelesaian
soalan operasi darab dan secara tidak langsung dapat mengesan kelemahan
penguasaan sifir darab di kalangan murid – murid. Item ujian pra ini mengandungi 10
soalan berkaitan fakta asas darab yang melibatkan soalan darab empat nombor dengan
dua nombor. Masa yang diberikan adalah 30 minit.

Peratus murid yang mendapat kurang daripada 40% markah adalah seramai 45.45%
Dapatan ujian pos:
Peratus murid yang mendapat markah 70% ke atas adalah seramai 90.9%
5.2.3 Analisis Soal Selidik
Murid – murid telah memberikan respon yang positif terhadap kaedah ini. Berikut adalah
analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid – murid.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
1. Setelah murid – murid menjalani Ujian Pra, murid – murid telah diberikan motivasi
untuk menguasai sifir dengan menggunakan Kaedah LAGU BIJAK SIFIR.
2. Murid – murid telah dibimbing untuk melukis garisan Mayan yang mewakili setiap
angka dalam soalan darab.
3. Murid – murid juga dibimbing dalam menggunakan Kaedah MAYAN dalam
penyelesaian operasi darab.
4. Murid – murid diberikan latih tubi dalam operasi darab menggunakan KAEDAH
MAYAN.
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
Kajian Tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu. Setiap kali waktu
mata pelajaran Matematik, murid – murid telah dibimbing untuk melukis garisan dengan
betul dan cara pengiraan di dalam KAEDAH MAYAN dan setiap kali sesi P&P akan
dimulakan dengan memperdengarkan Lagu Bijak Sifir.
Murid – murid telah menjalani ujian pos 1 seminggu setelah diperkenalkan dengan
KAEDAH MAYAN. Ujian pos 2 pula telah dijalankan sebulan selepas itu. Selepas ujian
pos 2, murid – murid telah dikehendaki mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan
pandangan mereka mengenai kaedah ini. Tuuan mengedarkan boring soalselidik ini
ialah supaya murid – murid lebih selesa dan bebas untuk menjawab berbanding
mendapatkan maklumat secara temubual.
Berdasarkan pemerhatian, didapati murid – murid lebih mudah untuk mengingati sifir dan
mereka telah menunjukkan prestasi yang baik untuk menguasai sifir ini.
5.5 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 telah menunjukkan peningkatan
yang baik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini telah membantu murid –
murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang
telah dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan
ceria. Murid – murid juga telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik
terutamanya di dalam operasi darab.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
a) Kaedah ini akan dikembangkan kepada kelas yang lain.
b) Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila memasuki tajuk operasi darab.
c) Guru sentiasa melatih murid menggunakan kaedah ini agar tahap kecekapan murid
dalam kaedah ini dapat dipertingkatkan.
d) Murid – murid perlu diberikan dengan latihtubi untuk membantu mereka mengingat
dengan baik.
Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati, murid – murid dapat menerima sesuatu
yang baru yang dapat membantu mereka mengingati sifir dan melaksanakan operasi
darab. Di samping itu juga ia dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik.
REFLEKSI PENGAJARAN

Refleksi pengajaran adalah satu proses yang dibuat selepas tamat sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Refleksi pengajaran dibuat untuk memahami kelemahan dan kekuatan seseorang
guru. Disamping itu refleksi juga memberikan satu gambaran tentang pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran seserang guru. Refleksi membantu guru membuat penilaian
kendiri. Selain daripada itu ,refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami
sesuatu yang baru daripada pengalaman yang dilaluinya. Dengan adanya refleksi
pengajaran guru dapat menganalisis dan menilai kekuatan dan kelemahan aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya, lalu dapat memikirkan cara membaiki
serta mengubahsuai rancangan , objektif , kaedah , startegik , teknik
dan penggunaan bahan pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat
muridnya. Dengan ini ia juga dapat membantu guru untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik
minat murid serta dapat menjadikan suasana bilik darjah yang harmoni
pada masa akan datang.
Guru meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah dengan adanya penulisan refleksi.
Selain daripada pandangan cikgu , refleksi juga membantu guru-guru menilai keberkesanan
dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang
menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara
kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat. Seterusnya amalan reflektif juga
membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap
perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan
kemajuan bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari
guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari
perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .
Peningkatan Mutu sesuatu pengajaran dapat dilihat dengan adanya refleksi.Pada pandangan
saya , bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang
dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran.
Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut:
o Dapatan daripada refleksi kendiri
o Perubahan yang diperlukan/dicadangkan
o Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran
o Rancangan bagi memperbaiki pengajaran
o Tindakan susulan yang patut dilaksanakan
Selain itu refleksi juga merupakan satu proses dimana guru berusaha mengingat dan merenung
kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialaminya. Amalan menulis refleksi
selepas selesai sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran amatlah penting untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi pengajaran penting untuk membuat penilaian
kendiri serta berfikir secara analitik , kritis dan kreatif. Ia juga penting kerana dapat menganalisis
perkara - perkara penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mencari jalan
penyelesaiannya.
Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah (PowerPoint
Interaktif)
Kelebihan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah

Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh
dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang
pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat
dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di
kelas.

Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra
pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan
sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang
menepati citarasa guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari
dan digunakan di sekolah.

Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk
menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah
diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar
atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru
hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun, ianya bersifat statik dan
berpusatkan guru.

Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian
pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. Cuma ianya perlu sedikit
masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh
dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.

Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk
disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Tentulah keadaan ini
menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya. Selain itu, perisian dari
luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara. Justeru,
kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-murid.
Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya
sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.

Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang,
mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah. Sebagai guru,
sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka. Maklum balas
murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.

Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya
komputer. Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT sejak sekolah
rendah supaya mereka sudah biasa dengannya. Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil dan
dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat pengajian
tinggi dan alam pekerjaan.

Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi mudah.
Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta dikongsi dengan mudah
melalui softcopy. Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras.
Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat
dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah

Walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada
proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana
bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor,
kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan
kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah.
Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada kalangan
keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang
asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan
berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding
rakan mereka yang lain.

Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan
dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada peringkat
umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka akan mudah leka
dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar
kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh
dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu memberi kesan
pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina
pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar.

Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara
pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid
dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer
tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu
menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.

Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan mula
mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya diubah
mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru dalam
menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai, bukan hanya
tertumpu pada ICT semata-mata.

Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai. Jika
dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak
harus dibuang begitu sahaja.

Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah

Seterusnya, mari kita bincangkan tentang huraian pelaksanaan inovasi ini dalam bilik darjah. Perisian
inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap dengan komputer. Sekiranya
bilangan komputer terhad, ia masih boleh digunakan. Keperluan asas peralatan komputer seperti
tetikus, papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian inovasi ini hanya
menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan tidak memerlukan proses install yang kadang-kala
merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak
memerlukan proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas.

Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation untuk
menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan pengguna. Bahan
audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk meransang minat dan deria murid.

Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan atau
individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur multimedia seperti gambar, video, audio dan
animasi. Terdapat juga butang-butang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka perisian ini.
Setiap fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara tersembunyi supaya
murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid mudah menghafal dan faham perkara yang
dipelajari.

Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas, murid menunjukkan
reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri PowerPoint tersebut.
Justeru, dengan adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman
belajar yang menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba, menjawab dan meneroka sendiri
perisian inovasi ini.

Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan bahagian. Ianya dibuat
berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan mempelajari setiap tajuk dengan teratur
seperti yang dirancang oleh guru. Pada akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan ujian
pemahaman. Soalan pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap dan
kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid. Memandangkan perisian
ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah bila-bila masa, guru boleh menambah atau
mengubah soalan yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka ianya dapat membantu
murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi
murid juga semakin bertambah baik. Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara. Dengan
adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid mencuba dan melakukan perkara yang sukar
dilakukan semasa proses pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian
murid semasa proses pembelajaran.

Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh memasukkan sedikit pengisian
tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar menaip, menggunakan tetikus dan
sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya tetap memberi kesan kepada
murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.
Innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah
membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa
kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran
dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar
keatas kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan
memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan
innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula.
Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa
kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu
yang diketahui.
Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran.
Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah
mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi
pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan
masalah-masalah baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih
penting ialah berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah (Problem-based Learning)
Didalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan
pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang
sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif
dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam
menyediakan perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai
urutan yang baik.
Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar
dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu
kaedah berfikir diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan
meneroka. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan
kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau
teknik yang sangat baik untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa
kini. Antara teknik-teknik yang biasa digunapakai ialah teknik “brainstorming”, “Mind Mapping,
simulasi, permaianan dan lakonan.
Teknik “Brainstorming” satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan
idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea
yang diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik “brainstorming” ini,
membolehkan kita menggunakan “mind mapping” untuk menyusun idea-idea tadi dan
menghubungkaitkannya.
Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan
situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan
yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.
Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat
berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan.
Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai
pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.
Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam
pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah
harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus
pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

You might also like