You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : 4 Al- Bathoni

Bilangan Murid : 24 orang

Tarikh / Hari : 2 September 2018 / Ahad

Masa : 12.15 pm – 1.15 pm (60 minit)

Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi

Tajuk : Masa dan Waktu

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah melakukan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan masa dan
waktu.

Standard Kandungan : 11.6 Mengaplikasi penyelesaian masalah melibatkan masa dan waktu.

Standard Pembelajaran : i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian masa
dan waktu.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid berupaya untuk:

a.) menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian
melibatkan masa dan waktu.

Pentaksiran : (a) Setelah menerangkan cara menyelesaikan masalah melibatkan masa dan waktu dengan dan tanpa
penukaran unit ,guru akan mengemukakan beberapa soalan dalam aktiviti kumpulan dan murid akan
menjawab secara spontan dengan pengiraan mental.
(b) Semasa murid menjalankan aktiviti berkumpulan, guru akan memantau soalan-soalan yang dibentuk serta
jawapan penyelesaian yang diberi oleh murid.

(c) Pemerhatian berterusan terhadap respon murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

(d) Hasil kerja latihan murid akan diguna sebagai indikator pencapaian standard pembelajaran.

Elemen Merentasi Kurikulum : (a) Kemahiran Berfikir – banding dan beza

(b) Nilai dan Sikap – Kerjasama, sistematik, berani, menepati masa

(c) Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea

Kemahiran Proses Matematik : Komunikasi dua hala dipupuk secara aktif semasa interaksi antara guru dan murid serta semasa aktiviti
berkumpulan.

Penaakulan dipupuk ketika aktiviti membuat penukaran dan perkaitan

Sumber/ Bahan Bantu Mengajar : Kad soalan, kad jawapan, jam dinding, kad gambar kartun, kad tempat

Aktiviti Pengajaran dan


Langkah/Masa Isi Kandungan Catatan
Pembelajaran
Set induksi Bercerita berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan 1. Guru menunjukkan kad gambar Fasa
(5 Minit) kehidupan harian murid. kartun kepada murid. Persediaan
a. Persediaan
Contohnya : Cerita kartun Tom and Jerry bermula jam 10.00 pagi 2. Guru menanyakan nama kartun b. Analisis
dan berakhir 10.30pagi. tersebut dan bilangan murid yang
menontonya? BBM
-Kad gambar
kartun.
3. Berdasarkan gambar tersebut - Kad situasi
guru memberikan suatu situasi
kepada murid. Nilai & Sikap
Rasioanl
4. Guru bertanya beberapa soalan Sistematik
berkaitan situasi tersebut kepada
murid. KB
Kad gambar kartun
Banding beza
Contoh Soalan : 5. Secara spontan murid Membuat
1. Pukul berapakah kartun Tom and Jerry bermula? dikehendaki menjawab soalan yang perkaitan
2. Pukul berapakah ianya berakhir? ditanya oleh guru.
3. Berapa lamakah cerita kartun ditayangkan?

6. Guru memberitahu fokus


pembelajaran iaitu menyelesaikan
masalah melibatkan masa dan
waktu.
Langkah 1 Aktiviti 1 Penyelesaian Masalah 1. Guru menunjukkan jam dinding Fasa
(15 minit) kepada murid. Imaginasi
a. Penjanaan
2. Guru mengedarkan jam kepada idea
murid. b. Sintesis idea

3. Guru menunjukkan pergerakan BBM


jarum dalam jam tersebut untuk Jam dinding
menyelesaikan masalah. Papan putih
Jam Dinding
Contoh situasi: 4. Guru mengulangi aktiviti lain yang
1. Ahmad menghadiri kegiatan Ko-kurikulum di sekolah pada melibatkan pengiraan tolak dan Nilai & Sikap
pukul 3.00 petang. Kokurikulum berjalan selama 1 jam . Pukul tambah melibatkan masa. Rasioanl
berapak kokurikulum akan tamat? Sistematik
5. Murid dibimbing menyelesaikan
Cadanga jawapan : pukul 4.00 petang. soalan berikut dengan jam mereka KB
sendiri dan juga mengunakan Banding beza
bentuk lazim. Membuat
keputusan
6. Guru juga menunjukkan tempoh Membuat
masa bermulanya aktiviti perkaitan
kokurikulum dengan mengunakan
mengunakkan kaedah garis nombor garis nombor.
Langkah 2 Aktiviti 2 Penyelesaian masalah. 1. Guru membahagikan kelas Fasa
(15 minit) kepada lima kumpulan Imaginasi
Aktiviti kumpulan a. Penjanaan
2. Guru memberikan satu kumpulan idea
KELAS KE BILIK GURU
satu kad tempat.. b. Sintesis idea

KELAS KE KANTIN
3. Daripada 1 kumpulan , seorang BBM
murid dikehendaki ke tempat yang Kad tempat,
KELAS KE PERPUSTAKAAN
terdapat dalam kad . Jam

KELAS KE MAKMAL
4. Manakala, seorang lagi dalam Nilai & Sikap
kumpulan, mengira masa Rasional
KELAS KE PADANG
Sistematik
5. Seorang lagi mencatat masa KB
bermula, Banding beza
Melihat pola
6. Seorang lagi akan mencatat masa Membuat
akhir. perkaitan
Membuat
7. Guru membimbing murid keputusan
mendapatkan jawapan dengan
penyelesaian bentuk lazim.
Contoh Soalan:
1. Berapa masakah yang diambil oleh kawan kamu semasa dia
berjalan?
Langkah 3 Aktiviti 3 : Kumpulan 1. Guru membahagikan murid Fasa
(15 minit) Mari menyelesaikan masalah kepada 4 kumpulan. Imaginasi
Kad soalan stesen a. Penjanaan
2. Terdapat 4 stesen di mana 1 idea
stesen 1 soalan. b. Sintesis idea

3. Murid diberi 5 minit untuk BBM


berbincang jawapan bagi setiap Kad soalan
soalan di setiap stesen. Kad Jawapan

4. Apabila wisel ditiup kumpulan Nilai & Sikap


murid bergerak ke stesen Rasional
seterusnya. Sistematik
5. Murid mengisi jawapan di borang KB
jawapan yang diberikan bagi setiap Banding beza
stesen. Melihat pola
Membuat
6. Setiap kumpulan yang dapat perkaitan
menyiapkan ke empat- empat Membuat
soalan dengan betul dikira keputusan
KAD SOALAN
pemenang.

KAD JAWAPAN
Langkah 4 Penyelesaian masalah : Lembaran kerja 1. Guru memberikan lembaran Fasa
(5 minit) kerja penyelesaian masalah Tindakan
kepada murid. a. Pelaksanaan
b. Amalan

2. Murid dikendaki menyelesaikan berterusan


masalah dalam lembaran kerja
dengan jalan penyelesaian yang BBM
lembaran kerja
lengkap

Nilai & Sikap


3. Guru membimbing murid Keadilan
mendapatkan jawapan. Sistematik

4. Guru menyemak hasil kerja KB


murid. Banding beza
Melihat pola

5. Guru memberikan kerja rumah . Membuat


perkaitan

Penutup Rumusan : Hubungan keseluruhan jam ,hari, minggu, bulan, 1. Guru merumuskan isi pelajaran. .
(5 minit) tahun. Nilai & Sikap
2. Guru bertanyakan beberapa Sistematik
Soalan : soalan kepada murid. Berani
1. Berapakah bilangan bulan dalam setahun? Menepati masa
jawapan : 12 bulan 3.. Murid menunjukkan isyarat
2. Berapakah bilangan minggu dalam sebulan: “thumbs up” sekiranya faham KB
jawapan: 4 minggu tentang apa yang dipelajari. Membuat
3. Berapakah bilangan hari dalam seminggu? perkaitan
jawapan: 7 hari Merumus
4. Berapakah jam dalam sehari?
jawapan : 24 jam
Refleksi :
Dalam sesi pengajaran ini kekuatan utama saya adalah pengunaan kaedah yang mudah untuk mengajar pembelajaran penyelesaian
masalah melibatkan masa dan waktu iaitu mengunakan bahan konkrit berserta dengan permainan. Kejelasan penyampaian memainkan peranan
yang penting dalam pengajaran saya. Arahan yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana sesuatu
aktiviti itu harus dijalankan. Pengunaan teknik permainan juga membantu saya menjalankan sesi pengajaran dengan mudah. Selepas itu, saya
menggunakan kaedah lazim menyelesaikan masalah di papan putih. Pengajaran hari tersebut adalah daripada konkrit kepada abstrak.
Seterusnya, mereka dapat melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mengimbas kembali ilmu
yang dibelajar sebelumnya. Pencapaian objektif adalah sebanyak 92% sahaja. Hal ini kerana hanya 22 murid daripada 24 orang murid dapat
membuat soalan penyelesaian masalah melibatkan masa dan waktu dengan betul.

Terdapat juga beberapa kelemahan dalam sesi pengajaran. Antaranya kelemahan dari pihak murid. Di mana murid memahami konsep operasi
yang melibatkan penyelesaian masalah tetapi mereka tidak tahu mengunakannya bagi soalan yang mana. Murid mengalami kesukaran dalam
mengimbas kembali setiap operasi. Apabila diajar satu-satu operasi murid boleh ingat. Tetapi dalam penyelesaian masalah murid mengalami
kesukaran.

Oleh itu, saya sebagai guru perlu mengambil usaha membimbing murid yang lemah secara terasing. Saya juga menujukkan banyak contoh
penyelesaian bersama dengan jalan kiranya dan menerangkan satu per satu supaya mereka faham dengan jelas. Saya seharusnya memberikan
soalan dari peringkat mudah kepada yang susah. Hal ini membantu murid membentuk suatu pemahaman yang menyeluruh. Tambahan pula,
semakan kerja perlu ditegaskan selepas latihan pengukuhan untuk memupuk nilai cermat dan teliti serta menjadikannya sebagai satu kebiasaan
dalam kerja yang dilakukan oleh murid supaya murid dapat mengamalkannya dalam melakukan segala perkara.

Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia:

You might also like