You are on page 1of 1

Pengenalan

Objek pembelajaran atau bahan-bahan audio-visual dapat memberikan banyak manfaat


semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang menarik dan interaktif. Seorang guru harus sedar bahawa penggunaan objek embelajaran
akan lebih menarik perhatian murid sehingga dapat meningkatkan motivasi belajar dalam diri
murid. Menurut Fadzilah dan Shereena (2002), konsep pembelajaran berpandukan perisian
kursus multimedia merupakan satu pendekatan baru dan mula berkembang semenjak konsep
Sekolah Bestari diperkenalkan.

Bahan pembelajaran juga akan dapat lebih menjelaskan isi pelajaran sehingga dapat
lebih difahami oleh murid dan memungkinkannya menguasai dan mencapai objektif
pembelajaran. Menurut Noriati et al (2012), dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
media menjadi alat yang digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk menyampaikan mesej
dengan berkesan kepada penerima (pelajar).

Kaedah mengajar akan menjadi lebih bervariasi dan bukan semata-mata komunikasi
verbal yang disampaikan oleh guru. Maka, dengan menggunakan objek pembelajaran akan
membantu murid supaya tidak bosan dan guru pula tidak kehabisan tenaga terutamanya
apabila masa mengajar guru adalah padat.

Oleh itu, berdasarkan beberapa ciri yang perlu ada dalam objek pembelajaran, kami
telah memilih satu objek pembelajaran yang terbaik daripada kumpulan kami bagi tugasan 3.
Beberapa penilaian telah dilakukan bagi memastikan pemilihan yang dibuat adalah tepat dan
justifikasi serta banding beza yang dilakukan mampu menunjukkan hasil dapatan daripada
instrument penilaian yang dihasilkan.

You might also like