You are on page 1of 3

Pengenalan

Isu pendidikan di Malaysia seperti Kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)


Abad ke 21 dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) antara perkara yang sentiasa dibincangkan
dalam kalangan guru dan rakyat Malaysia sama ada daripada aspek dasar atau pelaksanaan.
Menurut kajian oleh Nurzarina dan Roslinda (2017), pelaksanaan pengajaran berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) menjadi penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21. Namun begitu, mengapa
masih terdapat guru-guru yang enggan untuk melaksanakan kaedah pengajaran terkini yang
telah menjadi dasar pendidikan pada hari ini . Masih ada guru-guru yang tidak dapat menerima
perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan dan masih melaksanakan PcPc
menggunakan kaedah pengajaran konvensional.

Oleh itu, untuk mengatasi perkara ini, peranan Ketua Panitia Matapelajaran dan juga
pihak pentadbir amat diperlukan untuk mewujudkan kesedaran dalam diri dan jiwa seseorang
guru itu yang masih berdegil dan sukar untuk berubah kerana sudah berada dalam zon selesa.

Ismail Sabri et. al., (2011) menyatakan bahawa seorang guru seharusnya mempunyai
daya tahan dan mampu berdepan dengan perkembangan semasa dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Isu-isu yang berlaku dalam sistem pendidikan negara dan juga berkenaan guru di
Malaysia seringkali menyebabkan kualiti dan perjalanan sistem pendidikan sedikit terganggu.
Antara isu yang sering terjadi dalam kalangan guru ialah ketidaksediaan guru melaksanakan
PdPc Abad ke 21, isu pentadbir di sekolah, stress dalam kalangan guru dan sebagainya.
Namun begitu, pihak –pihak bertanggungjawab tidak pernah berputus asa untuk memastikan
tiada unsur-unsur yang boleh mengganggu dan menyebabkan dasar pendidikan negara gagal
untuk dilaksanakan Tetapi, seorang guru itu harus menyedari bahawa sebagai penggerak
dasar yang telah digariskan oleh pihak kementerian, mereka seharusnya patuh dan taat serta
melaksanakan setiap arahan serta perubahan yang berlaku tanpa sebarang bantahan kerana
mereka semua telah berikrar untuk mendukung cita-cita dan dan bakti terhadap tugas yang
dipertanggungjawabkan. Kita perlu percaya bahawa tanpa kerja keras dan kesungguhan guru,
apa-apa sahaja usaha yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam proses untuk kemenjadian
murid sudah pasti tidak akan dapat berlaku. Oleh itu, setiap guru harus sedar betapa
pentingnya kerjasama dan kesungguhan mereka terhadap bidang tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.

ii
Maka, dalam tugasan ini, atas kerangka konsep bagaimana , maka kita akan melihat
kepada aspek-aspek yang membantu mencorakkan keadaan tersebut. Aspek-aspek yang akan
dikupas adalah untuk melihat sejauh mana perkara tersebut mempengaruhi hubungan etnik
dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai perbezaan sama ada daripada segi
budaya, agama, cara hidup, bahasa dan pelbagai lagi.

Justeru, untuk terus memastikah keharmonian dan kdalam perlembagaan Malaysia agar
hak-in hak dan kedudukan sesuatu perkara itu dapat dihormati dan diterima oleh setiap kaum
seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu dan
lain-lain. Dalam tugasan ini, bagi melihat sejauh mana keharmonian hidup bermasyarakat wujud
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia, beberapa perspektif, nilai sejarah,
perlembagaan, usaha dan cabaran yang menjadi acuan pembentukan masyarakat majmuk
Malaysia perlu dilihat dan dibandingkan dengan isu-isu yang sering dibangkitkan pada masa
kini.

Dalam tugasan ini juga, beberapa fakta kes mengenai isu-isu berkenaan kedudukan
hak-hak istimewa orang melayu dalam perlembagaan, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan
agama Islam sebagai agama rasmi dan sebagainya akan ditunjukkan dan akan disertakan
dengan rujukan-rujukan serta hujah bagi menyokong fakta tersebut. Maka, isu mengenai
keharmonian masyarakat pluralistik di Malaysia ini akan dikupas daripada beberapa sudut yang
telah ditetapkan.

ii
ii

You might also like