You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2019 IPGKBA

MASA CUE ANN CATATAN


8.00 Kata alu-aluan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Dr. Nagalingam Karrupiah,
pagi pengacara majlis Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa. Yang Berusaha, Dr.
dan salutasi Chong Poh Wan, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa
Antarabangsa. Yang Berusaha, Encik Mohd Nazri bin Mohd Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Yang Dihormati, Cik Maznah
binti Shaari, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Kampus Bahasa Antarabangsa. Yang dihormati,
pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staf-staf sokongan
seterusnya guru-guru pelatih sekalian. Selamat datang diucapkan ke Kejohanan Olahraga
Tahunan 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

8.10 Perarakan Hadirin sekalian, Kejohanan Olahraga 2019 diteruskan dengan perarakan masuk kontijen-
pagi Masuk Kontijen kontijen rumah sukan.
Rumah Sukan

Pengarah terima Untuk itu, dipersilakan Cik Maznah binti Shaari , Ketua Unit Kokurikulum untuk menjemput dan
tabik hormat mengiringi Dr. Nagalingam Karrupiah, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa bagi menerima tabik hormat.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Perarakan Mendahului perarakan masuk kontijen rumah sukan ialah pembawa bendera Kejohanan
masuk Olahraga 2019. Bendera kejohanan ini diarak masuk oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah
Pembawa yang diketuai oleh Kadet Syairazi bin Othman diikuti dengan Bendera Malaysia, Bendera
Bendera Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa dan diikuti pergerakan masuk bendera
Kejohanan rumah sukan.

Seterusnya,
Perarakan Perarakan masuk kontijen rumah sukan Bendahara bertemakan Sepanyol yang diketuai oleh
masuk saudara Mohamad Afif Fahim bin Asmuni.
kontinjen rumah
sukan Perarakan masuk diikuti oleh kontijen rumah sukan Laksamana bertemakan Perancis yang
diketuai oleh saudara Joel Chee Yik Kwang.

Melintasi kawasan tabik hormat ialah kontijen rumah sukan Syahbandar bertemakan
Venezuela yang diketuai oleh saudara Kong Zhi Zun.

Melintasi kawasan tabik hormat seterusnya ialah kontijen rumah sukan Temenggung
bertemakan Brazil yang diketui oleh saudara Muhammad Aqif Hakimy bin Razaimy.

Demikianlah tadi, perbarisan masuk kontijen-kontijen Kejohanan Olahraga 2019. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Nagalingam Karrupiah dan Cik Maznah binti
Shaari atas kesudian menerima tabik hormat sebentar tadi.
Bacaan doa Hadirin yang dihormati sekalian,
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon supaya majlis ini terus dilindungi dan diberkati oleh Allah Yang Maha Kuasa. Majlis
dengan ini mempersilakan saudara Luqman bin Mokhtar untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Ucapara 

menaikkan Amin ya robbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Luqman bin Mokhtar

bendera atas bacaan doa sebentar tadi.

kejohanan
Seterusnya,
Upacara menaikkan bendera kejohanan oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah.

Dipersilakan.
Nyanyian lagu: Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu IPBA.
 Negaraku
 IPBA
Bacaan ikrar Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara Muhammad Aiman Najmi bin Adnan
untuk mengetuai bacaan ikrar kejohanan.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan.

8.30 Ucapan Seterusnya,


perasmian Pihak majlis berbesar hati menjemput Dr. Nagalingam Karrupiah, Pengarah Institut Pendidikan
Pengarah Guru Kampus Bahasa Antarabangsa untuk menyampaikan sepatah dua kata sekali gus
merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa.

Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Yang Berbahagia, Dr.
Nagalingam Karrupiah di atas ucapan dan perasmian pembukaan sebentar tadi.

Upacara Tuan-tuan dan puan-puan, sekarang kita akan saksikan upacara simbolik pembukaan (Nama IPG sebut
simbolik Kejohanan Olahraga 2019 IPG KBA. Dengan itu, majlis mempersilakan Dr. Nagalingam penuh)
kejohanan Karrupiah sambil diiringi Dr. Chong Poh Wan untuk menyempurnakan upacara simbolik
kejohanan.

Dipersilakan.
(Semasa gimik berlangsung)
Tema gimik Kejohanan Olahraga 2019 pada tahun ini adalah “Countries Around The World”.
Majlis kejohanan pada pagi ini disemarakkan dengan acara larian obor dan persembahan bom
asap sebagai gimik Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KBA bagi tahun 2019.
Sekali lagi, pihak majlis menjemput Dr. Nagalingam Karrupiah diiringi oleh Dr. Chong Poh Wan
untuk menyalakan obor kejohanan dan larian obor akan dilakukan oleh wakil siswa Muhamad
Amirul bin Naim.

Terima kasih diucapkan kepada Muhamad Amirul bin Naim yang telah membuat larian obor
dgn penuh semangat sebentar tadi.

(Gimik tamat)

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Nagalingam Karrupiah dan Dr. Chong Poh Wan di atas
diatas kesudian menyempurnakan upacara tersebut.

8.50 Perarakan Seterusnya, perarakan keluar perbarisan rumah sukan.


pagi keluar
perbarisan
rumah sukan
9.00 Persembahan Hadirin sekalian,
pagi selingan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari:
1)Persatuan Seni Silat Gayong IPG KBA
2)Taekwondo daripada IPG KBA
Dipersilakan.

9.30 Acara Balapan Mula Acara - tangguh majlis sehingga majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan
pagi yang di jangka pada jam 11. 45 pagi.

Acara tarik tali Tuan-tuan dan puan-puan,


Pada hari ini akan diadakan acara kemuncak iaitu acara tarik tali. Oleh itu dipersilakan saudara
Muhamad Asyraff b. Azman untuk mengemudi acara tersebut. Dipersilakan.

11.30 Acara tamat dan Perhatian, diminta semua ahli rumah sukan masuk ke padang dan beratur mengikut rumah
Pagi perarakan sukan masing-masing.
masuk semula
perbarisan
rumah sukan.
11.45 Penyampaian Hadirin sekalian. Penyampai:
pagi hadiah Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu.
Kita teruskan lagi atur cara kita dengan upacara penyampaian hadiah bagi pemenang Diiringi oleh:
perbarisan unit beruniform, pemenang perbarisan rumah sukan, anugerah olahragawan,
anugerah olahragawati dan pemenang keseluruhan rumah sukan. -baca ikut senarai
nama pemenang
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan: yang diberikan.
- Dr. Nagalingam Karrupiah, Pengarah IPG KBA
- Cik Maznah binti Shaari, Ketua Jabatan Unit Kokurikulum
Bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang perbarisan (unit beruniform/rumah


sukan).
(naib johan/johan) telah disandang oleh (unit beruniform/rumah sukan).

-ikut turutan-

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………… atas kesudian beliau


menyampaikan pingat dan anugerah sebentar tadi.

12.15 Ucapan Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Dr. Chong Poh Wan, Timbalan
t/hari penutupan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa untuk memberikan sepatah dua kata dan
Timbalan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2019 IPG Kampus Bahasa
Pengarah Antarabangsa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pengarah tiada) Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr.
Chong Poh Wan di atas ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi.

12.30 Upacara Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara simbolik penurunan bendera kejohanan bagi
t/hari simbolik menandakan penutupan Kejohanan Olahraga 2019 IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
penurunan
bendera Kita saksikan.
kejohanan
Majlis bersurai
Maka dengan itu, berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga 2019, IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa. Saya mewakili warga kerja kejohanan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
kejohanan ini. Sekian,terima kasih.

Teks disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ .....................................………..
(MUHAMMAD SYAFIQ MOHAMMAD)
Pengacara Sukan 2019

Rujukan

Mokhtar Mohd. Tohar (2012). Protokol dan etiket dalam pengurusan dan menghadiri majlis. Kuala Lumpur: INTAN

Mokhtar Mohd Tohar. (2011). Amalan protokol dan etiket. Kuala Lumpur. UPM Press Bookstore.

M.Z Azmie. (2008). Sopan daripada perspektif pengurusan organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

You might also like