You are on page 1of 18

MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

SOALAN 1 A :

Ilustrasi Visual Terdiri Daripada Piktograf, Carta Pai, Graf Bar, Graf Garisan,
Histogram, Poligan Kekerapan, Ogif Dan Rajah Serakan Serta Jadual Kekerapan.

Berdasarkan Pernyataan Di Atas, Tuliskan Satu Esei Membandingkan Ilustrasi Visual


Dalam Mewakilkan Data.

Huraikan Mengapa Ilustrasi Visual Tertentu Lebih Sesuai Digunakan Untuk


Mempersembahkan Data.

Di dalam statistik terdapat banyak jenis ilustrasi bagi perwakilan data. Antaranya
ialah piktograf, carta pai, graf bar, graf garisan, histogram, poligan kekerapan, ogif dan rajah
serakan serta jadual kekerapan. Ilustrasi-ilustrasi tersebut kebiasaannya akan digunakan
untuk menganalisis sesuatu maklumat bagi mendapatkan sesuatu nilai untuk diguna pakai.

1. ILUSTRASI VISUAL PIKTOGRAF

Ilustrasi yang pertama ialah piktograf. Piktograf ialah suatu penggambaran data
dengan menggunakan lambang untuk mewakilkan kekerapan bagi sesuatu perkara
yang tertentu.

Contoh Gambar Rajah Ilustrasi Visual Piktograf :

BULAN BILANGAN KERETA


JANUARI

FEBUARI

MAC

Mewakili 30 buah kereta

Piktograf di atas menunjukkan bilangan kereta yang dijual oleh sebuah syarikat
dalam tiga bulan yang tertentu. Hitungkan jumlah kereta yang dijual dalam tiga bulan
itu.

Strategi:

Satu lambang mewakili 30 buah kereta. Terdapat 10 lambang.

Penyelesaian:

Jumlah kereta yang dijual = 30 x 10 = 300 buah kereta.

1
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

2. ILUSTRASI VISUAL CARTA PAI

Ilustrasi yang kedua ialah carta pai. Carta pai merupakan satu bulatan yang
bernilai 360°, yang dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang
diwakilinya. Selain itu, carta pai juga boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan
kadar peratusan. Manakala saiz bulatan pula menggambarkan jumlah keseluruhan ciri
yang dikemukakan.

Contoh ilustrasi carta pai dibentuk melalui data atau maklumat yang diperoleh
daripada jadual di bawah:

Kaum Bilangan Peratus Sudut


Penduduk () Sektor ()
Melayu 10 012 100 50.6 182
Cina 5 373 800 27.2 98
India 1 521 200 7.7 28
Lain-lain 2 873 400 14.5 52
Jumlah 19 780 500 100 360

Gambar Rajah Carta Pai: Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Kaum

3. ILUSTRASI VISUAL GRAF BAR ATAU CARTA PALANG

Ilustrasi ketiga pula ialah graf bar atau carta palang. Graf bar ialah suatu
perwakilan data dengan menggunakan jalur yang mencancang atau jalur yang
mengufuk. Setiap lebar jalur adalah sama bagi tinggi atau panjang jalur tersebut

2
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

bergantung kepada kekerapan maklumat atau data yang diperoleh. Terdapat dua
jenis graf bar atau carta palang iaitu :

 Graf bar mencancang.


 Graf bar mengufuk.

Contoh gambar rajah ilustrasi graf bar atau carta palang yang dibentuk
melalui data atau maklumat yang diperoleh daripada jadual di bawah:

Jadual: Data Murid Memperoleh 5A Contoh Graf Bar Mencancang


Pada Tahun 2005 Sehingga Tahun 2010

Contoh Graf Bar Mengufuk

4. ILUSTRASI VISUAL GRAF GARISAN

Selain itu, ilustrasi graf garisan merupakan graf yang paling tepat dan paling
kompleks. Graf garisan ditulis berpandukan kepada dua paksi yang bersudut tepat.
Setiap paksi membawa makna skala yang masing-masing. Titik-titik ditandakan
mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-titik itu
disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf garisan juga dapat

3
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam dua dimensi


seperti dua atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa
tertentu.

Contoh Gambar Rajah Ilustrasi Visual Graf Garisan:

5. ILUSTRASI VISUAL HISTOGRAM

Histogram merupakan satu graf bar yang unik yang menunjukkan data
frekuensi. Dalam histogram, tiada ruang yang kosong antara setiap bar. Tinggi setiap
bar menggambarkan frekuensi untuk data. Histogram bagi saiz selang kelas sama
mempunyai lajur-lajur yang sama lebar.

Contoh Ilustrasi Visual Histogram:

4
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

6. ILUSTRASI VISUAL POLIGON KEKERAPAN

Poligon kekerapan (frequency polygon) ialah graf yang menyambung titik-


titik tengah selang kelas pada hujung setiap lajur dalam suatu histogram. Poligon
kekerapan adalah cara lain untuk menunjukkan maklumat dalam jadual kekerapan.
Ia kelihatan sedikit seperti graf garisan. Untuk menghasilkan poligon kekerapan, kita
hanya perlu untuk memplotkan beberapa data dan kemudian menghubungkan data-
data tersebut dengan satu garis lurus.

Contoh Gambar Rajah Ilustrasi Visual Poligon Kekerapan:

7. ILUSTRASI VISUAL OGIF

Ogif adalah suatu perkataan pada dasarnya adalah satu istilah yang
digunakan dalan seni bina untuk menerangkan keluk atau bentuk melengkung.
Taburan kekerapan yang diberikan set data boleh ditukar kepada taburan kekerapan
yang terkumpul dengan menambah kekerapan setiap jumlah yang terdahulu. Graf
taburan kekerapan terkumpul lebih dikenali sebagai terkumpul lengkung kekerapan
atau ogif.

5
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

Contoh Ilustrasi Visual Ogif:

8. ILUSTRASI VISUAL RAJAH SERAKAN

Plot berselerak menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah dengan


memaparkan titik data pada graf dua dimensi. Pembolehubah yang mungkin
dianggap sebagai pembolehubah penerangan diplot pada paksi x, dan
pembolehubah tindak balas diplot pada paksi y.

Sebaran plot adalah amat berguna apabila terdapat sebilangan besar titik
data. Maklumat berikut adalah mengenai hubungan antara dua pembolehubah:

• Kekuatan

• Bentuk - linear, melengkung, dan lain-lain

• Arah - positif atau negatif

• Kehadiran terpencil

Satu korelasi antara keputusan pembolehubah dalam kelompok mata data


bersama-sama garis. Berikut adalah satu contoh plot berselerak menandakan
hubungan linear yang positif.

6
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

Contoh Ilustrasi Visual Rajah Serakan:

9. ILUSTRASI VISUAL JADUAL KEKERAPAN

Jadual kekerapan ialah suatu jadual yang menunjukkan kekerapan bagi


sesuatu data yang diperoleh. Manakala kekerapan sesuatu maklumat ialah bilangan
kali maklumat itu muncul dalam sekumpulan data. Kekerapan sesuatu maklumat
dapat diperoleh melalui cara membilang dan cara menggundal.

Maka jadual kekerapan boleh ditafsirkan sebagai susunan skor mentah


secara menaik atau secara menurun dengan kekerapannya dinyatakan dalam
sesuatu jadual. Dengan menyatakan skor-skor mentah dalam jadual kekerapan, kita
boleh membuat analisis dan tafsiran dengan lebih mudah lagi. Di samping itu, kita
boleh menggunakan jadual kekerapan untuk memindahkan skor-skor mentah dalam
bentuk graf.

Contoh Ilustrasi Visual Jadual Kekerapan Cara Membilang:

Data yang diberi menunjukkan bilangan tembikai yang dijual di sebuah gerai setiap
hari sepanjang tiga minggu yang lalu.

15 18 23 10 15 20 10
18 16 15 23 16 15 18
11 15 15 14 10 23 11

Cara Membilang:

Kekerapan 10 biji tembikai dijual = 3

Kekerapan 11 biji tembikai dijual = 2

Kekerapan 14 biji tembikai dijual = 1

Kekerapan 15 biji tembikai dijual = 6

Kekerapan 16 biji tembikai dijual = 2

Kekerapan 18 biji tembikai dijual = 3

7
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

Kekerapan 20 biji tembikai dijual = 1

Kekerapan 23 biji tembikai dijual = 3

Dari jadual, kekerapan 15 biji tembikai dijual = 6

Kekerapan terkecil = 1 (14 biji)

Contoh Ilustrasi Visual Jadual Kekerapan Cara Menggundal:

- Menggundal ialah kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima.

Data yang diberi menunjukkan bilangan tembikai yang dijual di sebuah gerai setiap hari
sepanjang tiga minggu yang lalu.

4 4½ 5 6 7 6 6½ 5 7 6
6½ 4 5½ 5½ 4½ 6 7 5 6 5
4 4 7½ 5 6 6 6 5 5½ 6½

Cara Menggundal:

SAIZ KASUT GUNDAL KEKERAPAN

4 //// 4
4½ // 2
5 //// / 6
5½ /// 3
6 //// /// 8
6½ /// 3
7 /// 3
7½ / 1
JUMLAH 40

Saiz yang paling kerap ialah saiz 6.

Kekerapan yang terbesar = 8

Kekerapan yang terkecil = 1

Contoh Ilustrasi Visual Jadual Kekerapan Bentuk Mengufuk-dua baris:

SAIZ KASUT 4 5 6 7 8 9 10 11

KEKERAPAN 4 2 6 3 8 3 3 1

8
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

Contoh Ilustrasi Visual Jadual Kekerapan Bentuk Menegak-dua lajur:

GRED BILANGAN PELAJAR

A 9
B 31
C 22
D 12
E 7

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERWAKILAN DATA

PERWAKILAN DATA KELEBIHAN KELEMAHAN

1. PIKTOGRAF  Lebih menarik.  Kurang jitu dan tepat.


 Mudah difahami.  Susah melukis lambang-
lambang yang sama
saiz.
2. Graf Bar  Senang dilukis.  Tidak memberi
 Data-data dapat perbandingan setiap
ditunjukkan dengan data dengan
tepat. menyeluruh.
 Menunjukkan
perbezaan kuantiti di
antara setiap data
dengan jelasnya.
3. Carta pai  Menunjukkan dengan  Memerlukan pengiraan
jelas perbezaan sebelum melukis.
kuantiti antara setiap  Tidak memberi bilangan
data dengan sebenar bagi setiap
keseluruhan. bahagian.
4. Graf garis  Berguna untuk  Tidak memberi
menggambarkan perbandingan setiap
perubahan data dalam komponen dengan
satu jangka masa keseluruhan.
yang tertentu.
 Menunjukkan
perubahan data
dengan jelas.

9
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

SOALAN 1B :

Berdasarkan tugasan yang dipilih, kumpul data dan maklumat berkaitan untuk
dianalisis. Tugasan ini perlu mengikut langkah-langkah berikut:

a. Dapatkan maklumat seperti tinggi, berat rakan-rakan sekuliah anda dan


persembahkan data tersebut dalam satu bentuk ilustrasi visual yang sesuai.
b. Binakan ilustrasi visual sacara manual dan menggunakan perisian seperti
Microsoft Excel dan huraikan maklumat yang diperolehi berdasarkan ilustrasi
visual yang dipilih.
c. Bandingkan ilustrasi visual yang telah anda bina secara manual dan
menggunakan perisian komputer.

Berdasarkan maklumat data yang telah saya perolehi (rujuk di lampiran,


jadual kaji selidik), saya telah memilih ilustrasi visual graf bar atau carta palang untuk
menunjukkan data dan dapat menganalisis dengan mudah dan cepat bilangan pelajar
PPISMP Semester 3, Bahasa Melayu, SJKT seramai 20 orang yang memakai pakaian
berjenama Nike, Adidas dan Reebox. Jadual bagi maklumat data dibina bagi
memudahkan penghasilan ilustrasi visual graf bar yang tersebut. Antara jadual dan
ilustrasi graf bar tersebut ialah:

BIL NAMA PAKAIAN BERJENAMA BILANGAN PELAJAR(ORANG)


1. NIKE 10
2. ADIDAS 7
3. REEBOX 3
Jadual: Bilangan Pelajar PPISMP, Semester 3, Bahasa Melayu,SJKT Yang

Memakai Pakaian Berjenama.

10
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

ILUSTRASI VISUAL GRAF BAR SECARA PERISIAN KOMPUTER.

BILANGAN PELAJAR PPISMP SEMESTER 3, BAHASA MELAYU,


SJKT YANG MEMAKAI PAKAIAN BERJENAMA.
12

10
BILANGAN PELAJAR(ORANG)

0
NIKE ADIDAS REEBOX
JENIS PAKAIAN BERJENAMA

Berdasarkan kepada ilustrasi visual graf bar di atas, data yang diperoleh ialah data
diskrit yang berkaitan dengan bilangan jenis pakaian yang berjenama. Data diskrit tersebut
telah diperoleh hasil daripada kaji selidik maklumat yang berkaitan oleh 20 orang pelajar
PPISMP Semester 3, Bahasa Melayu, SJKT. Bilangan pelajar yang memilih jenis pakaian
berjenama nike ialah seramai 10 orang serta merupakan bilangan data yang paling tinggi
jumlahnya berbanding jenis pakaian berjenama Adidas dan Reebox. Seramai 7 orang
pelajar yang memilih jenis pakaian berjenama Adidas dan hanya 3 orang sahaja yang
memilih jenis pakaian yang berjenama Reebox. Data yang diperoleh Jenis pakaian yang
berjenama Reebox tersebut merupakan data yang paling rendah didapati. Perbezaan nilai
data (bilangan pelajar/orang) yang paling tinggi dengan yang paling rendah bagi pemilihan
jenis pakaian berjenama ini ialah seramai 7 orang. Setelah dibuat tinjauan dan soal selidik
kepada pelajar-pelajar PPISMP Semester 3, Bahasa Melayu, SJKT banyak di antara
mereka yang memilih jenis pakaian berjenama nike kerana faktor minat dan reka bentuk
corak serta kombinasi warna pada pakaian berjenama nike tersebut lebih menarik
berbanding dengan pakaian jenama yang lain.

11
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

ILUSTRASI VISUAL GRAF BAR SECARA MANUAL.

12
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

PERBEZAAN PEMBINAAN ILUSTRASI VISUAL GRAF BAR MENGGUNAKAN


MICROSOFT EXCEL DENGAN KAEDAH MANUAL.

Terdapat juga perbezaan di antara ilustrasi visual graf bar yang telah saya bina
secara manual dan secara penggunaan melalui perisian komputer Microsoft Excel.
Perbezaannya dari segi faktor masa. Penghasilan ilustrasi visual graf bar secara manual
telah mengambil masa yang lama berbanding penghasilan ilustrasi visual melalui perisian
komputer. Selain itu, faktor kekemasan juga dapat dilihat dalam penghasilan ilustrasi
visual graf bar ini. Kekemasan yang lebih baik dapat dilihat dan dinilai ialah dari ilustrasi
visual graf bar melalui perisian komputer berbanding dengan kaedah manual. Penghasilan
ilustrasi visual graf bar secara manual telah menggunakan kertas graf dan graf bar tersebut
dilukis mengikut kesesuaian nilai data yang telah diperoleh. Faktor kejituan dan ketepatan
juga dapat dilihat dalam penghasilan ilustrasi visual graf bar tersebut secara manual
mahupun secara perisisan komputer. Kejituan dan ketepatan graf bar yang dibina lebih
tepat berbanding graf bar yang dibina secara manual kerana formula yang dikehendaki telah
tersedia melalui perisian komputer tersebut.

Konklusinya yang saya dapat lihat setelah menghasilkan ilustrasi visual graf bar
melalui perisian komputer lebih menjimatkan masa, lebih kemas dalam penghasilan ilustrasi
visual graf bar, lebih jitu serta tepat bagi graf bar yang dikehendaki berdasarkan data dan
nilai yang diperoleh berbanding ilustrasi visual graf bar yang dibina secara manual. Selain
itu, kesabaran yang tinggi perlu diterapkan dalam diri bagi menghasilkan sesuatu ilustrasi
visual yang dikehendaki sama ada secara manual ataupun perisian komputer.

13
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

SOALAN 1C : MENGANALISIS DATA

1.MIN

(3.25 X 10) + ( 2.05 X 5) + ( 2.55 X 10) + (4.00 X 8) + (2.65 X 11) + (3.00 X 11)

+ (3.15 X 10) + (3.58 X 15) + (1.56 X 6) + (4.00 X12) + (3.06 X 12) + (3.14 X 11)

+ (3.59 X 13) + (1.53 X 14) + (4.00 X 11) + (2.90 X 10) + (2.35 X 9) + (2.46 X 8)

+ (4.00 X 9) + (2.28 X 10 ) + (3.25 X 10) + (3.45 X 9) + (3.55 X 8) + (2.53 X 12)

+ (3.06 X 11) + (3.18 X 10) + ( 3.57 X 8) + ( 2.35 X 13) + (2.10 X 14) + (2.75 X 13)

= (32.5 + 10.25 + 25.5 +32 + 29.15 + 33.00 + 31.5 + 53.7 + 9.36 + 48.00 + 36.72 + 34.54 +
46.67 + 21.42 + 44.00 + 29.00 + 21.15 + 19.68 + 36.00 + 22.80 + 32.50 + 31.05 + 28.40 +
30.36 + 33.66 + 31.80 +28.56 + 30.55 + 29.40 + 35.75) = 892.97

MIN : 892.97 / 313 = 2.853

2. MOD

Nilai kekerapan ialah : 15

Maka , nilai mod ialah : 3.58

3. MEDIAN

5, 6, 8, 8, 8, 9, 9, 9, 10, 10, 10, 10, 10, 10, 10, 11, 11, 11, 11, 11, 12, 12, 12, 13, 13, 13,
14,14,15

Nombor tengah ialah 10 + 10 =20

Median 20 / 2 = 10

14
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

ILUSTRASI VISUAL YANG DIPILIH IALAH GRAF GARIS

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI IPG 16


14
12
10
(JAM)

8
Y-Values
6
Linear (Y-Values)
4
2
0
3.25
2.55
2.65
3.15
1.56
3.06
3.59

2.35

3.25
3.55
3.06
3.57
4

2.1
PENCAPAIAN AKADEMIK (PMGT)

ANALISIS GRAF GARIS

Ilustrasi visual yang saya pilih ialah graf garis. Daripada graf garis di atas, saya
mendapati bahawa pada keseluruhannya, tidak semestinya seseorang pelajar yang
memperoleh pencapaian PMGT yang cemerlang 4.00, mereka lebih bergiat dalam aktiviti
IPG. Namun, pelajar yang paling banyak (jam) terlibat dalam aktiviti IPG ialah pelajar yang
mendapat PMGT :3.58. jam yang dikumpul dalam aktiviti IPG iaitu sebanyak 15 jam.
Manakala bilangan jam pelajar yang paling sikit terlibat dalam aktiviti IPG ialah sebanyak 5
jam sahaja berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Pencapaian akademik PMGT pelajar
tersebut ialah hanya melepasi kelulusan PMGT iaitu pelajar tersebut mendapat 2.05 sahaja.

Secara tidak langsung yang boleh saya lihat bahawa pencapaian akademik pelajar
untuk cemerlang tidak mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti IPG (jam).
Keadaan ini boleh dilihat dari data yang diperoleh bahawa terdapat juga pelajar yang aktif
dengan aktiviti IPG, tetapi PMGT yang diperoleh tidak melepasi tahap PMGT 3.00. Selain
itu, graf garis ini menunjukkan kenaikan yang positif. Walau bagaimanapun, ada juga pelajar
yang kurang menceburkan diri mereka dalam aktiviti IPG tetapi pencapaian mereka lebih
baik daripada pelajar yang mengikuti aktiviti IPG dalam masa yang lama.

15
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah-Nya saya dan
dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu
Encik Mohd Nizam Bin Haji Ijom kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan
memberi nasihat serta bimbingan kepada saya dan rakan-rakan bagi menyempurnakan
tugasan yang diamanahkan ini. Tidak lupa juga kepada rakan saya iaitu Siti Khadijah Binti
Alias kerana telah banyak memberi kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi dalam
pelaksanaan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sesiapa yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksanaan tugasan ini dijalankan.

Semasa hari pertama mendapat kertas soalan tugasan kerja kursus ini, saya berasa
risau bagaimana untuk menyiapkan tugasan ini kerana masih belum jelas tentang kehendak
sebenar soalan. Namun rezeki masih berpihak kepada kami sekelas kerana Encik Mohd
Nizam Bin Haji Ijom telah mengambil setengah jam lagi semasa dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) beliau di kelas kami untuk menerangkan dengan seberapa ringkas
berkaitan dengan tugasan kerja kursus ini mengikut persoalan yang ditujukan kepada beliau
oleh beberapa orang pelajar dari PPISMP, BM, SJKT.

Namun, saya juga mengalami sedikit kesukaran dan kesulitan sepanjang


melaksanakan tugasan ini iaitu dalam proses mencari bahan rujukan tentang sukan
handball. Saya juga telah berusaha pergi ke beberapa kedai buku MPH di kawasan Kuala
Lumpur untuk membeli majalah yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Tetapi
mengecewakan saya kerana bahan rujukan yang dikehendaki, tiada di kedai buku MPH
tersebut. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran saya telah menjumpai buku rujukan yang
dikehendaki di Pusat Sumber IPTAA untuk dijadikan rujukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Alhamdulillah segala kesulitan yang saya hadapi sepanjang pelaksanaan tugasan ini dapat
diselesaikan dengan hasil berkat kesabaran dan ketekunan yang berterusan. Semoga
dengan terlaksananya tugasan ini dapat melatih diri saya menjadi bakal guru yang berguna
untuk bangsa dan negara dalam mendidik anak-anak bangsa nanti di dalam semua bidang
pengajaran dan dapat disemai ke dalam diri semua pelajar yang akan saya didik kelak.

Selain itu, tugasan ini juga dapat membantu saya dalam memahami dengan lebih
jelas tentang sukan handball daripada pelbagai aspek khususnya dalam aspek weight
training for handball player dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui isu-isu
semasa berkaitan dengan sukan handball ini. Isu yang telah jumpai adalah isu yang
melibatkan perkara negatif yang dilakukan oleh tiga orang pemain handball semasa SUKMA
2013 berlangsung. dalam mata pelajaran matematik asas khususnya dapat memahami

16
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

kaedah statistik dalam ilustrasi visual yang terdiri daripada piktograf, carta pai, graf garisan,
graf bar, histogram, poligan kekerapan, ogif dan rajah serakan serta jadual kekerapan.
Selain itu juga, saya dapat menyelesaikan dan mempersembahkan maklumat data dan nilai
yang dikumpulkan dalam membuat kaji selidik dalam ilustrasi visual yang dipilih melalui dua
kaedah iaitu secara manual atau secara perisian komputer. Secara tidak langsung juga
dapat memperkembangkan pemahaman saya dalam statistik matematik asas ini dengan
menggunakan teknologi perisian dan juga sumber internet.

Selain itu, tugasan ini juga sedikit banyak dapat membantu saya bagi menjalani sesi
pengajaran dan pembelajaran ketika saya membuat praktikal di sekolah nanti. Oleh yang
demikian, dapat memudahkan saya dalam memberi penerangan kepada murid-murid
berkaitan konteks yang telah saya pelajari ini. Melalui dengan cara ini jugalah saya dapat
menambah dan meluaskan lagi pengetahuan saya dalam konsep statistik matematik asas
ini.

Saya berharap tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi kelak kerana tugasan
seumpama ini mampu melahirkan mahasiswa yang berjati diri dan berkreativiti tinggi.
Harapan saya semoga dengan terhasilnya kerja kursus ini dapat memberikan manfaat
kepada kita semua seterusnya dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita
khususnya dalam bidang pendidikan.

Akhir kata saya di sini bersyukur atas apa yang telah dilakukan untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya, sekalung ucapan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah
pembimbing dan semua rakan seperjuangan kerana memberi sepenuh komitmen dalam
bersama-sama saya bagi menyiapkan tugasan yang diberi mengikut kriteria yang diperlukan.

Sekian terima kasih. Salam satu Malaysia dan salam Perpaduan.

17
MATEMATIK ASAS(MT3311D1) 2013

BIBLIOGRAFI

SUMBER BUKU/ILMIAH

Cheah Tat Huat (1986). Matematik Tulen. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Cong Eng Tan (1998). Matematik STPM mekanik dan statistik. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Lim Swee Hock (2000). Rujukan Lengkap Era 2000 Matematik. Shah Alam. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

SUMBER INTERNET

http://www.slideshare.net/norlia940/krm-3043-pengurusan-data-tugasan-1norlia-bt-ismail-
d20102043530

http://kasturinusi.blogspot.com/2013/04/tugasan-refleksi-modul-pengurusan-data.html

http://mathssmkpi.blogspot.com/2012/06/ogif.html

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.phd/2009/mei-2009/311-perisian-
matematik/507-histogram-dan-ogif

http://www.mathsisfun.com/definitions/frequency-polygon.html

18

You might also like