You are on page 1of 9

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 33

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Oleh : Nor Amanina Syamimi Binti Mohammad Johari

1.0 Laporan persediaan K0T

Sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

Kejohanan Olahraga Tahunan 2017 (KOT) merupakan satu acara yang wajib

dianjurkan oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian

Pelajaran Malaysia pada Semester 2 Tahun 2 pengajian. Penganjuran acara

Kejohanan Olahraga Tahunan telah ditetapkan dalam kursus wajib MPU3071

(olahraga). Sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) dianjurkan, kami telah

diberi taklimat oleh pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus

Tengku Ampuan Afzan mengenai hal-hal yang perlu diuruskan sebelum, semasa dan

selepas KOT berlaku.

Selepas itu, siswa pendidik ambilan Jun 2015 telah mengadakan satu

perjumpaan untuk melantik ahli jawatankuasa bagi KOT yang bakal dianjurkan.

Semua siswa pendidik bersetuju dan bersepakat untuk melantik saudara Amirul

Shakirin sebagai pengerusi kejohanan kali. Saya pula telah diberi amanah sebagai

ahli jawatankuasa pengacaraan yang bertugas sebagai pengacara majlis rasmi

semasa majlis penutupan KOT dijalankan.

Saya telah diletakkan di bawah ahli jawatankuasa pengacaraan bersama-

sama saudara Muhammad Amir Bin Samsuri. Sebelum kami melaksanakan KOT,

kami telah merancang beberapa perkara sebelum hari kejadian KOT berlaku. Kami

bersyukur kerana telah mempunyai pengalaman sebagai pengacara majlis rasmi

1
bagi beberapa majlis institut sebelum ini. Oleh itu, adalah tidak sukar bagi kami untuk

menyediakan teks pengacaraan majlis kerana pada KOT yang lalu, siswa pendidik

ketika itu juga ada yang merujuk kami mengenai penulisan teks pengacaraan majlis

penutupan KOT. Jadi, perkara itu sedikit sebanyak telah lama menjadi gambaran

yang sangat berguna buat kami untuk digunakan semasa giliran kami menguruskan

kejohanan olahraga. Kami menggunakan pengalaman dan cara penulisan teks

pengacara majlis yang telah kami pelajari daripada Puan Khairunisak Binti dari

Jabatan Bahasa Inggeris yang banyak membantu kami suatu ketika dahulu dalam

mengenali selok belok dan protokol dalam bidang pengacaraan majlis rasmi.

Justeru, kami tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan teks

pengacaraan tersebut. Oleh sebab itu juga, kami turut membantu ahli jawatankuasa

yang lain kerana tugas di bawah ahli jawatankuasa pengacaraan adalah mudah

untuk dilaksanakan. Oleh itu, saya telah membantu siswa pendidik yang lain dalam

pembinaan maskot KOT dengan membantu daripada segi mencari bahan-bahan

yang ingin digunakan seperti kotak-kotak terpakai, cat spray, saletip, batang buluh,

surat khabar dan gam panas serta turut membantu daripada segi pembinaan maskot

tersebut.

Semasa Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

Semasa menjalankan Kejohanan Olahraga Tahunan pada 1 Mac yang lalu,

saya dan Muhammad Amir Bin Samsuri telah memastikan tentatif yang bakal

dijalankan adalah selari mengikut perancangan sedia kala bagi mengelakkan majlis

menjadi kacau-bilau dan tidak tersusun. Sebelum berlansungnya majlis penutupan

semasa hari kejadian, kami berdua telah berhubung dengan pegawai-pegawai yang

bertugas bagi memastikan perkara-perkara seperti kehadiran tetamu undangan,

gimik perasmian penutupan dan penyampaian hadiah serta beberapa bahagian


2
tentatif penting yang lain telah bersedia sebelum majlis bermula. Hal sebegini adalah

penting untuk disemak sebelum majlis bermula bagi mengelakkan majlis menjadi

kacau- bilau dan tidak tersusun kerana tidak selari dengan tentatif yang telah

digariskan.

Majlis penutupan kejohanan telah bermula pada jam 4.30 petang hari yang

sama. Majlis bermula dengan pengumuman ketibaan masuk Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Tuan Haji Abdullah Bin Mohd

Yusof dan tetamu jemputan diiringi oleh Encik Mohd Shukri Bin Mat Yaakob selaku

Ketua Unit Kokurikulum. Pengarah dan tetamu jemputan telah dihidangkan dengan

persembahan pembukaan yang dipersembahkan oleh ahli Persatuan Silat Gayung

Fatani Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Walaupun

dijalankan dalam keadaan hujan renyai-renyai, majlis penutupan KOT yang

dijalankan tetap meriah dan sangat memberikan pengalaman yang berbeza buat

kami.

Setelah pengarah mengambil tempat di atas astaka, kami telah meminta

semua hadirin untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu

Negaraka, Lagu Pahang dan Lagu IPGM. Setelah itu, majlis diteruskan dengan

bacaan doa oleh saudara Nur Nazmi Bin Mohd. Ucapan alu-aluan dimulakan dengan

menjemput Ketua Unit Kokurikulum iaitu Encik Mohd Shukri Bin Mat Yaakob untuk

memberikan sepatah dua kata. Agenda majlis diteruskan dengan majlis

penyampaian hadiah kepada para pemenang. Setelah itu, kami menjemput Tuan

Pengarah iaitu Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof untuk memberikan ucapan

perasmian penutup. Selesai sahaja Tuan Pengarah memberikan ucapan, kami

mempersilakan beliau sambil diiringi oleh tetamu jemputan yang lain untuk turun ke

bahagian bawah astaka bagi menyempurnakan gimik perasmian penutupan

3
Kejohanan Olahraga Tahunan 2017. Akhir sekali, majlis penutupan Kejohanan

Olahraga Tahunan 2017 dimeriahkan dengan Persembahan Tarian yang

dipersembahkan oleh Afzan Cheerleding. Setelah berakhirnya majlis, kami

menjemput Tuan Pengarah dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati sedikit

jamuan yang disediakan.

Selepas Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

Saya memperoleh pengalaman yang sangat berharga. Daripada pengalaman

menguruskan olahraga di bawah ahli jawatankuasa pengacaraan dan juga dengan

tugas-tugas pengurusan yang lain seperti membuat maskot, membina trek padang

dan sebagainya, saya dapat memahami kerjaya sebagai seorang guru haruslah

mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran supaya dapat mengharungi pebagai

cabaran dan kerja buat di sekolah nanti. Selepas menguruskan Kejohanan Olahraga

Tahunan 2017 tersebut, , saya mendapati begitu banyak perkara yang perlu lebih

saya pelajari terutama cara menguruskan majlis formal bagi acara sukan. Kami

bersyukur kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

dengan jayanya.

Disediakan Oleh :

Nor Amanina Syamimi Binti Mohammad Johari

____________________________________

Ajk Pengacaraan,

Kejohanan Olahraga Tahunan 2017,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

4
2.0 Gambar aktiviti

Gambar 1 : Ketibaan Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof, Pengarah IPGKTAA

Gambar 2 : Persembahan pembukaan oleh Persatuan Silat Gayung Fatani Afzan

Gambar 3 : Ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Kokurikulum, En Shukri b. Mat Yaakob

5
Gambar 4 : Tuan Pengarah dan dif-dif jemputan

Gambar 5 : Tuan pengarah menyampaikan medal kepada pemenang

Gambar 6 : Maksot bergerak KOT 2017

6
Gambar 7 : Pemenang acara bersama-sama medal yang dimenangi

Gambar 8 : Suasana semasa KOT 2017

Gambar 9 : Maskot statik KOT 2017

7
Gambar 10 : Saya dan rakan pengacara, Muhammad Amir Bin Samsuri

Gambar 11 : Persembahan penutupan iaitu tarian oleh Afzan Cheerleding Squad

Gambar 12 : Siswa pendidik PISMP Semester 2 Tahun 2

3.0 Penutup

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan

Olahraga Tahunan 2017. Banyak yang saya telah pelajari terutamanya mengenai

perancangan yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan sesuatu acara. Contoh-

contoh butir perancangan sesuatu kejohanan sukan ialah. Antaranya ialah

penggunaan sumber seperti modal, pekerja mahir dan tidak mahir, peralatan sukan,

kompleks sukan, bahan-bahan dan prasarana.


8
Selain itu, pengerusi juga bertanggungjawab untuk menasihatkan bendahari

supaya mengawasi perbelanjaandengan melihat kepada kos-kos yang terlibat, paras

harga semasa dan anggaran belanjawan penganjuran acara . Selain itu, siswa

pendidik juga perlu tahu mengenai penyelarasan kerja seperti bila sumber akan

digunakan, siapa yang memberikan modal – kerajaan atau pinjaman, Pekerja,

diimport atau tempatan peralatan, kemudahan dan kompleks sukan. Sebagai

seorang bakal guru,kita perlu tahu mengenai cara menangani masalah serta

memahami prosedur, mengatasi birokrasi.

Menurut Widmeyer, Brawley dan Carron (1992), terdapat dua jenis

persefahaman, iaitu persefahaman sosial dan persefahaman tugasan. Menurut Mohd

Sofian Bin Omar Fauzee (2002), persefahaman merupakan daya tarikan atau

keinginan individu untuk kekal berada dalam sesuatu pasukan. Persefahaman sosial

bermaksud tahap tarikan interpersonal dalam kalangan ahli-ahli kumpulan.

Persefahaman tugasan pula merujuk kepada usaha-usaha setiap ahli dalam

mencapai matlamat pasukan. Oleh itu, melalui penganjuran KOT 2017 yang telah

dilaksanakan, siswa pendidik telah berjaya mewujudkan dan menerapkan

persefahaman dalam kalangan ahli-ahli jawatankuasanya.

You might also like