You are on page 1of 2

Pengenalan

Kursus Olahraga (MPU3071) adalah merupakan kursus yang wajib dan penting
bagi mengajar siswa pendidik atau bakal guru Institut Pendidikan Guru Malaysia
mengenai ilmu-ilmu pengurusan dan pengelolaan dalam melahirkan guru yang proaktif
serta berdaya saing bagi menguruskan Kejohanan Olahraga Tahunan di sekolah.
Perkara ini dapat membuktikan bahawa seorang guru tersebut mampu untuk
membimbing pelajar dalam meningkatkan semangat kesukanan melalui kejohanan
yang dianjurkan . Oleh itu, penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan ini dapat
memberi peluang kepada siswa pendidik untuk mempertingkatkan kemahiran dalam
pengelolaan kejohanan sebelum siswa pendidik bertugas sebagai guru pada masa
akan datang.

Menurut Mohd Salleh Aman (2005), perancangan membolehkan pengurus


membuat persediaan dalam penggunaan sumber, mengawasi perbelanjaan,
menyelaraskan kerja, menangani masalah dan mengenal pasti peluang. Beberapa
aspek yang dipelajari hasil daripada penganjuran KOT tersebut adalah mengenai aspek
perancangan. Apabila perlu menganjurkan KOT, siswa pendidik telah didedahkan
mengenai beberapa aspek pengurusan dan persediaan dalam mengelola kejohanan
tersebut. Antaranya ialah aspek perancangan yang merupakan antara aspek terpenting
dalam pengurusan acara olahraga. Melalui perancangan yang dibuat, siswa pendidik
akan dapat membuat perancangan daripada segi kewangan, pengurusan teknikal,
penyediaan peralatan dan siar raya, persiapan tempat, jamuan dan makanan,
kebersihan serta pengurusan aktiviti dan peserta.

Selain daripada mengaplikasikan prinsip-prinsip latihan yang sistematik dan


saintifik, penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan juga bertujuan untuk
memperkenalkan aspek pengelolaan daripada segi kepegawaian dan kejurulatihan
dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan kepada siswa pendidik. Selain itu,
penganjuran kejohanan tersebut juga adalah untuk memberikan peluang kepada siswa
pendidik bagi mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum. Oleh itu,
perancangan yang sistematik dan kemas akan melancarkan pengurusan .

ii
Menurut Prof Madya Vasudevan T.Arasoo (1993), setiap kejohanan yang
diadakan di peringkat antarabangsa mestilah sama ada dianjurkan oleh IAFF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Namun, walaupun penganjuran KOT 2017 hanyalah
peringkat dalaman sahaja, tetapi para pensyarah masih tetap mengajar ukuran padang
yang sebenar mengikut IAFF. Kami bersyukur kerana melalui kursus MPU3071 ini kami
diberi peluang untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan yang banyak
memberi pengalaman dan ilmu baru kepada kami. Semoga ilmu ini akan dapat kami
manfaatkan semasa bertugas sebagai guru pada masa yang akan datang.

iii

You might also like