You are on page 1of 5

KERTAS KERJA:

PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PERINGKAT IPGKBL


( ANTARA RUMAH SUKAN )

ANJURAN:

BIRO SUKAN & REKREASI

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) HEP SESI 2016/2017

DENGAN KERJASAMA

UNIT KOKURIKULUM, IPG KAMPUS BATU LINTANG

DAN

PELAJAR PPISMP PJM AMBILAN JUN 2015

TARIKH:

27 FEBRUARI – 27 MAC 2016

“ BERSEDIA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ”


1.0 PENGENALAN
Bola sepak merupakan sukan yang sangat digemari di dunia. Ianya juga
merupakan medium sukan yang mampu mengeratkan perpaduan komuniti. Oleh
yang demikian, pihak Biro Sukan dan Rekreasi JPP IPGKBL dengan kerjasama Unit
Kokurikulum IPGKBL dan guru pelatih PPISMP PJM Ambilan Jun 2015 telah
bersetuju mengadakanPertandingan Liga Bola Sepak Peringkat IPGKBL (Antara
Rumah Sukan). Aktiviti sukan seperti ini sememangnya diambil berat untuk mendidik
dan memandu arah para bakal pendidik sebagai bakal penentu dan peneraju pada
masa akan datang. Sementara itu, pertandingan bola sepak ini adalah amat penting
bagi mencungkil bakat di samping dapat melahirkan bakal pendidik yang seimbang
dari aspek JERIS. Melalui aktiviti ini juga, setiap guru pelatih khasnya golongan lelaki
dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dalam rumah sukan.
Pertandingan Liga Bola Sepak Peringkat IPGKBL (Antara Rumah Sukan) ini
juga telah dibahagikan kepada empat pasukan rumah sukan iaitu Batang Lupar
(Merah), Batang Padungan (Hijau), Batang Balleh (Kuning) dan Batang Igan (Biru).

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan memberikan peluang kepada warga IPG Kampus Batu
Lintang untuk menyertai aktiviti sukan bola sepak
2.2 Melahirkan warga IPG Kampus Batu Lintang yang cerdas dan cergas
2.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalanganguru pelatih IPG Kampus
Batu Lintang khususnya dalam kalangan guru pelatih lelaki.
2.4 Menjadi wadah untuk warga pendidik IPG Kampus Batu Lintang untuk
beriadah bersama

3.0 CADANGAN HADIAH


3.1 Trofi
3.2 Medal
3.3 Hamper

4.0 JADUAL PELAKSANAAN DAN TARIKH


Tarikh: 27 Februari – 27 Mac 2016 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 4.30 Petang – 6.30 Petang

5.0 TEMPAT
5.1 Padang Bola Sepak IPGKBL
6.0 KUMPULAN SASARAN
Pensyarah Akademik, Staf Pengurusan,Staf Sokongan dan pelajar Lelaki IPG
Kampus Batu Lintang mengikut rumah sukan masing-masing

7.0 KOD PAKAIAN


Pakaian sukan yang lengkap, kemas serta warna baju mengikut pasukan rumah
sukan seperti berikut:

RUMAH SUKAN WARNA BAJU


Batang Lupar Merah
Batang Padungan Hijau
Batang Balleh Kuning
Batang Igan Biru

8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

(Rujuk Peraturan Khas Pertandingan)

9.0 Anggaran Perbelanjaan

9.0.1 - Hadiah

Kedudukan Jenis Hadiah Jumlah Kos Catatan


Peserta
Pertama Hamper 18 RM50 x 1 = RM50 Mohon dari IPG
Medal RM10 x 18 = RM180
Kedua Hamper 18 RM40 x 1 = RM40 Mohon dari IPG
Medal RM10 x 18 = RM180
Ketiga Hamper 18 RM30 x 1 = RM30 Mohon dari IPG
Medal RM10 x 18 = RM180

RM660
JUMLAH KESELURUHAN

9.0.2 Air Minuman Pengadil & Urusetia bertugas

Jumlah Harga sekotak Kos keseluruhan Catatan


botol air (230ml) (RM)
3 kotak RM10 RM10 x 3 = RM30 Mohon dari IPG
10.0 ULASAN DARIPADA KETUA JABATAN / KETUA UNIT

BIL JABATAN / UNIT DI IPGKBL ULASAN

1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

2. Unit Kewangan

3. Unit Kokurikulum

4. Jabatan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan

11.0 PENUTUP
Pertandingan Bola Sepak Peringkat IPGKBL (Antara Rumah Sukan) ini diharapkan
akan memenuhi objektif yang telah dicatatkan. Di samping itu, guru pelatih lelaki juga
berpeluang melakukan aktiviti yang seronok, sebagai ‘escapade’ dari kesibukan
tugas harian. Diharap dengan penganjuran pertandingan bola sepak ini, objektif dan
matlamat yang telah digariskan akan dapat dicapai seterusnya memastikan kualiti
sukan di IPG Kampus Batu Lintang ini semakin maju dan mantap.
Disediakan oleh:

(MOHD. FAIZ FAHMI BIN MOHAMAD)


Biro Sukan Dan Rekreasi
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2016/2017,
IPG Kampus Batu Lintang,

Disahkan oleh:

(AMY ANAK DUSIN)


Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Batu Lintang.

Diluluskan oleh:

(BEDUI BIN UNE)


Pengarah,
IPG Kampus Batu Lintang.

You might also like