You are on page 1of 3

1.

0 Konsep, Matlamat dan Dasar Pendidikan Inklusif

Berdasarkan Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Bekeperluan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013), PPI dilaksanakan secara menyeluruh dengan penglibatan semua
pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti. Model PPI merangkumi bidang akademik dan
bukan akademik dengan menyediakan khidmat sokongan di dalam atau di luar bilik darjah.
Perkara ini dilaksanakan adalah bagi membolehkan Murid Bekeperluan Khas (MBK) dapat
bersama-sama dengan murid arus perdana untuk mengikuti bidang akademik dan bukan
akademik. Konsep PPI ini adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 :

Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan
murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.”

Matlamat PPI menurut Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Bekeperluan
Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) juga adalah untuk meningkatkan penyertaan
dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat
supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh
diminimakan jika diberi peluang yang sama.

Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), juga menyatakan


bahawa di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah berdasarkan:

1. Akta Orang Kurang Upaya 2008:


Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya juga termaktub
dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan:

“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan, dan kanakkanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan
prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-
kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”

1
2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:
“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas
atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program
Pendidikan Inklusif pada peringkat –
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:


“Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program
pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan”

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan


komitmen KPM dalam memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara
terancang dan berfokus.

2.0 Peranan dan Tanggungjawab Pihak yang Berkepentingan dalam Pelaksanaan


Pendidikan Inklusif

Pada 22 Februari 2018 yang lalu, kami telah melawat kelas murid bekeperluan khas bagi
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Padang Tengku. Berdasarkan
lawatan tersebut, didapati bahawa bukan semua subjek diinklusifkan. Antara subjek inklusif
ialah Pendidikan Jasmani, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Selain itu, murid-murid
bekeperluan khas dan bermasalah pembelajaran yang ada ialah lembam,disleksia, kurang
upaya intelektual dan sindrown down. Terdapat 5 orang murid bekeperluan khas yang berjaya
diinklusifkan ke arus perdana.

Menurut Penyelaras PPKI SK Padang Tengku, Puan Noriza, beliau berkata bahawa
pihak sekolah amat membantu daripada segi sokongan dan juga prasarana. Pihak pentadbir
seperti Guru Besar membantu meluluskan kemasukan murid ke kelas inklusif berdasarkan
kebijaksanaan guru. Pihak sekolah juga tidak meminggirkan murid-murid bekeperluan khas
tersebut dalam bidang ko-akadmeik apabila mereka juga diberi peluang untuk terlibat dalam
program Majlis Tadawus Al-Quran Murid Bekeperluan Khas. Menurut Zuri, Aznan dan Zainuddin
(2013), pihak sekolah bekerjasama dengan agensi, organisai budaya dan pertubuhan-
pertubuhan lain untuk berkongsi kewajipan demi pendidikan anak-anak bermasalah
pembelajaran ini.

2
Guru-guru arus perdana juga memberikan kerjasama dengan program inklusif yang
dijalankan. Guru-guru PPKI juga mengambil peranan dalam memastikan ibu bapa memahami
dan mengetahui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi anak-anak mereka yang terlibat
dalam PPKI. Menurut Epstein dalam Bauer & Shea (2003), ibu bapa yang mengambil berat
terhadap pembelajaran anak-anak bermasalah, mahukan mereka berjaya, dan sudi
bekerjasama dengan pihak sekolah dan masyarakat dalam pendidikan anak-anak mereka.

Guru-guru dilihat sangat komited untuk mengajar murid-murid bekeperluan khas dalam
semua aspek terutama sekali aspek pengurusan diri dan ilmu sosial bagi memastikan murid-
murid tersebut mampu untuk berdikari dan menguruskan diri. Menurut Caragab & Shields(1998)
dalam Zulikha et.al (2017), ilmu sosial merupakan satu kenyataan yang mengandungi konsep
dan perkaitan yang membolehkan seseorang memahami, menjelaskan, menerangkan, menilai,
membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fenomena.Menurut Yasmin (2013) pula,
sebagai pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan
seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran
yang kondusif dan ceria serta menjalani kehidupan secara optimum.

You might also like