You are on page 1of 1

MANUAL PENGGUNAAN

1. PENGENALAN
a. Tujuan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini adalah untuk mengetahui sejauh mana murid bekeperluan khas
mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka dalam subjek Pendidikan Islam.
b. BBM ini boleh dimain 2 hingga 4 orang sesuai bagi penggunaan di sekolah dan di rumah.

2. PERSIAPAN SEBELUM BBM digunakan


a. BBM diletakkan di hadapan murid dan murid perlu mengadap BBM tersebut.
b. Buka ‘board’ BBM tersebut dan pastikan murid bersedia untuk mengikut arahan
c. Pastikan murid bersedia untuk mendengar arahan

3. MEMULAKAN AKTIVITI

a. Guru memaparkan tayangan video kepada murid.


b. Murid menonton tayangan video tersebut dengan teliti
c. Murid diberi penerangan dan tunjuk cara daripada video tersebut
d. Selepas itu, murid memilih gambar yang diletakkan dalam bahagian simpanan gambar pada ‘board’
e. Murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru
f. Murid memilih gambar yang diarahkan oleh guru. Murid diminta mengecam gambar tersebut dan memadankan dengan
tempat gambar yang disediakan dengan betul
g. Guru boleh memurnikan jawapan murid dan meminta murid menunjukkan cara perlakuan seperti dalam gambar.

You might also like