You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA PENGANKUTAN BAGI PROGRAM HARI

INTERAKSI JABATAN SAINS SOSIAL TAHUN 2016

OLEH:

MOHAMAD FAHMIE BIN HALIM

Pada 29 Januari 2016, Jabatan Sains Sosial telah mengadakan hari interaksi sesama ahli
Jabatan Sains Sosial untuk menyempurnakan lagi majlis tersebut. Syukur kehadrat ilahi
kerana dengan limpah kurnianya program ini dapat juga diteruskan walaupun cuaca pada
hari berlansungnya program agak tidak menentu. Program hari interksi Jabatan Sains Sosial
ini diadakan di ---- . alhdulillah program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Saya
Mohamad Fahmie bin Halim ingin melaporkan kerjabuat saya sebagai Jawatankuasa
pengankutan bagi program hari interaksi Jabatan Sains Sosial.

Kekuatan yang saya dapat melalui program tersebut adalah setiap pelajar yang
menyertai program hari interaksi ini dapat sampai kedestinasi dan pulang ke Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) dengan selamat. selain itu, melalui
program ini kami dapat meluangkan masa bersama-sama bukan sahaja pelajar sesama
pelajar, bahkan pensyarah sesama pelajar untuk sendiri. Hal ini demikian kerana program
yang dijalankan ini adalah amat sesuai untuk setiap lingkungan umur.

Antara peluang yang dapat saya capai sebagai Jawatankuasa kemderaan ini adalah
saya berpeluang untuk berkorabulasi dengan pihak pejabat dan pihak pengangkutan di
IPGKDRI. Setelah saya diberi peluang untuk menjadi Jawatankuasa pengankutan ini, saya
telah mendapat imput dan pengalaman baru dalam bidang pengurusan. Hal ini kerana untuk
menguruskan pengangkutan, Jawatankuasa yang terlibat perlu membuat beberapa langkah
untuk mandapatkan pengankutan. Jika document atau lampiran yang disediakan tidak
lengkap, maka akan terdapat permasalahan untuk memohon pengankutan daripada Institut.

Kelemahan yang yang saya peroleh ialah apabila terdpat beberapa masalah
berkenaan pengankutan tersebut. Pihak kami hanya menerima sebuah bas sahaja setelah
memohon untuk dua biji bas. untuk pengankutan ke destinasi yang dituju. Setelah
berbincang dengan pensyarah penasihat, pihak kami telah mengambil langkah lain untuk
menyelasaikan masalah tersebut. Pihak kami mengambil keputusan untuk memilih tiga unit
sahaja untuk menaiki bas seterusnya tiga unit yang lain perlulah mengusahakan kenderaan
untuk ke program tersebut. Alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat diatasi dengan baik.

Kesimpulannya, saya wakil Jawatankuasa pengangkutan program hari interaksi


Jabatan Sains Sosial ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jwatankuasa yang lain
bagi menjayakan program tersebut. Saya juga cukup berpuas hati kerana dapat menjadi
salah seorang AJK yang penting juga dalam program ini.

You might also like