You are on page 1of 5

TAJUK KAJIAN :

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENJAWAB SOALAN


PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBACA
Pengumpulan
Reflection Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu data
For action
Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid
yang sederhana. Dari pemerhatian setelah 4 bulan mengajar kelas
tersebut dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan,
penulisan dan ujian bulanan, didapati mereka masih gagal menjawab
soalan berpunca daripada gagal memahami isi-isi petikan, baca
petikan sekali sahaja, tidak memahami istilah atau makna perkataan
yang sukar dan tidak memahami ayat matematik. Isu/masalah
Punca
Kegagalan murid memahami isi petikan kerana sikap sambil
masalah
lewa murid, sekadar membaca dan tidak cuba memahami isi petikan
 Murid?
disebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah. Murid
 Guru?
juga tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan
ayat matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Selama ini
saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa memperdulikan tahap
kefahaman murid. Mereka takut untuk bertanya kerana saya mungkin
tidak mesra dengan mereka. Saya masuk ke kelas dengan wajah
yang serius dan jarang hendak bergurau dengan murid. Saya sangka
dengan bersikap demikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan
saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin teruk dan prestasi
mereka dalam ujian bulanan langsung tidak memberangsangkan.

Sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa masalah ini tidak Apa
boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid saya akan yang
menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Saya telah guru
cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas dengan buat?
cara membaca petikan bersama-sama murid sebanyak 2 kali,
menggaris perkataan yang sukar, mencatat perkataan tersebut dalam
buku khas dan membimbing mereka menggunakan kamus untuk
memahami istilah atau makna perkataan tersebut.

Bagi membantu menyelesaikan masalah memahami ayat


matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca saya
menggabungjalinkan kemahiran matematik semasa membaca
petikan bersama murid.

Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab


soalan pemahaman berdasarkan petikan adalah kerana
Apa
a. Murid tidak cuba membaca petikan lebih daripada sekali masalah
untuk memahami isi petikan. nya?
b. Murid tidak memahami makna istilah sains dan matematik
yang terdapat dalam petikan.
c. Murid gagal memahami ayat matematik dalam petikan.

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid terutamanya sikap


murid yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai
membahagi masa yang diperuntukan.

Murid masih tidak kerap atau tidak pernah menggunakan Kenapa?


kamus untuk membuat rujukan. Ini kerana guru tidak menggalakkan
penggunaan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran.

Murid menjadi lemah dalam matematik kerana mereka tidak


faham soalan pemahaman yang mengandungi ayat matematik
kerana guru kurang memberi latih tubi. Kebolehan memahami ayat
matematik dapat mempengaruhi mereka dalam menjawab soalan
yang berbentuk demikian.

Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan terus Apa


mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih akan
tinggi. Murid juga akan melepaskan peluang memperolehi markah berlaku?
yang lebih baik kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah.
Jika penggunaan kamus tidak dipraktikkan berterusan maka murid
akan lemah dalam pembendaharaan kata. Murid juga tidak akan tahu
cara menggunakan kamus dengan betul jika tidak dipraktikkan. Murid
yang tidak memahami ayat matematik dalam petikan akhirnya akan
gagal menjawab soalan. Kekurangan markah dari petikan
pemahaman akan mempengaruhi markah keseluruhan Bahasa
Melayu Pemahaman dalam peperiksaan UPSR. Kajian
dan
tindakan
yang
akan
dibuat
Saya akan cuba mengatasi masalah murid enggan membaca lebih
dari satu kali sesuatu petikan yang diberikan dan membimbing
mereka mencari isi-isi penting daripada petikan yang dibaca.

Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah ……………………….(Ikut seperti tajuk)

Objektif Khusus:

1. Murid dapat membaca dengan cepat sesuatu petikan yang


diberi
2. Murid dapat menyenaraikan isi-isi penting dalam petikan
3. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
4. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid

Kumpulan Sasaran:

Pelajar yang terlibat adalah 35 orang pelajar Tahun 5 Pintar. Kelas ini
terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan.

Pelakasanaan Tindakan

Tinjauan awal masalah:

 Laporkan dapatan Ujian Bulanan/latihan/aktiviti yang berkaitan


di mana masalah/isu dikesan/timbul
- analisis jumlah soalan dalam petikan Mengutip data
- apa jenis soalannya? bagi
- berapa ramai murid gagal/lulus keseluruhan? mendapatkan
- berapa ramai yang gagal/lulus bagi setiap soalan? maklumat

 BOLEH jalankan satu Ujian Pra (analisis buat


perkara yang sama seperti di atas) TETAPI TIDAK
SEMESTINYA!!!!
 Boleh jalankan temu bual / beri murid jawab soal
selidk untuk mengetahui kenapa mereka bermasalah
Tindakan Yang Telah/Akan Dijalankan:
1. Aktiviti 1 – Laju Murid Ku Laju (aktiviti yang dijalankan mesti
selari dengan objektif kajian yang hendak dicapai)

Dalam aktiviti ini murid-murid diminta membaca senyap petikan yang


diberi. Selepas selesai membacanya murid yang telah selesai
diminta angkat tangan dan guru mencatat menggunakan jam
randik/stop clock masa yang diambil untuk murid pertama
mengangkat tangan dan seterusnya.
 Pelbagaikan bentuk petikan yang diberi
 Pelbagaikan cara petikan dibaca (senyap, kuat dan seorang demi
seorang, baca dari Powerpoint Presentation – line by line, word by word)
 Tentukan masa /berapa lama (teaching periods- seminggu, dua minggu
atau sebulan)
 Kumpul data – Buatkan borang pemerhatian/checklist atau catat peristiwa-
peristiwa yang berlaku pada hari itu atau sepanjang aktiviti dijalankan /
tingkah laku pelajar, perubahan kepada pelajar, masalah yang dihadapi,
penyesuaian yang telah dibuat kepada aktiviti perkara-perkara yang anda
tidak jangka

Perihalkan perkara-perkara yang anda jalankan/ sepanjang kajian


dijalankan. BUAT CATATAN/JURNAL/DAIRI SEPANJANG KAJIAN
DIJALANKAN

Pemerhatian/Penilaian:

Tuliskan maklumat yang anda dapat daripada pengumpulan data


SECARA DESKRIPTIF ATAU PAPARKAN DALAM BENTUK JADUAL
BESERTA HURAIAN
Boleh jalankan ujian pos JIKA PERLU!!!!!!!!

Refleksi:
Reflection In Action
(Bagi Aktiviti yang TELAH dijalankan)

Jika anda menjalankan lebih daripada satu aktiviti, laporkan setiap


aktiviti dan buat pemerhatian atau refleksi bagi setiap aktiviti.

Refleksi Keseluruhan:

 Perubahan kepada guru


Reflection On Action
 Perubahan kepada murid
Cadangan Kajian Seterusnya:

Apa yang anda akan lakukan dalam kitaran seterusnya? Cadangan


hendaklah berkaitan dengan tindakan awal yang telah
dijalankan. Tidak boleh mencadangkan perkara yang
melibatkan pihak luar. Cadangan mesti melibatkan lokus dalam
kawalan guru.
- Teruskan dengan isu yang sama tetapi tindakan yang lain Diharapkan
- Teruskan dengan isu yang lain dan tindakan yang lain oleh KPM bagi
- Berhenti setakat itu membudayakan
- Give up!!!!!! penyelidikan
dalam
pendidikan bagi
menyelesaikan
masalah P&P -
melahirkan guru
kreatif dan
inovatif

You might also like