You are on page 1of 10

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM SERVICE LEARNING

GREEN SCHOOL LEARNING CITY 2019 DI SJK(T) JALAN YAHYA AWAL, JOHOR
SEKOLAH PENDIDIKAN,FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UTM

Tarikh : 27 Januari 2019- 6 Jun 2019

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

Tandatangan

Santhekumar A/L Sekar


Dr. Hj Zainudin Prof. Dr. Mohd. Sukeri
Nama Banupriya A/P Nagarajan
Hassan bin Saud
Santhis Kumar A/P Sivalimgam

Penasihat dan
Pensyarah
Guru DG41 di SJKT Jalan Program service Pengerusi
Yahya Awal learning Green Sekolah Pendidikan
Jawatan
Guru DG41 di SK Taman Johor School Learning Fakulti Sains dan
Jaya 3 City 2019 Kemanusiaan
Pensyarah,
Sekolah Pendidikan.

Tarikh
1.0 Tujuan

1.1 Kelulusan

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak


pengurusan Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia bagi mengadakan
Program Service Learning Green School Learning City 2019 di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru serta memohon peruntukan
berbentuk kewangan dan cenderamata bagi melaksanakan program ini.

2.0 Latar Belakang

2.1 Pendahuluan

2.1.1 Servis-pembelajaran (Service Learning)

Servis-pembelajaran merupakan satu pendekatan pembelajaran yang


menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat masyarakat. Berdasarkan
konsep service learning, khidmat masyarakat dijadikan alat untuk mencapai
matlamat dan objektik akademik. Pembelajaran ini selain dapat mencapai objektif
pembelajaran makan juga dapat memenuhi keperluan masyarakat. Pendekatan ini
bukan sahaja berfokus kepada pemikiran kritis tetapi juga menekankan kepada
tanggungjawab sivik dan personal. Kemahiran akademik pelajar dan komitmen
pelajar terhadap masyarakat dapat meningkat melalui aktiviti kemasyarakatan.
2.1.2 Sekolah Hijau (Green school)

Sekolah Hijau merupakan sekolah yang memberi penekanan kepada perlindungan


alam sekitar di sekolah. Dari segi pengurusan, sekolah hijau memberi tumpuan
kepada perlindungan alam sekitar, sebagai tambahan kepada aktiviti dan
kemudahan alam sekitar yang sedia ada. Selain itu, Green school dapat
menyediakan pelajar untuk menjadi pemimpin dan rakyat yang memahami
bagaimana alam semula jadi bekerja.

3.0 Butiran Program

3.1 Tajuk

Program Service Learning Green School Learning City 2019 di SJK(T) Jalan
Yahya Awal, Johor Bahru, Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

3.2 Tujuan Program

3.2.1 Memberi pengetahuan kepada pelajar sekolah tentang Green School.


3.2.2 Menerangkan teknik mengasingkan bahan buangan kepada murid.
3.2.3 Memupuk semangat cinta akan alam sekitar di kalangan warga sekolah.
3.2.4 Memupuk sikap menghargai barang-barang terpakai di kalangan murid.
3.2.5 Memberi pendedahan terhadap kepentingan kitar semula dan konsep “Go
Green” dalam kalangan guru, ibu bapa, para pelajar dan komuniti
setempat.
3.3 Matlamat Program

3.3.1 Melalui program ini, diharapkan mahasisiwa dan mahasiswi dari Fakulti
Pendidikan memperoleh pengetahuan dan pengalaman tentang service learning
dalam pengajaran dan pembelajaran, seterusnya membuat perancangan untuk
menerapkan komponen service learning dalam pengajaran mereka kelak.
3.3.2 Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang
kepentingan sayang alam sekitar serta memupuk semangat sayang alam sekitar di
kalangan pelajar SMK Canossian Convent, Kluang.

3.4 Faedah Program kepada Sekolah Pendidikan dan SJK(T) Jalan Yahya
Awal

3.4.1 Secara khususnya, program ini membantu mahasisiwa dan mahasiswi


daripada Sekolah Pendidikan melaksanakan kaedah pengajaran mengikut aspirasi
universiti dan masyarakat. Secara implisitnya, program ini membantu mahasisiwa
dan mahasiswi dari Sekolah Pendidikan merancang pengajaran yang
mengintegrasi perkhidmatan komuniti yang bermakna dengan pengajaran serta
memperkaya pengalaman pembelajaran, memupuk sikap tanggungjawab sosial
dan menggalakkan penglibatan sepanjang hayat terhadap khidmat masyarakat.

3.4.2 Program ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah untuk memupuk
kesedaran murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Secara implikasinya,
murid sekolah ini akan mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang kegunaan
barang-barang terpakai serta teknik mengasingkan bahan buangan selepas
program ini.

3.5 Penyertaan
3.5.1 Murid-murid Tahap 2, Tahun 4 hingga 6 (250 orang), Ahli Kelab Alam
Sekitar (40 orang), Kelab Pendidikan Moral (40 orang), Kelab Sains dan
Matematik (40 orang)
3.6 Penceramah & Fasilitator
Penceramah : Southern Waste Management &
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (SWCorp)
Fasilitator program : Mahasiswi Sarjana Pendidikan UTM
(Santhekumar, Santhis Kumar, BanuPriya)

Ketua Guru penasihat Kelab Alam Sekitar SJK(T) Jalan Yahya Awal
(Pn. Manokeri)
Ketua Panitia Pendidikan Moral SJK(T) Jalan Yahya Awal
(Pn. Senbagam)
Ketua Panitia Sains dan Matematik SJK(T) Jalan Yahya Awal
(Pn. Latha)

3.7 Tempoh pelaksanaan

Tarikh : 27 Januari 2019- 6 Jun 2019


Masa : Waktu kokurikulum sekolah

3.8 Tempat

Kawasan sekitar bangunan SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru


- Kawasan sekitar sekolah, Taman herba, Dewan Sekolah

3.9 Tentatif Program

Tarikh Masa Atur Cara


7.30 – 8.00 pagi Majlis Pelancaran & Taklimat
02 April 2019 Program Green School Learning City
2019

02 – 04 April 2019 Waktu persekolahan Pertandingan mengumpul barang kitar


semula mengikut kelas
07 April 2019 2.30 – 4.30 petang Bengkel kraftangan daripada bahan
kitar semula
08 April 2019 2.30 – 4.30 petang Pertandingan merekacipta kraftangan
daripada bahan kitar semula
10 April 2019 1.15-2.15 petang Bengkel membuat baja organik oleh
SWCorp
11 April 2019 1.15-2.15 petang Bengkel Kitar Semula Kertas oleh
Pihak SWM Environment Sdn.Bhd
14 April 2019 10.00-11.00 pagi Taklimat Aktiviti Sevice Learning
Green School Learning City
 Taklimat tentang program
menaiktaraf Taman Herba
 Taklimat tentang pembinaan
Recyle bins

15-29 April 2019 1.30-3.30 petang dan  Program Menaik taraf Taman
waktu kokurikulum Herba
 Pembinaan Recyle Bins

30 April 29 2.00-4.30 petang  Majlis Perasmian Taman


Herba versi 2.0
 Pameran Kraf tangan
 Majlis Penyampaian Hadiah
dan Cenderamata & Majlis
Penutup Program Service
Learning Green School City
2019

3.10 Perincian Tentatif Program

Aktiviti Penyertaan Peralatan Catatan


Pertandingan Semua murid tahap 2 a) Hadiah Penyelaras : Ketua
Mengumpul Barang (mengikut kelas) pertandingan Panitia Pendidikan
Kitar Semula Moral
Bengkel membuat Ahli Kelab Sains, a) Sisa makanan Swcorp
baja organik Ahli Alam Sekitar daripada kantin
Bengkel kitar semula Ahli Kelab Sains, SWM Environment
a) Kertas, surat khabar
kertas Ahli Alam Sekitar lama/terpakai Sdn. Bhd
Aktiviti Menaik taraf Ahli Kelab Alam a) Bahan kitar Bahan ditajakan oleh
Taman Herba Sekitar, semula (botol syarikat swasta, pihak
Ahli Kelab Sains plastik, tayar) sekolah dan PIBG
b) Tanah sekolah
c) Pasu bunga
d) Benih herba
Bengkel kraftangan Ahli Kelab Alam Southern Waste
Bahan kitar semula
daripada bahan kitar Sekitar Management
semula
Pertandingan Ahli Kelab Alam
a) Bahan kitar semula
merekacipta bahan Sekitar Penyelaras : Ketua
kraftangan inovatif b) Hadiah Guru Penasihat Kelab
Pertandingan Alam Sekitar
Majlis Perasmian Barisan pentadbir a) Sijil penghargaan Penyelaras :
Taman Herba versi SJKT Jalan Yahya b) Hadiah Mahasiswa-siswi
2.0, Awal, pensyarah c) Cenderamata UTM
Pameran Kraftangan, UTM Dr. Zainudin d) Booth Pameran Santhekumar,
Majlis Penyampaian Hassan, warga guru, e) Jamuan ringan Banupriya,
Hadiah dan para murid tahap 2 Santhiskumar
Cenderamata &
Majlis Penutup
Program Service
Learning Green
School City 2019
3.11 Tentatif Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderamata serta Majlis Penutup
Program Service Learning Green School City 2019
Tarikh : 30hb Apr 2017 (Selasa)
Masa : 2.00 – 4.00ptg
Tempat : Dewan Thiruvalluvar, SJK(T) Jalan Yahya Awal

Masa Masa
Pendaftaran Murid
2.00 – 2.30 ptg Ketibaan Tetamu
2.30 – 3.00 ptg  Ucapan aluan Guru Besar SJK(T) Jalan Yahya Awal
(En. Nadarason)
 Ucapan Penasihat Program Service Learning Green
School City 2019,
(Dr. Zainudin bin Hassan)

3.00-3.15 ptg  Majlis Perasmian Taman Herba versi 2.0

3.15- 3.30 ptg  Melawat Booth pameran (Bahan kraftangan inovatif)

3.30-4.00 ptg Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan & Cenderamata


Majlis Penyampain Hadiah Pertandingan
4.00-4.30 ptg Jamuan ringan

3.10 Organisasi Pelaksana


Penasihat (UTM) : Dr Zainudin bin Hassan
(Pensyarah Sekolah Pendidikan, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM)
Penasihat (STYA) : En. Nadarason A/L Maruthamuthu
(Guru Besar, SJKT Jalan Yahya Awal)
Pengerusi : BanuPriya A/P Nagarajan
Setiausaha : Santhekumar A/L Sekar
Bendahari : Santhis kumar A/L Sivalimgam
AJK Aktiviti(guru) : Pn. Manogeri, Pn. Latha, Pn. Senbagam
AJK (murid) : AJK Kelab Alam Sekitar, Kelab Sains dan
Matematik
3.11 Perbelanjaan

Anggaran pendapatan
Perkara Jumlah
Peruntukan sekolah pendidikan RM 500.00
PIBG Sekolah RM 500.00
Tajaan RM 500.00
JUMLAH RM 1500.00

Anggaran perbelanjaan

Perkara Kuantiti Jumlah Catatan


Hadiah Pertandingan 20 x RM 10.00 RM 200.00 PIBG Sekolah
(RM200)
Sijil UTM 20 x RM 2.00 RM 40.00 Sekolah Pendidikan
Plak UTM 1 x RM 100.00 RM 100.00 (RM500 )
Peralatan Pasu bunga,
pokok benih, RM 300.00
anak pokok
Tajaan &PIBG
Tayar terpakai 10 x RM20.00 RM200.00
(RM800)
Cat 3 x RM40.00 RM120.00
Makan & Minum - RM 440.00
Lain-lain - RM 100.00
JUMLAH RM 15000.00 RM 1500.00
4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Memohon peruntukan dari Fakulti Pendidikan, UTM sebanyak RM 500 serta sijil
dan cenderamata untuk menjayakan Program Service Learning Green School
Learning City 2019 di SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.

5.0 KEPUTUSAN FAKULTI

5.1 Jawatankuasa program Service Learning Green School Learning City 2019 adalah
dengan segala hormatnya diminta menimbang dan meluluskan permohonan
peruntukan Program Service Learning Green School Learning City 2019 yang
akan diadakan pada 02 – 30 April 2019.

Nama Penyedia : Santhekumar A/L Sekar


Santhis Kumar A/L Sivalimgam
BanuPriya A/P Nagarajan
Tarikh : 04 Mac 2019

You might also like