You are on page 1of 1

JABATAN PENGAJIAN ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,


27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

BORANG SOAL SELIDIK


TINJAUAN PENGUASAAN MAKHRAJ DALAM BACAAN AL-QURAN GURU
PELATIH PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU
AMPUAN AFZAN

( Responden: Guru Pelatih )

Tuan/Puan yang dihormati,

Saya sedang menjalankan satu kaji selidik untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Soal selidik ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan penguasaan makhraj dalam bacaan Al-
Quran guru pelatih Pendidikan Islam IPGKTAA. Soal selidik ini terdiri daripada TIGA bahagian.
Bahagian A mengandungi maklumat demografi. Bahagian B mengandungi maklumat tentang
pengetahuan makhraj dalam bacaan Al-Quran. Bahagian C mengandungi maklumat mengenai
kemahiran makhraj dalam bacaan Al-Quran.

Sila jawab setiap soalan dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang diberikan
adalah SULIT dan digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Maklum balas yang jelas dan
terperinci akan dapat membantu pihak yang bertanggungjawab memperbaiki dan
memperkuatkan lagi program latihan perguruan ini demi melahirkan guru pelatih yang berkualiti.

Kerjasama TUAN/PUAN adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Penyelidik :

NOR AMANINA SYAMIMI BT MOHAMMAD JOHARI,

PISMP PAI SEM 8

You might also like