You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Selamat pagi, salam perpaduan dan salam


transformasi.

Yang Dihormati, En. Haris bin Md Ishak , Yang Dipertua


PIBG,SKBM
Yang Berusaha, En. Zaidi bin Ismai, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Nor Asiah bt Nordin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Dalia bt johari, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Aelimar bt Anuar Pk Petang
Barisan Guru -guru, AJK PIBG, Ibu bapa – ibu bapa, dari persekitaran
SK Batu maung dan SK Pmtg damar Laut dan semua murid yang
dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Batu Maung


mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi
sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada
tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus sejak 3 minggu yg lalu, bermula dengan acara
pemilihan murid, Sukan Tara dan persediaan akhir. Acara sebelum
kejohanan sukan ini ,memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
Dalam masa yang sama , guru-guru tidak pernah mengabaikan
kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama
utama dengan kepentingan akademik. Kepada para pelajar , tahniah
saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat
berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik
darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian
akademik para pelajar.

Hadirin yang dihormati,


Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar
sekolah SK Batu Maung. Kepada para pelajar yang terserlah
kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi
atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
bagi mewakili daerah, negeri dan negara.
Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-
guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para
pelajar pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi
dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah
momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi
juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan


memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam
aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam
bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan
dalam bidang kurikulum.

Akhir kata,
Terima Kasih kepada YDP, yang sudi hadir utk merasmikan kejohanan
sukan kali ini,
Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga, dan
minda. Apatah lagi dengan hujan rahmat yang turun pada malam tadi
merisaukan semua guru,

Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak,


dan

Terima Kasih kepada pelajar yang amat bersemangat mengambil


bahagian dalam semua acara yang telah berlangsung sebelum & pada
hari ini.

Terima kasih pada Guru Besar Dan warga SK Pmtg Damar Laut yang
sudi membenarkan penggunaan padang bagi acara sukan tahunan ini.

SOKONGLAH KAMI WARGA SK Batu maung untuk membentuk


generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

You might also like