You are on page 1of 1

Penghargaan

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya telah diberi masa dan kesempatan dari
Allah SWT untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberi oleh Puan Nik Azleena binti Nik
Ismail. Dengan ini juga saya Mohamad Fahmie Bin Halim sebagai pelajar Persediaan
pensiswazahan Ijazah Sarjana Muda (PISM) di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato` Razali
Ismail (IPGKDRI) ingin berterima kasih kepada pensyarah bagi subjek EDUP3083 Asas
Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru kerana telah memberi sokongan dan
banyak bantuan dari segi idea-idea untuk menghasilkan kerja kursus ini. Oleh sebab itu juga,
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan dapat dihantar pada tarikh yang
ditetapkan.

Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
terutama kepada ayah saya Halim Bin Awang Hamat kerana telah memberi semangat kepada
saya walaupun berjauhan. Beliau juga telah memberi sumbangan dari segi kewangan kepada
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada ahli
keluarga saya yang lain iaitu abang dan kakak-kakak saya. Mereka telah mengajar saya sedikit
sebanyak tenteng cara-cara untuk membuat kerja kursus ini. Disebabkan ini, saya dapat
menyiapkan kerja kursus saya dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali, jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa
berada di sisi saya ketika menyiapkan kerja kursus ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi
bahawa seratus kawan mudah dicari, tetapi seorang sahabat adalah sukar untuk didapati. Jadi
dengan ini, saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada sahabat sejati saya kerana
sanggup jatuh dan bangun bersama-sama saya untuk mengkaji maklumat dan menyiapkan
kerja kursus ini bersama-sama saya. Dengan bantuan mereka-mereka ini semua, saya
Mohamad Fahmie Bin Halim dapat menyiapkan kerja kursus dengan jayanya dan dapat
menghantar kerja kursus tersebut tepat pada waktunya.

You might also like