You are on page 1of 18

PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

1. 1. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 1


PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KREATIVITI 1.1 Sipnosis Unit ini merupakan
pengenalan kepada pengenalan kepada perkembangan kreativti yang akan membincangkan
tentang perkembagan kreativiti yang melibatkan tentang bahagian-bahagian otak serta
fungsinya dan teori pelbagai kecergasan. Di samping itu modul ini juga akan menerangkan
kaitan dengan proses kreativiti dengan teori- teori yang berkaitan dengan perkembangan
kreativiti. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak
yang melibatkan bahagian-bahagian otak. 2. Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak
dan kaitannya dengan teori pelbagai kecergasan. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti Subtajuk 1 Konsep Kreativiti Ciri kreativiti
Subtajuk 2 Bahagian hemisfera otak Subtajuk 3 Fungsi otak kiri Subtajuk 4 Fungsi otak kanan
1

2. 2. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.4 Konsep


Kreativiti dan bahagian-bahagian Otak • Definisi Kreativiti • Ciri Kreativiti • Bahagian
Hemisfera Otak • Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri 1.4.1 Definisi Kreativiti Kreativiti
merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang
untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti
lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun,
terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan
kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297)
mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik
yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi
yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat” Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan
mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada
juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang
tidak ada sebelumnya. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai
dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik
dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat 2

3. 3. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH membantu


kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan
kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama
dan lakonan. Anda adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda tetapkan tahap atau
fasa dan sediakan sesuatu yang menarik akan berlaku.tempat di mana kanak-kanak bebas
untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan merasa selesa
untuk membuat atau merekacipta sesuatu setiap hari. Menurut Gardner (1999), kreativiti
kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut: (a) Pendedahan awal kepada
individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. (b) Memberi
peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
(c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada
tahap kecemerlangan. (d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan
tidak takut gagal. (e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau
mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
3

4. 4. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.4.1.1 Ciri


kreativiti Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri kreativiti. Ini ditunjukkan dalam
Rajah 2.1: Rajah 1.1: Empat ciri kreativiti Huraiannya adalah seperti berikut: i. Pengurusan
Imaginasi Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli.
Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses
perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang
diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap
memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya
berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara
yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang 4

5. 5. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH yang baru atau
yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan
membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang
sebelum ini belum pernah dilihat. ii. Mempunyai Tujuan Imaginasi dan pemikiran wujud
dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia
berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain.
Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang
dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea
baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini
menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan.
Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya
memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri. iii. Bersifat Asli Sesuatu pemikiran atau
perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru
yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh
dikategorikan kepada tiga iaitu: • Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila
dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu. • Ianya boleh dikatakan asli
apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya. • Paling asli adalah hasil kerja
yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.
Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu
manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global. 5

6. 6. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH iv. Bernilai Hasil
pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau
objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara
kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada
pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang
kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada
tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek
keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. 1.4.2
Bahagian Hemisfera Otak Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks yang
pernah dikenal di alam semesta. Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang
sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri. Saintis berpendapat bahawa jika dirawat oleh
tubuh yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang berfungsi dapat
tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun. 1.4.3 Fungsi Otak kiri dan otak kanan
Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal bahagian
kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri anggota badan.
Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza (lihat rajah 1.2). Rajah 1.2: Fungsi otak kiri
dan kanan Sumber: http://library.thinkquest.org 6

7. 7. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Bahagian otak


kiri memproses maklumat secara rasional dan logikal serta bertanggungjawab terhadap
penggunaan bahasa, penyelesaian masalah dan memproses maklumat dengan lebih spontan
dan kreatif, terutamanya dalam bidang seni dan muzik. Contohnya, seorang penulis
menggunakan otak kanan untuk mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa
yang dicipta dalam bentuk logikal. Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan,
khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan
bersifat lama (long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan,
misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan visual dan emosi akan
terganggu . Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-
kanak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang
dominan dalam kehidupan sehariannya. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam
aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran. Kebanyakan kanak-
kanak lahir dengan kecenderungan dominan pada otak kanan. Kanak-kanak pada tahun-
tahun awal memberikan tindak balas kepada bentuk, bau, dan suara yang sudah dikenali.
Dalam proses membesar, hubungan antara dua belahan otak mula terbentuk dan mereka
mula memperlihatkan kemampuan kognitif yang lebih baik pada belahan otak kanan,
kemudian diikuti fungsi belahan otak kiri. Belahan otak kanan adalah sumber intuisi, kiasan,
dan daya imaginasi. Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif.
Namun, disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi
otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang
lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab itu, daya kreativiti menjadi
kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994). Sehubungan itu,
dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah merangsang otak sebelah
kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk
aktiviti yang berbentuk kesenian. S Pada pendapat anda, apakah perbezaan fungsi otak
kanan dan 7

8. 8. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH otak kiri yang
lebih ketara? EMAK KENDIRI 1.1 2.1 Sinopsis Unit ini menerangkan tentang beberapa teori
yang menerangkan peranan seni visual dalam perkembangan kanak-kanak. Teori ini secara
umum menyatakan bahawa pendedahan kepada seni visual dapat membantu
perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikoanalitik dan persepsi. Selain itu, Teori
Kecerdasan Pelbagai juga mengaitkan kepentingan seni visual dalam meningkatkan
kecerdasan visual-ruang dalam diri kanak-kanak. 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir topik ini,
anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori Seni Visual iaitu Teori Kognitif,
Psikoanalitik, Persepsi dan Kecerdasan Ruang; 2. Mengenal pasti strategi-strategi yang boleh
digunakan oleh guru dalam pendidikan seni visual. 2.3Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul
ini Tajuk 2 SENI VISUAL Teori Perkembangan Seni Visual Subtajuk 1 Teori kognitif Subtajuk 2
Teori Psikoanalitik Subtajuk 3 Teori Persepsi Subtajuk 4 Teori Kecerdasan visual ruang 8

9. 9. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2.4 Teori


Kognitif Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld (Rajah 4.1). Beliau
ialah seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di
Macmillan. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran
kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar
dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual
bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual
semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Lowenfeld juga
menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik- teknik seni halus serta
kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting
untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam
kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi
konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak
mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran
pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif
boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami
dan menginterpretasikan hasil atau karya seni. Lowenfeld menjelaskan bahawa
perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara langsung terhadap
perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut: i. Peringkat
Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan
secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada
lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh
kanak- kanak pada tahap ini tidak dihasilkan secara sukasuka dan tanpa tujuan. Sebaliknya,
kanak-kanak mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-
kelamaan selepas menconteng mereka akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih
kurang pada umur 2 tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa 9

10. 10. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH yang akan
mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun,
kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh
bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan sebagainya. ii. Peringkat
Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun) Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada
contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di
sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini kanak-kanak biasanya melukis
gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu
bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Mereka akan melukis tanda-
tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut (sila lihat Rajah 4.1). Cara
melukis yang sama digunakan untuk melukis binatang. Lukisan mereka pada tahap ini
dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.
Rajah 4.2: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun Sumber: Creative And Mental
Growth oleh Lowenfeld V., (1947) iii. Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun) Lukisan
mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada
cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di
sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri
lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding
dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk
lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini
menunjukkan kanak- kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila
lihat Rajah 10

11. 11. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 4.3).
Contohnya, lukisan sebuah kotak dan melukis isi di dalam kotak berkenaan. Pada tahap ini
juga kanak-kanak melukis objek yang jauhdengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang
besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif. Rajah 4.3: Contoh
Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh
Lowenfeld V., (1947) iv. Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism : 9-12 Tahun) Pada
peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.
Imej yang dilukis secara realistik dan teliti (sila lihat Rajah 4.4). Imej lukisan mula mengecil
dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.
Mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini
menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti
karya yang dihasilkan. Lukisan kanak- kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk
melukis objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap
kali mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanak-kanak yang hilang minat untuk
melukis kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang
dewasa menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap tersebut. 11

12. 12. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 4.4:
Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth
oleh Lowenfeld V., (1947) v. Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14
Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej
(sila lihat Rajah 4.5). Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau
melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Rajah 4.5:
Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh
Lowenfeld V., (1947) vi. Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan
dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Apakah aktiviti yang
berkesan yang boleh guru laksanakan di bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran seni
visual murid prasekolah? 12

13. 13. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2.5 Teori
Psikoanalitik Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk
menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan
melalui seni. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud
percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal
pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai
dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud
juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka. Rajah 4.6:
Sigmund Freud Sumber: http://en.wikiped ia.org/wiki/Sigmund Freud Dalam konteks
kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni
visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini,
penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak.
Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis
ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak- kanak
serta emosinya terhadap keluarga. Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap
seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati
Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan
menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku
Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih
besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah
dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang
mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar 13

14. 14. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH tersebut,
pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia
mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya. Selepas
beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya. Bridget
melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan gambar
kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil kerana
ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan
bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi
dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada
ibunya. 2.6 Persepsi dan Representasi Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah
berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang telah dibincangkan sebelum ini.
Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak.
Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual
pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni. Kanak-kanak
jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada teori yang
memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori kognitif
yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang
mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan
penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil
bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa
lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak- kanak
dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. SEMAK KENDIRI Cuba terangkan
kepentingan seni visual kepada pertumbuhan kanak- kanak dari aspek kognitif, psikoanalitik
dan persepsi. 14
15. 15. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2.7
Kecerdasan Visual Ruang Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai
keupayaan “Membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan
mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa
kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan” (m/s 173) Ringkasnya, kecerdasan visual ruang
ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar serta mampu untuk menyerap,
mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek visual. Ciri-ciri kanak-kanak
yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif kepada ciri-ciri visual,
keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga mudah mengira jarak,
ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas. Kecenderungan dalam kecerdasan ini
membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Mereka
dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Mereka juga boleh
berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi. Di samping itu juga mereka
bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang serta mempersembahkan idea dalam
bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran. Mereka lebih suka akan maklumat yang
dipersembahkan dalam bentuk carta, grafik, video dan sebagainya. Individu yang tinggi
kecerdasan visual-ruang cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera, juruterbang, juru lukis,
artis, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan manipulasi corak dan ruang.
Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan
menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya
kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni
visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah
dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni
visual. 15

16. 16. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Amalan
pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya persepsi
dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur kanak-
kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut.
Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di
samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang
dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur
yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni
dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai
keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan
pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif. Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual
menggalakkan daya pemikiran seperti mengira, menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui
teknik penyoalan, guru boleh membuat kanak-kanak sedar akan konsep nombor dalam hasil
seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran merancang dan
akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan
bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan selepas aktiviti seni untuk memudahkan
urusan penggunaan pada masa akan datang. 2.8 Rumusan • Secara umumnya kanak-kanak
pada peringkat tadika dan prasekolah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat
sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran • Aktiviti pembelajaran
yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. 16

17. 17. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 3 MUZIK
DAN PERGERAKAN 3.1 Sinopsis Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang
sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif
kanakkanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat
yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran
dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam
persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan
kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat
untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak. Justeru, dalam topik ini kita akan
membincangkan teori-teori perkembangan muzik serta maksud kecerdasan muzik. 3.2 Hasil
Pembelajaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori
perkembangan muzik Dalcroze, Orff dan Kodaly; 2. Menerangkan maksud kecerdasan muzik
3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Teori Perkembangan Muzik Subtajuk 1 Teori
Dalcroza Subtajuk 2 Teori Orff Subtajuk 3 Teori Kodaly Subtajuk 4 Teori Kecerdasan muzik 17

18. 18. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3.4 Teori-Teori
Perkembangan Muzik Dalcroze, Orff Dan Kodaly Kebanyakan jenis pendidikan dan
perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah
Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary.
Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masing-masing , ianya telah
digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh
mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah
menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza. 3.4.1 Kaedah
Dalcroze Emile Jaques Dalcroze (1865􀄃1950) (Rajah 3.1) telah memperkenalkan satu kaedah
untuk mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil
eurhythmics. Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-
pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman
muzik. Kesedaran ini telah mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan
pergerakan, rentak dan improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik
yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini. Rajah 3.1: Emile
Jaques Dalcroze Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Dalcroze 18

19. 19. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Kaedah
Dalcroze ini menegaskan bahawa: i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik
dalam menginterprestasikan bunyi. ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam
mempelajari muzik. Kandungan kurikulum Pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi,
berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik.
Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan
secara serentak. Rajah 3.2 menunjukkan perkara yang ditekankan dalam pendekatan
Dalcroze. Rajah 3.2: Perkara yang ditekankan dalam Kaedah Dalcroze Dalam mendidik kanak-
kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak- kanak tentang cara menghayati
muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik. Dalcroze sentiasa cuba
mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa cuba
mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini, Dalcroze
memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak
berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang
menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui
muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan
19

20. 20. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH bahawa
pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan. Dua ciri
yang penting ialah: i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai
melalui pergerakan dan bunyi. ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan
ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses
maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi tau
pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze,
muzik harus sentiasa diubah supaya kanakkanakbelajar mendengar, mengenali dan
menghayati muzik. Falsafah di sebalik konsep ini adalah seperti berikut: Berdasarkan
pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa luahan
estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam
kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal.
Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang
merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka. 3.4.2 Kaedah Orff
Carl Orff (Rajah 3.3) ialah seorang ahli muzik dari German yang memperkenalkan
pendekatan pendidikan muzik yang menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan
perkembangan muzik kanak-kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada
mulanya, Orff Shulwerk dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan
iubahsuai khusus untuk mengajar kanak-kanak. Suara, pergerakan dan peralatan muzik
adalah tiga elemen perantara yang digunakan dalam Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik
digunakan untuk mengajar 20

21. 21. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH kanak-kanak
menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan direka dan disesuaikan
dengan rima. Meneroka dan mencuba pergerakan badan menggunakan ruang yang sedia
ada serta mengikut rentak muzik yang berlainan adalah penting dalam kaedah ini. Rajah 3.3:
Carl Orff Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Carl_Orff Manakala peralatan muzik yang
digunakan dalam kaedah Shulwerk adalah dari jenis bar atau mallet seperti xylophone. Alat
ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci- kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan
membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa latihan
pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat
bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu: i. Penjelajahan Kanak-kanak menjelajahi
dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk suara dicuba untuk
menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. ontohnya, bergerak seperti seekor
binatang. ii. Peniruan Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat
dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik
kanak- kanak. iii. Improvisasi Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan
melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi. 21

22. 22. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH iv. Penciptaan
Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas
penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi,
pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya,
pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kan k tidak banyak perbezaan
dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka member penekanan kepada kepentingan
penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya
bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi
mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai
hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. 3.4.3 Kaedah Kodaly Zoltan
Kodaly (Rajah 3.4) ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep Kodaly
diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah ini ialah
nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat dengan
budaya sesuatu masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif. Solmization ialah
sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti- do untuk skala atau skor
muzik. Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-kaedah pendidikan muzik yang
lain ialah penekanan kepada pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal. 􀄃
Kaedah ini adalah berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu: i. Konsep solfej dari Itali
dan Dalcroze. ii. Suku kata rentak Cheve dari Perancis iii. Nyanyian tangan Curven dari
England. 22

23. 23. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendekatan
Kodaly mempunyai dua objektif iaitu: i. Membantu dalam perkembangan sosial seni kanak-
kanak yang seimbang. ii. Menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis
skor muzik seperti mana mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan
pengalamannya, Kodaly sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah bermula dari
tahap prasekolah. Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam kurikulum. Di samping itu,
Kodaly menegaskan bahawa pengajaran muzik harus dimulakan pada masa kanak-kanak
mula belajar membaca. Rajah 3.5 menunjukkan diri-ciri yang terdapat di dalam kaedah
Kodalay. Rajah 3.4: Kodaly Zoltan Sumber: http://en.wikipedia .org/wiki/Kodaly 23

24. 24. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3.5
Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik ialah satu daripada sembilan kecerdasan yang ada pada
manusia. Kecerdasan muzik ialah kepekaan terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan
bunyi dan muzik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini peka kepada rentak, tala dan
nada. Menurut Gardner, terdapat bahagian-bahagian di hemisfera kanan otak manusia yang
memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan produksi muzik. Tambahan
pula terdapat bukti kajian-kajian berkaitan dengan ciri perkembangan bayi yang
menunjukkan bahawa mereka mempunyai kebolehan semula jadi untuk memproses aspek-
aspek muzik. Gardner mendefinisikan kecerdasan muzik sebagai kemahiran aspek
persembahan, penggubahan dan penghargaan pelbagai bentuk dan corak muzik. Menurut
Gardner, kecerdasan ini membolehkan individu mencipta, berkomunikasi dan memahami
makna yang dihasilkan daripada bunyi. Pada pandangan Gardner, struktur kecerdasan muzik
dalam otak hampir selari dengan struktur kecerdasan linguistik. Semua orang mempunyai
tahap kecerdasan muzik yang berbeza-beza. Mereka mempunyai bakat atau tahap
kecerdasan muzik semula jadi yang pelbagai. Tetapi pada umumnya, semua orang boleh dan
harus digalakkan mengembangkan 24

25. 25. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH kebolehan
muzikal mereka. Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner telah merangkumi aspek-
aspek yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze, Kodaly dan Orff daripada beberapa
aspek. Ini ditunjukkan dalam Rajah 3.5. Rajah 3.5: Aspek muzik dalam teori kecerdasan
Gardner Gardner percaya bahawa semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif dan
semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan,
pengalaman dan persekitaran yang bermakna. Kecerdasan tersebut boleh dipelajari,
dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat melalui pelbagai cara
termasuklah muzik. Dalam konteks pendidikan prasekolah dan pendidikan awal kanak-
kanak, kecerdasan muzik lebih mudah dikembangkan melalui penggunaan alat audio visual
dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan
memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Penggunaan komputer, pengimbas, kamera
digital, pencetak serta internet yang disertakan dengan kesan bunyi dan muzik akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Jelasnya,
nyanyian dan muzik adalah teknik pengajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak.
Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan
kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat
dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas
bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dalam 25

26. 26. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH nyanyian,
sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan
menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan padaawal dan
akhir sesuatu perkataan akan menghasilkan rima yang selalunya membantu kanak-kanak
mengingat perkataan. Sebutan, nyanyian dan pergerakan yang baik dapat dihasilkan melalui
latihan yang konsisten. 3.6 Rumusan Aktiviti nyanyian dan pergerakan memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini
termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian,
drama, puisi, dan sebagainya. Kanak-kanak akan rasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti nyanyian 26

27. 27. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 4
SOSIODRAMA 4.1 Sinopsis Topik ini membincangkan tentang definisi permainan sosial,
permainan sosio dramatik dan drama kreatif. 4.2Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui definisi
permainan sosial dan permainan sosio dramatik. 2. Mengenal pasti tujuan permainan sosial
dan permainan sosio dramatik. 4.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 4.4 Lakonan dan
drama kreatif Lakonan dan drama kreatif merupakan salah satu teknik dan alat bantu
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah permainan
di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon
dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak-kanak perlu bertutur atau
melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Teknik main peranan
bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-kanak serta
untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main
peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Lakonan dan
drama kreatif Subtajuk 1 Permainan sosial Subtajuk 2 Permainan Sosio dramatik 27

28. 28. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tujuan teknik
lakonan dan drama kreatif adalah untuk melatih kanak-kanak : i) memperkembangkan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi); dan ii) bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan. Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk
menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak-kanak juga
bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. 4.4.1
Permainan sosial Kanak-kanak dan main ibarat irama dan lagu. Kanak-kanak belajar melalui
main kerana main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak mengenal dunia dan
persekitarannya. Main dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak.
Permainan menggalakkan interaksi positif. Aktiviti bermain mampu menyatukan kanak-
kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai. Tujuan bermain
di kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka: (a) mempelajari peranan-
peranan individu dewasa; (b) menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk
mengurangkan ketegangan dan menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan.
Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau dalam
lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan. 28

29. 29. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Mengikut
Parten (1932) terdapat enam jenis main sosial di kalangan kanak kanak, antaranya ialah: (i)
Main “unoccupied” iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun dan juga sebarang
permainan. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa membuat sesuatu. (ii) Main “solitary”
(bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak bermain seorang diri tanpa
menghiraukan rakan-rakan dan keadaan sekeliling. (iii) Main “onlooker” (pemerhati) iaitu
kanak-kanak memerhati dan melihat rakan-rakan bermain. Mereka memberikan fokus
kepada permainan kanak- kanak lain. (iv) Main “parallel” iaitu kanak-kanak bermain
sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan-rakan mereka. (v)
Main “associative” iaitu kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain dengan
bertanya atau meminjam peralatan atau bahan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.
(vi) Main “cooperative” iaitu kanak-kanak terlibat secara aktif sebagai satu kumpulan
bermain bersama. Permainan koperatif adalah hasil daripada organisasi guru. Hampir semua
kanak-kanak prasekolah bermain dengan rakan sebaya mereka. Namun, tahap penyertaan
sosial mereka adalah berbeza-beza. Mildred Parten (1932) menggariskan peringkat-
peringkat penyertaan sosial (permainan sosial) yang mana hampir kesemua kanak-kanak
melaluinya semasa berada dalam prasekolah. Jadual 4.1 menunjukkan peringkat-peringkat
tersebut. 29

30. 30. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Jadual 4.1:
Peringkat-peringkat Penyertaan Sosial Parten Peringkat Huraian Tingkah laku - lapang
“unoccupied” Tingkah laku - Pemerhati “onlooker” Main “parallel” Main assosiatif
“associative” Main koperatif “cooperative” Menunjukkan minat yang kurang terhadap
barang mainan, orang dan aktiviti yang berlangsung berhampiran; Menunjukkan minat
terhadap rakan sebaya dan memerhati aktiviti dengan teliti. Tetapi mereka tidak
menjalinkan hubungan sosial; Menyertai aktiviti berhampiran rakan sebaya yang lain, tetapi
jarang bercakap atau berinteraksi; Bermain mengikut tema permainan individu tetapi
berinteraksi dengan kerap, bercakap dengan rakan sebaya dan berkongsi bahan; dan
Menggunakan permainan yang dikongsi dengan rakan sebaya; merancang, berunding dan
membezakan peranan dalam menuju matlamat berkongsi. Ringkasnya, menjalin
perhubungan dengan orang lain, mempelajari bagaimana hidup dalam sempadan jangkaan
masyarakat dan menaksir kedudukan dalam sesuatu kumpulan merupakan tugas-tugas
utama dalam masa awal kanak-kanak. Ia juga mencerminkan aspek-aspek perkembangan
sosial kanak-kanak. Sejauh mana kanak-kanak dapat menangkap, mentafsir dan bertindak
balas terhadap pelbagai situasi sosial ialah ukuran kebolehan sosial mereka. Justeru, guru
dan ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dalam memperoleh kemahiran sosial dan juga
berkawan. Permainan sosio dramatik dan permainan fantasi adalah sebahagian daripada
drama kreatif. Permainan sosio dramatik juga dikatakan sebagai permainan dramatik.
Permainan sosio dramatik adalah sejenis drama yang dicipta.permainan sosio dramatik juga
dikenali role playing. 30

31. 31. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Apa yang
jelas, main sosio dramatik merujuk kepada permainan di mana kanak- kanak bermain
sebagai ibu, bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.Manakala main fantasi biasanya
lebih merujuk kepada cerita-cerita dongeng dan cerita-cerita kepahlawanan. Dalam
permainan sosio dramatik, kanak-kanak biasanya memberi peluang kepada rakan-rakan
sebaya mereka untuk melakonkan pelbagai watak. Permainan ini melibatkan peristiwa
semasa yang benar dan realistik. Manakala permainan fantasi melibatkan perkara yang tidak
realistik dan fantasi. Dalam permainan sosio dramatik, tiada skrip diberikan. Kanak-kanak
akan diberikan dengan satu situasi yang telah diterangkan kepada mereka dan mereka perlu
menunjukkan tindak balas terhadap situasi tersebut dengan menganggap situasi itu adalah
benar-benar berlaku. Kanak-kanak yang bermain sosio dramatik memerlukan kemahiran
berunding atau berbincang apabila mereka berhubung kerana ia dapat membantu kanak-
kanak memahami konsep, peranan dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Peranan
permainan sosio dramatik dalam pembelajaran kanak-kanak adalah untuk memberi mereka:
• Menganalisa sesuatu situasi; • Memilih alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah; •
Menghadapi situasi-situasi tertentu; dan • Memahami tentang orang lain; • Melahirkan
emosi; dan • Kemahiran berinteraksi dan mencipta. Cara melaksanakan permainan sosio
dramatik: • Mengemukakan sesuatu masalah - guru akan bertanya kepada kanak-kanak
apakah kegiatan yang ingin mereka lakukan. Setiap kanak-kanak boleh mencadangkan
misalnya, cadangan untuk bermain doktor-doktor,main jual- beli, main masak-masak dan
sebagainya; • Melakonkan masalah - setelah kanak-kanak berunding dan menentukan
mainan yang mereka pilih, kanak-kanak akan memainkan peranan watak- watak yang
terlibat dalam situasi yang dipilih; dan 31

32. 32. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH •


Membincangkan hasil aktiviti drama - setelah lakonan selesai, perbincangan diadakan
dengan kanak-kanak yang berada dalam kelas tersebut. Permainan sosio dramatik ini
biasanya dijalankan di pusat permainan. Pusat permainan sosio dramatik biasanya
dilengkapkan dengan prop atau persekitaran yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu
pekerjaan yang menjadi minat kanak- kanak. Pusat permainan dramatik ini sentiasa perlu
dikemaskinikan sesuai dengan minat kanak-kanak. 4.4.3 Drama Kreatif Drama kreatif adalah
suatu proses spontan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, emosi atau cerita dengan
menggunakan teknik-teknik drama. Frasa “drama kreatif” ini memberikan makna yang
berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah. Definisi dan panduan melaksanakan drama
kreatif bergantung kepada matlamat program dan umur kanak-kanak. Namun, kita akan
mendapati bahawa perkataan-perkataan seperti berlakon, imaginasi dan main sering
disebut- sebut dalam mentafsirkan makna drama kreatif. Drama kreatif merupakan medium
bagi kanak-kanak untuk meluahkan atau memperlihatkan diri mereka sendiri iaitu melalui
pergerakan, bahasa badan, bahasa (verbal) dan nonverbal Teknik drama membentuk
keadaan di mana kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi di antara satu sama lain.
Kanak-kanak bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi, berkongsi sesuatu
dan sebagainya. Melalui medium drama kreatif ini, kanak-kanak akan dapat berkomunikasi
secara total. ... is concerned with the world of letÊs pretend; it asks the learner to project
himself imaginatively into another situation, outside the classroom, or into the skin and
personal of another person”. (Susan Holder, 1981) 32

33. 33. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Kaedah dan
teknik drama kreatif di dalam bilik darjah bukan hanya mengajar kanak- kanak tentang
kemahiran bersosial, tetapi juga sikap terhadap masyarakat sekeliling. Kemahiran-kemahiran
ini penting dalam proses membentuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan
emosi kanak-kanak dalam menghadapi masa akan datang. Selain itu, drama kreatif juga
menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka.
Bahan-bahan yang digunakan dalam drama kreatif boleh merangsang imaginasi dan ekspresi
diri mereka. Drama kreatif boleh dibahagikan kepada empat kategori yang sama pentingnya
iaitu: i. Permainan dramatik ii. Drama berpandu iii. Boneka iv. Sosio drama “...... the use of
drama as a teaching tool is not new, historically, both drama and theatre have long been
recognised as potent means of education and indoctrinations”. (Mc Caslin, 1984) Drama
kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak : • berlakon, beraksi,
main peranan, mereka cipta, berimaginasi serta bersifat fleksibel; dan • memberi tumpuan
dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan berbahasa. Rajah 4.1 menunjukkan
kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa kanak-kanak melakukan atau memerhati
aktiviti drama kreatif. 33

34. 34. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 4.1:
Kemahiran-kemahiran yang boleh di pupuk semasa melakukan dan memerhatikan drama
kreatif “ ...drama (kreatif) merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid-
murid belajar secara bermain. Sesungguhnya belajar sambil bermain adalah satu konsep
dalam alam pendidikan yang dapat menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana
pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti” (Azman Wan Chik, 1981) 34

35. 35. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Bermain
drama, bagi kanak-kanak bermakna, bermain dalam keadaan sebenar dengan tumpuan
perhatian pada perincian, masa dan tempat. Kanak-kanak akan berpuas hati dan yakin pada
diri apabila dapat melakukan dan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Guru
pendidikan awal kanak-kanak perlu memupuk nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan
peringkat kefahaman yang pelbagai supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial
dengan orang lain. Cuba baca bahan-bahan mengenai drama kreatif. LATIHAN 1: LATIHAN :
Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru prasekolah untuk memupuk
kemahiran sosio drama kepada kanak-kanak prasekolah. Email jawapan kepada pensyarah
dan simpan satu salinan dalam folder anda. LATIHAN 2: Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) sosio drama (b) main peranan (c) drama kreatif (d) drama berpandu Buatlah satu contoh
aktiviti dengan kanak-kanak bagi dan sediakan laporan. Email jawapan kepada pensyarah
dan simpan satu salinan dalam folder anda. 35

36. 36. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 5 SENI
BONEKA 5.1 Sinopsis Unit ini akan membincangkan secara mendalam apa yang dikatakan
dengan seni boneka atau puppetry dan bagaimana penggunaan boneka ini dapat
disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. 5.2 Hasil
Pembelajaran 1. Mentakrifkan definisi boneka 2. Menghuraikan jenis-jenis boneka yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. 5.3 Kerangka Konsep
Tajuk-tajuk Modul ini Boneka Subtajuk 1 Definisi Boneka Subtajuk 2 Jenis Boneka 36

37. 37. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 5.4 Definisi
Boneka Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang
perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah “hidup”.
Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang,
sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan
skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan
bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik
perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya
memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk
orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan
cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun
bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan
oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak. 37

38. 38. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 5.5 Jenis-jenis
Boneka Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1 Rajah 5.1: Jenis-
jenis boneka (a) Boneka Jari Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets,
merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan
memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan
cara dan gaya jari mereka. Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan
wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk
watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari; seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.2. 38

39. 39. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.2:
Boneka jari, menyeronokkan, pelbagai watak boleh dimainkan serentak. (b) Boneka Tangan
Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan
pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk (sila lihat Rajah 5.3).
Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin,
sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak
seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain
supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka,
pergerakan mereka lebih bebas. 39

40. 40. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.3:
Boneka tangan (c) Boneka berbatang Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis
boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah
dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian
bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Ini
ditunjukkan di dalam Rajah 5.4. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini
kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut
sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel. 40

41. 41. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.4:
Boneka berbatang (d) Boneka tali Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza
dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan
akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga
akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali (sila lihat Rajah 5.5).
Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk
lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau
pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka
bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar
masuk sesuatu watak. 41

42. 42. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.5:
Boneka tali (e) Shadow Pupppets Shadow puppets, telah lama digunakan untuk
persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas
seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun
boneka yang menggunakan pemegang kayu (sila lihat Rajah 7.6). Ia boleh juga berbentuk
drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan peranannya.
Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh digerak-
gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow
puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak
dalam sesuatu cerita. 42

43. 43. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.6:
Shadow puppets Terdapat pelbagai jenis boneka sama ada jenis kaku atau boleh bergerak.
Bincangkan secara ringkas jenis-jenis boneka yang anda ketahui. 43

44. 44. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 6
SASTERA AWAL KANAK-KANAK 6.1 Sinopsis Tajuk ini berfokus kepada sastera awal kanak-
kanak dan kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah 6.2Hasil
Pembelajaran 1. Mentakrifkan definisi sastera awal kanak-kanak; 2. Menjelaskan keperluan
bahan bacaan kepada kanak-kanak. 6.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 6.4 Definisi
Sastera Awal Kanak- kanak Subtajuk 1 Definisi Sastera Awal Subtajuk 2 Persekitaran 44

45. 45. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Sastera awal
kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh
dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka. Bagi
mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-
kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan
salah-satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang
kanak-kanak. Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat
merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat
memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat
memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak. 8.1.1 Sastera Awal Kanak-Kanak
Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan cara
pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan
pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1977). Hasil
kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan
lain-lain karya. Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak
dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam
bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak,
mereka perlu: • didedahkan kepada buku-buku bergambar berwarna; • didedahkan dengan
aplikasi bahan audio visual kerana kebolehan membaca mereka bergantung kepada
ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan; atau • membaca buku cerita, melihat
buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan buku berwarna-warni. Hal ini
boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas
bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus
berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu konsep yang penting dalam
pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan
“kesediaan atau persiapan sebelum membaca” atau “reading readiness”. 45

46. 46. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Oleh itu,
bahan-bahan yang diterbitkan bukan sahaja perlu untuk kanak-kanak yang sudah boleh
membaca, tetapi perlu juga untuk kanak-kanak yang belum boleh membaca. Mereka perlu
disediakan dengan pengalaman-pengalaman menerusi bahan-bahan yang disediakan khas
untuk menyedia dan mempersiapkan mereka menghadapi pembacaan. Keperluan membaca
kepada kanak-kanak adalah untuk: • Persediaan bagi mereka untuk pembacaan formal
apabila mereka memasuki sekolah rendah; • Menanam bibit gemarkan melihat, meneliti,
dan membaca buku; • Mensosialisasi dan mengakulturasikan kanak-kanak; dan •
Memperluaskan pengalaman kanak-kanak mengenai benda-benda dan konsep-konsep asas.
Walau bagaimanapun, keperluan membaca tersebut adalah objektif yang ditetapkan oleh
orang dewasa iaitu ibu bapa, guru dan komuniti demi kebaikan kanak-kanak tersebut.
Sebenarnya, apabila kanak-kanak membaca dan berminat untuk membaca, ini menunjukkan
bahawa: • Adanya keinginan mereka untuk menatap atau membaca bahan-bahan bacaan; •
Bahan-bahan bacaan itu ada; • Bahan-bahan bacaan itu sampai ke tangan mereka; • Bahan-
bahan bacaan itu menarik minat kepada kanak-kanak kerana kesesuaiannya dari segi bentuk
fizikal, kematangan dan jenis isi kandungan, harga, gambar, warna dan ilustrasi; • Adanya
usaha orang dewasa (guru dan ibu bapa) menggalakkan aktiviti pembacaan dengan membeli
dan menyediakan bahan bacaan; • Adanya usaha orang dewasa memberikan mereka
motivasi untuk menatap atau membaca bahan-bahan bacaan; • Adanya usaha orang dewasa
memberikan kanak-kanak alasan yang wajar terhadap kepentingan aktiviti membaca; 46

47. 47. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH • Bahan-
bahan bacaan tidak mematikan keinginan kanak-kanak untuk membaca - kerana isi
kandungan, kematangan, teknik, bentuk, dan lain-lain seumpamanya tidak sesuai. Justeru,
menurut Awang Had Salleh (1979 sastera awal kanak-kanak berkembang mengikut umur)
untuk membolehkan hubungan kanak-kanak dengan buku atau bahan cerita menjadi realiti,
dan untuk mendapatkan kanak-kanak menatap dan membaca bahan-bahan bacaan, perkara
berikut perlu diberi perhatian iaitu (sila lihat Jadual 6.1) : Jadual 6.1: Perkara-perkara yang
perlu diberikan perhatian berkenaan bahan bacaan serta pihak-pihak yang terlibat dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut. Perkara-perkara yang perlu diberikan
perhatian Pihak yang terlibat 1. Mesti ada bahan bacaan Penulis, Penerbit dan Pengedar2.
Hendaklah sesuai dan secocok dengan kegemaran, minat dan peringkat pemikiran kanak-
kanak 3. Kepelbagaian bahan bacaan agar kanak-kanak boleh memilih bahan bacaan sesuai
dengan kegemaran dan minat mereka 4. Bahan-bahan bacaan mesti dipertemukan dengan
mereka Guru, ibu bapa dan komuniti 5. Mesti ada cara-cara berkesan mempertemukannya
Penulis dan penerbit perlu memastikan bahan-bahan bacaan yang lebih memberangsangkan
serta menangkap perhatian dan minat kanak-kanak seperti bahan-bahan yang berwarna,
garis lukisannya besar dan mengandungi unsur yang dibesar-besarkan. Manakala guru, ibu
bapa dan komuniti pula perlu mengetahui bahawa jarak perhatian (attention span) mereka
pendek. Oleh itu, bahan bacaan mestilah banyak dan beraneka. FIKIRKAN ??? Cuba bacakan
bahab-bahan mengenai sastera awal kanak-kanak 47

48. 48. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH dan bilakah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah? 4

You might also like