You are on page 1of 7

Laporan AJK Peralatan & Kebajikan

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi :

Mohamad Fahmie bin Halim

Jenis aktiviti yang dijalankan :

1. Membuat peminjaman peralatan daripada Unit Kokurikulum untuk dibawa.


2. Membuat chek list berkenaan barang dan peralatan yang perlu dibawa.
3. memastikan peserta mendapat bekalan air yang secukupnya.
4. memastikan setiap perseta tiba tepat pada masanya dan bilangan ahli peserta
mencukupi semasa sesuatu aktiviti dijalankan.
5. Membawa peti kecemasan sepanjang aktiviti dijalankan.
6. Merawat peserta yang mengalami kecederaan.
7. Memastikan tiada berlakunya kehilangan peralatan yang dipinjam daripada Unit
Kokurikulum.
Perancangan awal

1. Meminjam peralatan daripada Unit Kokurikulum.


2. Membuat semakan peralatan yang perlu dibawa.
3. Membeli peralatan untuk lengkapkan peralatan dalam peti kecemasan.

Subjek Pengurusan Kokurikulum (MPU3031) merupakan salah satu daripada perancangan


bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan
antara satu sama lain sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat
menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segara pengisian aktiviti yang
dirancang di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung
oleh seluruh rakyat yang sekaligus menjadi pembentukan asas rakyat dan menjadi tonggak
pembinaan sesebuah negara bangsa.

Subjek Pengurusan Kokurikulum (MPU3031)kali ini seperti yang dinyatakan di dalam


proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah meliputi
pengenalan dn konsep persatuan, pengurusan, sejarah, perkembangan dan kepentingan
persatuan, pengkelasan persatuan, kemahiran asas, persediaan, pelaksanaan dan penilaian
projek. Tujuan subjek Pengurusan Kokurikulum (MPU3031)adalah untuk mendedahkan
pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan dalam gerko
persatuan, memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri
dalam perancangan dan pengurusan persatuan, menghayati nilai-nilai murni serta
mengamalkan sikap yang positif secara bertarusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti
persatuan, serta menjadi penasihat persatuan yang berkesan di sekolah kelak. Program ini
diadakan bagiu memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pemdedahan
peningkatan kualiti dan pengajaran kualiti oleh guru cemerlaang bagi saujek tertentu untuk
dijadikan penduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari.

Sebelum program

Perlantikan ahli jawatankuasa pelaksana program ke Pulau Redang mula ditubuhkan pada
awal semester pada tahun 2016. Berdasarkan kepercayaan Unit Pendidikan Seni Visual
Semester 2 ambilan julai 2015, saya Mohamad Fahmie bin Halim dilantik sebagai wakil ahli
jawatankuasa peralatan dan kebajikan. Tugas bagi jawatankuasa ini adalah bagi membantu
ahl jawatankuasa yang memerlukan pertolingan untuk membolehkan sesuatu aktiviti tertentu
berjalan dengan lancar serta membuat kemaskini peralatan dan barangan yang perlu
dibawa sepanjang program dijalankan.

Tugasan bagi ahli jawatankuasa peralatan dan kebajikan mungkin dianggap remeh,
namun saya telah berusaha semampu yang mungkin untuk memastikan program tersebut
berjalan dengan lancar. Seminggu sebelum program dijalankan, saya telah membuat
peminjaman peralatan daripaa Unit Kokurikulum IPGKDRI. Sebelum peminjaman dilakukan,
boring permohonan peminjaman peralatan hendaklah diisi dan diluluskan oleh Ketua Unit
Kokurikulum IPGKDRI. Setelah diluluskan, pengisian borang untuk peminjaman peralatan
bersama pegawai yang bertugas di stor Kokurukulum dan stor Kadet Remaja Sekolah pada
hari tersebut pula perlu dilakukan. Setelah semua proses pengisian borang dilakukan, saya
bersama rakan sekelas yang lain meminjam peralatan yang dimohon itu. Peralatan yang
dipinjam dikumpulkan pada satu tempat dan pada masa yang sama saya membuat chek list
untuk peralatan yan perlu dibawa untuk melancarkan program tersebut.

Berkenaan dengan kebajikan peserta pula, saya telah membuat peminjaman peti
kecemasan daripada Jabatan Sains Sosial kerana peti kecemasan daripada Unit
Kokurikulum telah dipinjam oleh pelajar lain untuk aktiviti yang lain. Saya membuat
pemerikasaan barang yang sepatutnya perlu ada dalam peti kecemasan dan membeli
barangan tersebut supaya jika berlaku kecemasan, ahli jawatanluasa peralatan dan
kebajikan boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan senang.

Semasa program

Berdasarkan program ke Pulau Redang ini, setibanya kamu di tapak program, saya
bersama ahli jawatankuasa yang lain memasang khemah dan menyiapkan tempat untuk
kami berlindung sepanjang program dijalankan. Khemah yang dipasang sebanyak 6 biji
khemah manakala peralatan untuk memasak dibawa terus ke stor untuk memasak.
Terdapat beberapa tugas yang perlu saya lakukan iaitu yang paling utama ialah dengan
membantu ahli jawatankuasa yang lain seperti ahli jawatan kuasa makanan untuk
mengagihkan air minuman kepada peserta-peserta memandangkan cuaca yang sangat
panas dan saya perlu manjaga kebajikan setiap perserta supaya tidak berlaku apa-apa
kemalangan yang tidak diingini.

Syukur Alhamdulillah kerana sepanjang program ke Pulau Redang ini berlangsung,


tiada satu pun kecederaan yang serius berlaku malah hanya kecerderaan yang ringan
dilaporkan berlaku. kecederaan ringan yang dimaksudkan ialah terdaat beberapa orang
peserta yang mengalami geseran kulit terhadap pakaian, kasut, tudung dan sebagainya
telah menyebabkan kulit meraka melecet. Ini berkemungkinan berlaku apabila pakaian yang
dipakai seperti kasut yang dipakai itu tidak berlapit dengan sesuatu seterti stoking. Hal ini
telah menyebabkan berlakunya geserab terus pada permukaan kulit seterusnya
memberikan sedikit kecerderaan pada kulit. Namun, kesemua peserta telah sembuh
beberapa hari kemusian setelah diberikan rawatan oleh jawatankuasa peralatan dan
kebajukan.

Saya juga membantu meringankan tugas ahli jawatankuasa induk untuk


mengendalikan majlis persamian penutup bagi Pogram Pengamatan Naturalisme Pulau
Redang. Sesi penyampaian hadiah dan ucapan penghargaan kepada para peserta dan
pegawai Jabatan Taman Laut Terengganu bagi melancarkan Program Pengamatan
Naturalisme Pulau Redang ini.

Selepas Program

Setelah selesai program pada 2 mei 2016, pada jam 2.00 petang kami bertolak daripada
pulau dan sampai ke IPGKDRI pada jam 3.30 petang. Sesampainya kami di IPGKDRI, saya
terus membuat semakan peralatan yang dipijam dan menghantar peralatan tersebut dan
Alhamdulillah, setiap peralatan yang dipinjan tiada berlaku kehilangan dan penggantian.
Saya amat berpuas hati selaku wakil ahli jawatankuasa peralatan dan kebajikan terlah
melakuakan tugasan yang diberi dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan suatu perubahan yang positif dalam
diri untuk menjadi seorang warga pendidik khususnya selepas menguruskan tugasan ahli
jawatankuasa peralatan dan kebajikan Program Pengamatan Naturalisme Pulau Redang
Kuala Terengganu ini . maklumat yang berguna dan mugkin sukar untuk saya perolehi di
lain masa akan datang.

Kesimpulannya, walaupun kami terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa,
namun hal ini akan membuatkan saya lebih matang dan bertanggungjawab terutamanya
semasa berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakan.
Gambar

Sebelum

Mendengar taklimat daripada penysarah Peserta memakai jeket keselamatan dan

Pengiring. mengangkat peralatan ke bot.

Semasa

Peserta membuat persediaan tempat berkemah dan temat makan.

Selepas

Barang dan peralatan telah diagkat keluar dari bot semasa perjalanan pulang.
Refleksi

Segala puji-pujian dirafa’kan ke hadrah Allah Taala kerna di atas kurniaan rahmat dan
hidayah-Nya kami dapat menjalankan Program lawatan taman laut dengan jayanya selama
sehari di Pulau Redang. Ini merupakan aktiviti dan lawatan saya yang pertama ke pulau dan
saya sangat teruja ketika menjalankan aktiviti yang yang telah dirancang bersama. Program
ini menjadi salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika lawatan di pulau redang banyak membantu dan
memberi pengajaran kepada saya sebagai bakal pendidik. Aktiviti water confiedent dan
keselamatan di dalam air memberikan kelebihan kepada saya kerasa saya mempunyai asas
untuk berenang dan aktiviti penyelamatan. Hal ini juga memberi peluang kepada saya untuk
mengajar raka-rakan saya yang lain untuk berenang dan melakukan aktiviti penyelamatan di
dalam air. Aktiiviti water confiedent ini telah meningkatkan daya keyakinan saya sebagai
bakal guru yang mempunyai nilai.selain itu kelebuhan bagi saya adalah apabila kami
bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan seperti gotong-royong membersihkan taman
laut.

Antara aktiviti yang paling mencabar ialah night walk antara aktiviti untuk menguju
fizikal dan mental apabila ditinggalkan didalam hutan berseorangan. Ketika ini memerlukan
pengalaman dalam sara diri yang cukup tunggi dan cukup sabra untuk menahan mental kita.
Saya mempunyai masalah dan kurang berpengalaman dalam aktiviti sara diri dan ini
menyebabkan saya cukup kekok dalam menguruskan diri saya untuk menyara diri ketika
situasi genting. Peluang yang ada ini saya ambil untuk menambah pengalaman saya jika
berlaku apa-apa masalah atau situasi yang tidak diingini.

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan tersebut. Saya mendapat banyak


peluang antaranya ialah mendalami ilmu dan kehidupan dilaut. Kita haruslah menjaga dan
memelihara kehidupan-kehidupan laut agar terus terpelihara daripada kerosakan tangan
manusia sendiri. contoh aktiviti yang berkaitan ialah seperti menanam coral atau batu
karang. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya dan memandangkan ini
kali pertama saya membuat lawatan ke pulau, saya telah diberi peluang keemasan untuk
berjinak-jinak dengan alam laut. Selain itu, saya juga dapat berkongsi pengalaman saya
dalam aktiviti campfire pada hari kedua. Dalam aktiviti ini kemi masing-masing berkongsi
pengalaman yang ada juga dengan aktiviti ini kami dapat mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan kami walaupun tiada pertalian darah.

Ancaman yang saya dapat apabila rakan saya yang kurang pandai dalam aktiviti
berenang untuk menjalankan aktiviti water confiedent. Aktiviti tersebut mungkin boleh
membaiki dan menambah kemahiran berenang baginya tetapi jika beliau tidak mengikut
aturan berenang dengan betul, kemungkianan besar rakan saya akan berhadapan dengan
masalah yang kebih besar seperti lemas dan sebagainya. Maka dengan itu aktiviti tersebut
ditinjau dan mempunyai aspek keselamatan yang tersendiri bagi menjauhi masalah yang
dijangka.

Secara keseluruhanya, saya amat berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang
terlibat kerana telah menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya. Juga setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kami iaitu En. Mohd Zaid bin Yusof kerana
telah banyak membantu kami bagi melancarkan program yang dirancang.

You might also like