You are on page 1of 2

( Majlis Hari Lahir )

Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi saya
yang ke-12 di rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan sekelas
ke majlis hari jadi saya.
Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu
dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan kakak pula
membantu ibu menyediakan makanan di dapur.
Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak.
Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok, agar-
agar, jus buah-buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek
yang besar untuk saya. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas
meja.
Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba. Mereka
membawa hadiah untuk saya. Saya menyambut kedatangan mereka
dengan tangan terbuka. Semua kawan berdiri mengelilingi saya. Kami
menyanyi lagu “Selamat Hari Jadi” sambil bertepuk tangan dengan
gembira.
Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong kek.
Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan yang
dihidangkan di atas meja.
Selepas menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu dan
meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil gambar bersama
kawan-kawan untuk dijadikan kenangan.
Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir. Semua
kawan pun pulang ke rumah ke rumah masing-masing. Saya berasa
sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.
( Majlis Hari Lahir )
Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyambut Hari Lalir saya
yang ke-12. Majlis Hari Lahir saya telah diadakan di rumah saya pada
waktu malam.
Emak telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Bapa
pula menghias ruang tamu rumah dengan cantik. Ramai kawan telah
dating ke rumah saya pada malam tersebut. Mereka membawa banyak
hadiah untuk saya.
Pada mulanya,kawan-kawan saya memasang lilin di atas sebuah
kek yang besar dan kemudian mereka menyanyikan lagu “ Selamat Hari
Jadi” untuk saya. Kami menyanyikan bersama-sama sambil bertepuk
tangan. Selesai menyanyi, saya pun meniup lilin.
Selepas itu, saya memotong kek dan menjemput kawan-kawan
menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Kami makan sambil
berbual-bual dengan gembira. Selepas itu, saya membuka hadiah yang
saya peroleh.
Pada pukul 9.30 malam, Majlis Hari Lahir saya pun tamat. Kawan-
kawan saya mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumah masing-
masing. Saya membantu emak mengemaskan rumah. Kakak pula
membasuh pinggan mangkuk di dapur.
Saya berasa sangat gembira pada hari itu kerana dapat
menyambut Hari Lahir saya dengan meriah sekali. Saya tidak sabar untuk
menunggu Hari Lahir yang seterusnya.

You might also like