You are on page 1of 2

oalan : Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalisme guru

merupakan penting kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir, 2001 ). Setiap guru
perlu memiliki kulaiti diri yang unggul dan akuantibiliti yang tinggi dalam profession
keguruan.

Jelaskan ciri ciri guru sebagai seorang professional.

Antara ciri-ciri guru professional yang lain ialah mempunyai ketinggian peribadi.
Guru sebegini menganggap kerja sebagai Ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan
dengan niat. Niat itu ialah target (Hj. Sobirin, 2002). Oleh yang demikian mereka sentiasa
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan dan selalu berfikiran positif dalam
semua perkara kerana mengganggap semua itu ketentuan Tuhan. Guru yang profesional
memang meminati bidang pendidikan dan seronok dengan pekerjaan yang mereka
lakukan. Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan
meningkatkan produktiviti, guru hendaklah menjadikan kerja mereka menyeronokkan. Guru
yang professional juga lebih demokratik, mudah berhubung dengan murid dan bijak
berkomunikasi, sentiasa merendah diri, lebih terbuka, serta sopan tutur kata dan
mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan. Mereka membentuk murid,
memperkukuh kekuatan murid dan mengenal pasti masalah murid dan mengatasinya.

Selain itu, di antara ciri seorang guru profesional ialah berilmu pengetahuan yang
luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pendidikan, psikologi, komunikasi
, pengurusan bilik darjah serta pengetahuan semasa. Ilmu pendidikan dan ilmu pengurusan
bilik darjah amat penting bagi memastikan murid dapat diurus dengan sempurna semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi
dan komunikasi amat diperlukan oleh guru di sekolah bagi memastikan layanan dan
kemesraan serta menyelesaikan apa jua masalah murid yang wujud dengan baik di
samping dapat mengelakkan konflik di dalam bilik darjah. Sementara itu, pengetahuan yang
luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda guru akan sentiasa mengikut peredaran
zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Guru
bercirikan perkara di atas pastinya guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang
profesionnya.

Seorang guru yang professional mempunyai gaya tersendiri yang unik,


berkarisma, proaktif, kreatif dan inovatif serta sentiasa menggalakkan cetusan idea di
samping melakukan pembaharuan di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Guru harus
membentuk gayanya yang tersendiri yang bersesuaian dengan etika sebagai seorang guru
agar dapat dicontohi dan diterima oleh murid.
Di antara ciri terpenting lain yang juga harus wujud di dalam diri guru profesional di
sekolah ialah kepakaran dalam motivasi. Kepakaran dalam motivasi yang dimaksudkan
adalah seorang yang bermotivasi dan berupaya mengubah kehidupan muridnya daripada
aspek rohani dan jasmani. Guru yang bermotivasi juga harus bijak untuk berkomunikasi
dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat
membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Guru juga merendah diri
tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih
bulu dan penuh hikmah. Di samping itu, guru harus bermanis air muka, bijak mengatur kata,
perlakuan yang penuh hikmah serta mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi.

Seorang guru yang profesional harus mempunyai minat belajar dan menimba
ilmu pengetahuan sepanjang hayatnya dengan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan
kemahiran melalui akademik dan penyelidikan, terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti kursus,
seminar dan bengkel. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu
yang akan diajari dan cara menyampaikan ilmu tersebut kepada murid supaya idea dan
mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Ini juga penting supaya guru dapat
meyelesaikan masalah murid dengan efektif serta sebagai pakar rujuk di dalam bidangnya di
sekolah.

Ciri-ciri lain yang turut memainkan peranan penting dalam diri seorang guru
profesional adalah kepintaran. Guru harus mempunyai pengetahuan tentang murid, sekolah
dan masyarakat sekeliling. Guru sentiasa peka tentang tingkah laku murid dan berusaha
memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

You might also like